|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05

banyak dah berubah di kampung. dah ada chalet, restoran makanan laut dan kem PKN. pemangkinnya ialah jambatan2 yg dibina merentangi sungai2 dan muara. jalan baru melalui jambatan2 itu dari lumut/manjung ke pantai remis/taiping juga menjadi jalan pintas ke kampung.

makin bertambah lah sibuk kampung tu. muga tak hilang sifat ke kampungan nya yang sentiasa menarik aku ke sana !
untuk yang merasa kekosongan di hati, kamu tidak sendirian menghadapi hidup ini ! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ [dengar disini ] Lagu dan Lirik oleh Pak Ebiet
Ingin berjalan berdua denganmu kekasih Lewati malam setelah usai Renai gerimis Lelawa jadi luruh dengan rumput biru Jemari tangan kita lekat jadi satu Pipimu memerah Hasratku merekah Kenapakah waktu tertinggal jauh
Ku katakan kepadamu tentang hijau huma Yang bakal kita kerjakan Dengan sederhana Kita segera akrab dengan sinar pagi Nyanyikan kupu-kupu hinggap di rambutmu Tersenyumlah kamu Tertawalah aku Kenapakah waktu tertinggal jauh
Malam suntingkan rembulan untukku Agar cinta tak berpaling dariku Lama aku pelajari satu puisi Sayang bila hanya angin yang mengerti Oh! burung bernyanyilah Demi terjalin cinta.
buka mata melihat buka telinga mendengar buka mulut bercakap buka minda belajar
syukur, syukur dan syukur.
kerana ada punya mata buta ada punya telinga tuli ada punya mulut bisu ada punya akal bengung !
Aparaa member ni, panggil meeting kat HQ pula hari ni. Aku patut cuti hari ni sebab kerja kat pejabat yang kerja 5 hari seminggu. Emmmm..... tak kasi can lansung laa...tak patut betul !
kalau tidak buleh gak layan jeans hari ni...rimas aku dgn slack2 ni..
Jeans On
When I wake up in the mornin' light I pull on my jeans and I feel all right I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on
It's the weekend, and I know that you're free So pull on your jeans and come on out with me Oh 'cause I need to have you near me, I need to feel you close to me I need to have you near me, I need to feel you close to me
You and me, we'll go motorbike ridin' in the sun And the wind and the rain I got money in my pocket, I got a tiger in my tank And I'm king of the road again
I'll meet ya in the usual place You don't need a thing except your pretty face, alright I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on Aw, here we go mama
You and me, we'll go motorbike ridin' in the sun And the wind and the rain I got money in my pocket, I got a tiger in my tank And I'm king of the road again
When I wake up in the mornin' light I pull on my jeans and I feel all right Hey I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on
I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on I pull my blue jeans on, I pull my old blue jeans on
Darling, I'm feeling pretty lonesome, I'd call you on the phone some But I don't have a dime.
Darling, You're so far behind me, Tomorrow's gonna find me Further down the line. Taking me some paper Pencil in my hand, I'm gonna write:
Darling, All I feel are cold nights, Thinking 'bout the old nights Spent along with you.
Darling, Tears are in my eyes now, Knowing I should try now To make it back to you. (Instrumental)
Darling, Love you more than ever; Wish we were together, Darling mine.
Darling, I'm feeling pretty lonesome, I'd call you on the phone some But I don't have a dime.
Darling, You're so far behind me, Tomorrow's gonna find me Further down the line. Taking me some paper Pencil in my hand, I'm gonna write:
Darling, I'm feeling pretty lonesome, I'd call you on the phone some But I don't have a dime.
Darling, You're so far behind me, Tomorrow's gonna find me Further down the line. Taking me some paper Pencil in my hand, I'll write darling, Love you more than ever, Wish we were together, Darling mine.
Darling, I'm feeling pretty lonesome, I'd call you on the phone some But I don't have a dime.
Darling, You're so far behind me, Tomorrow's gonna find me Further down the line. Taking me some paper Pencil in my hand, I'm gonna write...
Ramainya orang kat office hari ni, sampai buleh dikira dengan jari sebelah tangan !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ duduk2 atas batu jangan lupa cari kutu jangan kerja gitu2 sendiri lah mau tau
apa diharap padi seberang entah kan jadi entahkan hampa apa diharap ditenguk orang kepuasan sendiri lebih berharga
makan kuih beserta lontong sempena meraikan rakan sejawat kerja bersungguh perlu dijunjung jangan sampai nanti di pecat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ meh kira kepala kat pejabat nih.
satu dua tiga lekok jantan betina aku ....
