home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Thursday, August 28, 2003

catatan semalam

23 August 2003.
Kehujung dunia

manusia merancang. Allah yg tentukan.
hajat hati ke sunderland nak tenguk pinggan mangkuk murah kat kilang..yalah...harga - kilang, kemudian ada yg reject2, lagi murah. khabarnya buka hanya hari sabtu 9 pg – 3 ptg. sampai2 tutup pulak, sebab Bank Holiday ! tapi dah taulah kat mana kilangnya tu. berpusing juga cari. kalau nak pergi, dah sampai sunderland cari B&Q warehouse. entrynya kat roundabout lepas b&Q warehouse tu. first exit !

budak2 dah bising nak pergi beach. memang mulanya kabor kat diorang nak pergi beach. Ke roker dan seaburn lepas tu. tapi tak de pulak tempat parking yg strategik. masing2 dah kelaparan dan ada pulak yg nak ke tandas...jalan kedepan lagi. nampak macam tempat menarik.rupanya ada rumah api. pemandangan sekitar menarik sungguh .


mula2nya ingat nak tumpang tandas aja. tapi nampak menarik pulak, melawat kedalam akhirnya. bayau aja lah. £7.50. inilah rumah api yg pertama didunia yg guna lektrik. tapi sekarang dah jadi tempat tarikan pelancung aja.


ingatkan nak makan2 kat situ. Tapi tak berapa sesuailah..
so bergerak lah balik ke pantai seaburn & roker.

Image: Roker and Seaburn Beach Front

kat roker nampak sesuai, parking pun banyak kosong. berpiknik lah weh.... buka nasi lemak etc. tersenyum2 aje pakcik makcik mat salleh tenguk anak-beranak makan.

cari tempat nak solat pulak lepas tu. masa tenguk peta kat rumah, nampak satu pantai lagi tempat piknik. mungkin kat situ sesuai utk bentang sejadah. seaham namanya. kebawah sikit dari sunderland. setelah berpusing2 beberapa kali, jumpa lah juga pantai ni. tak ramai orang...best. parking atas bukit, pantai nun dibawah. budak2 dah bising nak turun kepantai.

Looking South On Hall Beach

72896 | posted by saorangorang at 14:04 | 0 comments

Thursday, August 21, 2003

cakap tak serupa bikin.

ramai yg suka cakap
cakap bukan sebarang cakap

cakap meninggi langit
sampai tak jejak kaki kebumi

tapi bila diuji
mengapa berdiam diri ?

==================================================

dasar manusia punya kecewa
tapi tidak akan ku berputus asa.

akan ku teruskan perjuangan ini
walau tinggal seorang diri

muga dapat petunjuk ilahi
buat bekalan meniti hari

----------------------------------------------------------------

banyak yang dirancang hari ni hingga hujung minggu.
semuga berjalan lancar. InsyaAllah...

72457 | posted by saorangorang at 14:06 | 1 comments

Wednesday, August 20, 2003

hidup mesti terus.

selasa.

hantar budak2 ke library selepas hantar emaknya ke sekolah. rajin budak2 ni ke library, nak mengodam komputer/internet lah tu.dah dua hari tak dapat usik komputer kat rumah ni sebab sabtu dan ahad hari tu diorang tak mengaji.

susah sangat nak suroh mengaji. masa main komputer tak pernah lupa. mengaji selalu terlupa. nak cerita tinggi melangit tentang kepentingan mengaji pun, tak faham diorang nanti. so kena buat gitu, muga diorang tak lupa lagi. ada cara lain yg lebih baik ?

masak 2 kuah lepas tu.
mulanya nak masak kuah kicap aje. recycle ikan goreng semalam. tapi si goku nak kuah lain. so buatkan kari juga. tapi dua2 buat agak2 untuk sekali makan aja. bila emaknya nak makan, tinggal kuah kari aja. dah 3 orang bedal kuah kicap tu mana tak habis !

petang.
ke taman permainan.
dioarang nak try boomerang yg dapat free kat carboot hari tu. aku pun join sekejap. saja nak tenguk, betul ke boleh balik semula bila dibalingkan. cuba 2 3 kali. tapi macam tak jadi aje. salah teknik baling kot.

bila nak ambil diorang semula, bawa sikenit sekali. suka betul dia dapat jalan2 kat padang tu. apatah lagi bila dibawa kakaknya main sorong2. nampak gaya kebawa selalu ni…..

pengajaran hadith. ba'da isya. industry rd.
Allah tiada rakan kongsi. siapa yg mengambil selain Dia (sebagai Tuhan) tidak akan dihiraukan olehNya.
terdapat 2 jenis syirik.
a. syirik nyata, sembah selain Allah
b. buat sesuatu bukan kerana Allah. - tidak ikhlas.

