|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Al I'tiraaf (Sebuah Pengakuan)
oleh: Abu Nawas, Baghdad
Ya Allah, aku bukanlah hambaMu yang pantas memasuki surga firdausMu tidak juga aku mampu akan siksa api nerakaMu Berilah hambaMu ini ampunan, dan hapuskanlah dosa-dosaku sesungguhnya hanya Engkaulah Sang Maha Pengampun Sang Maha Agung
Dosa-dosaku seperti butiran pasir di pantai Anugerahilah ampunanMu wahai yang Maha Agung Umurku berkurang setiap hari sedang dosa-dosaku terus bertambah Adakah jalan upaya bagiku?
Ya Allah, hambaMu yang penuh maksiat ini bersimpuh menghadapMu mengakui dosa-dosanya dan memohon padaMu ampunilah, karena hanya Engkaulah Sang pemilik ampunan Bila engkau campakkan aku, kepada siapa dan kemana aku mesti berharap selain dariMu?
-------------------------------------><----------------------------------- Tak pernah dengar ? Pernah dengar I'tiraf dari Raihan ? Begitulah nada syair ini yang menjadi lagu tema bagi sinetron Adam dan Hawa di SCTV semasa bulan Ramadhan ini. Lagu itu dinamakan sebagai Sebuah Pengakuan di olah oleh Haydar Yahya.
Syair Abu Nawas ini terkenal di Alam Nusantara. Kalau siapa yg pernah bergaul bersama kumpulan Sg. Penchala, tentu biasa mendengar dan bersama2 men'dendang'kan syair ini. Dan bagi sesiapa yg memahami bahasa arab bisa menitiskan air mata bila mengenangkan dosa2 sendiri.
Suatu ketika di bulan ramadhan di Stinggarden, kami anak beranak mendengar satu suara berdesit yg kuat seolah2 bergerak di atas benteng dari satu hujung ke hujung yg lain. Esuknya tersebar lah berita ada orang yg dikejar hantu pada mlm itu.
Kampung Stinggarden kami di dirikan di atas bekas lombong. Sebelum diterokai oleh penduduk kampung, tempat macam ini lah salah satu tempat bagi ghost-buster membuang makhluk2 halus. Jadi pada aku tidak lah menjadi kehairanan jika makhluk2 ini akan terlepas bila di usik tempat mereka dibuang dan akan mula menggangu orang. Memang selalu terjadi gangguan pada orang kampung sebab hasad dengki dan macam2 lagi. Jiran berdekatan rumah aku pun ada yg terkena.
Pada waktu awal2 dulu, kalau balik rumah waktu malam memang agak menyeramkan. Untuk sampai dari stesen Bas Srijaya ke rumah, perlu berjalan di atas benteng melalui dua tiga lombong. Kalau ditegur disitu, rasanya, tidak ada yg akan menjawap melainkan mengangkat kaki dan membuka langkah seribu.
Apa bezanya hantu dengan syaitan ? Lihat lah di sini untuk kajian ilmiah mengenainya.
Apa2 pun kita kena yakin bahawa Allah s.w.t lebih kuasa atas semua makhluk2 dan atas segala2nya.
Petua aku, kalau dalam keadaan yg menyeramkan serta mengugat ketabahan serta keyakinan, aku akan berdoa berkali2 dalam hati :
“Oh Allah, mereka melihat aku, tapi aku tak melihat mereka, Aku takde kuasa keatas mereka, tapi engkau ada kuasa ke atas mereka.Oleh itu jangan lah engkau uji aku dengan ujian yg aku tak sanggup hadapi.”
Selain dari itu kenalah usahakan supaya iman kita tepat dan padu. Bila kita ada yakin yg bulat kepada kekuasaan Allah s.w.t, rasanya tiada apa2 pun yg buleh menakutkan dan menggangu gugat kita.
Kalau tidak, gelap saja pun akan menjadi sumber ketakutan pada kita.
so....selamat mem padu kan iman di bulan mulia ini. masih punya waktu ni nih....ayuh....
Pagi tadi aku dapati telah menunggu rickshaw di tepi guest-house. Aku yg selalu terlewat, kerana menyambut panggilan alam selepas sehri, menyuruh rickshaw-walla menghantar ke masjid. Jika berjalan, pastinya masbuk di rakaat kedua, atau lansung suboh sendirian.
Ini adalah kali ketiga aku naik rickshaw ke masjid. Bila sampai di masjid, aku selalu ajak rickshaw-walla masuk sambil mengisyaratkan takbir dan menyebut 'namaz'. Dan seperti biasa diaorang hanya mengganguk dan memusing2kan kepala seperti yg biasa dibuat oleh orang2 sebelah sini.
Selepas suboh tadi, terserempak lagi dengan rickshaw walla yg sama. Mulanya aku rasa tak mau lagi naik rickshaw dia ni. Terdetik dalam hati, buat apa nak tolong dia ni, suboh entah sembahyang entah tidak ? Tetapi entah kenaper, kemudiannya aku berpaling dan memanggil kembali dia.
Dan sepanjang perjalanan ke guest-house, aku teringat kisah Nabi Ibrahim dengan seorang tua yg lebih kurang begini ceritanya. (Kalau silap tu, tolonglah betulkan ya...)
