home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Tuesday, June 29, 2004

masih bermimpi !

~
Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam sepi
~

111616 | posted by saorangorang at 9:12 | 0 comments

Sunday, June 27, 2004

di puncak puncak



lagi di sini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bila sampai di puncak
jangan lupa bumi di bawah

kerana semua puncak
di pasak di bumi

~peace !

111404 | posted by saorangorang at 1:01 | 0 comments

Wednesday, June 23, 2004

matahari....di sorok si jerebu ...



kabut....
belum tentu hujan...

111126 | posted by saorangorang at 18:06 | 1 comments

Tuesday, June 22, 2004

matahari...



tak pernah jemu2
menampakkan diri
menyinari dunia

111041 | posted by saorangorang at 23:18 | 1 comments

Thursday, June 17, 2004

by the way...what is 786?

......
......
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~
apa ada pada nombor ni ? nombor ni buleh di lihat di papantanda kedai, terutama kedai makan mamak. kalau rajin memerhati banyak lagi akan kita lihat di tempat2 lain. aku pernah lihat nombor ni diletak di beca ! ada juga orang yg booking nombor ni di JPJ.

orang2 ini dipercayai, berpegang kepada kepercayaan yang nombor ni adalah penganti BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHEEM. jadi seolah2 bila tulis nombor 786 ni, ianya sebagai pengganti tulis BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHEEM !

tetapi mengikut org bijak pandai agama, sebenarnya nombor ni takde kaitan lansung dengan ajaran agama islam !

"Therefore, whosoever uses 786 with the intention to obtain Allah's blessings, is a misguided person and any attempt to justify it, is ignorance."

tenguk di sini

tapi sayang ekk..rap yang syahdu dan mengusik kalbu iaitu Alhamdulillah oleh si Too PHat pun ada nombor tu.

110522 | posted by saorangorang at 14:53 | 0 comments

Sunday, June 13, 2004

jangan tertipu dgn janggut !

seorang tuan guru setiap hari akan melalui tempat seorang perempuan membela kambing dalam perjalanan beliau ke masjid. satu hari perempuan itu terpikir untuk menegur tuan guru dan bertanya soalan.

"Oooo tuan guru, janggut siapa mulia ? janggut tuan kah atau janggut kambing saya ?"

tuan guru hanya menunduk kepala saja, dan berlalu tanpa menjawap.

setiap kali bertemu, soalan yang sama akan di ajukan,

"Oooo tuan guru, janggut siapa mulia ? janggut tuan kah atau janggut kambing saya ?"

tapi setiap kali ditanya, tuan guru tetap menundukkan kepala dan berlalu tanpa menjawap.

sampai masanya, tuan guru pun meninggal. jenazah beliau telah dibawa ke masjid dan telah melalui tempat perempuan yang membela kambing itu.

bila saja sampai ke tempat perempuan itu, jenazah tuan guru telah berkata2,

"wahai perempuan, janggut aku lebih mulia dari janggut kambing engkau"

perempuan itu terkejut lalu bertanya,

"aik, semasa hidup, setiap kali saya bertanya, tuan guru tak jawap, kenapa dah mati baru nak jawap ? "

"semasa hidup, aku tak tau adakah aku ini di redhai Allah, atau tidak ? sebab, kalau aku diredhai Allah, maka janggut aku lebih mulia dari janggut kambing engkau. tetapi, jika Allah tak redha dengan aku, maka janggut kambing engkau lah yang lebih mulia dari janggut aku ! sekarang aku dah mati, dan aku dah tau Allah redha dengan aku, maka janggut aku lah lebih mulia dari janggut kambing engkau"

moral of the story::

simpanlah janggut lebih panjang dari janggut kambing ! else camana janggut engkau nak mulia dari janggut kambing ? hehehe

yg penting amal dgn yakin yg betul dan cara yg betul serta ikhlas beb !

~ peace !

109998 | posted by saorangorang at 23:39 | 0 comments

Friday, June 11, 2004

tiba giliran.

beritaku terima
dikau pergi untuk selamanya

tiada hari seindah dahulu lagi
tiada mungkin kembali

tiada lagi
tiada lagi
tiada lagi untuk selamanya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kawan yang telah lama mengidap kanser telah pergi untuk selamanya.....

lama tak berjumpa. terakhir semasa mendaftar anak di sekolah pada awal tahun ni.
sibuk sangat ke aku ni ? sampai tak de masa nak pergi jumpa kawan2...tak de masa nak diberi untuk masyarakat !

emmm.... banyak kerja yg perlu dibuat sebenarnya. hanya perlu beri masa saja di masjid, musti ada benda yg nak dibuat ! ramai org yg patut di jumpa,

yg sakit
yg baru pindah
yg tak pernah jejak masjid
yg tak kenal masjid

jangan sampai kawan dah meninggal baru teringat nak pergi ziarah dia bertanya kabar !

jangan sampai dah takde masa !

109676 | posted by saorangorang at 9:38 | 1 comments

Wednesday, June 9, 2004

negeri di kayangan !

pernah tenguk negeri indera dari atas kayangan ?



more here

109360 | posted by saorangorang at 9:46 | 0 comments

Thursday, June 3, 2004

kemana ?

hanya ada dua jalan
satu jalan kebahgiaan dan satu jalan kemusnahan
tiada jalan tengah !

pilihan di tangan kita

tenangkan fikiran sikit. buka speaker dan relax ! dengar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cerita HS mengingatkan aku dengan mek joh di sentul.

budak2 memang tak nak jumpa dengan dia ni. apatah lagi budak2 lelaki, sebab dia suka raba2. kalau nampak dari jauh, mesti lari jalan lain supaya tak bertembung dengan dia. memang risau betul kalau terpaksa selisih !

tapi kalau dengan pakcik2, selalu dia pulak yang kena buli. di suroh nyanyi atau joget. tapi macam seronok pulak dia tu melayan org2 lelaki. selalu kehulu kehilir kampung dengan baju kebayanya. tapi dia taklah sampai operate buang organnya. rasanya dia ni otak tak centre kut ! masa tu rasa geram pun ada, rasa aku nak tumbuk2 aje dia tu, nasiblah aku kecik lagi.

108714 | posted by saorangorang at 18:30 | 0 comments