home
login::signup
we::blog

Peduli

Bagaimana kita tidak mahu ambil peduli ? 
 
Ini tanah kita. Tempat tanah tumpah darah kita. 
 
Kita kena peduli.  
 
Harta negara di hakmilik-peribadi kan. Wang rakyat di belanja kan sewenang2nya. Suara aduan disenyapkan dengan segala macam ancaman. Segala peluang kekayaan hanya untuk segelintir orang. 
 
Bolehkah dengan hanya punya prinsip dan wajah yg kelihatan baik buleh membawa negara ke arah kegemilangan. Sedang kan segala  
tindakan bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat ? 
 
Mana buleh mereka buat macam ni ? Orang2 yg menjadi pemerintah tidak buleh sewenang2nya menggunakan kuasa. Rakyat pilih mereka supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dan negara. Bukannya untuk meraih kekayaan untuk diri sendiri, sedangkan rakyat hidup sengsara.  
 
Apa mereka ingat bila ada kuasa buleh buat apa saja sesuka hati ? 
 
Kita tak boleh berdiam diri. Kita kena berbuat sesuatu. Musti ! 
 
Apa ni hah ? 
 
Suara2 dalam mimpi cuma.  
 
kerana realiti nya;  
 
Bangun pagi 
Pergi kerja 
Petang balik kerja 
Malam jumpa laki/bini, buat kerja lagi 
Cukup bulan dapat gaji 
Cukup tahun bayar cukai lagi. 
 
Buatlah apa saja. 
Janji jgn kacau periuk nasi kita. 
Tol naik pun tak apa 
Minyak naik pun tak apa 
Harga barang naik pun tak apa 
Kan masih ada kerja. 
 
Kan M'sia maju makmur 
Kan negara kita Cemerlang Gemilang Terbilang Temberang Tembelang Terbongkang Terkangkang... ...ang ...ang ...ang

last modified Feb 5, 2007 at 22:32



[ add a comment ]