home
login::signup
we::blog

Alma Mater.

Sentul kembali di persada media perdana. 
 
~ satu ~ 
 
jika berhasil kisah BOTAK difilemkan, gah lah orang Sentul. 'backyard' masuk panggung oooooo... tak kisah lah 'for whatever reason' sekali pun. 
 
dan kalau kisah dia bersekolah pun masuk dalam filem tu, bekas2 pelajar MBS Sentul tentu teruja juga ! walau pun tidak dapat di sahkan kebenaran nya, mengikut sumber 'Ah Long' si penjual sayur semasa di stinggarden dulu, Botak Chin adalah ex-student di situ. siapa yg pernah bersekolah dan kenal MBS Sentul era 70 an tentu tidak dapat menafikan kemungkinan itu. 
 
~ dua ~ 
 
sesiapa yg dah lama tak melawat Sentul terutama di Bandar Baru Sentul dan Datu Senu akan nampak perubahan. kawasan antara Bandar Baru dan Datu Senu sudah terang. rumah panjang dan lain2 sudah dirobohkan.  
 
Bandar Baru Sentul dan Datu Senu adalah antara kawasan yg dibangunkan di atas tanah lombong bekas stinggarden.  
 
tetapi bekas rumah emak nampaknye masih tidak terusik walau sudah ditinggalkan lebih 2 dekad. masih ada lagi peneroka2 bandar yg gigih mempertahankan hak, perjuangan masih diteruskan walau pun sudah beberapa kali keluar masuk penjara dan mahkamah. kebanyakan penerima tawaran pemindahan yg dahulu di tempatkan di Flat di Dato Senu. sesiapa yg melihat kemudahan dan persekitaran flat tersebut tentu akan kata lebih baik duduk dirumah setinggan. tawaran pemindahan yg lebih baik mungkin akan menyelesaikan pertikaian yg telah berpanjangan berdekad2 lamanya.

last modified Nov 23, 2006 at 20:12



[ add a comment ]