home
login::signup
we::blog

Semangkuk dua kupang.

Bukan lah orang KL, jika tak pernah mendengar nama Benteng. 
 
Siapa yg tak pernah makan di Benteng ? 
 
Disini lah antara tempat mula perkenalan dengan si Chee Kang ni. Sejak dari itu, mulalah timbul bibit2 percintaan. Cinta pandang pertama lah katakan. 
 
Jadi cuba lah bayangkan bila ada orang yg mencemar kesucian si Chee Kang ni ? Betapa tak patutnya mereka ! 
 
Dah lah nama di ubah jadi Lai Chi Kang, bentuk rupa nya pun di cemar juga. 
 
Untuk sekian kali nya di peringatkan bahawa tiada laici di dalam Leng Chee Kang. Tidak mungkin ! Kalau tak kenal Leng Chee Kang, janganlah mengguna nama tu untuk melariskan jualan air laici campuran.  
 
Cuba cari Chee Kang di Bangsar Food Court di sebelah Masjid. Kalau jumpa Station 21 (tempat jual steak paling sedap di KL), mintalah Leng Chee Kang. Dulu sebelum di ubahsuai Food Court tu, mereka sendiri sediakan. Sekarang, buleh di dapati dikedai sebelah. Tapi kualiti masih terjamin asli. 
 
Jika rajin buat lah sendiri. Itu lebih baik dari sakit hati bila minum digerai yg mengaku jual Leng Chee Kang, tapi jual air entah apa2. 
 
Leng Chee bermaksud biji teratai (Lotus Seed). Jadi bahan asas yg perlu ada ialah biji teratai. Antara bahan lain ialah air mata kuching, red date, white fungus, barli dan gula batu. Kalau suka boleh juga letak biji sagu dan halua.  
 
Resepi Leng (/Len) Chee Kang 
Biji teratai 
Buah mata kucing kering  
White fungus 
Kurma Merah 
barli 
air 
daun pandan  
gula batu 
 
Rebus biji teratai, white fungus dan kurma merah. 
 
Rebus mata kucing dgn gula batu beserta daun pandan. 
 
Rebus barli. 
 
Campurlah bahan2 mengikut selera. Masukkan air mata kucing kedalam mangkuk. Toskan bahan2 lain sebelum dicampurkan kedalam mangkuk. Jika mahu yang sejuk, masukkan ketulan ais. 
 
(Buleh juga tambahkan kembang semangkuk dan getah anggur yg telah di rendam terlebih dahulu atau herba2 china yg lain .) 
 
Leng Chee Kang, semangkuk dua kupang ... 
 
Rujukan :  
 
1. Dapur Mami Stella 
2. Masak-masak 
3. Vietnamese Recipes & Cuisines (Desserts & Drinks)

last modified Apr 5, 2007 at 9:26



[ add a comment ]