home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Saturday, January 31, 2004

korban

Untuk peringatan diri sendiri.

Cakap pasal korban ni, terbayang lembu, kambing di pegang ramai2, di tumbangkan di sisi lubang yg telah siap digali.Dengan iringan takbir, sembelihan dijalankan. Lepas tu lapah, bungkus dan dibahagi2kan ! Kemudian ada kenduri sup tulang dan nasi lauk daging. Siap semua, masing2 balik dgn daging sekilo dua.
Selesai ?

Tahun, demi tahun begitu !

Alangkah baiknya pula kalau pengajaran disebalik korban itu di ambil perhatian dan jadi amalan dlm kehidupan.

Ibadat ini di kaitkan dengan cerita pengorbanan sebuah keluarga. Pengorbanan mereka sangat disukai, hinggakan perbuatan2 mereka telah dijadikan ibadat utk umat akhir zaman ini. Setiap orang yg mengerjakan haji akan membuat perbuatan2 mereka setiap tahun.

Seorang ayah yg diperintahkan utk menyembelih anaknya dan si anak yg sanggup si sembelih. Semuanya kerana perintah Tuhan. Kerana suka melihat kesanggupan mereka menurut perintah, anak telah ditukar dgn kibas. Dan amalan ini dijadikan ibadat setiap tahun hingga kiamat.

Bagaimana pula dengan korban seorang isteri yg ditinggalkan suami ditengah padang pasir kering kontang bersama anak yg masih bayi. Tapi kerana perintah tuhan, isteri redha dan dalam kepayahan mencari air, berlari2 antara dua bukit Safa dan Marwa. Sehingga kiamat, setiap orang yg mengerjakan haji akan membuat perkara yg sama, berlari2 anak antara dua bukit itu.

Setiap hari kita berkorban. Untuk mencari rezeki dan keperluan seadanya. Memang dah jadi tanggungjawap pun. Tetapi bagaimana pula dengan berkorban untuk agama ? Berkorban untuk mentaati perintahnya ? Adakah sebab anak isteri dan negara ini berkaitan dengan kita, maka kita sanggup susah payah berkorban ?

Berkorban untuk agama, bukannya dgn mengangkat senjata sahaja. Banyak lagi yg perlu dibuat untuk agama...Paling kurang, memastikan amalan agama tip top dalam kehidupan sendiri. Jangan ilmu kehidupan aje kita beroleh Master, PHD tapi amalan agama macam org baru masuk sekolah. Amalan dan pemikiran ttg agama juga perlu dipertingkatkan.

Berkorban lah utk tingkatkan ilmu dan amalan agama. Bersusahpayah lah sedikit untuk jumpa alim ulama dan memakmurkan masjid. Semuanya perlukan perngorbanan ! Korban masa rehat, korban wang ringgit, korban perasaan malu, tebal muka. Tapi apalah semua itu, kalau dibandingkan dengan keredhaan Tuhan ? Dan apalah nak dibanding kan kesusahan di dunia yg sebentar ini dgn kesenangan di alam yg kekal selamanya !

So, berkorban apa kita tahun ini ?

Selamat Aidil Adha dan selamat BERKORBAN !

87893 | posted by saorangorang at 9:58 | 1 comments

Tuesday, January 27, 2004

Bagan Lalang

Ke Bagan Lalang hari kedua tahun monyet.

Rumah yg dah lama ditinggalkan, dah penuh lalang ! ( macam sesuai aje dengan nama tempat nih... hehehe ) Hingga nak capai taraf hutan kecik dah. Makcik sebelah punya lah risau. Takut si rayap katanya, macam yg dah jadi kat rumah jiran2 lain...

Jenuh nak buang pokok2 renik yg dah menjalar ke pintu dan dinding rumah tu.

Aku memang dah cakap dengan mem dari dulu lagi, especially sebelum tinggalkan tanah air setahun lalu, supaya upah orang untuk buang semua lalang2 tu, ganti tanah dan tanam dengan cow grass. Tapi sebab kesibukan kehidupan seharian, tak kesampaian la niat tu.

Rupanya bukan kat luar aje kena dibersihkan, tapi kat dalam rumah pun kena dikerjakan. Penuh air, macam dilanda banjir pulak rumah tu. Rasanya ada kebocoran kat mana2. Kena buat edisi siasat ni. Puas belek sana, belek sini, rasanya macam dah tau lah punca kebocoran tu. Tapi tenguk lah macam mana nanti. Paip nyer sudah ditutup, harap2 nye disitu lah penyelesaian nye.

Berjalan ke pantai. Ingatkan nak jadi lifeguard aje untuk budak2 tu mandi manda tapi kuat sangat tarikan air laut ni. W/pun air tak bersih macam di sebelah laut china selatan tapi aku terjun juga.

Di pantai, ramainya orang tak boleh nak kata. Setiap inci tanah, dipenuhi dengan khemah ! Mungkin sempena cuti tahun baru ni. Lemas rasanya ramai2 orang macam tu. Tak boleh nak bernafas dibuat nya.

Lepas maghrib bergerak ke restoran2 yg banyak ditepi pantai. Hampir semua gerai penuh dengan orang. Setelah berpusing2 2 3 kali. Dapat lah juga tempat nak parking kereta, dan meja untuk makan malam. Itu pun order lambat siap. Pukul 10 lebih baru selesai makan !

