|
Sistem hamba dalam islam ?
Persoalan yg selalu bermain di fikiran (para lelaki terutama nya) mengenai kebenaran untuk bersama dengan hamba perempuan seperti disabdakan di ayat 50 surah Al Ahzab: Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Adakah ayat tersebut bermaksud perhambaan ini di iktiraf oleh agama ? Kerana kita yakin yg Quran itu perkataan Allah, sudah tentu perlu juga yakin ayat tersebut akan terpakai hingga hari kiamat. Perhambaan dalam islam. Al Ahkam Assalammualaikum Wmt Wkt, Ahli panel al-ahkam yang dihormati, adakah hukum hamba perempuan yang ditawan di dalam peperangan fi sabilillah boleh disetubuhi yang dijelaskan di dalam ayat 50 surah al-ahzab bersifat kekal buat selama-lamanya? alJawab: Hukum perihal boleh menyetubuhi perempuan hamba memang kekal selama-lamanya dlm AQ. Begitu juga hukum menikahi wanita2 Kitabiah (yahudi-nasara), kekal dalam AQ. Cuma pelaksanaannya bergantung kepada zaman. Jika manusia kembali mengamalkan dasar perhambaan, menyerang dan memperkosa wanita kita, maka kita sudah ada perundangan yg siap sedia untuk membalas kezaliman mereka. Jika manusia sejagat mengharamkannya, maka Islam pun menghentikannya. Hukum perhambaan itu bersifat 'situational' (kesemasaan). Walaupun kita amat membenci perbuatan itu, tapi ALlah tahu bahawa manusia mungkin akan mengulangi sejarah, kembali menjajah, kembali menjadi barbaric. Jika ini benar2 terjadi, Islam sudah ada hukumnya. Buat masa ini hukum itu dormant (beku) dalam AQ. Jika manusia kembali menghalalkan perhambaan, maka Islam sudah ada hukum pidananya. Kenapa anda hairan dengan hukum ini? sedangkan di Barat ada pelbagai hukum yg jijik dan meloyakan... mereka meluluskan perkahwinan Gay dan lesbian, mereka meluluskan hukum pidana INCEST, mereka menghapuskan hukum Zina, mereka membuka kelab bogel dan pantai berbogel. Mereka membenarkan perdagangan seks secara terbuka, meluluskan pusat2 pelacuran. Kenapa mereka tidak bising dan sibuk dengan perundangan kita yg Maha Adil hatta kepada hamba sahaya.
last modified Mar 28, 2007 at 14:47
|