|
Mata hati
Pada suatu ketika dulu sesuatu pemberian di sebut cenderamata, kemudiannya di sebut pula cenderahati. Mungkinkah kerana ingin digambarkan bahawa pemberian itu lebih ikhlas kerana ada kaitan dengan hati. Segala yg berkaitan dengan hati selalunya lebih mendalam pengertiannya. Segala niat pun terletak di hati. Jika baik hati, maka akan baiklah segala anggota tuboh badan. Hanya amalan2 baik sahaja yg akan terhasil. Tetapi jika burok hati, maka keluarlah segala perbuatan2 dan amalan2 burok dari anggota tuboh badan sesaorang. Dan jika sesaorang melihat sesuatu perkara dengan penilaian dan pertimbangan sewajarnya dan melampaui apa yg tersirat, maka disebutkan yg dia melihat dengan matahati. Mcm dulu orang selalu cakap, Hati mau baik ber.
last modified Feb 26, 2007 at 19:53
|