Setelah solat isya' di musola, mulalah bergerak pulang kerumah. Sambil memandu tu, terpikir2 di kepala ni, adakah peluang untuk pantai bagan lalang ni kembali kepada keadaan asalnya sebelum dicemarkan oleh manusia ? Apakah yang patut dibuat untuk membetulkan keadaan ? Semuga belum terlambat !

87340 | posted by saorangorang at 1:51 | 1 comments

Monday, January 19, 2004

alam mistikal

86536 | posted by saorangorang at 14:56 | 0 comments

Tuesday, January 13, 2004

Slanga.

Orang kata, kalau bahasa tak berkembang, bangsa tu pun tak berkembang. Namun kalau tak dikawal, bahasa boleh jadi carca-merba, rojak - pasembor !

Lihat sahaja bahasa yang digunakan untuk sms atau chatting. Bila digunakan pula di dewan periksa, bertambah berserabut lah jadinya. Jadi isu pula seluruh negara. Adakah perkembangan teknologi menyebabkan kelemahan pelajar berbahasa ?

Bahasa pasar yang digunakan dalam perbualan seharian di kalangan rakyat berbilang kaum kita ni, memudahkan komunikasi. Tetapi bila bahasa itu masuk dalam kelas tutorial dan ujian lisan universiti, tu yang kena penangan dari lecturer tu, ' Awak ingat ni kat pasar ke ??' Nasib juga lulus ujian wajib tu.

Slanga banyak digunakan dalam perbualan seharian. Terutama bagi warga kota dan generasi muda. Dan setiap generasi rasanya punya slanga sendiri. Sebelum aku terlupa, di senaraikan disini slanga yang pernah aku tahu. Pada yang tak setuju, buatlah hampa punya senarai sendiri !

ciluk : celah - bawa kereta ciluk menciluk / bawa kereta celah mencelah

kantoi : kena -

skodeng : mengintai

kemut : kedekut

...............to be continued !

85611 | posted by saorangorang at 0:26 | 0 comments

Monday, January 5, 2004

Masuk sekolah.

Hari ni ramai yg cuti. Masuk sekolah semula. Bukan utk belajar abc, tapi utk uruskan anak2 yg baru kenal alam sekolah. Walaupun bukan nak menemankan anak2 di kelas sebab ramai yg pernah belajar di pra-sekolah, tapi banyak lagi yg perlu diuruskan. Urusan yuran, bas sekolah malah menentukan kelas yg akan diduduki.

Si kenit dua org tu, walaupun berbeza tahun, seorang tahun 2 dan seorang lagi tahun 1, sebab tak ada di sini setahun, maka dua2nya baru di alam sekolah di sini. Kalau di Darnall dulu, sekolah menyeronok kan bagi mereka. Tiada berbeban buku yg nak dibawa. Di sekolah selalu dpt 'star'. Ada break utk games. Ada study visit kesana-sini. Ada peluang utk jadi kreatif dlm kelas. Macam2 lagi yg menjadikan masa utk kesekolah tu satu yg menyeronokkan. Alangkah baik nye sekolah kat sini pun begitu.

Si kakak mula ke sekolah menengah. Ramai kawan2 dia yg akan ke sekolah asrama sebab cemerlang dlm UPSR. Tinggal lah dia di sekolah tu nanti. Tapi tentu ada kawan2 baru di sekolah yg juga baru di buka tu. Muga2 sekolah tu juga dpt melahirkan pelajar2 cemerlang spt sekolah kebangsaan di kawasan ni.

Untung budak2 sekarang ! Semuanya serba baru. Baju, beg, kasut dan buku2. Kalau aku dulu, semua dapat barang2 warisan. Tambah lagi dgn keluarga besar macam aku ni. Baju abang2, itulah baju aku nantinya. Begitu juga dengan beg dan kasut. Bila dah terlalu uzur, barulah dpt yg baru.

Ke sekolah juga, abang2 atau kakak2 lah yg akan uruskan. Ayah dan emak mungkin kerana kesibukan masa tu, tak selalu ada di hari pertama sekolah. Abang kakak lah yg uruskan pendaftaran dan segala urusan sekolah yg lain. Masa tu, emak selalu siapkan sarapan. Selalunya roti dgn majerin. Air teh O. Biasanya, aku suka rendam roti dlm air teh, kemudian cicah dgn gula. Kdg2 cicah dgn kuah kari atau kuah masam dan kemudian dgn gula. Roti yg sedap masa tu ialah roti benggali. Roti yg ada keraknya tu. Kadang2 tu saja minta dengan benggali roti, kerak2 roti yg banyak dia simpan. Itu pun sedap gak dicicah teh atau pun kopi.

Ahhh.... masa dulu2.....

Bila di cerita dgn anak2 tentang susah hidup dulu2, mereka kata

'itu dulu, ayah..., sekarang keadaan dah berubah. !'

******************************************************
zaza,

untung kau, at least dpt basikal. aku berjalan aje ke sekolah rendah.

batpupu,

ye, hidup tak selalu indah. terpulang kita untuk menceriakannya walau tak punya apa2.

zz,

muga dilimpahi kasih sayang dalam kehidupan ini...

hs,

ya, hidup bak putaran roda ! dan selalu juga terasa cam deja vu !

84538 | posted by saorangorang at 10:39 | 4 comments