72297 | posted by saorangorang at 13:43 | 2 comments

Sunday, August 17, 2003

Damaikanlah...

jiwa yg selalu resah gelisah
selalu hanyut dgn suasana
untung dgn sabut, timbul
kalau dgn batu, tenggelam !

jadilah seperti keju
yg tak terkesan dgn apa2
jgn spt susu yg berubah dgn setitik nila

tapi susu tak kan jadi keju
kalau tak dikerjakan !

RUPA TANPA WAJAH

Damaikanlah jiwa ini
Dalam kesangsian ku terus kembara
Aku hanya manusia
Pasti tiada yang dapat ku perlakukan
Sebelum ku pergi....oh...

Tiada apa yang ku pinta
Dalam dunia yang banyak meminta
Aku hanya manusia
Sekadar kebebasan sangat berharga
Maka itu aku terpesona
Terpesona-terpesona
Pada keindahan warna pelangi

Rupa tanpa wajah
Bermain di mata
Berjalan tanpa ikut haluan
Wajah pura-pura
Bertopengkan wira
Menari tanpa ikut irama

Terpesona...
Terpesona...
Terpesona...
Pada keindahan warna pelangi


~ M.Nasir ~
**************************************************
16 August 2003
ke car boot sale di Barlborough. bertiga dgn si kenit. ramai juga orang melayu. as usual. jumpa Jack Higgins paperback dan satu hardcover. belek2 tenguk yg belum ada, sambar lah apa lagi. minta 2 pound aje dgn makcik tu.

mem, as usual tenguk baju budak2. especially jeans. selalu sangat koyak seluar budak2 tu. ligat sangat main agaknya. cuaca tak panas sangat dgn awan disana sini. kadang2 nampak mcm nak hujan.

bila habis satu round dgn beg sarat sangkut kat baby troller tu, balik ke kereta, simpan barang dan bagi si kenit minum apa indah ! bagus dia hari ni, tidur sepanjang emak bapak menge'boot'.
mem pergi tenguk balik mangkuk yg dia berkenan sangat tadi, dgn harapan dapat harga yg berkenan.

sambung....

71962 | posted by saorangorang at 14:23 | 0 comments

Saturday, August 16, 2003

harapan.

sebelum kesempatan berlalu
dapat menjadi se orang orang
bukan se ekor
atau se pohon

tentu seperti maksud Pencipta mencipta
utk mengabdi diri
kepada Yang Kuasa !

yours truly
hidup bukan untuk mati
tapi beramal dan berbakti

**************************************************
8:30 am.
ke asda. shopping. cari kek. hari lahir Wolverine hari ni. jenuh jugak dok belek, lepas satu satu. kat sini bukannya ada tanda halal JAKIM ke apa. so pastikan kandungannya tak de apa2 yang tak patut dimakan.

jumpa udang basah. tangkap 2 paket, teringin pulak nak makan tomyam. meleleh air lior, bila diingat2kan.

9:30 am.
nak buat tomyam, tak beli pulak sayur2 yg patut. terlupa tadi kat asda. dlm peti ais tu cuma ada lobak merah dan sepotong kecil kobis. tapi ada sotong dgn ayam. hentam aja dgn apa yg ada.

Kuah : Tomyam
kisar bawang dgn udang kering.
campur cili serbuk/cili boh
tumiskan hingga naik bau/agak kering
masukkan ayam
masukkan 3 batang serai yg telah diketuk
kacau2 dan tambahkan air
(masukkan lauk2 lain spt udang, sotong kalau ada)
biarkan mendidih
perahkan air limau nipis / atau yg sewaktu dengannya
masukkan sayur2an - kobis, lobak merah, cendawan, sadri, bunga kobis, baby-corn dan apa2 lagi lah.
garam/gula ikut sesedap rasa.

- meleleh beb...

2:30 pm
lepas jumaat. semua dah ready nak makan kek. si wolverine sibuk nak hadiah. tak makan nasi nampaknya diorang hari ni. (ponek den masak ekau semuo tak nak makan ? cisss) lepas siap baca doa - semuga panjang umur, murah rezeki, sentiasa didalam taat, hidup beriman serta mati dlm islam, iman dan kalimah - kek pun dipotong. dgn float lagi. memang tak makan nasi lah jawapnya.

71854 | posted by saorangorang at 15:02 | 0 comments

Friday, August 15, 2003

kesaorangan.

lonely ? semua tak peduli ? feeling down ?

kadang2 diantara org ramai pun terasa kesepian. kesaorangan. ....

masih bermain ditelinga..dari Minden lagi...kelas English 121..

