home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Wednesday, October 15, 2003

kecurian...

ada member hilang kereta baru2 ni...
parking bukan tempat sebarangan. ada security, berbayar pulak tu.
ada kunci steering, immobiliser dan entah apa2 lagi.
member tu parking kat situ lepas pergi meeting kat tempat lain. bila masa balik tenguk kereta dah takda, dan nampak cermin berterabur kat situ.

apa yang silap ya ?

menjadi2 kecurian kereta kat KL ni...

baca2 lah sikit kat sini...autoworld

76668 | posted by saorangorang at 18:06 | 0 comments

Friday, October 10, 2003

Syukur.

semalam.

- bila teringin nak makan kari ikan, emak memang masak kari ikan, macam tau2 pulak.
- bila balik lewat, sampai kat taman dah masuk waktu Isya', dpt berjemaah kat surau. (selalunya diorang jemaah lewat), masa tu dah keroncong perut !
- dapat bangun pagi2 seperti dirancang.

memang anugerah tuhan melimpah ruah pada hambanya....tapi kita yg selalu terlupa...

inilah yg diulang2kan dalam surah Ar Rahman. supaya kita ingat ingat dan ingat :

Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?

Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan ?

76201 | posted by saorangorang at 8:18 | 0 comments

Wednesday, October 8, 2003

banjir !

susah betul nak dapat maklumat banjir kat web! macam mana maklumat yg penting macam ni tak dikongsi dengan orang ramai? bila lagi nak gunakan kemudahan yg ada ni utk sebarkan maklumat ?

at last jumpalah juga site ni : http://infobanjir.moa.my/realtime.htm

patutnya diwar2kan atau di makeup kan lagi supaya senang org awam dapat maklumat.

apa pulak merepek petang2 ni... dah lapar kut..tadi tgh hari tak makan... nak makan kat rumah mak balik nanti...
kat rumah tu memang tak masak lah... apa lah cerita mem dgn anak2 kat UK tu ya ? ...

76102 | posted by saorangorang at 18:08 | 0 comments

Wednesday, October 1, 2003

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur - Part I

Sabtu – 27 Sept

Alhamdulillah … selamat sampai kat KL ni.. setelah setahun ditinggalkan…

lepas selesai urusan bagasi, terus ke kaunter KLIA Transit. memang dah berkira2 nak naik hingga ke Bdr Tasik Selatan dari UK lagi dan dari situ mungkin boleh cari teksi utk balik rumah.

adalah lebih kurang 20 minit tunggu keretapi datang. sampai Tasik Selatan, jenuh juga tarik beg utk keluar dari stesen tu. naik tangga pula tu utk melintas ke stesen LRT, jauh betul. masa tu tengah hujan lebat. cari2 kat mana nak tunggu teksi, tapi tak nampak pulak apa2 sign. aku pun tunggu aje lah kat depan walkway tu… nampaknya orang2 yg tunggu situ, mostly tunggu sedara mara datang ambil dengan kereta.

bila datang aje teksi, berebutlah dengan orang2 lain kat situ..dengan beg yg besar berat tu, manalah dpt cepat2 kejar. so asyik terlepas ajelah kat depa tu… kenapalah org2 berkenaan ni tak buat stesen utk tunggu teksi yg propser sikit, supaya bolehlah org2 yg menunggu ni beratur ikut giliran. mungkin inilah antara bezanya negara maju dgn negara2 lain. kalau kat UK tu, semuanya agak teratur dgn ikut jadual dan bertertib, siapa dtg dulu di dahulukan dan semuanya sedia beratur menunggu giliran.

at last dtg teksi, dari jauh aku dah lambai, dan elok pulak dia berhenti betul2 depan aku. apalagi berlari lah kita dgn mengheret beg tu. apek tu tanya pula nak kemana, ni mesti tak na pergi rumah aku ni…. memang betul pun. ! tapi aku dah tak kira apa dah, aku kata hantar lah kat mana2, janji keluar dari kawasan tu. so tengah jalan aku minta dia hantar ke Bdr Tun Razak yg memang ikut laluan yg dia nak pergi pun. suroh dia berhenti kat bus stand dekat dgn tempat makan belakang petrol pam. makan mee rebus lah kat situ, lepas kelaparan berjam2 tunggu teksi kat stesen LRT tu. sampai kat rumah emak , dah dekat jam 12:00 tengahari hari tu… ingatkan boleh lah sarapan dgn emak kat rumah pagi2 tadi. ! semua tu sudah di atur, sabar ajelah…

75314 | posted by saorangorang at 17:50 | 2 comments