----------------------------------------------<>-----------------------------------------------
Satu ketika Nabi Ibrahim mencari teman untuk makan kerana sudah menjadi sifatnya akan mencari teman untuk makan berjemaah. Lalu terjumpa ler Nabi Ibrahim dengan seorang tua dan diajaknya orang tua itu makan.
Nabi Ibrahim bertanya pada orang tua tersebut, "Apakah agama kamu ?" Jawab orang tua tersebut, "Majusi". Maka segera dihalau olehnya dan tidak diberi makan.
Perbuatan Nabi Allah ini segera ditegur yang mana Allah SWT telah berfirman pada Nabi Ibrahim bahawa selama 70 tahun aku memberi rezeki pada orang tua itu walaupun dia kufur pada ku tapi engkau wahai Nabi ku hanya sekali telah menghalau dia dari makan bersama mu.
Nabi Allah Ibrahim telah mencari orang tua tadi dan mengajak ia makan. Orang tua itu berasa heran lalu bertanya kenapa tetiba berubah? Maka berceritalah Nabi Allah Ibrahim akan teguran Allah padanya. Lalu orang tua tersebut apabila mendengar terus bertanya mengenai Islam dan memelukkinya didepan Nabi Ibrahim.
----------------------------------------------<>-----------------------------------------------
so...kalau Nabi Ibrahim pun kena tegur, siapalah aku nak menghakimi orang lain ? dah lah sendiri banyak salah dan silap dengan tuhan dan manusia, masih pikir burok dan nak menentukan balasan untuk orang lain. sendrii mau ingat lah hai aku yg tak sedar diri......Astagfirullahhhhhh.............

Seperti di mana2, bulan ramadhan memberi peluang orang ramai merasa juadah2 yg berbagai. Adakalanya juadah yg hanya timbul dalam bulan ini sahaja.
Kalau di Kuching, ada manuk pansuh dan bubor pedas. Manakala di Johor Baharu ada Air Katira (yg tak berpeluang lagi aku nak merasanya). Begitu juga di sini. Banyak iftar bazaar yg menjual juadah2 berbuka untuk orang ramai di sana sini.
Berikut makanan2 popular serta kemestian di bulan ramadhan ini.

Haleem: Rasanya seperti bubur asyura atau bubur lambuk. Ada daging dan bermacam2 rempah. Sangat popular dan dijual dimerata2 tempat. Kalau nampak mangkuk2 tanah liat tu, inilah benda nyer yg dijual. Mangkuk berbagai saiz bergantung kepada harga yg mahu dibeli.

Piyaju : Bawang yg digoreng dengan tepung
Beguni : Terung di hiris nipis dan digoreng dengan tepung

Tchola : (chickpea) kacang kuda di goreng dgn bawang dan cili kering.
Mudi : (roasted rice grain) Bertih beras

Jilapi : a spiral juicy sweet - Manisan
Bassboussa, Katayaf & Balal Sam: Manisan yg berasal dari Arab
Shami Kabab & Beef Kabab: Berbagai jenis kebab
Samusa : Lebih kurang karipap laa.
Ada yg aku dah rasa dan ada yg belum. Kalau dah hari2 berbuka dengan kawan2 sekampung, bila laa nak merasa makanan orang2 sini.
Apa2 pun, selamat beriftar walau dimana anda berada !
~ selamat...
nanti pak imam marah !


gambar lain semasa putar2 kota (yg takde kena mengena dengan topik) sila lihat di sini
dipagi hari, antara tidur dan jaga atau masih dalam mimpi (?) terdengarlah lagu ini...
Kenang Daku Dalam Doa Mu
Sungguh jauh dikau pergi Berpisah untuk selamanya Tiada lagi senyum mesra Dan gurau senda
Ingin ku turut bersama Apa daya ku tak terdaya Sudahlah memang nasib ku dik Demikian rupa
Ku berdoa agar dikau hidup bahgia Jangan bimbang padaku nan berduka
Tapi dik kau jangan lupa Kenang daku dalam doamu Itu yang ku pinta dari dulu Waktu bertemu
Semasa berbual dengan mem, dia dok cerita tentang nasi ayam yg dia masak untuk berbuka. Aku siap minta resepi lagi, dgn harapan ada kesempatan nak masak.
aku : awak peram dgn apa ekkk ayam tu aku: dah lupa laaa mem: bwg merah+halia+bwg putih+cili hidup sebatang aku : lupa pulak nak bawa rempah sop mem: mesinkan semua mem : lps tu tuangkan atas ayam yg dah dicelur mem: tuang kicap, gula, garam mem: perap barang 1 jam mem: lps tu goreng.... aku: iyo laaa mem: hmmmm sedap.... aku: nasi ? mem: yum, yum, yum mem: bwg merah & putih + halia, semua dihiris mem: tumiskan dgn minyak sdkt mem: bila dah wangi, masukkan beras mem: lps tu masukkan air secukupnya mem: kmdn masak sehingga kering aku: masukkan air ayam mem: ye mem: cubalah... senang aje mem: kicap ada aku: iyo laaa...cuma rempah sup takde mem: ttg sop tu, guna aje perencah kat sana mem: sama aje aku: nanti nak tanya..rempah2 tu mem: lps utk cillinya mem: ambil beberapa btg cilli + halia, mesinkan mem: kalau nak masak, just panaskan atas api mem: kalau tidak, boleh terus makan ngan nasi mem: itu ajelah resipinya
Semalam berbuka di rumah MD. And you know what ? Macam tau2 MD ni aku mengidam nasi ayam. Apalagi aku pun bedal la secukup nafsu ! Sampai tak ingat kat orang belakang. Aku ingat tuan rumah nak top-up, tapi macam takde aje. Tak merasa laa orang2 yg datang lewat tu..Nyosal lak den bertambah2 makan...isshhhhh isshhhhh..
