|
Sambal ikan goreng semalam dan kenangan bersama emak
Emak selalu mengajar supaya tidak membazir. Bukan hanya cakap2 saja, tapi juga dengan amalan. Makanan2 lebihan semalam seperti ikan goreng, akan di masak semula contohnya menjadi sambal. Kadang2 sambal ikan itu lebih enak dari kuah/lauk yg baru. Entah kenapa semasa kecil dulu, saya kerap bersama emak. Bila emak ke pasar di hari minggu saya selalu di bawa bersama. Buat meneman dan tukang bawang barang2 pasar. Seronok berjalan dengan emak. Emak tunjuk macamana nak memilih ikan dan sayur2an. Boleh lah ke pasar sendiri lepas tu. Siapkan list aja. Antara gerai yg wajib disinggah ialah gerai Apek menjual jagung rebus ataupun kacang rebus. Kalau minggu ni jagung, minggu depan kacang pula. Dan bila terjumpa cendol, musti mengenden emak utk singgah. Selalu juga bersama emak di dapur. Belajor lah sikit2. Macamana nak siang ikan, potong sayur, basuh beras dan memasak. Walau pun tidak menjadi pakar seperti sesetengah orang, cukup lah perkara asas utk survival sendiri. Masakan emak ringkas tapi sedap. Kuah masam, taucu, kicap dan singgang. Cukup mudah. Asalkan banyak kuah dan bila makan buleh itik berenang kata orang, tentu makan berpinggan2. Semua perlu cukup untuk kami 11 beranak. Dan jika lauk tu, emak akan siapkan bahagian untuk semua. Dan hari ini bila makan lauk sambal ikan goreng semalam, tiba2 rindu dengan masakan emak dan tentunya juga teramat rindu pada emak. Semuga emak dipanjangkan umur dan di rahmati Allah dengan kesihatan utk terus kekal dalam ketaatan dan amal. [anak yg jauh]
last modified May 11, 2008 at 21:11
|