Aku tak berapa ingat dengan cikgu2 di SKS, cuma yang aku ingat ada antara mereka yang tulisan nya sangat bagus sekali.
Di MBS ada seorang cikgu yang risau tenguk keadaan anak2 murid yang sangat terikut2 mat salleh, pernah beritahu, "Kenapa nak ikut sangat orang2 barat, ibarat naik bukit, mereka dah sampai kemuncak, dan sedang turun kebawah, kalau ikut2 membabi buta, kita juga ikut turun kebawah !"
Ada seorang cikgu tionghua, kami panggil Cikgu 'Morning Chan'. Dia ajar Bahasa Jawi ! Aku dok merungut kat belakang, 'buleh ke cikgu ni ajar jawi ?' Rupanya dia dengar. Dia panggil aku, dan dia baca buku jawi depan aku. Haa... betul tak apa saya baca ? Termalu aku sambil tersenyum2. Cikgu ni lah juga yang tolong aku utk balik rumah sebab demam. Mr. Singh, penolong kanan masa tu, ingat aku buat2 sakit, tak nak bagi aku balik.
Mr. Singh dan Mr. Chong selalu bawa rotan kehulu kehilir. Merasa juga aku penangan Mr. Chong, cuma sebab mengintai ke dalam dewan !
Cikgu Bio, asyik tulis, tulis, tulis. Entah bila dia mengajar, aku pun tak ingat. Yg aku ingat masuk kelas, salin, salin dan salin.
Cikgu kelas aku ajar Kimia. Sekali tu, dia kata sambil tersenyum, dalam kentut ada amonia, semua dalam kelas ketawa. Dia kata, kalau tak percaya, nanti nak kentut, masukkan dalam tabung uji, lepas tu kita test. Rasanya, takde murid yang menyahut cabaran dia tu.
Cikgu Bahasa Malaysia, pernah beritahu dalam kelas, contohi lah aku kalau nak buat karangan yang baik. emmm.... kembang juga lah masa tu. Tapi yang hampehh nya, dlm SPM, BM tak score jugak.
Anyway, terima kasih cikgu2 semua kerana mendidik anak bangsa.
semua bangun ! .....selamat sejahtera cikgu !
Masa panas2 macam ni, teringat kat cendol ! Inilah antara minuman asasi aku. Dulu di Sentul Pasar Dalam, di stesen bas Sri Jaya, ada sorang mamak jual cendol. Aku pasti singgah setiap kali balik dari sekolah samada semasa di SKS hinggalah di MBS. Sebab dah kamcing sangat, sampai dia boleh bagi aku cendol 5 sen masa tu. Orang tua2 selalu menggiat aku, kata ada cacing dalam cendol tu. Tapi tak pernah pulak aku nampak bila aku jenguk2 kat dalam bekas cendol besar tu.
Kalau hari sabtu atau ahad, mamak ni selalu masuk kg. Bila aku nampak aja mamak ni di seberang lombong, aku dah minta duit dengan emak atau ayah dan tunggu sampai dia tiba kat rumah aku. Entah kemana agaknya mamak tu sekarang, mungkin dah balik kampung dia kot.
Sekarang macam2 campuran diorang letak dalam cendol. Paling best aku rasa ialah taruk pulut panggang. Bukan pulut panggang yang berinti tu, pulut panggang kosong saja. Tapi tak jumpa dah macam tu, selalu diorang taruk pulut biasa, kacang dan jagung.
Baru2 ni, masuk cerita cendol kat Setapak di Majalah Tiga. Nak kena pii rasa juga ni....tungguuuuuu....
Aku mulakan kisah semalam dengan kisah 13 May.
Pada masa tu, kami tinggal di Kg. Chubadak Tambahan, Sentul. Rumah betul2 tepi lombong. Ayah masa tu, bertugas di Terengganu, selepas bersara dari pasukan tentera. Pada tarikh itu, suasana kacau bilau dirasai disekeliling kampung. Kami anak beranak, duduk mendiamkan diri. Tiba2 kedengaran suara2 di luar rumah. Bila kami menjenguk keluar, kelihatan beberapa orang anggota polis berkeliaran dan ada antara mereka yang membawa pengusung. Kelihatan beberapa orang Tionghua dalam keadaan resah dan salah seorang dari mereka, terdapat pisau yang melekat di belakang badannya. Rupanya ada yang telah merentas lombong kerana melarikan diri dari perusuh dan mendarat di depan rumah kami. Anggota polis kemudiannya membawa mereka pergi serta mengusung yang cedera.
