|
1429 Hijrah
Hari ini telah bermula tahun baru Hijrah 1429 disini. Malaya dan lain2 negara akan meraikan Maal Hijrah esuk (10 Januari 2008). Takwim Islam di perkenalkan di zaman Khalifah Umar Farouk (r.a). Kiraannya bermula pada tahun Nabi (peace be upon him) berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar. Jika di Malaya dan lain2 negara Islam, awal Muharram di sambut dengan cuti dan sebagainya, berlainan dengan di negara Arab ini yang tiada apa2 sambutan pun. Disini, walaupun orang kebanyakan sangat taksub kepada ajaran ulamak mereka tapi biasanya berasaskan sumber Quran/Sunnah. Di tempat kita juga taksub dengan amalan yg di amalkan turun temurun, tapi tidak ramai yg mahu mengesahkan sumber2 sesuatu amalan. Dan jika ada orang mengatakan sesuatu amalan tiada bersumberkan Quran/Sunnah, sukar utk di terima masyarakat. Cuba baca penerangan mengenai Doa akhir/awal tahun ini. Semasa kelas hadis tadi malam, banyak pertanyaan hendak di tujukan kepada Ust., tapi tak jadi keluar bila Ust kata, semuanya baik, berdoa baik, makan2 baik, semuanya baik.... moral ceritanya ialah bersangka baik lah tanpa menghukum2. Lupakan lah cerita perbalahan mengenai amalan2. Yg penting kita perlu tahu asas2 setiap amalan yg kita buat. Jangan hanya orang buat, kita pun buat. Mengikut membuta tuli. Hidup di zaman sains dan teknologi bukannya seperti di zaman dahulu. Jika dulu sukar untuk belajar, memakan masa berbulan2 dan perlu berjalan berbatu2, tapi kini semuanya hanya di hujung jari. Sejarah Hijrah Nabi Muhammad (peace be upon him) selalu di dengarkan semasa Awal Muharram dan peringatan untuk kita berhijrah juga diberikan. Semasa bercerita mengenai hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah yg penuh dengan susah payah perjalanan dan buruan orang Quraish, bagaikan mahu mengalir air mata bila di kisahkan sambutan orang Madinah di pinggir kota menanti kedatangan Nabi dan Abu Bakr, dengan gendangan dan syair " TalaaAlBadraAlayna", semuanya menandakan zaman gemilang islam bermula di situ. Selamat berhijrah ! Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa dilarang Allah ke atasnya.” (Bukhari&Muslim)
last modified Jan 8, 2008 at 22:30
|