|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
semalam berlari2 dari stesen dang wangi ke ballroom kerana kuatir kelewatan. padahal, ramai lagi orang2 yg menuruti di belakang.
kebetulan duduk di belakang member satu sekolah yg lama tak jumpa, sejak tamat sekolah hinggalah semalam. dia lah antara yg berpasangan masa sekolah lagi, dan kekal dengan pasangan nya, walau pun banyak dugaan yg berpunca dari hasad dengki manusia. mungkin dah hilang semua gangguan2 jahat, sebab dia pun dah beranak empat.
bagus persembahan2 yg diberi, terutama ttg spam dan phishing. bila bercerita di rumah, si kenit menyampuk,
'fishing kat mana ayah ?'
'kat hotel !'
some best practices to combat spam
- never reply to spam
- don't trust the unsubscribe feature
- don't post your email address on websites, newsgroups, discussion groups, etc
- don't participate in Internet chain emails
- use address such as : aku[at]host.org.my (don't use @)
- do not use preview pane on the email client
- when sending email to many users, use BCC
sempena hiatus nya saorang pencatat di danchan ini, di persembahkan lagu yg telah lama dicari2 sehingga kini baru ketemu. pernah didendangkan bro ramli sarip bila mula2 bergerak secara solo tanpa di iring oleh keluarga sweet charity, tapi penulis asalnya bapak dari seberang itu, pak iwan fals. kecapi lahh......
Terhempas kuterjaga dari lingkar mimpi Pada titik sepi Suaramu terngiang menembus khayalku Yang juga tentangmu
Dan ku akui tanpa kemunafikan kucinta kau Bahwasanya keakuanku bersumpah Kucinta ku
Bayangmu menghantui setiap gerakku Dan kemauanku Dahagaku akanmu matikan emosi Juga ambisiku
Entah kenapa perkataan kecapi mengingatkan kepada kicap. Mungkin sebab sebutan nyer yang hampir sama. Semasa memandu pulang semalam, ternampak di belakang sebuah bas, terpampang iklan tentang kekeluargaan dengan gambar sekeluarga sedang makan. Dan antara hidangan nyer ialah jantung pisang. Alangkah bagusnyer jika jantung pisang di kecapi dengan cili potong, hirisan bawang, perahan limau dan kicap. Dan tema iklan ialah 'Kecapilah.........'. Dah tak ingat apa perkataan yg berikutnya, sebab dah terliur2 mengingatkan jantung pisang dan kicap asam limau. Biasalah bila perut lapar...berbagai gambaran makanan terbayang2.
Seorang selebriti membuat laporan polis tentang gambar sensasinya yg heboh dizaman tok kadok dulu. Oleh kerana dia seorang 'idola masyarakat' maka gambar2 begitu memang menarik perhatian walaupun berlambak2 lagi gambar2 sensasi lain di internet. Bila orang lain dah tidak ingat cerita2 dulu, mengapa di gembar gembor kan kembali. Mengapa tidak kecapi saja kedamaian dari kisah2 dulu.
Sekarang gambar itu akan kembali menjadi tumpuan ramai dan pakar2 grafik komputer sedang di rujuk untuk menentukan kesahihannya. Kalau sahih bagaimana ? Tidak kah itu menjerat diri sendiri namanya ?
Mungkin memang mainan hidup orang2 selebriti mencari berita2 yg buleh menaikan rating masing2. Tak tahu lah...tapi kalau nak menjerat diri sendiri tu... tak dapek la den nolong nyer....
Apa2 hal pun, hari ni jom kita kecapi jantung pisang di celur bersama kicap asam limau ! Nyamaaannnnnnnn......
Pak Menteri cakap bapak/ibu2 guru jangan memikirkan sangat tentang ganjaran, tetapi perlu mengutamakan mendidik anak bangsa.
Aku sangat tak setuju dengan cakap2 begitu.
Sejak dari dulu, antara pekerjaan yg sentiasa mendapat 'tabik' dari aku ialah guru dan doktor. Memang jelas nampak berjasanya mereka yang berkhidmat dibidang ini.
Mungkin bidang ini nampak amat mudah. Kerja setengah hari, kemudian rehat setengah hari lagi. Tetapi dengan persiapan mengajar yg perlu dibuat, ko-korikulum yg perlu diatur dan diselia, urusan2 sekolah yg perlu diuruskan serta berbagai ragam anak murid yg perlu di tangani (belum campur ragam guru besar lagi), aku rasa bidang ini perlu dedikasi serta ketahanan jiwa dan mental yg tinggi.
Cubalah selami susah payah guru2 di pendalaman Sabah dan Sarawak. Cubalah lihat kebajikan guru2 di kampung2 di pendalaman hutan Pahang.
Memang benar kata NUTP, mereka hanya mahukan tidak di layan seperti 'rakyat kelas kedua' di dalam perkhidmatan awam.
