home
login::signup
we::blog

Tembuk halangan

Untuk penghasilan kerja bermutu perlukan sesuatu yg lebih dari sekadar ilmu dan kepakaran. 
 
Tanpa ada keghairahan yg timbul dari dalam diri, maka jadilah kerja yg sekadar memenuhi keperluan minima.  
 
Keghairahan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan buleh hilang dengan pelbagai bentuk juga. 
 
Kerana kita manusia dan mudah terkesan dengan suasana keliling maka perkara mudah juga boleh menjadi penyebab datang dan perginya keghairahan itu. Antaranya hubungan dengan orang2 terdekat. Biasanya semuanya jadi mudah dan mengembirakan bila tiada masalah dgn orang2 sekeliling kita. Walaubagaimana professional pun kita mengaku diri kita dalam kerjaya, sedikit sebanyak tentu terkesan juga jika perkara sebaliknya berlaku. 
 
Dan kalaulah dengan senyuman sahaja pun buleh menceriakan hari kita dan memberi semangat untuk bekerja, apa agaknya yg akan terjadi jika mendapat lebih dari itu ! 
 
Jika sempat ceriakan lah hari orang lain hari ini.... Mungkin dunia akan jadi lebih aman dan selamat sejahtera untuk semua. 
 
selamat... 
~ " ~

last modified Feb 24, 2007 at 20:16



[ add a comment ]