Street Of London

Have you seen the old man in the closed down market
Kicking up the paper with his worn out shoes
In his eyes you see no pride
And held loosely by his side,
yesterday's paper telling yesterday's news

(Chorus)
So how can you tell me you're lonely
And say, for you,
that the sun don't shine
Let me take you by the hand
And lead you through the streets of London
I'll show you something to make you change your mind

Have you seen the old gal who walks the streets of London
Dirt in her hair and her clothes in rags
She's now time for talking,
she just keeps right on walking
Carryin her home in two big shopping bags

In the all night cafe at a quarter past eleven
Same old man sitting there on his own
Looking at the world over the rim of his teacup
Each tea lasts an hour and he goes home alone

Have you seen the old man outside the seaman's mission
Memory fading like the ribbons that he wears
In our winter city,
the rain cries a little pity
For one more forgotten hero in a world that doesn't care.


setiap masalah ada penyelesaiannya. pilihan mana yg nak dibuat ? istikarah !
tindakan boleh dipilih, tapi akibatnya tak boleh !
so, timbang baik buruk... jika PERLU, dapatkan pandangan sesaorang. itu pun kalau masa mengizinkan.

kalau masa tak disamping kita ? timbangkan dgn maklumat yg ada. tapi kalau emosi sedang berkecamok, tinggalkan aje suasana tu. sebab selalunya keputusan beremosi tidak berasaskan pertimbangan yg wajar.....

********************************************
ke Junction 26 dekat Nott semalam dgn Yus, Hatta nak tangkap odyssey ! '95, silver, 38++ aje. tapi sebab Jepun spec, mcm2 ada. tak mcm shuttle aku tu. tak patut betul. terlalu basic sangat UK spec ni. tak da dual-blower a/c, corner sensor dan cup-tray kat seat depan mcm odyssey tu.. geram aje tenguk...

balik dah jam 4:30 pm. pekena mee hon kat rumah Hatta. lapar betul, buat muka tak malu, hentam dekat 4/5 pinggan !

sampai rumah, shahid dtg tanya utk ke Dewsb. ok aje dgn dia. selalu pergi tak ajak dia.

6:45 pm.shahid dah panggil. pergi ambil kawan2 dia yg lain. penuh lah kereta tu dgn Javid, Nazareth dan Khalid. sampai sebelum asar.
tapi yg tak ngamnya, tengah talk aku terlena ! apa dah, kena sound dek Nazareth aje... nak tidur, baik duduk rumah lah.. letih pergi Nott, tak habis ! lepas maghrib, pekena shawal & salun. dan tak boleh lepas chai.. best betul.. teringat kat chai Raiw ! bila nak sampai sana lagi ya... dgn mcm2 masalah2 dunia ni...muga diberi kesempatan utk self-reflection lagi kat sana !

till then...chiao ~later...

****************************
hadith : lepas isya' - industry road.
Orang yg terbaik antara kamu ialah yg berumur panjang serta dalam membuat kebaikan/amal.
Orang yg terburuk ialah yg berumur panjang serta dalam membuat keburukan/dosa.

71796 | posted by saorangorang at 14:14 | 2 comments

Saturday, August 9, 2003

comfort zone.

pernah terfikir nak keluar dari 'daerah selamat' ? keluar dari rutin harian. keluar dari persekitaran harian. kesibukan/kebiasaan dgn rutin/persekitaran biasa menyebabkan kita 'tak da masa' nak buat refleksi keatas diri sendiri. apatah lagi nak buat koreksi !

sebab tu perlunya dlm sesuatu organisasi tu, ada audit dalam, org luar yg buat review. sebab org2 yg kerja bhg operasi kdg2 tak nampak kesilapan sebab dlm comfort zone ! lagi baik kalau di buat control self assessment, self-auditing lah tu, oleh bhg operasi itu sendiri.

semalam dok cerita dgn seorang kawan, ttg kita2 yg islam ni, born muslim, tapi tak sedar nilai iman islam ni...compare to those new muslim.. yg lebih menghargai...dgn usaha utk tetapkan dan tingkatkan. kesimpulannya, sebab masing2 dah duduk dlm 'comfort zone' ! jadi tak sempat nak buat refleksi/koreksi/audit diri sendiri.

so, masing2 sendiri mau ingatlah....

****************************************

hadith - suboh.
sesiapa yang mendirikan masjid, akan dibina mahligai utk dia di akhirat.
+ setiap amalan yg dibuat di masjid, masuk dlm buku amalan org tersebut.
+ termasuk juga org2 yg derma utk sebahagian masjid.

----------------------------------------------------------

70895 | posted by saorangorang at 14:26 | 3 comments

Friday, August 8, 2003

kasut.

shopping sakan pagi tadi. ke mansfield retail park kat junction 28 M1. gi kedai Clarks kat situ. dah, nampak murah, lepas tu, beli satu dpt satu lagi percuma. apalagi boranglah mem. kasut sepasang soranglah. cuma utk sikenit aje yg tak dibeli. (tapi rasanya kat Tommyball, Blackburn tu lagi murah - dengar member tu cerita dgn 30 pound dpt selonggok kasut). kemudian dgn t-shirt, seluar dan entah apa2 lagi si mem layan budak2 tu. aku tangkap juga khaki 2 pasang. bolehlah buat pergi kerja, bila balik nanti. nampak juga jersey rugby, ngam2 semuanya. tapi kan...cari kat Car Boot Sale ajelah...