Mengikut seorang rakan guru, perkhidmatan2 lain di beri kursus di Hotel atau di Intan sebelum ujian PTK, tetapi guru2 tidak dapat peluang begitu. Bila ditetapkan masa, terus pergi ambil ujian. Hasilnya ? Ramailah yg tak lulus.
Aku bukan seorang guru, tapi sentiasa akan tabik dgn guru2.
Pak Menteri Oiii, sendiri mau ingatlah siapa yg mongajar ekau masa ko kecik2 dulu. Sendiri pandai ka ? Kalau tak susah payah cikgu2 kat sekolah tu, takdo la kau kek tompat tu. Apa laaa susah sangat nak pikir. Hormatlah sikit kat cikgu2 tu... Jangan ingek kau dah pangkat bosar tu nak main cakap ajo...ikut sodap mulut kau ajo...
Kalau tak paham jugak, cuba baca sajak pak Tongkat Warrant ni...
Guru Oh Guru (SN Usman Awang)
Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. (Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(dengarkan laaa)
Ketika diam menjerat aku / Ke dalam ruang hampa Angin berhembus / Tajam mengiris / Menusuk rembulan
BayanganMu / Seperti lenyap / Disapu gelombang Perahuku terombang-ambing / Dan tenggelam
Ketika hening merenggut aku / Ke dalam galau jiwa Suara ranting / Meronta-ronta / Merobek mentari
DekapanMu masih terasa / Hangat dalam darah Bintang-gemintang bersembunyi / Dalam kelam
Kosong / Fikiran hampa menerawang Kosong / Langit terasa semakin gelap Entah bermimpi tentang apa / Terpenggal-penggal Entah sujud kepada siapa / Aku berserah
Mestinya aku / Hanya diam dalam tawakkal Atau / Ku urai air mata / Dalam sembahyang.
ebiet g.ade
setelah di minta memunggah semua barang2 didalam kereta dan di atas bumbung kereta di pagi hari di kompleks kastam dan immegresyen Tuas pada saat2 genting mengejar waktu untuk bersahur di rumah mertua, teringatlah aku satu cerita rakyat. untuk memujuk hati yg kepanasan maka keraplah aku ceritakan dengan anak2 semasa dalam perjalanan, dan seronok aku bila mereka ketawa menjangka kan aku tengah buat lawak...pooooorrraaaahhhhhh...
--------------------------------<>--------------------------------------- dua orang mamak sedang bertegang-urat di seberang tambak johor
salah seorang berkata: " engko jangan main2 sama aku ! aku ni garang macam singa engko tau !"
di jawap lah mamak yg seorang lagi: "SINGA ? pooooorrraaaahhhhh!
di ulang2 nya jawapan itu... SINGA ? pooooorrraaaahhhhhh SINGA ? pooorrraaahhhh SINGA ? poorraaahhh SINGA ? pooraahh SINGA?porah
the rest is history....
--------------------------------><---------------------------------------
Lirik: Abdullah Gymnastiar
Reff: Jagalah hati, jangan kau kotori Jagalah hati, lentera hidup ini Jagalah hati, jangan kau nodai Jagalah hati, cahaya Illahi
Bila hati kian bersih, pikiranpun akan jernih Semangat hidup nan gigih, prestasi mudah diraih Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh ( kembali ke Reff. )
Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati Tapi bila hati busuk, pikiran jahat merasuk Akhlak kian terpuruk, jadi makhluk terkutuk ( kembali ke Reff. )
Lagu ini menjadi lagu latar program2 Ramadhan di SCTV. Seronok juga dengar dan diikuti...
Jagalah hati, jangan kau kotori Jagalah hati, lentera hidup ini .... .... ...
Layarkan bahtera ini Ke tengah samudra penuh ke lurah Layarkan bahtera ini Ke tengah lautan Menyahut cabaran
Hidup harus terus hidup Biar cabaran kuat menduga Layar kita berlayar biar Gelombang menghempas ganas
Layarkan bahtera ini Timbul tenggelam kita bersama
Suhaimie Roa
Di hari raya Terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana Ayah serta bondaku
Di tepian mandi Danauku hijau yang aman damai selalu Nun di sanalah tempat aku bertemu Aku dan dia
Gembira rasa Masa tiba tuk kembali Muga bersama semuanya
Impian yang murni Tinggal menjadi kenang-kenanganku Hanya rangkaian kata dan lagu Dendang perantau
Selamat mencari Lailatul Qadar, mlm lebih baik dari seribu bulan.
Selamat memandu di jalanraya dengan hati2 dan penuh waspada
Selamat menyambut Hari Raya, hari kemenangan bagi orang2 yg melawan hawa nafsu di bulan ramadhan
Selamat juga untuk bersilaturrahim di bulan syawal
Semuga semuanya selamat dan sejahtera hendaknya.
dan sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Min al-Aidin wal Faizin
Disini ada satu hari cuti umum yg di panggil Shab-e-Qudar. Ianya jatuh pada 11hb November 2004 bersamaan 27 Ramadhan. ( Di Malaysia bersamaan dgn 28 Ramadhan )
Jadi kiranya cuti itu khas untuk orang2 yg berjaga malam sempena Lailatul-Qadar (?). Pada kita yg tahu mlm itu tak buleh di tentukan, tertanya2, patutker cuti tersebut di gazetkan ?
