home
login::signup
we::blog

Kemusykilan kawasan Mina.

Soklan 
 
Mabit di Mina salah satu wajib haji. 
 
Apakah hukum nya, jika mabit dikawasan luar Mina, spt Muasim ? 
 
Jawapan 
 
Ulama telah membuat ketetapan, yg mabit di kawasan seperti Muasim adalah termasuk amalan mabit di Mina. 
 
Kias nya ialah seperti solat di masjid. Jika masjid telah penuh seperti ketika sembahyang Jumaat, maka orang yg kemudian yg sembahyang di luar masjid tetap sah sembahyang nya seperti orang yg sembahyang di dalam masjid. 
 
Maka orang yg tinggal di khemah2 yg dibuat di luar kawasan Mina sebenar maka adalah seperti orang yg tinggal di kawasan Mina juga, dengan syarat, semua kawasan di Mina telah penuh diduduki. 
 
Ini adalah ketetapan yg dibuat ulama untuk menampung keperluan Jemaah Haji yang semakin meningkat tahun demi tahun. 
 
Bagi kita sebagai orang awam, maka yg boleh dibuat ialah mengikut sahaja ijtihad/fatwa yang dibuat oleh ulama. Ulama yg berijtihad juga tiada kesalahan apa2. Tetap mendapat pahala. Jika tepat ijtihadnya mendapat 2 pahala (pahala ijtiahad dan pahala kebenaran), jika salah mendapat 1 pahala (pahala ijtihad).

last modified Dec 23, 2006 at 22:23



[ add a comment ]