Cable tv technician dah sambung semula tv ke dish kat atas bumbung. dapatlah semula menonton berita2 semasa se entero dunia.
Semalam Huawei buat majlis berbuka di Panpac. Punya lah ramai tetamu. Dengar ceritanya, tahun lepas tak cukup tempat, hingga terpaksa di tempah sekali coffe-house di hotel tu untuk menampung tetamu yg hadir. Jadi tahun ini, habis satu dewan mereka tempah untuk majlis. Apa tak nya, kalau di jemput, orang2 disini akan datang dengan keluarga !
Ada cabutan bertuah kemudian nya. Kawan2 yg bawa aku, masing2 dapat hadiah. Memang bertuah betul depa tu.
Walaupun dah letih lepas tu, kami ke tempat terawih jugak. Laksam yg kawan bawa untuk moreh mendapat sambutan hangat, hingga terpaksa dia balik dan ambik refill.
dear,
pinjam kata2 rod steward.
HAVE I TOLD YOU LATELY
Have I told you lately that I love you Have I told you there’s no one else above you Fill my heart with gladness Take away all my sadness Ease my troubles that’s what you do
For the morning sun in all it’s glory Greets the day with hope and comfort too You fill my life with laughter And somehow you make it better Ease my troubles that’s what you do There’s a love that’s divine And it’s yours and it’s mine like the sun And at the end of the day We should give thanks and pray To the one, to the one...
TV di rumah tu dah beberapa hari tak mendapat siaran satelite. Yg ada cuma satu siaran tempatan. Selidik punya selidik, rupanya tuan rumah tidak membayar langganan untuk siaran satelite.
Jadi selama ini, tuan rumah telah membuat sambungan haram untuk mendapatkan siaran. Sedang sibuk bercerita dengan si Amir, kami pun sebut lah, ooooo, ini kes curi line ni... Si Amir pun mengangguk2 dan menyebut2 haaa..curi line, curi line beberapa kali... Rupanya curi line memang di sebut curi line dalam bahasa Bengali !
Sementara menunggu urusan mendapatkan semula sambungan tersebut, semua kat rumah tu melunggu dan monyok menatap siaran yg tak difahami dan lansung tak mencambah pemikiran.
Sudah bermula, jemputan kepada orang2 ‘bujang’ disini untuk berbuka puasa. Sebenarnya kelmarin lagi dah bermula, tapi entah kenapa diorang tak masukkan aku dalam senarai jemputan. Chesssss….Housemate pun tak ingat kat aku. Aparaaaa….Tak apalah, dah takdak rezeki. Tapi mem pegawai yg buat majlis kelmarin tu, dah bagitau nak ajak sekali lagi kerumah dia nanti.
Semalam majlis dirumah pegawai Project Manager. Nasi kerabu berserta serba serbi condiments nya. Ada daging bakar, ikan goreng tepung, sambal kelapa, sambal udang, ayam goreng dan kuah ala kuah ayam percik. Dan sudah tentunya budu. Aku rasa mem dia ni orang pantai timur kot. Tak sempat pulak nak tanya lebih2 walaupun dah kenal lama dah dengan pegawai ni, semasa bekerja di Sarawak lagi. Kemudian ada lepat pisang dan tepung talam. Wah…melayan nafsu betul…tapi kena makanlah mana yg patut kan, kalau tak nanti, kecil hati pulak tuan rumah. Itu pun kena jaga juga bila hidup bermasyarakat ni. Siap bekal lagi tuan rumah kepada kami yg bujang2 ni, buat bekalan sahor katanya. Emmm… murah rezeki bulan puasa ni.
Dari situ, kami ke rumah duta Brunei untuk isya’ dan terawih. Dekat betul rumahnya, selang satu lorong saja. Ada kejutan katanya. Bilal terawih demam. Jadilah duta tu imam dan bilal terawih sekali semalam. Memang kejutan betul. Selalunya terawih dia bawa 8 rakaat, jadi aku dan beberapa orang kat saf belakang, selepas aje 8 rakaat, bisik semasa sendiri, ‘witir’. Tetapi imam tidak menunjukkan begitu. Rupanya beliau terus sambung terawih. Geng belakang pun mufarakah la, dan buat witir sendiri. Lepas tu kami pun keluar rumah mengambil angin dan menyelesaikan masaalah berasap bagi mana2 yg bermasaalah !
Semasa menunggu moreh siap, pak duta yg memang peramah pun cerita lah yg dia saja buat kezutan macam Akademi Fantasia sebabi dia kata moreh pun kezutan jugak. Kind of heavy la maksudnye tu. Tapi katanya sekali ni saja lah…dah tak buat lagi. Ada pulak yg sambut kata, kalau pak duta ni jemput lagi, ramai la..yang tak datang nanti. hahahaha....
