|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
hari ni ada kematian lagi di industry road. bapa salah seorang pemegang amanah masjid. ahad lepas, pengerusi masjid sendiri. semalam pun dapat berita ttg kematian pakcik di masjid elahi. masa baru sampai ke sini, aku pernah merangka2 utk menyewa salah satu rumah sewa pak cik ni.
well...dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali !
masa kat Doncaster, bila berita kematian pengerusi tu diterima, org tua di sana kata, 'death comes to every man, either they are mosque chairman or not'! benar sebenar2nya lah. inilah kebenaran yg tak boleh dipalsukan kebenarannya. tak siapa yg berani kata kematian itu palsu, w/pun org yg tak percaya kat tuhan sekalipun. semua akan membenarkan kematian. dan bila bercakap ttg kematian, akan putuslah segala kesedapan/kenikmatan dunia ini....kegelapan, kesaorangan, kedinginan menanti...oh Tuhan bantu lah aku disana...
apa pula kepalsuan yg tak boleh dibenarkan kepalsuannya ? apa agak2nya ya ? nanti kita cerita di blog akan datang !
************************************************* tak lama lagi nampaknya kat sini. dah dapat berita dr pejabat. kena balik spt yg diluluskan dulu. no extension ! berbaur lah sekarang antara keinginan balik, melepas rindu kat mak ayah, dgn terpaksa meninggalkan mem dan budak2 kat sini, terutama si kenit tu.
dulu masa kata kat kawan pejabat, rindu sungguh2...kat m'sia/kl terutama kat mee rebus, soto, dia kata, ya lah masa kat sini, rindu kat m'sia, bila dah balik nanti, rindu pula kat sini. ya lah orang dah berpengalamanlah katakan... itu dah memang adatlah. bila dah tak bersama orang atau tempat, setelah mengalami perdampingan dlm jangka masa yg agak panjang, memang perasaan rindu tu akan datang. tapi selalunya semasa kita bersama, tak pula nak ambil kesempatan semaksima mungkin...dan bila dah berlalu... datanglah kerinduan...
...Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan....
so, banyak lah rancangan nak di atur, supaya masa yg tinggal tak seberapa ni dapat dimenafaatkan sepenuhnya. ya lah...bukan senang nak datang daerah ini lagi. kalau nak berjalan saja2 tu, tak delah jawapnya. tambah lagi dengan masalah2 dunia sekarang ni...
esuk nak ke Sunderland lagi...dah talipon semalam kat kilang tu. member pun nak ikut. piknik lagi lah wehhhh.
insyaAllah semuga semua berjalan lancar....

dear,
setiap hari detik berlalu semakin singkat masa bersama
kita yang dalam perjalanan semuga tepat arah tujuan dan sempat kumpul bekalan
agar tidak sesia masa dan kurang sesalan di sana
************************************************** Kekasih
Akan kupintal buih-buih /menjadi tali /mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang /menjadi hamparan /ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan /menjadi selendang /menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung /menjadi baju /pakaian malammu
akan kupetik bintang timur / menjadi kerongsang /menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana / menjadi lampu / menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari / menjadi laut malammu / menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi / yang membunuh realiti / dengan syurga ilusi.
SN Usman Awang
ingat ni ?...
Kiambang [dengar]
Kiambang / kau kembang di pinggir kali / Ungu warnamu berseri / Walaupun baumu tak seharum mawar / Namun kau masih tetap menawan / Kiambang / Bayangmu di air tenang / Mencerminkan wajah keriangan / Walaupun hidupmu dalam kesepian / Hanya berteman cahaya rembulan / Nasibmu kiambang di pinggir kali / Sedang kau mekar menghiasi desa / Kemarau panjang pun tiba / Keringlah dikau dalam dahaga.
Malam [dengar]
Malam / Bila rinduku bertambah dalam / Kau datang lagi dengan kenangan / Oh! betapa dinginnya malam ini / Kasih / Bila malamku bertambah kelam / Seribu kisah melintas mata / Dan malam ini sungguh mencengkam / Bila malam / Tiap kali ku pandang semalam / Resahku sering menjadi dendam / Hatimu ku rasakan dingin / Dan malam / Adalah masa yang membawa kesan / Pada diriku yang kesepian / Kini ku tenggelam / Di bawah alunan ombak malam / Oh! malam / Bila malam / Tiap kali ku pandang semalam / Resahku sering menjadi dendam / Hatimu ku rasakan dingin / Dan malam / Jika dikau dapat bicara / Katakanlah pada hamba / Mengapa dia pergi membawa hati ini / Oh! mengapa / Oh! Malam.
******************************************************** nak bagi apa ekk? miss the opportunity last sunday !
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
terkejut juga bila balik hari ahad malam tu. mem dah rambut pendek ! apa hal ? kecemasan ni...ada makhluk asing, semua perlu di potong. mem punya kak long yg potongkan. rambut kak long pulak mem yg potong, itu pun lepas dia fikir dua tiga kali. mmg selalu bila disuroh, dia susah nak potong. nampaknya aku pun kena check ni...
sekarang rambut aku pulak yg terpanjang kat rumah ni...ha ha ha..
mem dah merdeka hari ni. hantar paper kat department. berangkut semua, sebab janji nak berjalan kat bandar lepas tu.
dah hampir setahun kat sini, baru jejak kaki kat pusat bandar. kira betul2 tengah bandar lah tu, dengan tempat orang lepak sambil tenguk air pancut - Peace Garden. mcm Dataran Merdeka lah. w/pun dah mula sejuk sekarang, tapi ada juga budak2 main kat air pancut tu. agaknya masa tengah summer hari tu, ramai lah orang yg tak cukup kain kat situ...

kat sebelahnya ada Winter Garden, ditanam segala macam pokok dari merata dunia. tempat org ramai melepas lelah sambil menikmati kehijauan pokok2 tu..

|