home
login::signup
we::blog

mistik

obscure ~ enigma ~ mysterious ~  
 
################################ 
 
perkara mistik selalu menjadi perhatian di alam melayu. lihat sahaja jualan bahan bercetak yg membawa cerita2 sedemikian. kisah melihat alam ghaib, cerita berjumpa orang bunian, mendapat pemberian dari alam halus, batu hikmat dari pokok serai, keris sakti, besi kuning dan buluh perindu sentiasa laris dilanggani peminat nusantara. 
 
jika rajin berhenti lah sebentar di tempat jualan tukang ubat jalanan. pasti berbagai barangan azimat di atur di atas kain pemidang selain barangan jualan. pelbagai cerita ajaib akan jadi bahan tarikan dan terkadang2 ada juga pertunjukan menakjubkan hadirin untuk mengesahkan apa yg diceritakan. ada kala bahan2 azimat akan jadi hadiah untuk pembeli bahan sebenar yg dijual. setelah dibuai cerita2 ajaib, ramai yg membeli kerana ingin mendapat hadiah bahan azimat bukannya kerana perlu kepada bahan jualan entah apa2 sebenarnya.  
 
diantara alam ghaib dan nyata ada tabir. hanya orang tertentu sahaja yg diberi peluang untuk menyingkap tabir melihat makhluk tuhan selain manusia di alam nyata ini. ada yg guna peluang itu untuk bantu orng lain spt 'ghost buster' yg buleh bantu orang yg dirasuk. ada pula yg guna kebolehan berinteraksi dgn makhluk halus untuk menarik orang menjadi pengikut mereka, malah ada yg berani kaitkan dgn ugama.

last modified Mar 7, 2007 at 20:37



[ add a comment ]