|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
This is Bangladesh !
Itulah jawapan yg diberikan kawan kat pejabat ni bila ditanya ‘Internet down ke ??’
Kerap sangat network down dari pejabat ni ke ISP. So jangan la harap sangat untuk dapat access online 24/7 !
Satu lagi masalah yg sering diperkatakan sekarang ialah masalah kuasa elektrik. Bila saja datang musim panas, masalah ni akan timbul kembali. Ini kerana pada masa inilah permintaan sentiasa mengatasi bekalan. Load shedding terpaksa di buat untuk mengawal keadaan. Kawasan2 sekitar Dhaka sudah mula mengalaminya. Walaupun permintaan telah mula meningkat, Dhaka belum lagi dihantui oleh perkara ini.
Selain dari itu, perkara yg menjadi berita hangat ialah kisah kriket. Samada perlawanan Bangladesh dgn Zimbabwe mahupun siri India dan Pakistan.Tapi aku yg buta kriket ni, dengor aje laa…Game rules pun tak tahu. Kalau tidak tu, boleh la juga menghayati , walaupun tak pernah main !
Dhaka !
Bandar yg penuh kereta dan manusia serta cerita suka dan duka.
Sabtu lepas aku tiba di L/terbang Zia 8:45 malam, setelah bertolak dari KLIA jam 6:50 petang.
Bandar yg pernah aku jejak 17 tahun yang lalu, nampak macam tak berubah aje ! Tapi itu lah persepsi kita yang jejak kaki ke negara seperti ini. Mungkin di sekitar bandar telah bertambah bangunan2 tapi keadaaan jalan dan peraturan kenderaan serta sikap pemandu, masih sama rasanya.
Sama saja keadaannya dimana2 bandar yg penuh penduduk, tapi keadaan ekonomi yg tidak berapa sihat. Dimana2 akan kelihatan manusia, sentiasa berulang-alik. Ramai yg mencari rezeki ditepi2 jalan, menjual apa saja ! Kalau di Ghana atau Guinea tu, perabut2 pun dijual ditepi jalan aje.
Tersentuh juga hati, bila tenguk diorang yg susah mencari rezeki, sesuap nasi, berjaja kesana sini, rasa nak beli saja barangan2 diorang tu. Tapi kalau dah ramai sangat macam tu, kita pun dapat tolong simpati aje lah. Tempat2 macam ni, kalau bagi pada seorang, semua nanti menderu keliling kita. Ialah kita pun bukannya tokey lombong ke atau apa2…
Sunday. Day 1
Sarapan : Hotel Food – Continental
T/hari : Restoran Danshiri Authentic Bangla food. Thick curry, fried pompret and fried rice.
Dinner : Room Service Fried rice lagi. + Sprite + tips = BDT 110 + 25 + 4 = BDT 139.
Belanja : Instant camera – BDT 600/- emmm… dah....kamera yg ada ditinggalkan kat rumah, pastu ter bawa pulak kabel nye aje …emmmm
Vicks Vaporab – BDT 45/- sumbat dah hidung ni…habuk banyak sangat kot.
3:00 pagi...
Masa nak ke kedai untuk pekena teh tarik, nampak di hujung jalan tu, macam ramai orang dan kenderaan. Apa lagi, tarik le tali pinggang keledar. Ye lah... kot2 road blok ke apa ke kan...
Rupa2nya orang sibuk pasang bendera, sepanduk dan banner. Kereta punya banyak, ada ler dekat sepuloh buah. Sekilas tenguk nampak macam warna biru, merah dan kuning. Malas nak kepoh, so pecut terus ke destinasi. Wah dah mula dah perang poster ni...Masa balik tu, co-pilot sempat baca sikit banner tu... macam ada nama bekas No. 1... wah... betul ke dia nak dtg ke sini, tapi di sebut dato' pulak, bukan nya tun ! So, lepas suboh tu, untuk kepastian, aku pusing balik kejalan tu...rupanya salah baca... no. 1 selangor rupanya.
Kawasan perumahan aku ni hampir 99% orang melayu. Terdapat 2 surau di sini. Surau pertama, bunyinya kearah warna hijau. Surau yang kedua pula, dengar2 berwarna biru ! Sampaikan menara pun berwarna biru.
