|
Peperiksaan, Ujian dan Penilaian.
[untuk penyejuk mataku : semuga berjaya dalam PMR 2006] Apa bezanya yer ? Ujian ? Penilaian ? Peperiksaan ? Pada dasarnya semuanya menguji pemahaman mengenai sesuatu. Penilaian Menengah Rendah yg bermula esuk juga adalah peperiksaan yg menguji dan menilai pemahaman pelajaran yg diberi sejak menengah 1 hingga menengah 3. Dan seterusnya peperiksaan2 yg akan dilalui oleh pelajar2 di Malaya spt SPM, SPM/Pre-U/Matrikulasi, Sarjana Muda dan seterusnya. Tetapi peperiksaan juga mengingatkan kita kepada 2 perkara. 1. Dunia ini ujian. Orang bijak pandai berkata dunia ini sendiri adalah ujian kepada manusia. Sedar tak sedar semua kita diuji. Ada yg yg diuji dgn senang sementara yg lain diuji dgn susah. Ada yg diuji dgn kekayaan manakala yg lain di uji dgn kemiskinan. Ada yg diuji dgn pangkat kuasa sementara ramai yg lain diuji sebagai pengikut biasa. Orang yg berjaya bukanlah yg kaya raya atau sentiasa senang hidupnya mahupun yg punya pangkat dan kuasa. Orang yg gagal pula bukanlah yg miskin papa kedana atau hidup sentiasa dirundung mala petaka atau tiada apa2 kedudukan dikalangan manusia. Orang yg berjaya ialah mereka yg walaupun apa keadaannya didunia ini, samada miskin atau kaya, senang atau susah dan berpangkat berkuasa atau hanya rakyat marhaen biasa sahaja, tetapi sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah swt dan sentiasa berada didalam tariqah Rasulullah s.a.w. Segala keadaan yg berlaku kepada manusia, itulah ujian kehidupan yg perlu dilalui. 2. Ujian di dunia, keputusannya di akhirat. Seperti mana kita menduduki peperiksaan2 disekolah atau Universiti, keputusannya hanya diketahui kemudian, begitu jugalah ujian Allah didunia ini. Keputusan kita berjaya atau gagal hanya akan kita ketahui di alam selepas alam dunia ini. Dan ketika di dewan peperiksaan/ujian/penilaian, setiap calun diberi kertas soalan dan kertas jawapan. Setiap calun bebas untuk menulis apa sahaja di kertas jawapan. Samada dia menjawap seperti yg dikehendaki di kertas soalan atau dia tidak menjawap mengikut kehendak soalan atau dia hendak melukis gambar burung & gunung ganang atau dia mahu membiarkan kertas jawapan nya kosong sahaja, tiada siapa yg akan melarang. Apabila masa yg diberi telah tamat, semua calun perlu berhenti menulis dan kertas jawapan diserahkan. Apabila keputusan peperiksaan telah diperolehi, maka masing2 akan tahu kedudukan. Apakah agaknya keputusan yg akan diperolehi oleh orang yg menjawap mengikut kehendak soalan ? Apa pula keputusan yg akan diperolehi oleh orang yg menjawap tidak mengikut kehendak soala ? Apatah lagi keputusan yg bakal diperolehi oleh orang yg hanya melukis gambar2 pada kertas jawapan atau membiarkan lansung kertas jawapan kosong ? Rasanya semua pasti mengetahui keputusan yg bakal diperolehi oleh calun2 peperiksaan yg menjawap seperti keadaan2 diatas. Begitulah kita didunia ini. Semua orang diuji di dunia. Dan masing2 diberi masa yg tertentu. Tiada siapa dapat mengawal kita dari membuat apa sahaja keatas kehidupan kita. Orang lain hanya dapat mengajar, menasihati, ingat dan memperingati. Tiada siapa dapat mengawal pergerakan kita. Tetapi bila telah tamat masa yg diberi, maka kita akan berangkat dari alam dunia ini. Dan keputusan ujian akan diberi kepada kita. Dan jika kita semua mahu berjaya dalam peperiksaan2 di alam persekolahan dan kehidupan di dunia ini, bagaimana dgn keputusan di akhirat ? Sudah tentu semuanya mahukan kejayaan ! Seperti seronoknya kita bila mendapat keputusan cemerlang peperiksaan anak2 atau diri sendiri, sudah tentu seribu sejuta kali seronok jika mendapat keputusan kejayaan hakiki di akhirat, yakni keampunan ilahi dan keredhaan Nya. Itulah doa kita di Ramadhan ini. Memohon keredhaan Allah dan syurga serta memohon di jauhkan dari Neraka. untuk penyejuk mataku: All the best to you. Mulakan dgn بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم Muga diterangkan hati dan dimudahkan menjawap !
last modified Oct 1, 2006 at 12:20
|