|
Sambutan memperingati sahaja ?
Hari ini hari bekerja, seperti hari2 bekerja yg lain. Jadi jawapan kepada pertanyaan selanjutnya ialah, disini tiada apa2 perayaan atau acara untuk memperingati hari Maulidurasul. Bagi yg telah biasa dengan keadaan pemerintah dan budaya arab semasa, tentu lah tidak menjadi kehairanan. Bagi yg tidak biasa, tentu merasa hairan dan musykil. Bagaimanakah tanah bumi anbia dan negara tumpuan umat islam tiada sambutan terhadap hari keputraan Nabi Muhammad (S.A.W) ? Sedangkan di kebanyakan negara islam terdapat berbagai acara sambutan, malah diistiharkan juga sebagai cuti umum. Apa nak dihairankan ? Sebenarnya banyak yg telah berlaku sejak kewafatan baginda 1427 tahun lalu. Imam2 mahzab ahlul sunnah waljamaah - sunni, syiah, ajaran2 menyimpang, ajaran2 tariqat - kesufian, anti-hadis, islam liberal dan segala macam cabang2 dan ranting2. Mulialah para mujaddid - reformer, celaka lah pembawa ajaran sesat. Tapi di antara kedua nya, banyak yg samar2. Betulkah ? Salahkah ? Taksub kadang2 membutakan. Buta kepada yg lain. Hanya kepada AlQuran dan Assunnah sahaja patut kita berpegang dan tempat rujukan. Jadi perlukah kita memperingati hari keputraan junjungan ? Jika ia bermakna untuk menilai kembali setakat mana kita sudah mengikuti sunnah2 dan ajaran Nabi (s.a.w) serta berazam untuk beramal dengannya. Atau paling sedikit timbul yakin dengan benar2 yakin hanya cara hidup yg di bawa oleh Nabi (s.a.w) sahaja yang boleh beri kita kejayaan dunia dan akhirat, maka alangkah baik sambutan begitu. Tetapi jika setakat berarak untuk dapat baju, nasi bungkus dan air kotak atau berzanji hingga nak putus urat kemudian dapat makan kenduri tanpa ada sekelumit pun rasa nk beramal dgn sunnah dalam kehidupan kita atau merasa amalan2 sunnah hanya lah untuk zaman dahulu dan tidak lagi terpakai untuk zaman moderen ini atau merasa ajaran2 Nabi hanya untuk tok2 lebai dan tok2 imam serta org2 miskin, maka memanglah takde faedahnya. Sayang seribu kali sayang, acara2 yg gah hanya tinggal acara, entah apa tujuannya. Senarai semak. Bangun pagi ikut sunnah ? Baca doa bangun tidur ? Kebilik air ikut sunnah ? Langkah kaki kiri atau kanan ? Ada baca doa ? Makan ikut sunnah ? Berjemaah ? Makan semasa lapar berhenti masa kenyang ? Naik kenderaan ikut sunnah ? Baca doa kenderaan ? Adab perjalanan ikut sunnah ? Bagi salam/jawap salam ? Bermasyarakat ikut sunnah ? Hormat yg tua, kasih yg muda ? Bermuamalat ikut sunnah ? Adab, akhlak ikut sunnah ? Berkeluarga ikut sunnah ? Aduhai, nak belajar doa2 dan adab2 tu macam yang diajar untuk budak2 kat tadika saja. Orang2 korporat dan pegawai2 tinggi mana sesuai dengan semua tu. Orang2 besar pikir perancangan strategik bagaimana untuk memajukan umat supaya setanding dengan orang lain. Barulah orang lain pandang kita sebagai umat yang gah. Kita kena ikut cara orang barat. Kena amalkan prinsip2 macam mana mereka telah maju. Kena buat persidangan besar2, panggil semua cendiakawan2 dan bentangkan kertas2 kerja. Dan buat peristiharaan dgn slogan yg hebat2 dan hebahkan di surat2 kabar dan media perdana. Tak main lah benda2 kecik macm baca doa masuk tandas, doa makan, doa tidur ker... kita orang sibuk, mana ada sempat nak buat semua tu ? Aduhai, apa tujuan ?
last modified Mar 31, 2007 at 6:08
|