Setelah dewasa, barulah aku tahu, bahawa tarikh diatas merupakan sejarah hitam negara. Berlaku huruhara yang menyebabkan pertumpahan darah. Ramai penduduk tionghua di kg kami telah dihalau dari rumah mereka sehelai sepinggang. Berbagai lagi huruhara yang terjadi di sekitar bandar2 besar seperti Kuala Lumpur ini. Patutlah kemudiannya aku tenguk ada rumah kawan2 yang agak luar biasa dari rumah orang2 Melayu. Rupanya itu semua bekas rumah2 orang tionghua. Bentuk rumah mereka biasanya punya beranda serta ruang keluarga yang begitu luas. Mungkin sebab selalunya mereka tinggal sebagai ‘extended family’, dari datuk hingga kecucu, semuanya tinggal bersama.
Ngeri kalau difikirkan peristiwa yang terjadi, bagaimana sebelumnya hidup berjiran, kemudiannya boleh berubah menjadi musuh sehingga sanggup berbunuh-bunuhan. Negara diistiharkan dharurat pada masa itu. Banyak dari kisah2 yang berlaku masa tu hanya aku ketahui hasil dari pembacaan kerana usia masih muda dan tidak banyak yang dapat di ingat. Peristiwa cabar mencabar hingga menaikkan darah. Bila di api2kan, sesiapa pun akan terbakar semangatnya. Jika hilang kawalan, maka huruhara lah jawapnya. Di ketika itu tidak dikiralagi siapa salah siapa tidak.
Alhamdulillah, peristiwa itu tidak berpanjangan dan kita pun dah semakin lupa akannya. Semuga keharmonian negara ini kekal selamanya….
Benda ni dah lama juga aku fikirkan. Ada juga tanya beberapa orang. Tapi masih tak dapat jawapan yang memuaskan.
Kenapa orang perempuan suka memakai kasut bertumit tinggi ?
Nampak macam menyusahkan diri aje...
Nanti lah nak buat investigasi sikit kat web...
muram pejabat ketika ini, walau hangat membara cuaca diluar. sejak kabinet pejabat baru diumumkan, semacam hilang semangat juang. barisan kabinet menonjolkan lagi 'grand master plan' kepala kantor. tiada kesan lansung peristiwa beliau di siasat dalaman. beliau seolah2 mahu menunjukkan kepada dunia, 'AKU MASIH BERKUASA DISINI'.
seperti dijangkakan, semua jawatan kosong pengurus akaun di pegang oleh muka2 baru. hinggakan timbalan kepala kantor pun di berikan kepada cik puan yang baru. c.wan yang bertahun2 di jawatan terkanan seolah2 tak ujud.
yang tak sedap didengar ialah cerita disebalik kembalinya kepala kantor ke pejabat. burung pipit semlm datang membisikkan berita yang pakcik cik puan ni lah yang memainkan peranan besar supaya surat 'meminta kepala kantor diterima semula bekerja' di tandatangani oleh chief secretary of departemen keuangan. manakan tidak beliau yang duduk dikerusi lembaga pengarah punya saudara sebagai menteri negara komunikasi dan informasi. di gertak nya chief secretary tu, kalau tak mahu tandatangan, akan disuruh saja saudaranya itu yang tandatangan. isshhhhh kalau betullah berita tu, konspirasi besar ni...
inilah antara sebab yang memuramkan karyawan2, rakyat marhaen, disamping berbagai2 peristiwa yang tak enak untuk di ceritakan dan didengar. orang2 lama hanya layak di kerah2 dan jika terjadi kesilapan dan kelemahan semuanya di tundingkan kemuka2 ini. dan semua tindakan orang2 pilihan tetap betul dan pasti betul.
agak2 nya ada ke hati kepala kantor ni ? hati budi untuk menilai kemanusian, kehendak naluri manusia ? kehendak asas manusia yang ingin di hargai sebagai manusia/pekerja/team member ? itu belum lagi cerita tentang nilai2 agama.
kabut, serabut, kalut......
