home
login::signup
we::blog

Awas

Kisah semalam : 19 Feb 2007. 
 
Seorang tukang gunting baru pulang dari bercuti dan membawa isterinya bersama. 
 
Keluar dari lapangan terbang beliau mengambil teksi. Di lapangan terbang di sini hanya pemandu teksi orang tempatan/berbahasa arab sahaja di benarkan mengambil penumpang.  
 
Di dalam perjalanan, pemandu berhenti di stesen minyak. Semasa mengisi minyak, pemandu berkata kepada si tukang gunting, "Kamu baru tiba tentu tiada wang riyal. Ambil lah duit ini dan pergi lah beli kan susu dan makanan untuk isteri kamu" sambil menghulurkan beberapa riyal. 
 
Si tukang gunting pun mengambil duit dan pergi ke kedai di stesen untuk membeli spt dicadangkan oleh pemandu teksi. Isterinya ditinggalkan didalam teksi. 
 
Bila sahaja dia masuk ke kedai, si pemandu teksi tiba2 meletakkan corong minyak, menutup tempat minyak dan masuk ke dalam teksi serta memandu pergi bersama isteri si tukang gunting. 
 
Sehingga kisah ini ditulis, si tukang gunting masih berusaha mencari isteri beliau dengan bantuan kenalan2 pemandu teksi. 
 
Ini secebis kisah antara ribuan kisah kebajingan penduduk tempatan yg rata2 diperkatakan oleh pekerja asing disini.  
 
Saudi mafi kuwes ! Kullu harami ! 
 
Awas jika ke sini. Seperti selalu di pesan orang : Jika naik teksi, lelaki naik dulu, perempuan kemudian. Bila turun teksi, biar org perempuan turun dulu.

last modified Feb 20, 2007 at 12:54



[ add a comment ]