|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Ada yang tertinggal Setelah terbenam Mentari Ada yang tertinggal Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan Kau mesti pergi Kau mesti Alam telah menyakinkan Kau mesti kembali Bagai yang telah dijanjikan Illahi Ada yang tertinggal Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya Cintaku dengan cahaya mu Kekal selamanya Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu Tenggelam dalam tangisan Engkau telah pergi Tapi masih ada... Yang kau tinggalkan dalam kalbuku Yang tinggal..
------------------------------------------------------------- Yang tertinggal.. kenangan cuma muga jadi pedoman untuk tidak silap lagi dengan masa2 yg semakin pendek di dunia ini.
selamat tinggal 2004 selamat datang 2005
LOS ANGELES 27 Dis. - Pegawai Amerika Syarikat (AS) yang mengesan gempa bumi kuat di utara Sumatera kelmarin bertungkus-lumus cuba memberi amaran mengenai ombak besar tsunami yang menyusulinya.
Bagaimanapun sistem amaran rasmi tidak wujud di rantau berkenaan kerana bencana sedemikian hanya berlaku di sana sekali dalam tempoh 700 tahun, kata ketua Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Charles McCreery semalam.
``Kami cuba melakukan segala yang terdaya,'' kata McCreery, ketua pusat yang terletak di bawah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS itu.
"Kami tidak ada nama di dalam buku alamat kami untuk orang yang boleh dihubungi di dunia sebelah sana.''
------------------------------------------<>-----------------------------------------
Perlu ke sistem amaran rasmi untuk memaklumkan bencana yg akan melanda ?
Apa gunanya stesen satelite TV yg di pancar kan hampir keseluruh dunia dengan siaran berita 24 jam seperti CNN dan BBC yg memang khas untuk memancarkan berita2 ?
Apa gunanya sambungan internet yg juga merangkumi hampir kesemua bandar besar ?
Sayangnya dizaman teknologi maklumat serba canggih ini, masih berlaku lagi 'communication breakdown'.
Sehebat2 orang2 uncle sam ni, memang bengung jugak rupanya. Sampai perkara yg sangat2 penting begitu pun tak dapat nak dimaklumkan kepada orang ramai melalui saluran yg sangat mudah.
"Kami tidak ada nama di dalam buku alamat kami untuk orang yang boleh dihubungi di dunia sebelah sana.''
Apa susahnya nak cari nama di buku alamat...cari aje no. stesen tv yg gah seentero dunia tu, dan siarkan amaran. Atau siarkan dlm portal2 berita di internet. Mungkin banyak nyawa dapat diselamatkan dalam masa beberapa jam selepas gempa pertama di kesan.
Walaupun begitu pasrah aje lah, jika sampai masa kita pun kena pergi juga. Dan jika belum masanya, tentu akan selamat walau bagaimana petaka menimpa seperti bayi yg selamat diatas tilam !
tiada daya dan upaya kita segala berserah kepada NYA
sesaat gembira, sesaat berduka sebentar sihat, sebentar sakit semalam kaya, hari ini papa kedana
semuanya hanya pinjaman cuma yg akan di ambil bila2 masa tiada sesiapa dapat menghalangnya
adakah kita masih menunggu petanda besar tiba dipintu baru nak mengubah hala tuju
berbagai peristiwa sudah terjadi akhir zaman kian hampiri siap siagalah menghadapi
bukanlah senjata atau wang ringgit juga tidak pangkat dan darjat yg dapat menjadi pendinding kita untuk menghadapi fitnah2 dunia juga bencana yg bakal menimpa
iman di dada dan amalan agama yg patut di bina sejak mula inilah sahaja penolong kita dgn restu yg Maha Esa
ampunkan kami oh Tuhan, si pelupa (insan) yg duduk dengan si penipu (dunia) bimbingan Mu kami perlukan !
bagaikan mahu pecah dada ini mahu saja ku jeritkan kesana sini dimanakah perginya sifat2 manusiawi
mungkinkah kepala engkau sudah bertukar menjadi serigala liar atau babi hutan yg lapar
hinggakan tidak nampak si anak kecil yang perlu di kasihi
sanggup kau perlakukan seperti barang mainan
kau robek2 kan tubuh nya dan juga hati keluarga nya
memanglah engkau sudah hilang kemanusiaan engkau manusia yg berkepala haiwan !
MEMANG JELAS SUNGGUH KEBINATANGAN MU !
Aku yang masih di perjalanan hidup ini Begitu lama berlegar di persimpangan dunia Menempuh jarak dan titian Rimba dan lautan Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini Begitu jauh menggembara ke serata hidup ini Mengejar siang dan malam Surut dan pasang Mencari sesuatu kebebasan Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya Perjalananku ini Esok dan lusa bukan miliku Oh Tuhanku Lindungilah hambamu yang hina ini Aku setia hanya padamu Oh Tuhanku
Dr Wan Zawawi Ibrahim
susah bersediakah pasaran untuk jalur lebar ?
patutker "kadar penusukan" dibandingkan dengan negara seperti Singapura, Hong Kong dan S. Korea ?