Walau apapun, itu lah budaya orang2 dibenua sebelah sini. 10 mlm terakhir ini akan di penuhi dengan iktikaf dan qiamulail. Hinggakan kerajaan memberi cuti kepada orang ramai untuk menggunakan masa beribadat.
Kita bagaimana ? Sanggup bawa bedding ke masjid/surau ? Atau sekurang2nye habiskan banyak masa di situ ? Orang melayu biasanya selepas terawih, moreh dan ada yg tinggal utk tadarus. Jarang yg terus tinggal untuk iktikaf hingga ke suboh.
Tapi yg musykilnya, ini lah masanya kedai2 membuat tawaran2 untuk belian hari raya. Tak kira siang atau malam. Disini, ada kain rentang iklan untuk pemberian diskaun yg lumayan bagi belian selepas tengah malam.
Adakah kita sudah silap keutamaan ?
Tak salah membeli belah, apalagi bila ada tawaran2 lumayan. Tapi patutkah menghabiskan masa berjam2 untuk mendapat keuntungan yg serba sementara ini? Berbandingkan dengan masa yg patut digunakan untuk keuntungan yg berlipatkali ganda dan berkekalan bentuknya.
Bercakap pasal beli belah ni, semalam kawan serumah mengajak ke Bashundhara City. Kompleks yg di dakwa sebagai terbesar di South Asia dan yang ke 12 besarnya di dunia. Dan seperti di mana2 pun, pada masa2 begini, kompleks ini juga di penuhi orang. Disamping beli belah, ramai juga yg sekadar berlegar2 sambil menikmati kompleks serba moden dan bertaraf dunia yg menjadi kebanggaan mereka.
Paling banyak kedai pakaian, samada tradisional atau pun pakaian barat/moden. Begitu juga dengan kedai kain saree. Jenuh la mengikut kawan tu mencari baju untuk anak2. Aku yg dah siap beli baju untuk budak2 hanya tumpang melihat2.
Selepas lebih kurang 2 jam di situ, kami pun beredar utk ke kedai lain. Trafik jam menyebabkan kami mengubah haluan, dari pergi ke Arongs ke BBQ-Tonite. Disitulah kami bercadang untuk berbuka.
Kebiasaan orang disini berbuka dgn halem-(bubur dr dhal), jilapi, chola dan air minuman. Nasi atau makanan2 yg berat hanya dimakan selepas terawih atau lewat malam. Kami yg order dinner menjadi perhatian orang2 local yg berbuka disitu.
Menu : Nan - 2 keping Rumali 10 keping Mutton curry Chicken Tikka - 6 potong Minuman - Sweet Lassi Sring Roll - 3 keping Karipap - 2 keping Salad
Heavy metal betul...dan as expected tak dapat nak habiskan semuanya.
Lebih2an minta di bungkus untuk di ta-pau dan disumbat oleh En. Nord kedalam backpack dia untuk bekal sehri.
Selepas itu bertolak ke rumah boss untuk terawih. Dalam perjalanan, kami melalui jejambat pertama di Bangladesh yg baru saja dibuka oleh PM. Ramai betul orang melepak kat situ. Menikmati pemandangan atas jejambat atau mungkin bangga dapat naik jejambat pertama di negara mereka. Mujur aje rickshaw tidak dibenarkan naik, kalau tidak, rasanya macam sama aje tak buat jejambat tu.
Singgah dulu di rumah Pak Lah yg betul2 terletak ditingkat atas rumah boss. Dan dapatlah jugak utk se nap dua kat situ.
Letih betul makan kambing ni...
di akhir2 ramadhan ini janganlah leka wahai diri masa sudah berlalu pergi hanya tinggal saki baki
para pencinta makin gelisah mungkinkah ketemu malam bertuah dalam sujud pada yang Pemurah ataukah masih dalam serakah ?
------------><-----------------
Oh Rohani
Maafkan ku wahai Rohani Kerana racun yang ku berikan Membunuh mu seketika Kerana salah membawa cinta Kerahang syaitan Ku serahkan wajahmu Hingga tergantunglah Keimanan dariku
Ku kembali ke sini lagi Bukan untuk menambahkan dosa Tapi untuk hidupkan kembali Menyingkap hijab di depan mata
Rindu dalam keranda Ku seru semula Untuk sama mencari Rahsia seribu bulan
Bangunlah kau oh Rohani Kita renangi kesabaran Kita cari asalmu Sebelum terlupa kalimah
Bangun dalam kesalku Masih ada waktu Untuk sama memburu Rahsia malam syahdu
Rindu dalam keranda Ku seru semula Untuk sama mencari Rahsia seribu bulan
Mana lagi jalan kita Suara jahat pun berbisik Ooo Kabur ... Lemas ... Dalam keranda kau meronta
Ramli Sarip/Bob
|