Aku ? Well, aku akan solat di surau yang paling dekat la. Bukan, bukan sebab warna nya. Sebab dekat dengan rumah. Itu sahaja. Kadang2 bengkerk juga dengan orang2 yang tak reti nak bertolak ansur tentang benda2 ni. Sebab warna lain, nak bermasam muka, tak bertegur sapa dan berpatah arang.
Apa tujuan surau diadakan ? Apa tujuan kita ke surau ?
Kalau tujuan kita buat surau, supaya amalan solat dapat di syiarkan, dan kalau tujuan kita ke surau supaya dapat rahmat yang diturunkan di rumah2 Allah, kenapa kita nak menjauhkan orang dari surau ?
Menjauhkan ?
Masakan tidak ! Kalau orang baru nak berjinak2 solat berjemaah dan mendengar kuliah, tiba2 apa yang di dengar ialah kutuk-mengutuk, kata-mengata dan caci-mencaci. Macamana nak tahan. Sakit telinga mendengarnya. So, kalau hati tak kuat, tak payah lah datang lagi. Bila di ziarahi, di jemput, marilah kita ke surau, meramaikan, memakmurkan maka inilah jawapan nya. 'Saya ni, bukan tak nak ke surau, tapi ceramah asyik kutuk orang aje, malas la nak pergi !'
Macamana tu ? Walaupun itu alasan2 sahaja, tapi mungkin perlu difikirkan juga oleh pemegang2 amanah surau. Janganlah kita syok sendiri saja nanti. Yang datang surau, orang2 tu juga. Banyak nak cakap sebenarnya. Tapi...aku pun sendiri masih banyak kena diperbetulkan !
Walaupun begitu, disenaraikan disini, peluang2 pembaikan untuk menarik lebih ramai orang ke surau supaya dapat difikirkan bersama (ewah, macam buat report kat office pulak)
1. Waktu jemaah di setkan masa nya. e.g. 10 minit lepas azan.
2. Waktu jemaah pada hari cuti di lewatkan sikit e.g 15 minit lepas azan
3. Kuliah - perkara asas - iman, solat...walaupun org nampak remeh...tp penting...perlu diulang2...
4. Kutbah Jumaat ..ringkas, padat dan tepat...kalo nak ceramah panjang2 tu, buat sebelum azan.
5. Imam... patut tau situasi semasa di kawasan perumahan ni.... Jgn lak syok sendiri gak... Bacaan lepas fatihah tu, biar ringkas, sebab makmum ni berbagai...kalau time orang ramai ada keperluan... ringkas kan solat tu...jgn sebab kita nak mengulang hafalan kita, makmum tak mau lagi solat berjemaah dibelakang !
Wah... banyak nya....tapi jangan silap sangka pulak. Aku bukan anti apa2... cuma terpikir saja benda2 ni kat kepala... nak cerita kat orang surau kang, lain pulak tafsiran nya.
Bukan aku berpihak ke mana2 kumpulan apatah lagi mana2 warna ! Aku hanya manusia biasa, rakyat marhaen. Ingin melihat semua kita bersatu hati, bersatu suara dan beramai2 memakmurkan surau !
Pilihan calun ? Undi tu kan rahsia !
mmg payah jika tidak mendapat kepercayaan orang. apatah lagi jika boss sendiri yg meragui ! tertanya2 dlm hati, teruk sangat ke aku ni.??? tak berkebolehan ker aku nii ???
emmmm..... dan teramat malang, jika teman sehidup dan diharapkan juga semati, tidak lagi menaruh keyakinan. aargghhh.... 'orang lelaki, mana boleh percaya ! depan cakap baik, pijak semut tak mati. belakang kita, tunjuk belang !'
semua orang bebas menyuarakan pendapat apalagi kat ruangan sebegini
baca saja apa yang engkau suka kalau taksuka tinggalkan saja
ada yang cerita tentang kisah suka duka ada yang kongsi ilmu di dada
bila terkesan, sampai terasa kita sebenarnya sama saja
walaupun jauh di hujung dunia kita tetap manusia
punya nafsu dan keinginan punya hati dan perasaan
ceritalah apa saja luahkan semuanya
lantak engkau lah peduli apa orang kata !
|