Hai, dah tua2 ni, ramai laa yg tak larat berdiri lama2…lomah kepalo lutut den. Tak pa laa…buat aja yg patut, jangan tak buat langsung. Rugi..ooooooooo
--------------------------------------------v----------------------------------------------
bila rindu membuak2.......
Dua insan (oleh: M.Nasir)
Bila kau senyum, ku gembira Bila kau sedih, ku menangis Bagai taman rindukan kembang Ku rindu padamu oh! sayang
Di mana saja kau berada Ku kan tetap bersamamu Walaupun jasadmu jauh Namun hatimu dekat selalu
Walau duri halangan menimpa Bila cinta ada ku tetap setia Hanya dikau dan asmara Membuat hidupku bagai Dalam Syurga
Biar masa berganti masa Biar masa pun berubah Telah ku katakan padamu oh! sayang Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan.
Jika kau tanya pada rembulan Mengapa cahaya berseri-seri Tentu jawabnya kepadamu Kerna dikau cinta padaku
Ku persembahkan kepadamu Sekuntum bunga mawar merah Kau terima sambil tersenyum Kembang yang harum kau cium
Bila saja halangan menimpa Kerna cinta ada ku tetap setia Hanya dikau dan asmara Membuat hidupku bagai Dalam Syurga
Dua insan sedang bercinta Dua insan berjanji setia Telah ku katakan padamu oh! sayang Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
puasa yangyok pagi2 buka periok
Semasa aku sekolah rendah di SKS, seorang kawan mengajak aku ke Balai Polis Sentul semasa bulan puasa. Bukannya ke balai, tapi ke quarters di balai tersebut. Kami ada kawan sekolah yang tinggal di sana. Setelah melepak dan bermain mana patut, kami pun balik. Lupa pulak nak bagitau, kami pergi dan balik dengan berjalan kaki saje. Budak2 masa tu, mana ada duit. Jauh la juga dari Sek. Keb. Sentul nak ke Balai Polis di Jalan Ipoh tu. Jadinya bila masa balik tu, dah la kehausan yg amat sangat.
Zaman dulu2, ada paip air tepi jalan. Jadi adalah satu paip ni, betul2 tepi sekolah. Bila dah sampai paip tu, aku pun terus membasahkan kepala dan sempatlah menadah mulut. Kawan tu, tak pulak minum sama. Bila sampai di rumah,
Emak : Engkau ni puasa ker ? Aku : Puasa (yangyok) mak.
Gulshan. Ramadhan 3 / 18 October 2004 @ 5:53 am local time
Semalam, bertambah seorang lagi penghuni guest-house ni. Pegawai yg belum mendapat rumah masuk kesalah satu bilik disini. Sebelumnya dia tinggal bersama seorang pegawai lain. Kelmarin pegawai tersebut yg pulang ke Malaysia telah membawa isteri beliau bersama. Untuk tidak mahu ‘kacau daun’ kawan ini pun pindah la ke guest-house.
Guest-house ini ada 4 bilik yg lengkap dengan bilik air masing2. Sebelum ini, Amir si tukang masak duduk di salah satu bilik yg juga merupakan tempat dia mengosok baju penghuni2 guest-house yg dia basuh. Jadi semalam, Amir pindah semula ke bilik pekerja di sebelah dapur.
Semalam pergi lagi berbuka di masjid. Pak Guard marah2 lagi, bila disuroh buka pagar, Rupanya sebab ganggu dia nak berbuka. Dah salah aku jugak, datang betul2 waktu nak berbuka. Bila aku duduk aje, terus dengar orang azan. Seperti biasa aku menyelit di satu kumpulan untuk join diorang berbuka. Aku buka kuih kodok ikan bilis yg sempat aku goreng masa balik kerja tadi dan aku hulurkan bersama kurma dan kacang kuda yg aku bawa. Semua tu, diorang tuangkan ke dalam besen berisi bertih goreng dan di gaul2 bersama. Aku nekad nak merasa makanan diorang tu. Selepas agak2 semua tangan dah mengambil, aku pun masukkan tangan ke dalam besen dan mengambil segenggam.
Adalah segenggam dua aku merasanya lepas tu aku berhenti. Plain saje rasanya. Ada campuran kismis dan buah2 kering di situ serta kacang kuda dan kuih kodok aku tadi. Tapi aku tenguk diorang makan penuh ghairah dan berselera. Bekalan air kordial yg aku bawa pun aku letakkan di situ untuk di minum bersama. Beberapa kali aku di suroh makan bersama oleh wajah2 ikhlas mereka tapi terasa kekenyangan melihat diorang makan dengan gembira.
---------------------------------------------e-k-------------------------------------------------
Setelah beberapa kali diberitahu di rumah duta dibuat terawih oleh orang2 malaysia dan Brunei, baru semalam aku dapat sertai mereka. Sebab yg jelas ialah kerana aku takde kenderaan nak kesana. Jadual nya isya’ jam 7:30 mlm dan terus diikuti dengan terawih. Tapi semalam kami tiba jam 7:40 kerana mengambil seorang pegawai yg ingin menumpang, solat belum pun mula lagi. Setelah menanti seketika kedatangan beberapa orang lagi, isya’ dimulakan dengan di imamkan oleh duta Brunei. Terawih lapan rakaat dan diikut dengan 3 witir.
