home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Tuesday, November 18, 2003

mengapa ?

mengapakah di uji
ketika ini
mengapa ?

masa yg patut dihabiskan dengan

berteleku disejadah mengadapMu
berbisik2 mengadu kelemahan
mengharap2 keampunan dan rahmat
takut2 dengan kemurkaan dan siksaan

masa yg patut dihabiskan dengan

membaca pesanan2Mu
mengkaji arahan2Mu
merenung amaran2Mu

masa yg patut dihabiskan dengan

berulang2 puji2an pada Mu
berulang2 kesyukuran pada Mu
berulang2 penyesalan takut pada Mu

mengapa ketika ini...
masa yg patut dihabiskan bersamaMu
terbiar begitu saja
dibiarkan berlalu
mengapa ?...
mengapa ?
mengapa ???

mengapa ketika begini
datang segala dugaan
pada diri yg lemah ini
hingga jati diri seperti hilang di kawanan awan

ohh Tuhan yang ESA
yg berkuasa membolakbalik kan hati
janganlah kau balik kan hatiku
setelah kau beri hidayat !

kasihanilah aku.......
bantulah diri ku ini...................................................kembali ke jalan yg Kau redhai........

79974 | posted by saorangorang at 1:32 | 0 comments

Friday, November 14, 2003

cerita pagi buta

ketika Haryati kata setuju atas pinangan keluarga kawannya, kail Saidin yg disungai, mendapat hasil... kain buruk !

+++++

...benarkah engkau mencintai dia Haryati ?

tak perlu ku jawap soalan itu, jawapan nya ada pada mu.....

+++++

Haryati, aku faham sekarang, keturunan yang memisahkan kita, bukan harta ..., aku lepaskan kau ...

79660 | posted by saorangorang at 5:46 | 0 comments

Thursday, November 13, 2003

cerita pagi buta

...Ada hati nak pinang anak kita, melalui surat pula tu ....

kesian si Saidin.....

79564 | posted by saorangorang at 5:43 | 2 comments

Wednesday, November 12, 2003

tak patut

cukup lah kesalahan sendiri
menjadi penghalang dari mencaci
burok salah orang lain

apatah lagi bila menjaja2
jelik orang merata2
burok lah juga yang akan melata

dah sempurna kah diri
nak menuding jari kesana sini
nanti punca hidung tinggi

tapi....

apa yang patut diperbuat ?
bila dia tak sedar diri ?
sekian lama masih menzalimi ?

ohhh tuhan..
aku tak layak menegur
apatah lagi masuk campur
urusan mereka suami isteri

tapi mana bisa
membisu lagi kalau dah lama begini ?

Aaaaaarrrrrrrrrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh

maafkan aku
kalau tingkah ku seperti
melawan langkahmu..

maafkan aku.. ayah...
aku sedar
kerana mu, aku di sini...

79523 | posted by saorangorang at 17:31 | 1 comments

cerita pagi buta.

.. saidin marah betul..

harapannya setinggi gunong untuk berjumpa buah hati pengarang jantung, setelah sekian lama terpisah. sejak pindah ke bandar tiada lagi peluang berjumpa. walaupun sesekali pulang ke kampung itu dan ke madrasah, tetapi kelibat Haryati tidak kelihatan. masakan tidak, ayah Haryati telah menghalang anaknya itu dari menghadiri kelas agama setelah peristiwa dia sering bertemu Saidin diketahui umum....

setelah diberitakan oleh Haryati yang dia akan mengunjungi kawan karib semasa kecil dulu di bandar, saidin telah memasang angan2 tinggi untuk bertemu muka kekasihnya itu. dengan baju yang baru, dia menyiapkan diri utk ke keramaian di bandar itu...

alangkah terkejutnya dia, bila dilihat Haryati dan kawan2nya sedang mengikut rentak pertunjukan tarian dikeramaian itu. dia memanggil Haryati dan cuba mengingatkan dia.. tapi dilihat Haryati seperti tak mendengar apa yang dibicarakan olehnya. dan kawan2 nya segera menarik Haryati berlalu dari Saidin..

hancur remok hatinya, dan kegembiraannya sebelum pergi tadi telah bertukar menjadi kemarahan yang berapi2....

keciwakah dia ???

79520 | posted by saorangorang at 16:52 | 0 comments

Tuesday, November 11, 2003

email pelik.

dapat email ganjil hari ni..

Sedar tak sedar BARU-BARU INI dah 7hb Nov. Teringat kat u, maka tergeraklah hati nak hantar BIRTHDAY WISH kat U. Kalu u baca wish ni, harap senyum tu bertambah lebar. Maaf, saya ingat nak hantar awal tapi tak dapat, PC meragam kena format semula. Masih lagi tak OK, ni pakai notebook. Memang nak hantar pada hari tu... Kalu tak, sempat gak u buat persiapan untuk yang tersayang.... Maaf lah ya... Saya teruskan dengan ucapan....

Tahniah!. HARI tersebut adalah hari yang ceria bagi anda. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran anda yang ke 17 (masih sweet 17 gitu..., he he umor sebenar tak bolehle nak publish. Biarlah rasa muda selalu, semangat sikit nak buat kerja .

Doa ni sama macam wish tahun-tahun sudah...Semoga anda dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki. Agar hari esok membawa perubahan kepada hidup anda.

Tahniah sekali lagi.

p/s: Jangan le terkejut macam mana saya tahu birthday anda. Masa untuk membuat ucapan. Kalu ade rezeki kot ada orang yang nak poskan serdak kek dia kat sini... U yang istimewa


entah2 pengirimnya silap orang ke tak tau lah... tapi tarikh tu memang betul...macam nak bagi kat gf aje...

dah setahun tinggal tempat kerja ni, ramai kawan2 yang dah bertukar sana sini..

mungkin dia ni salah sorang dari kenalan yg nak buat lawak pada aku ! ahhh, pelupa ni tak habis2...

tapi senyum lebor lah juga aku hari ni....

79459 | posted by saorangorang at 17:36 | 2 comments

orang tanah.

ni, hs punya panggilan la ni....

Earth
Your element is Earth. I hate to say it but you are
down to earth. Stubborn and loyal. You tend to
want to nurture others and you are the one
person friends always come to for awnsers.
Without people like you others would be flying
over the edge because, whether you know it or
not you keep a steady beat to your life and
will end up where you want to in the end. There
is a sureness about you that is hard to match
that draws people to you. No matter what
happens the Earth keeps turning.


What's your element
brought to you by Quizilla

79458 | posted by saorangorang at 17:26 | 0 comments

Friday, November 7, 2003

Peak Age ?

Life start at 40 ?

Baru semalam rasanya
bermain-main dengan teman dijalanan

berlari kesana sini
tanpa apa risau dihati
meredah hutan onak dan duri

tiba2 disini
punya anak dan isteri
serta keluarga sendiri

dan masa pun
seakan semakin cepat berlalu
dan banyak kesempatan yang terbiar begitu

tapi kenapa hati
masih terpikat dengan semua ini
yang akan binasa satu hari nanti
dan diri masih ligat mencari ruang
memenuhkan keinginan nafsu...

79138 | posted by saorangorang at 0:46 | 0 comments