home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Saturday, July 31, 2004

...end in mind

Tak habis sebak dgn cerita HS, tambah pula dgn cerita bapa membunuh anak sendiri yg masih bersekolah. Antara puncanya ialah beliau tidak sanggup berpisah dgn anak2 kerana kemungkinan isteri akan mendapat hak penjagaan anak2 selepas mereka bercerai.

Semalam seorang dari anak kembar di langgar treler, semasa menaiki basikal ke sekolah sementara adik kembarnya cedera parah.

Penyejuk hati cuma bila difikirkan yg anak2 belum cukup umur akan terus ke syurga ! Kita yg dewasa ni entah apa di penghujungnya...

Kalau ikut pak Covey, cuba bayangkan, kita hadir di tempat kematian. Semasa berjalan menuju ke jenazah, kita mendengar orang di kiri dan kanan sedang memperkatakan tentang diri jenazah. Ada yg bercerita tentang kebaikan dan ada juga tentang keburukan jenazah. Dan ketika tiba di hadapan jenazah, kita pun buka penutup jenazah. Sekarang fikirkanlah, jika yg kelihatan itu ialah wajah kita ! Cerita yg bagaimanakah yg kita hendak dengar dibualkan oleh orang di kiri dan kanan tadi ???

Well, kita semua tahu punca cerita2 tu, bukanlah bermula pada hari itu. Tapi telah bermula dan akan terus berjalan sehingga lah, giliran kita mengambil tempat jenazah itu. Dan pilihan di tangan kita ! KEBAIKAN KAH yg kita mau dengar atau KEBURUKAN kita yang akan diperkatakan ?

Tapi pada aku, bukan kata org yg mau kita pedulikan, tapi apa kata TUHAN pada kita ? Jika kita di redhai, sudah cukuplah itu untuk kita, kalau tidak, janggut kambing lagi mulia....

~ selamat... Begin with the end in mind.

115279 | posted by saorangorang at 13:02 | 0 comments

Friday, July 30, 2004

Menara..oh menara



Tugasan di Menara KL memberi peluang aku ke menara telekomunikasi tertinggi di Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menara Kuala Lumpur is one of the tallest concrete towers in the world, standing at 421m and built with 45,000 cubic metres of sturdy concrete. Designed with vertical ribs on the
external surface, the Tower weighs 100,000 tonnes and was built on no-piling, freestanding land. Menara Kuala Lumpur opulently stands as the tallest tower in Southeast Asia.

Menara Kuala Lumpur ranks fourth amongst the tallest telecommunications towers in the world.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi sampai sekarang site-visit ke deck2 di menara ni masih belum dapat disempurnakan...

Wait till next week for the panoramic view of Klang Valley...Till then, tenguk ajelah gambar2 kat bawah menara tu dulu... sila tekan kat sini

115195 | posted by saorangorang at 17:24 | 1 comments

Tuesday, July 27, 2004

Tool kits.

....for my stomach!



Hari ni aku bawa mee pedas. Untuk yg teringin, aku perturunkan disini ilmu memasak mee ini. Cuba, jangan tak cuba.

MEE PEDAS

Bahan2.

Bawang merah, bawang putih dan sedikit halia - di kisar.

Cili Giling
Cili Sos
Tomato Sos
Ayam - di potong kecil
Udang
Sotong
Batang Sawi - di ketuk2.

Mee kuning, daun sawi dan taugeh - di celur.

Minyak untuk menumis.

Tatacara :
Tumis bahan2 dikisar dengan minyak.
Setelah agak wangi, masukkan cili giling.
Kacau, sehingga cili agak masak
Masukkan cili sos dan tomato sos, kacau lagi.

Masukkan ayam, udang dan sotong.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan batang sawi.
Masukkan air mengikut selera serta kepekatan yg di sukai.
Setelah mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa.

Makan bersama mee, sawi dan taugeh yg di celur.
Nak sedap lagi, masukkan bawang goreng dan cili potong.

segala ukuran bahan2 mengikut selera masing2 lah...nak pedas lebihkan cili giling etc...

~ selamat mencuba !

114733 | posted by saorangorang at 17:49 | 3 comments

Monday, July 26, 2004

Nothing Else Matters

So close no matter how far, Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are, And nothing else matters

Never opened myself this way, Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say, And nothing else matters

Trust I seek and I find in you, Every day for us something new
Open mind for a different view, And nothing else matters

Never cared for what they do, Never cared for what they know
But I know

So close no matter how far, Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are, And nothing else matters

Never cared for what they do, Never cared for what they know
But I know

Never opened myself this way, Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say, Trust I seek and I find in you

Every day for us something new, Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they say, Never cared for games they play
Never cared for what they do, Never cared for what they know
And I know

So close no matter how far, Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are, No nothing else matters.

~ nothing else my dear...nothing else....

114610 | posted by saorangorang at 18:34 | 0 comments

....do i care ?