Dan seperti kebiasaan orang melayu, selepas terawih musti ada moreh ! Makan kuih melaka, kaswi, lontong dengan teh tarik, sambil berbual2. Tak terasa masa hinggalah hampir jam 10:00 mlm. Hampir kesemua orang Malaysia ada disitu. Orang Brunei aku rasa ada dua orang. Tak upaya pulak nak bertanya2. Sebelum beredar, diorang buat pengumuman untuk me’rotate’kan terawih dirumah2 yg lain selain dari rumah duta. Jadi mulai esuk, terawih akan diadakan di rumah pegawai yg lain.
---------------------------------------------T-h-u-i---------------------------------------------
Cerita pasal puasa/terawih ni, teringat kisah2 di Sting Garden. Inilah masa emak akan buat berbagai2 kuihmuih. Setiap hari satu kuih. Akan berlaku juga import-export kuihmuih dari sebuah rumah kesebuah rumah. Ais sudah satu kemestian, dan paling kurang air sirap dengan selasih. Kadang2 cincau dan cendol.
Meriah sungguh surau masa tu. Memang kat mana2 pun macam tu, bila tiba Ramadhan ni. Orang2 yg tak pernah nampak muka di surau pun akan datang. Untuk moreh akan dibuat jadual, rumah mana yg akan bawa juadah pada hari tertentu. Pakcik Kedah yg jual laksa, akan bawa motor jualan laksa ke masjid bila tiba giliran dia untuk menjamu. Aku tak kan miss masa tu, sebab lepas gian laksa dia di bulan puasa.
Banyak lagi kenangan2 di bulan puasa ni, tapi kena kutip semula satu persatu….nanti bila sudah cukup bagai gambar jigsaw puzzle, akan aku kongsikan bersama di sini….
But till then….. selamat melawan hawa nafsu !
Gulshan. Ramadhan 2 / 17 October 2004 @ 6:38 am local time
Semalam hari pertama berbuka di sini. House-mate entah kemana menghilang. Dah lama dia disini, tentulah dah panjang langkah nya. Aku mengambil keputusan untuk berbuka di masjid berdekatan. Dapatlah juga melihat budaya dan amalan orang tempatan dibulan ramadhan ini.
Berbekalkan 2 pasang roti bakar bersalut jam strawberry, khurma 4, 5 biji, kacang kuda digoreng tukang masak dengan bawang serta cili kering dan air mineral aku pun melangkah ke masjid yg mengambil masa 10 minit dari rumah tumpangan.
Kejutan pertama aku dapati bila melihat pagar masjid dikunci. Wah…macamana nak berbuka ni ? Berbuka di luar pagar masjid ker aku hari ni ? Berbagai persoalan bermain di fikiran. Semasa aku dipagar tu, ada juga seorang pemandu teksi motor serta seorang pakcik tua bersama2 di pagar. Setelah pak teksi menjerit2 memanggil dalam bahasa bengali, datanglah pak guard ke pagar. Apa yg dia cakap dengan aku pun tak tahu. Aku cuma buleh mengangkat2 bekas makanan dan menyebut ‘iftar’ berulang2 kali barulah dia membenarkan aku masuk. Pak teksi di suroh ke pintu yg lain. Mungkin dia tidak membenarkan kenderaan masuk waktu itu dan perlu di letakkan di samping masjid.
Bila masuk kemasjid, kelihatan orang ramai sedang berkumpul didepan makanan dan sedang berdoa sementara menanti waktu iftar. Aku pun menyelit di tepi dan terus bersama2 mengaminkan doa yg dibaca dalam bahasa bengali. Selesai berdoa, seorang pakcik menyuroh aku masuk kedalam salah satu kumpulan orang ramai itu. Yg kelihatan di tengah2 mereka ialah satu besen yg penuh dengan makanan. Mulanya aku fikirkan nasi beriani dan lauk pauk tapi setelah diteliti, rupanya cuma bertih beras seperti ‘pop corn’ yg diselangi dengan beberapa biji kacang kuda dan bawang goreng. Satu besen di kelilingi lebih dari sepuloh orang, jadi aku hanya duduk di pinggiran sahaja untuk tidak menggangu orang2 yg bagaikan mengawal kedudukan masing2 dari dicerobohi orang lain.
Bila azan berkumandang, masing2 pun menyeluk besen dan menjamu selera dengan makanan tersebut. Terasa sayu bila aku ingatkan bagaimana mewahnya kehidupan di tempat sendiri ketika ini, bila waktu berbuka, dimasjid2 dan dirumah2 makanan melimpah ruah hingga selalu berlaku pembaziran. Tetapi bagi orang2 ini, mungkin inilah makanan yg paling sedap mereka perolehi berbanding dengan hari2 lain, dengan kehidupan yang serba kepayahan dikota besar seperti ini.
Beginilah keadaan di kota2 yg padat penduduk tapi kurang dari segi pembangunan ekonomi. Jurang antara miskin dan kaya begitu jauh sekali. Yg kaya menjadi tuan besar dan yg miskin dianggap seperti seorang hamba hina dina.
Apakah kesilapan kita ? Pernahkah kita fikirkan orang yg lebih susah dari kita ? Apakah bantuan yg kita hulurkan untuk memberi sesuap makanan pada yg tidak punya apa2 ? Pernahkah kita melihat orang yg mengemis sesuap nasi di kedai2 makan dihalau dan di hina ? Adakah tergerak hati kita untuk menolongnya ?
