|
Musim mulai usai.
Musim sejuk semakin beransur2 pergi. Matahari pagi yg mula membahang menghilangkan kesejukan sehari2. Hari kehari, keakraban dgn keadaan sekeliling semakin terasa. Walau pun sebenarnya bukan rasa akrab dengan segala kerenah orang tempatan dan seluk beluk tipu daya pekerja asing yg juga mencari kehidupan di sini tetapi rasa biasa dengan rutin seharian kehidupan. Pagi sekitar 7:30 mula bersiap. Turun ke bawah dan menahan 'limousin' utk ke pejabat. Dsini, kalau tidak mahu kena ketuk dgn pemandu teksi, lebih baik di tanya dulu harganya. Tidak payah la guna meter, memang melambung tinggi. Paling biasa 10 riyal. Kalau jauh sikit 15 riyal. Kalau tahu tempat lebih baik lagi. Bertanyalah kepada orang lama2 berapa harga yg patut dibayar. Kalau malas bertanya, siapkan aje lah duitnya. Kalau sudah sampai tempat tuju, mmg susah sikit nak tawar-menawar ni. Memang keras kepala betul diaorang, kecuali yg benar2 baik. Kalau jumpa yg baik itu, ambik ajelah rakam jawal nye. Bila perlu buleh di panggil. "Makraj kamsah, Dammam Road, kam riyal ?" "Asyerin ! " "Kamstash ?" "Mafi musykila" Berbasa basi dgn teksi-walla yg kebanyakan nya dari Pakistan. "Kaha sehe Pakistan ?" "Penshawar." "ooo....pushtu-walla ?" "Aiwa !, Anta maklum urdhu ? Urdhu jantehe ?" "Aiwa ! tora-tora " Adakalanya sepanjang perjalanan penuh dengan diskusi. Selalunya berkisar kepada komen mengenai masyarakat setempat, bagaimana undang2 disini yg spt hanya terpakai untuk orang luar, tentang perangai org2 muda yg sudah hilang adab tertib bermasyarakat serta memandu kereta seperti di litar lumba dan bagaimana orang2 luar walaupun islam di pandang seperti rakyat kelas dua sedangkan mat saleh disanjung tinggi dan dipuja2. Itu belum cerita ttg bahana nafsu serakah manusia yg tidak mengenal tempat dan sempadan serta bangsa. Begitulah hakikatnya, selagi manusia bernama manusia, selagi itulah perjuangan menundukkan nasfu dan mengalahkan syaitan tidak buleh ditinggalkan walaupun tinggal di negara Pelayan Dua Tanah Suci sekali pun. Kerana manusia punya nafsu dan kerana syaitan tidak pernah berhenti memujuk rayu nafsu manusia sehinggalah sangkakala di tiupkan. Allah Karim.
last modified Jan 28, 2007 at 18:34
syeikh, baik punya speaking....betul syeikh, dimana mana pun selagi kita bernama manusia selagi itulah ancaman dari nafsu berada di kiri kanan kita.
...ana selalu alpa.
|