70710 | posted by saorangorang at 9:14 | 2 comments

Thursday, August 7, 2003

Kebab.

hadith : lepas isya' : 6 August 2003
Jika kamu dapati pada sesorang dua perkara iaitu; tidak kebendaan dan tak banyak cakap (cakap bila perlu dan yg bermenafaat saja) duduklah bersama nya, muga dapat 'wisdom' darinya.

ingatkan nak singgah kat takeway dekat rumah tu, tangkap kebab sikit. tapi dah tutup. cepat betul.. rasanya dulu jam 12 ++ baru tutup, ni baru 11:++ dah tutup. tak de benda nak kunyah lah. tapi tadi dah kena roti pita dgn dhal kat masjid. ada brother 'mehman' ajak makan. jamah lah sikit. walaupun dalam hati rasa nak hentam aje sepinggan, tapi control nafsu beb. dah lah kita tak 'nusrah' bawa makanan utk diorang ! org2 tua kata, terbalik kot !

selalunya ada nasi/lauk lebih makan siang tadi. tapi sekarang masak agak2 cukup aje. yalah, kalau kuah tu berhari2 tak habis, last2 buang juga. nasi pulak, nampaknya cepat betul basi. rasanya air kat sini tak berapa bagus kot.

Kuah : Tauchu
goreng ikan
hiris bawang merah, bawang putih & halia
tumis hingga naik bau
masukkan tauchu. kacau.
masukkan air asam jawa.
tambah air 2/3 gelas.
masukkan terung dan ikan.
bila menggelegak, masukkan garam/gula secukup rasa.

hari tu buat sambal tumis sotong.suka si Ali. dia tu kuah lain susah sikit nak makan. dia kata, sambal tu sama macam emak dia buat. teringat masa kecik2 kat sentul dulu. selalu juga beli sotong bersambal kat org jual kuih. selalunya sotong berjanggut lah yg diorang guna. alah, macam sotong kurita tu. kadang2 tu diorang cucuk2 macam satay. tapi sedap betul lah. tapi sekarang dah tak pernah pulak terjumpa orang jual sotong macam tu. kalau dapat resepi dia lagi bagus.

dah jadi macam 'chef' pulak sekarang ni. at least tak nyusahkan mem. tapi dia masih jadi tempat rujukan. hari tu ngidam nak makan masak lodeh & kuah kacang. kesian pulak nak suruh dia masak. so, tanya resepi, hentam ajelah, kalau kata orang sarawak tu, main tikam ajak. nampak OK. mem pun bagi thumbs-up.

hadith lepas fajar : 7 August 2003
Kematian bagi org mukmin merupakan satu hadiah.
~ setelah membuat persiapan dgn mentaati Allah dan sunah Nabi, kematian adalah langkah untuk si mukmin berjumpa yg di Cintai.

~ kepadaMu aku pasrahkan
~ seluruh jiwa dan ragaku
~ hidup dan mati ada di tanganMu
~ bahagia sedih ada di jari Mu
...... Ebiet G Ade

70622 | posted by saorangorang at 13:24 | 1 comments

Wednesday, August 6, 2003

musim panas.

sekarang tengah kepanasan. sana sini orang berlengging. (jaga mata tu sikit, beb!) hari ni suhu dijangka akan mencapai 37 C. rekod dulu pd 1990 37.5 C.

letih aje dua tiga hari ni. letih main bola hari ahad tu tak habis lagi. main seminggu sekali, itu pun kalau ada, kalau tidak tu, sebulan sekali. kuat betul pengaruh bola kat sini. sampai yg dah bertahun2 tak turun padang pun, boleh jadi kaki bola. kasut bola ? jenguk aje kat Car Boot Sale ! murah2. teringat dulu main kat padang minden. selalu juga main - gol kecik. selalu dgn kutu2 Jokers. dah roomate dia punya 'kepala', joinlah sekaki. mana pergi diorang sekarang ekk ?

Hadith - after suboh - industry road.
Kemungkaran yg terbesar, menyirik kan Allah.

70453 | posted by saorangorang at 13:49 | 3 comments

Tuesday, August 5, 2003

Hadith - after Fajar - Industry Road.
Siapa baca Alhamdulillah - akan memberatkan timbangan.
timbangan di akhirat - jika pahala berat - selamat else siksa.

70336 | posted by saorangorang at 20:55 | 0 comments