Jika dilihat kehidupan orang2 dahulu, walaupun tidak kaya raya, tetapi masih sanggup menolong apa yang ada. Dan jika di teliti, kehidupan mereka penuh dengan kisah2 ajaib hati2 mulia. Dan balasan Allah bagi orang yg menolong dan sedia memberi kepada orang yg memerlukan adalah sangat segera. Ini sangat diyakini oleh orang2 dahulu.
(tak ingatlah pulak cerita ni, jadi sesiapa ingat kisah sebenarnye, tolong betulkan ya ) Seperti kisah seorang sahabat berhasil mendapat 3 biji buah untuk dibuat ubat pada anaknya. Dalam perjalanan berjumpa dengan seorang yg mengadu perlukan buah tersebut untuk mengubat keluarga nya. Sahabat itu memberi kesemua buah tersebut dengan penuh kerelaan. Bila pulang, datang seorang musafir kerumah beliau. Musafir memberitahu dalam perjalanan beliau, berjumpa dengan sesaorang yg suroh menyampaikan pesanan buah untuk sahabat itu. Sahabat itu bertanya ada berapa biji buah yg dikirimkan ?. Musafir berkata, ada 29 biji. Sahabat itu mengatakan yg buah itu bukan untuk dia. Musafir pula berkeras mengatakan memang untuk beliau dan bertanya, mengapa sahabat itu mengatakan bukan ? Sahabat pun menceritakan ttg 3 biji buah yg diberikan kepada orang yg memerlukan tadi dan beliau berkata pernah mendengar bahawa jika sesiapa memberi 1 akan dibalas dengan 10. Jadi jika 29, maka buah itu bukan untuk beliau, jika 30 barulah buah itu mmg untuk beliau. Musafir kemudian menceritakan hal yg sebenarnya. Memang sipengirim memberi 30 biji, tetapi kerana kelaparan musafir ini telah makan sebiji dari buah2 itu. Sebab itulah tinggal hanya 29 biji. Barulah sahabat itu mengambil buah, itupun hanya 3 biji yg beliau perlukan dan selebihnya beliau berikan kepada musafir tadi.
Berapa kali kita berkira2 untuk memberi dengan sangkaan kita akan kekurangan bila memberi ?. Yakinlah sebenarnya sesiapa yg memberi sedekah dan zakat, maka sebenarnya hartanya akan lebih bertambah.
Jadi dibulan yg mulia, dimana kita diingatkan tentang orang2 yg tak punya apa2 dengan berlapar dan dahaga, inilah masa untuk membanyakkan sedekah dan membayar zakat. Lihatlah orang sekeliling kita yg memerlukan, kaum keluarga, sahabat handai. Lihatlah orang di negara2 sekeliling kita….Berilah bila ada peluang dan selagi hayat dikandung badan….Dan yakinlah harta kita pasti bertambah……. dan pasti semua apa yg kita berikan sebenarnya disimpan untuk bekalan di MASA HADAPAN yg masanya tiada penghujungnya…....forever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and ever and everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr… without end.
Gulshan. 1 Ramadhan/16 October 2004 @ 6:35 am local time
Peritnyer bila ramadhan jauh dari rumah ialah bila tak dapat bersama keluarga berbuka puasa. Seronok bila makan bersama ketika berbuka dan bersahor. Susah untuk mendapat bersama begitu dibulan2 biasa. Tentunya akan menambahkan rasa kasihsayang berkeluarga.
Bila ketiadaan ayah, emaknya akan bawa semua berbuka di rumah atok. Bukannya jauh pun, sebelah rumah aje. Mungkin mereka akan lebih rapat dengan atok selepas ini.
------------------------------------------v------------------------------------------------------
Masih tiada keseragaman diantara negara2 dalam memutuskan permulaan Ramadhan. Malaysia dan Brunai juga dah berbeza hari, inikan pulak negara2 yg berjauhan. Seorang kawan beritahu, isterinya yg berada di China tanya kena puasa ker, sebab di China sudah mula berpuasa pada hari Khamis 14 Oct 2004.
Apa yg menyebabkan susah penguasa agama dinegara2 dunia ini untuk memikirkan supaya semua negara didunia ini bersatu dalam memutuskan perkara ini ? Pada halnya, semua orang berkongsi bulan yg satu. Adakah bulan Ramadhan di China lebih awal munculnya ? Kemudian muncul lewat sehari di Malaysia, dan kemudian di Brunai dan Bangladesh ini ? Kalau nak kata susahnya hubungan komunikasi antara negara2, itu zaman dahulu. Kini zaman teknologi internet, maklumat hanya dihujung jari dan boleh dicapai oleh semua termasuk kanak2 sekolah. Kalau anak bulan kelihatan di Jepun, adakah negara2 lain tidak boleh diberitahu hingga mereka pula perlu meneropong sendiri untuk melihat samada anak bulan muncul atau tidak ? Tidakkah kita memeningkan kepala orang islam ? Apatah lagi orang2 yg belum islam ? Negara2 dunia ini ada bulan masing2kah ? Hingga boleh berbeza hari untuk menyambut Ramadhan dan Syawal ?
