home
login::signup
we::blog

Kuala Berlumpur bertukar tangan.

Kuala Lumpur bertukar tangan dari jajahan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Sesiapa yang mengikuti perkembangan peristiwa bersejarah itu, tentu perasan yg Sultan Selangor menitiskan airmata semasa menandatangani perjanjian penyerahan tersebut kepada Sultan Kedah yg menjadi Yg Dipertuan Agung semasa itu. 
 
Jadi..apa yang berubah sejak itu ?  
 
Pada pandangan seorang budak sekolah di Sentul semasa itu, berikut ialah perubahan2 nya. 
 
Liga bola sekolah. Kejohanan antara daerah sering di adakan di Sek. Keb. Sentul ketika itu. Memang meriah bila ada perlawanan. Selalu full-house. Tapi kami sering di kalahkah oleh pasukan2 dari daerah seperti Kuala Selangor dan Sabak Bernam yg pemain2 nya seperti bapak orang. Sejak KL berada di WP, kami tiada lagi perlu bertemu dengan pasukan2 dari daerah2 itu. 
 
Hari cuti am . Pelajar2 di Sentul yg memang ramai ke Batu Caves semasa Thaipusam terpaksa ponteng sekolah, kerana hari itu adalah hari bersekolah di Kuala Lumpur. Dey tambi ! 
 
Oh ya, tiada lagi lagu negeri Selangor berkumandang semasa perhimpunan sekolah. Bagus juga tu, sebab walaupun lagunya sedap dinyanyikan, tapi para 1 dan akhir lagu ni, rasanya tak sesuai lansung ! 
 
Duli Yang Maha Mulia 
Selamat di atas takhta 
Allah lanjutkan usia Tuanku 
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku 
Bahagia selama-lamanya 
Aman dan sentosa 
Duli Yang Maha Mulia 
 
Nota : Tahun ini pelajar2 dari Sentul ke Batu Caves tidak perlu ponteng sekolah.

last modified Jan 31, 2007 at 20:09



[ add a comment ]