------------------------------<>------------------------------- cakap mau betul la apek....
'buying power' sama itu sekolah olang mau kila juga oooo
patut mau tenguk laa.......apa pasal itu kulang olang mau pakai itu jalur lebar....
bukan senang2 mau buka saja.....jangan selalu malah2.....senang2 mau halau olang....nanti lu kena halau..balik tongsan naik tongkang...siapa susah....
aik..lu apa cerita ?
entah la apek..gua pun tak tau apa gua cerita sini.
lu mau paham lu paham laaa....
lu tak mau paham pun tak paa laaa....nanti gua ada masa kalo gua kasi cerita sama lu laaa....
-------------------------------<>-------------------------------

gambar2 lebih lanjut di sini
sila maklumkan segera ! tapi untuk penduduk di Tanah Melayu sahaja, kecuali lah yg sedia membayar ongkos kiriman pos nya.
siapa cepat dia dapat !
Nak buat open house tak berapa nak kena, jadi buat open cubicle aje laaa...dengan kuih2 raya.
aku letak sign ni kat depan cubicle dan email kat kawan2...

patut laaa ramai sangat yg tak datang, depa tak paham rupanya... ishhh ishhhh isshhhhh.....
Mr. A dikatakan 'takluk' kepada Mr. B bila dia selesa berada di samping Mr. B dan biasanya akan mendengar serta boleh menurut apa yg dikatakan oleh Mr. B.
Takluk penting bila kita ingin mengingatkan sesaorang tentang apa pun. Samada hal2 dunia, apatah lagi tentang dunia yg satu lagi.
Pakai lah apa pun atau beradap sopan santun yg paling halus bak sembilu dan berilmu tinggi mana pun, tapi jika kita tidak ada 'takluk', maka sukar untuk menembusi pemikiran sesaorang.
Maka ilmu me'nakluk' ini lah yg patut dipelajari dan di latihtubi kan oleh semua. Dan mencari orang yg sesuai untuk menukar arah pemikiran sesaorang adalah sesuatu yg sangat sukar.
Sudah menjadi lumrah kehidupan, ada orang yg kita suka dan ada orang yg kita tak suka. Walaupun orang yg kita tak suka itu tidak pernah membuat apa2 kesalahan pada kita, tetapi entah kenapa, kita memang tidak seronok bersama dengannya atau pun melihat muka dia. Dan ada orang yg memang kita suka berdamping dengannya dan melihat dia.
Ini tidaklah termasuk orang yg suka dengan sesaorang disebabkan ada agenda tersembunyi seperti kebendaan dan wang ringgit. Sukanya itu suka sementara. Bila sudah tiada pangkat, kuasa atau wang ringgit, maka suka akan bertukar tak suka.
Memang sukar membuang perasaan suka atau benci dengan sesaorang. Ianya perlukan usaha dan susah payah. Kadang2 hanya perasaan yg menyuruh tak suka dengan sesaorang. Bila kita usaha melawan perasaan atau nafsu kita dan mengenali dia dengan lebih dekat, siapa tahu pandangan kita akan berubah.
Memang manusia ini selalu menjadi musuh kepada apa yg dia tidak tahu. Betul lah kata2 'Tak kenal maka tak cinta'.
Jadi untuk me'nakluk' sesaorang, kita perlulah ada perasaan yg neutral dengan semua orang. Kalau kita awal2 lagi sudah ada persepsi burok, sudah tentu kita sukar untuk mendampingi dan mengenali sesiapa pun.
Alangkah indahnya kalau semua perasaan kita bersandarkan apa yg ditunjuk ajar agama. Suka atau benci hanya semata2 kerana Yg Esa !
Disini ada sedikit cerita ttg pandangan terhadap orang lain yg baru masuk mailbox pagi ini. (Selalulah ingat, Tuhan jadikan kita dua mata, satu untuk lihat kebaikan orang dan satu lagi untuk lihat keburukan diri sendiri) dan yg penting ayat terakhir itu. Cubalah perhatikan !
----------------------------------------<>--------------------------------------- As a young Scots boy, Andrew Carnegie came to America and started doing odd jobs. He ended up as one of the largest steel manufacturers in the United States.
At one time he had 43 millionaires working for him. Several decades ago, a million dollars used to be a lot of money; even today it is a lot of money. Someone asked Mr. Carnegie how he dealt with people? Andrew Carnegie replied, "Dealing with people is like digging gold: When you go digging for an ounce of gold, you have to move tons of dirt to get an ounce of gold. But when you go digging, you don't go looking for the dirt, you go looking for the gold." What is your focus? Become a digger for gold. If you are looking for what is wrong with people or with things, you will find many. What are you looking for? Andrew Carnegie's reply has a very important message. There is something positive in every person and every situation. Sometimes we have to dig deep to look for the positive because for what is wrong with other people and situations, we forget to see what is right. Someone once said that even a stopped clock is right twice a day.
Remember - If they are looking for friendship, happiness and the positive, that is what they get. If they are looking for fights or indifference, then that is what they get. Caution - looking for the positive does not mean overlooking faults.
----------------------------------------<>---------------------------------------
|