Tiap2 tahun perkara ini berlaku. Pada hemat aku yg jahil ini, alim ulama dan umarak perlulah berbincang untuk mengatasi perkara maslahat umat ini. Jika perlu ijtihad atau fatwa dikeluarkan, kenalah diusahakan bagaimana supaya semua negara dapat menerima dan mengguna pakai. Masalah yg mungkin timbul ialah, siapa yg akan mengetuai ? Siapa yg akan mengeluarkan fatwa/ijtihad ? Dan bersediakah semua umat islam di dunia ini menghormati dan mengikuti fatwa/ijtihad tersebut ?
Ini sebenarnya bukan hanya masalah melihat anak bulan, tetapi masalah kesatuan umat islam sedunia. Umat islam di seluruh dunia, biasanya mengikut kata penguasa agama dinegara masing2. Setiap negara ada penguasa agama, samada mereka juga pemerintah negara atau bagi negara bukan pemerintahan orang Islam, mungkin hanya majlis agama yang menjaga kebajikan umat islam. Dan setiap dari mereka ini punya pandangan dan pendapat hasil dari ilmu pengetahuan dan pendidikan masing2. Oleh kerana pendidikan dan persekitaran yg berbeza, sudah tentulah pendapat dan pegangan mereka juga berbeza.
Tetapi bukankah kita ada senjata untuk menyelesaikan masalah ? Kita di ajar untuk menyelesaikan masalah dengan mesyuwarah. Bukan kah ini yg di ajarkan oleh Junjungan kita ? Dan kita sudah ada platform untuk perkara ini. Atas nama kesatuan umat tidak bolehkah di gunakan platform yg ada dikalangan negara2 ini ?
Mungkin masaalah ini di pandang remeh berbanding masalah2 BESAR dunia ? Tetapi yang pastinya, inilah litmus-test untuk umat islam. Jika masalah yg asas ini pun kita tidak dapat bersatu hati dan bersatu suara, apalah nak diharapkan untuk kita bersatu atas perkara2 yg lebih berat seperti menentang penindasan yg berlaku disana sini keatas umat islam !
Dan para musuh akan bergelak ketawa atas kelemahan kita ini. Mungkinkah juga mereka yang berada di sebalik perpecahan umat islam ini ? Masihkah kita tidak sedar ?
Yang pasti aku masih memikir2kan apakah tahun ini aku akan berpuasa 29 hari atau kurang ? Musykil…musykil….
(by Sting)
A thousand years, a thousand more, A thousand times a million doors to eternity I may have lived a thousand lives, a thousand times An endless turning stairway climbs To a tower of souls If it takes another thousand years, a thousand wars, The towers rise to numberless floors in space I could shed another million tears, a million breaths, A million names but only one truth to face
A million roads, a million fears A million suns, ten million years of uncertainty I could speak a million lies, a million songs, A million rights, a million wrongs in this balance of time But if there was a single truth, a single light A single thought, a singular touch of grace Then following this single point , this single flame, The single haunted memory of your face
I still love you I still want you A thousand times the mysteries unfold themselves Like galaxies in my head
I may be numberless, I may be innocent I may know many things, I may be ignorant Or I could ride with kings and conquer many lands Or win this world at cards and let it slip my hands I could be cannon food, destroyed a thousand times Reborn as fortune's child to judge another's crimes Or wear this pilgrim's cloak, or be a common thief I've kept this single faith, I have but one belief
I still love you I still want you A thousand times the mysteries unfold themselves Like galaxies in my head On and on the mysteries unwind themselves Eternities still unsaid 'Til you love me
Terasa singkat hujung minggu. Bagaikan tak cukup waktu untuk membuat apa yg perlu. Mem masih mengajak ke nursery mencari pokok untuk di tanam. Tak sempat pun rupanya nak tanam. Kalau ikut kata emak, tanam pokok memang baik pada hari ahad. Tak pernah pula aku nak tanya kenapa...
Balik nursery pergi ke hypermarket pulak. Semuanya ikut serta. Selepas selesai, makan dulu di restoran makanan segera. Siap dengan aiskrim sekali. Dapat pulak air refill. Penuhkan bekas yg ada, ta-pau laaa.....
Tak sempat nak tido pun, mem dah gesa buat drill untuk pasang skru. Nak gantung frame2 yg ada. Lepas asar sambung lagi. Punya la keras dinding rumah tu, sampai habis ler mata drill tu dibuatnya. Lepas tu, nak buat satu lobang tu rasa macam berjam2. Tak siap2. Dekat jam 6:30 baru siap 4 lobang. Cukuplah untuk masa ini, dapat gantung frame2 yg perlu. Lain2 tu, tunggu lain kali laaa....Lepas maghrib hantar Shuttle serta kereta kebanggaan negara untuk di cuci. Bila balik badan dah penat dan tak boleh nak pikir panjang. Tenguk Usual Suspects untuk yg entah ke berapa kali. Keyser Soze masih menarik untuk dilayan. Tapi cuma sekejap, sebab terhangguk2 depan TV. Azam nak buat kerja pejabat ...tinggal azam aje laaa.....lepas tulis satu ayat, kepala dah lentuk sana sini. Apalagi, tidooo la beb....melayan mimpi.