Lagu dan Lirik oleh Ebiet G. Ade ©1987 EGA Records / P.T. Ria Cipta Abadi Records (dengar) Kabut Sengajakah engkau mewakili pikiranku Pekat Hitam berarak menyelimuti matahari Aku dan semua yang ada di sekelilingku Merangkak menggapai dalam gelap
Mendung Benarkah petanda akan segera turun hujan Deras Agar semua basah yang ada di muka bumi Siramilah juga jiwa kami semua Yang tengah di rundung kegalauan
Roda zaman menggilas kita Terseret tertatih-tatih Sumbu hidup terus diburu Berpacu dengan waktu Tak ada yang dapat menolong Selain yang di sana Tak ada yang dapat membantu Selain yang di sana Dialah Tuhan.
di klinik
Dr : Sakit kepala lagi ? Aku : dah tak de dah... Dr : nanti saya cek kejap.... aaaahh... ok nampaknya...120/80 normal... hari tu, stress agaknya... Aku : Alhamdulillah...kena jaga makan ke dr ? Dr : OK dah... takde apa2 lah... Aku : ( Yahooooo ... dlm hati laa )
di kedai makan
Mem : wah... dah makan sakan dah ni...merayakan ker ?? Aku : ya lah.. kot...hehehe...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni awal keluar rumah, konon nak jalan2 dulu sebelum masuk kelas. Tapi buleh pulak ambil jln bertol ni.. yg selalu nya sesak lepas bayar tol pada hari2 biasa. Ingatkan sabtu ni, kurang la kereta. Rupanya sama saja, macam hari2 kerja juga. Emmm... merungut ler dalam kereta sendirian.... padan muka. Nak sangat divert dari route biasa.
Sampai kelas, ngam2 dah cukup masa. Tapi sebab ramai lagi yg belum tiba, kelas tak start ler lagi. Sempat la bancuh secawan kopi. Isi perut sikit.
Balik kelas singgah MidValley, tenguk kedai2 telefon. Hampehhh... dah takde kedai2 tu dah.... eehhh... lama ke aku tak ke Midvalley ni.???? Sebelum tu singgah ke bilik rehat. Buat panggilan jauh. Tak tertahan dah, sejak dari dalam kelas lagi tadi. Lepas tu habis turun naik tingkat sambil pergibalik ke floor directory, memang sah dah takde kedai2 telefon yang dulu, apalagi, balik ler jawapnya. Emmm....rupanya bayar parking untuk ke bilik rehat saja hari ni. Selalu ke bilik rehat bayar 20 sen saja, hari ni RM 3/- beb !
~ selamat...
Berdenyut2 kepala. Mula dari semalam lagi. Pagi tu, memang dah rasa lain macam aja badan ni. Lepas pukul 10:00 mula berdenyut2. Sakit tak terkira, bawa sampai ke tengkuk.
Sempat juga lepas tu ke Plaza sebelah. Nak carikan kertas untuk cetak gambar untuk boss mem. Jumpa pula kawan baru balik dari tugasan luar negara kat Mamak Junction, pekena Nasi Kandar le sambil berbual2 dengan dia. Memang lapar giler masa tu, tak turun minum la katakan. Mengeluh dia, sudah kerja 11 tahun, tapi masih diberikan jawatan Pen. Pengurus. Mahu saja aku cerita derita yang aku tanggung dulu, 13 tahun baru dpt ketahap sekarang. Tapi biarlah, malas nak hebohkan pasal tu. Nasihat aku, jumpalah HR, minta tengukkan jawatan sesuai atau lobby mana2 GM yang kenal. Sekarang lah masanya, semasa penstrukturan sedang dilaksanakan.
Jam 3 ptg, dah tak tahan sangat dah kepala ni. Beritahu kakak2 admin, nak balik rumah. Singgah pula ke MidValley, sebab masih tak jumpa lagi kertas yang dicari tadi. Naik tingkat 2, IT World ke Computer Supermarket, tanya kertas untuk pencetak laser. Tak ada, kata salesgirl di situ, tapi punya bagusnya dia, buleh suroh tanya kedai sebelah. Agaknya sama kompeni kut. Macam cerita zaman orang2 dulu pula. Tapi zaman tu, suroh kekedai lain bukan sebab takde barang, tapi sebab dah banyak jualan sedangkan kedai sebelah belum ada jualan lagi. Bila agaknya nak dapat suasana macam tu ekk ???
Dapat akhirnya kertas yang dicari, walaupun banyak sangat, tapi sebab dah berdenyut2 kepala, ambil sajalah. Tak larat dah nak kekedai lain. Walaupun begitu, Auntie Anne's tetap di jengah dan cinnamon pretzel dibungkus juga. Hehehe…itu lagi tak tahan…tak tahan bau..
Pagi tadi, pii laa klinik. Mengadu kat doktor.
Dr : Sakit apa ? Aku : Kepala. Dr : Pening ka ? berpusing ka ? Aku : Tak , berdenyut2. Dr : OOOOOO….Sakit kepala la tu. …bila last cek darah ? ..laa … dua tahun lepas…………rehat hari ni dan makan ubat ya…..esuk datang cek lagi ya…
Emmm…. Ni tengah berehat la ni…..
