|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Satu hari seorang raja meminta menteri nya menjawap 3 soalan. Jika jawapan dapat diberikan, maka hadiah2 akan diberikan kepada menteri tersebut. Tetapi jika disebaliknya, maka menteri akan dihukum.
Soalan pertama : Apakah kebenaran yang tak boleh dipalsukan kebenarannya ? Soalan kedua : Apakah kepalsuan yang tak boleh dibenarkan kepalsuannya ? Soalang ketiga : Apakah benda paling sedap didunia ?
Menteri pun pergi lah bertanya orang2 disekeliling istana, muga2 ada yang boleh membantu. Sayangnya, tiada yang dapat menolong. Maka pergilah Menteri dari satu kampung kesatu kampung, bertanya kepada semua orang. Tetapi, tiada satu orang pun yang tahu jawapan kepada soalan dari raja tersebut.
Berjalanlah Menteri masuk kampung keluar kampung, hinggalah dia keletihan. Maka berehatlah Pak Menteri di bawah sepohon pokok, di hujung sebuah kampung sehinggalah dia tertidor.
Pada masa itu, lalulah seorang tua berhampiran pokok itu. Beliau terlihat Menteri yang tidor keletihan di situ. Katanya di dalam hati, ini tentu orang asing disini, kerana tak pernah bersua muka. Dan tentu punya masalah, kerana dalam tidor pun, air mukanya kelihatan penuh kerunsingan.
Maka orang tua pun mengejutkan Menteri dari tidornya. Dan tanya pada Menteri, 'Tuan dari mana dan kenapa tidor di sini ? '
Menteri pun menceritakan masalah yang dihadapi nya. Orang tua itu pun berkata ' Cubalah ceritakan apa soalan dari raja tu, muga2 dapat saya membantu '. Menteri pun beritahu soalan pertama dari raja. 'Apakah kebenaran yang tak boleh dipalsukan kebenarannya ?' Maka orang tua itu pun senyum. Menteri sangat gembira kerana ini menunjukkan orang tua itu mengetahui jawapan nya. Dia pun mengesa 'Tolong lah beritahu apa jawapannya !'. Orang tua pun berkata ' Kebenaran yang tak boleh dipalsukan kebenarannya, ialah Mati ! Tiada siapa yang boleh menafikan mati. Semua orang akan menghadapi mati. Samada orang itu percaya dengan tuhan atau tidak, tidak ada orang yang akan mengatakan dia akan hidup selama2nya.
Kemudian, orang tua itu menanyakan tentang soalan kedua. Menteri pun berkata 'Apakah kepalsuan yang tak boleh dibenarkan kepalsuan nya ? ' Orang tua itu senyum lagi. Menteri sangat gembira dan mengesa supaya jawapan diberi segera. Orang tua itu menjawap. ' Kepalsuan yang tak boleh dibenarkan kepalsuannya ialah dunia ! Semuanya didunia tidak kekal keadaannya. Muda akan jadi tua, baru akan jadi lama. Semalam sihat tetapi hari ini boleh jatuh sakit ! Dunia penuh dengan tipu daya dan kepalsuan. Tiada yang kekal didunia'.
Kemudian, orang tua itu menanyakan tentang soalan ketiga. Menteri pun berkata ' Apakah benda yang paling sedap didunia? ' Orang tua itu tersenyum lagi. Menteri sangat gembira kerana ini menandakan dia akan dapat menjawap semua soalan2 raja. Dia segera mengesa orang tua itu untuk memberikan jawapan nya.
Orang tua itu tersenyum lagi dan berkata ' Sebelum saya beri jawapannya, tuan dapat lihat tak, di bawah pokok sebelah sana, terdapat bekas makanan anjing. Tuan perlu kesana dan makan makanan anjing itu barulah saya akan berikan jawapannya.' Apalagi, menteri pun segera berlari kepokok yang ditunjukkan itu, dan mengambil bekas makanan anjing untuk dimakan. Sebelum dia menyuap masuk kemulut, orang tua itu menahannya. ' Nanti dulu ! Ha... inilah benda yang paling sedap didunia iaitu Ikut Nafsu ! Anak ni sanggup buat apa sahaja, kerana mengikut nafsu untuk lepas dari hukuman raja, hingga bekas makanan anjing pun sanggup untuk di makan ! Nafsu lah benda yang paling sedap didunia. Di dunia ini, nafsu mengatasi kudrat yang ada ! '
Baru aje cerita pasal jaga hubungan dan silatulrahim, dah terkena batang hidung.
Aku tegur seorang kenalan yg online tadik, terus kena bambu dengan dia, bertalu2 soalan, kenapa tak call/pm dia...alahai...
betul lah aku ni cakap tak serupa bikin ! betul kan pootet ?
Pernah dulu semasa di Kuching, semasa kursus Counseling, facilitator suroh tuliskan senarai org2 yg boleh dihubungi jika berlaku mala petaka/kesusahan. Senarai ikut peringkat kesusahan,
Jika takde duit - siapa yg boleh menolong Jika kemalangan - siapa yg boleh tolong dan sebagainya.
Siapa yang punya senarai yang panjang, menunjukkan dia seperti tidak akan menghadapi masaalah bila terjadi apa2 bencana. Tetapi orang yang terkial2 nak menulis senarai tu, alamatnya sukarlah dia bila ditimpa masaalah.
Tujuan senarai tu, sebenarnya nak ingatkan kita dengan sistem sokongan yang kita ada. Siapa yang kita boleh rujuk bila kita ada masaalah didalam hidup kita ni. Kepada siapa kita boleh berkongsi derita supaya ringan beban yang menimpa.
Orang2 bermasaalah, biasanya tidak punya sesiapa untuk tempat mengadu. Maka berbagai cara di buat untuk keluar dari masaalah, hingga sanggup mengambil nyawa sendiri !
Memang kadang2 tu, kawan ramai. Tapi ada ke kawan yg betul2 boleh diharapkan untuk membantu semasa dalam kesusahan. Mungkin saudara mara sudi menolong. Tetapi kalau berjumpa pun setahun sekali, itupun sebab ada Hari raya, kalau tidak tak taulah. Bagaimana orang nak 'kenal' kita ?
Jaringan persaudaraan perlu ditebarkan. Dan jangan harap orang yang mulakan. Kitalah yang perlu memulakan. Kalau tak dapat ziarah kerumah, berbagai kemudahan komunikasi ada. Telefon, sms, email etc...Kalau ada jemputan kenduri kendara, jangan lepaskan peluang untuk merapatkan perhubungan. Apalagi jika ada kematian, ziarah lah keluarga yang ditinggalkan...Kita hidup bermasyarakat, kenal mengenal dan bantu membantu sesama kita. Lainlah kalau hidup sorang2 dalam hutan !
Jadi, siapa kita nak ziarah hari ni ? Siapa kita nak telefon buat bertanya khabar ? Siapa kita nak hantar email ? Siapa kita nak tegur untuk chatting ?
Jangan sampai ada yang jauh hati dari kita sebab lama tak bertanya khabar !
Langit telah pudar Menutup bumi Cinta yang dulu ada antara berlari Ketika impian dikatakan igauan Peperangan yang ngeri Kita di dalam derita
Dalam padang lalang Medan asmara Cinta jadi bunga memutih warna Dan bagai resmi lalang Kau tunduk mengikut Di sini tergugur sikembang cina Ditimbus sakura
Bunga lalang merah sepi Menjerit cinta hampa Menangis hiba Terhampar tenang Padang lalang Terbang ditiup angin Putus tangkaimu Dan lalang itu tunduk Tanpa pengorbanan.
~m.nasir~
|