|
Tak puas hati.
Memang susah untuk memuaskan hati semua orang pada setiap masa. Tapi kalau sampai menghina kecerdasan berpikir orang lain, tentu lah rasa tak puas hati menimbulkan kemarahan pula. Pelbagai persoalan mengenai salahlaku pemimpian dan urusan2 meragukan kerajaan dijawap seolah2 orang yg mendengar itu hanya tamat sekolah darjah 6. Menghina sungguh ! Kerakusan tak habis2 mengumpulkan kekayaan peribadi di setiap peringkat bagaikan tiada penghujung. Datanglah sesiapa pun. Walau pelbagai janji di tabur. Yang selalunya, dapat saja kuasa, mula cari jalan untuk menguasai punca2 kekayaan. Kontrak2 kerajaan bagai jadi hakmilik. Setiap kerja yg nak diberi perlu ada komisyen. Setiap permit kelulusan utk apa saja, perlu ada habuan untuk si tukang lulus. Kepoh lah dgn kempen menentang korupsi dgn Institut Intergriti Negara dan bermacam2 pemanis mulut lagi untuk menutup mulut orang dari berkata2. Tapi... begitulah ... Semua nya untuk orang lain. Bukan untuk saya. Segala akta dan undang2 untuk orang lain. Bukan untuk saya. Semua orang buleh di dakwa. Bukan saya. Bila agaknya pemimpin yg benar2 berjiwa rakyat dan berkhidmat untuk rakyat akan kita temui ? Semuanya cakap tak serupa bikin. Macam ayam. Cakap berdegar2, taik atas gelegar ! Tapi jika di pikirkan kembali... Mungkin kita yg masih tak betul dalam hidup ini. Bagaimana kah akan di anugerahkan dengan pemimpin yg lebih baik, jika kita sendiri masih harubiru ? Ada saja yg masih tak puas hati.
last modified Feb 6, 2007 at 21:23
|