~ selamat
Malam lepas kerja Jumaat lalu, memandu ke selatan.
Ok juga shuttle tu, lepas ganti tayar dan rim. Tak bergegar macam masa dulu. Tapi, punya mengantuk ler, tak terkira masa dekat Tangkak, jadi kenalah berhenti dan tidur kejap. Penumpang2 asyik merungut2 tanya bila nak sampai ? Lama juga rasanya, dekat jam 4:00 baru terbangun.
Tapi terpikir pulak yang injin kereta tu tak berhenti2 dengan air-cond nye lagi sejak dari rumah tadi, dah dekat enam jam. Jadi kena lah bagi dia rehat juga. Berhenti lah pula di Pagoh. Bisinglah lagi penumpang di belakang. Bila di ajak minum, barulah dia senyap sikit. Yang2 lain tu, lena di buai mimpi.
Lepas 1/2 jam, sambung lagi perjalanan ke second link. Elok2 waktu subuh sampai kat Rehat dan Rawat di situ. Yang enak nya, seolah2 semuanya milik kami pagi tu. Takdak orang. Tandas bersih dan surau pun OK. Alhamdulillah.
Lepas isi minyak lagi kat stesen Petronas, pergi cari kopi pulak di stesen sebelah. Apala...petronas, patut ada jual minuman panas. Tak payah la, nak pii stesen sebelah.
Masa di immegresen, cepat aja cik di kaunter tu, hulur balik pasport. Issshhhh, dia ni tak periksa ker ? Memang pun, rupanya dia tak cop pun pasport pembantu rakyat asing yang bersama kami tu. Agaknya tak perasan, sebab warna lebih kurang sama. Akibatnya, masa nak masuk balik ke Johor, kena mengadap pegawai atasan.
Then, off we went into Singapore. There's something about S'pore, I cannot explain it, but kind of mystical to me which make me Happy inside ! What I know is, this is the hometown of my Sweetheart, my best friend, the opponent of my quite-frequent debate session, my co-pilot, and most importantly, the Mother of my 5 cuties. We had quite a busy Day in S'pore. Spend the whole first day in nenek's apartment. Second day saw our 'Escape to the Zoo' become 'Escape to the Science Centre'. Thanks to the pouring rain, we managed to catch the grand adventure to Grand Canyon at Omni-Theatre. Wow, to watch the greatness of Allah creation ! What else can you say, except Allahu Akhbar ! Emmm... anyway, the roller coaster feeling came again, when the film run through the canyon, up and down, complete with the sound effects. In the evening off we went to Bedok Reservoir. Another compulsory spend-the-night place, when we visit Singapore. Co-pilot and me managed to persuade the kids to spend their time watching VCD and playing PS2, while we went for a stroll at Geylang Serai. We heard that the famous Geylang Market is going to be torn-down for development of the area. So this could become our last look at the place. But because it was already dark, the market was closed. So as usual, we did our window-shopping at Joo Chiat Complex. Then ta-pau some nuggets at McD and of course our main menu, Rojak Singapore at Haig Road Food Centre.
Next day, we went back to nenek's apartment. After lunch, the whole army marched to Lot 1. Ain, since day one, kept pestering us to get her a Chemistry CD, mentioning that it couldn't be found in any KL music shop. I still didn't agree to that. But since we had found one, we might as well just grabbed it together with Umar's choice of Ju-On:The Grudge2. Ali got his wallet and so did Na.
At 7-Eleven, topped-up our Autopay card and finished up the $5/- value in the old card. (Since we changed car, we have to get new card at checkpoint). Slurpees for the kids then...
After Asar, while the kids were busy scaring themselves with Ju-On, the elderly went to visit a family friend. This is another compulsory house to visit during Hari Raya. And recently the head of the family was hit with a stroke. The visit brought many old memories between them. As an 'outsiders', I could only smile and smile and smile while listening to them. And it is nice to hear how the children?s work together to help their sick father. Even though they employed a dedicated maid just to look over the father, they will take turn to bath him, take him to hospital, feed him or just to sit and talk to him. Like we always said 'sejuk perut ibu mengandung'. Sometimes, it is the opposite of what we heard about the Singaporean Malays. Even though they are more advanced, trendy, daring (?), up-to-date, we can still encounter with those who still clenched to the religious values and eastern way of life.
After Maghrib, and after packing our shuttle with goodies from atuk and paksu, we bade our goodbyes to our dear family. May we meet again soon!
~adios~.
|