home
login::signup
we::blog

Si Buta dari Gua Hantu.

Semuanya mungkin, semuanya boleh ? 
 
Memang ada yg boleh melihat tanpa mata. Boleh berjalan ke sana sini untuk urusan seharian malah ada yg lebih hebat dari orang lain yg punya mata. Lihat sahaja Si Buta dari Gua Hantu yg handal ilmu perang bisa mengalahkan orang yg celik. Walaupun itu cuma watak hayalan layer perak tapi pesan yg hendak disampaikan ialah alah bisa tegal biasa. Ramai yg dah berjaya menembusi tembuk halangan kekurangan penglihatan kerana usaha gigih dan kehendak yg tidak mudah berputus asa. Mufti di sini juga buta, tetapi celik ilmu agama mengalahkan orang lain. 
 
Bagaimana pula si celik yg berlagak buta ? Walau punya mata tapi tidak mahu melihat. Seperti orang jaga yg pura2 tidur, jenuh lah nak di kejutkan, tapi tidak bangun2. Si celik buta pura2 tidak nampak apa2 yg berlaku walaupun kejadian di depan mata. Puaslah orang menyampaikan berita, menanyakan ehwal, meminta penjelasan atau menunggu tindakan2 sewajar, tapi jawapan yg diterima ialah “Saya tidak tahu menahu hal itu !” 
 
Bayangkan si celik buta itu seorang pemimpin negara. Bagaimana ya ? 
 
Rakyat yg telah menerima pendidikan tentu dapat menilai baik buruk dan salah benar sesuatu perkara. Masyarakat yg peka dan mengambil berat tentang kebajikan negara tentu gelisah serta marah jika melihat penyalahgunaan kuasa serta usaha memilik-peribadikan harta negara seperti kepunyaan bapak mereka oleh orang yg memegang kuasa.  
 
Tapi kerana kuasa ditangan mereka, maka dibutakan mata dari melihat kebejakan yg berlaku hanya kerana pelaku nya kaum kerabat dan sahabat handai. Malah di pekak kan telinga dari mendengar aduan rakyat marhaen yg terhina kecerdikan nya dengan alasan2 tak masuk akal. 
 
Buat yg tidak mahu melihat atau tidak mahu mendengar walaupun punya mata dan telinga, baiklah di cungkil kedua mata mu dan di potong telinga untuk di beri kepada si Buta dari Gua Hantu dan si Badak yg pekak.

last modified Apr 9, 2007 at 7:33



[ add a comment ]