Marhaban ya marhaban Al Mubarak menjelang tiba Masa untuk lebih teliti dgn masa
Al Mubarak datang lagi Untuk peluang menilai diri Dan menambah amal bakti
Al Mubarak kian menjelma Inilah masa pada semua Untuk membuang noda dan dosa
Al Mubarak hanya sebulan Ingatkan diri rakan dan taulan Rebutlah peluang yg diberikan
Al Mubarak penuh berkah Jangan kita leka dan serakah Nanti malang tak dapat rahmah
Ya, Ramadhan sudah kian hampir. Inilah masa untuk mengumpul ganjaran pahala. Amalan sunat di ganjarkan dengan pahala amalan fardu dan amalan fardu mendapat ganjaran 70 kali dari hari2 biasa. Wah… Inilah masa yg ditunggu2 pencinta. Untuk mengabdi diri dengan lebih teliti.
Jika benda2 keduniaan, tentu orang akan kejar sesuatu keuntungan yg banyak tetapi dibuat dalam masa singkat dan modal yg sedikit. Work smart kata orang, instead of work hard. Inilah masanya untuk ganjaran yg berlipat kali ganda, walaupun dalam masa yg singkat. Kalau inipun tidak mahu direbut, amat malanglah kita.
Ehhh...Ini bukan bermaksud nak kejar ganjaran. Bukan bermakna amalan dibuat kerana ganjaran. Rasanya semua sudah jelas, setiap amalan hanyalah kerana DIA. Cuba fikir, kenapa ada sabda Nabi mengenai ganjaran2 sesuatu amalan ? Salah satu penjelasan nya ialah supaya kita faham amalan mana yg patut diutamakan dan lebih disukai. Contohnya jika solah berjemaah mendapat ganjaran 27 kali lebih dari seorang yg solah bersendirian, sudah tentulah amalan ini lebih diutamakan dan disukai. Jika selalu buat amal yg disukai, tentulah lebih mudah diredhai. Jika kita dapat keredhaan, sudah mencukupi lah untuk keselamatan dunia akhirat So, for all of you, smart guys out there, this is the time for us to work smart in our amal, our savings for the hereafter !
Inilah masa untuk membanyakkan solah seperti teraweh, taubat, hajat dsbnya. Membanyakkan bacaan AlQuran dengan azam katam keseluruhan kitab. Banyakkan sedekah terutama memberi makan untuk berbuka walaupun dengan seteguk air. Inilah masa untuk membanyakkan doa agar di jauhkan dari neraka dan di berikan syurga.
Kurangkan beban dibulan ini dengan makanan yg sedikit. Janganlah pulak jadikan bulan ini waktu menukar masa makan. Hanya menukar masa makan dari siang ke malam tetapi jumlah yang dimakan masih tetap sama, malahan kadang2 terlebih dari biasa. Jika makan terlebih maka mulalah rasa malas untuk beribadat malam. Hayatilah semangat ramadhan yg sepatutnya mengingatkan kita kepada orang2 yang tidak punya apa2 untuk disuap sehari2.
Argggghhhhh.. Banyak lagi senarai yg patut dibuat dan yg tak patut dibuat. Aku tulis disini untuk mengingatkan hati sendiri yg masih liar. Supaya aku sedar diri didunia yang sementara ini. Waktu semakin singkat, sedangkan bekalan belum cukup. Bagaimana bisa mengharungi kehidupan berjuta2 kali kadar dengan kehidupan dunia ? Sendiri mau ingat laaa….Aku tulis supaya aku sendiri ingat untuk buat semua ini. Kalau orang lain juga dapat buat, baguslah...
Jadi….ayuh semua, jadikan Ramadhan kali ini penuh bermakna. Semuga kita menafaati sepenuhnya peluang diberi ini dan tidak menjadi seorang yg malang seperti hadis Nabi. ------------------------------------~~:~~-------------------------------------
Kaab bin Ujra relates, "Rasulullah (SAW) said, "Come near to the mimbar". And we came near to the mimbar.
When he ascended the First step of the mimbar he said "Aameen". When he ascended the second step of the mimbar he said, "Aameen". When he ascended the third step he said, "Aameen".
When he descended we said, "0 Rasul of Allah, we have heard from you today something which we never heard before". He said, When I ascended the first step) Jibra-eel A.S. appeared before me and said, "Woe to him who found the blessed month of Ramadhaan and let it pass by without gaining forgiveness", Upon that I said, "Aameen". When I ascended the second step, he said "Woe to him before whom thy name is mentioned and then does not read Durood (salaat alan Nabi) on you". I replied "Aameen". When I ascended the third step he said, "Woe unto the person in whose presence both parents or one of them attain old age, and (through failure to serve them) is not allowed to enter Jannah" I said "Aameen". ------------------------------------~~:~~-------------------------------------
Kalau Ramadhan ini hanya lah seperti bulan2 lain…tak dapek la den nolong laiii….
~ selamat ber Ramadhan.
Ramadhan by Bro. Ramli Sarip / Hartina Ahmad
Naluri kita manusia selalu leka Hanya sujud dan sembah Padanya jua Kini engkau ku datangi Berserah diri Bersama kehitaman masa Nan silam
Ampunanmu kuharapkan Tiada daya aku menghindarkan Kesalahan dan dosaku Hanya engkau yang tahu Di Ramadan ini kabulkan doaku Suluhkanlah cahayamu Di malam yang penuh syahdu
|