~ nasihat rombongan dari Mekah di Al-Amin.~

setiap kita diberi dua kehidupan
satu sebelum mati
satu selepas mati

kehidupan sebelum mati terbatas
kehidupan selepas mati tiada kesudahannya

kesedapan dunia hanya sementara
kenikmatan di akhirat selama-lamanya

susah dunia masih boleh di cerita
derita di akhirat derita yg sebenar-benarnya

susah dalam ketaatan disini
pasti senang menanti di sana

pemisah antara dua dunia
hanyalah satu tirai nipis
yang dinamakan maut !

persiapan sebelum maut itulah yg patut diutamakan
sebab dunia di sana dunia pembalasan

apa yg di tanam itulah yg dituai

--------------------------------------------------

bila kita berjumpa doktor, kita akan diberitahu kemungkinan penyakit yg kita hidapi. selalunya doktor akan memberi ubat utk melegakan atau menghapuskan penyakit tersebut serta menasihatkan tentang tatacara kehidupan yg sihat utk mencegah penyakit berulang. terpulanglah pada kita samada utk menerima nasihat beliau serta makan ubat yg diberi atau mengabaikan nasihat2 doktor.

kita sering diberitahu penyakit2 masyarakat. betapa teruk penyakit, bernanah dan membusuk. tetapi ubat nye bagaimana ? kita kadang2 naik seronok pulak dengar penyakit2 ni di ulang2. tetapi jarang di tekankan ubat2 utk penyakit2 ini. dan jarang ada kesungguhan masyarakat secara majmak utk mengubat penyakit2 ini.

mungkin kah disebabkan ramai yg kata, penyakit itu tidak ada pada dirinya, mengapa perlu bersusah payah ! maksudnya yg kena berubat itu ialah org yg berpenyakit bukan kita. dan yg perlu pikir benda2 tu ialah org yg bertanggungjawap, seperti pemimpin masyarakat, pihak berkuasa serta AJK surau ! jadilah kita sebagai pemerhati, dan simpati sikit2 dan selalunya tak ambil peduli. kita masih boleh bercerita berjam2 dan menjadikannya bahan jenaka. ya, selagi ianya tak kena batang hidung sendiri.

walhal pengubatan sebenarnya perlu dibuat pada setiap anggota masyarakat itu. bukankah berpenyakitnya kita, kalau tidak menghiraukan keadaan masyarakat sekeliling ? biarlah apa pun terjadi pada jiran tetangga, asalkan jangan kena pada diri sendiri atau anak isteri. kecualilah kita hidup bersaorangan di hutan atau di sebuah pulau, hidup bermasyarakat tidak mengizinkan nafsi2 ! segala yg berlaku, lambat laun akan melibatkan diri kita sendiri.

orang bijak pandai kata, macam kita ada tanah. kita jaga dengan menebas rumut dan menanam pokok2 buah2an. tetapi tuan punya tanah disebelah, membiarkan tanahnya jadi semak belukar. lama kelamaan jika di biarkan maka tanah sebelah akan jadi hutan belantara. maka berkemungkinan binatang2 yg diam ditanah sebelah itu akan masuk ke tanah kita merosakkan tanaman atau mengancam keselamatan. boleh ker mendiamkan diri ? lantaklah itu tanah dia, dia nak buat apa pun, biarkan lah... jadi...mendiamkan diri dalam keadaan ini pun merupakan satu penyakit juga.

apa yg aku nak kata disini ialah, tak payah lah nak mencari2 siapakah yg bertanggungjawap jika sesuatu bencana datang dalam masyarakat. jawapannya ada pada diri kita sendiri ! bergerak lah semuanya untuk mengubat penyakit2 kita dan ubatnya ada dalam suruhan Tuhan dan amalan Nabi s.a.w.

so...do i care ?? yes dear, I do. I can't afford not to !

114566 | posted by saorangorang at 13:23 | 2 comments

Thursday, July 22, 2004

masih berharapan...

khas untuk org yg berjaga malam...

Harapan

Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Derita kuhanya lah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah kubendung

Rampaian kasihku didalam hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita

~w.i.n.g.s~

114161 | posted by saorangorang at 18:07 | 0 comments

Wednesday, July 21, 2004

surau atau masjid ?

Sultan mengarahkan pembinaan surau baru dihentikan kerana bimbang kewujudannya yang terlalu banyak boleh memecahbelahkan umat Islam.

MB berkata Sultan selaku Ketua Agama Negeri, juga mahu menggalakkan lebih ramai umat Islam berkunjung ke masjid.


Memang patut di galakkan orang ramai ke masjid.

Tetapi masalah nya berapa buah masjid ada di sesuatu kawasan ? Yg banyaknye ialah surau. Kenapa tidak surau2 yang hidup sembahyang jemaah 5 waktu serta makmor dgn amalan2, zikir, tilawah Quran dan majlis2 agama di iktiraf sebagai masjid ?

Rasanya jika di luar negara, tiada istilah surau ! Walau bagaimana kecil pun, tetap di panggil masjid. Cuma bezanya, kalau ada sembahyang Jumaat - dipanggil Masjid Jamek. Kalau tidak tu, masjid biasa lah. Jika tempat sembahyang tu bukan masjid, dia dipanggil musolah seperti yg ada di perhentian bas, keretapi atau lapangan terbang serta tempat2 membeli belah.

Ada pulak tu, surau yg diadakan sembahyang jumaat, di sebut, surau bertaraf masjid ! Siap pulak bilal ingatkan, " di surau ni, tak de sembahyang tahiyatul masjid dan tiada niat iktikaf !". Ni, apa punya cerita ni ???

Bayangkan kerugian orang2 yg memakmurkan surau2 ni. Tak dapat ganjaran seperti memakmurkan masjid. Itu belum masuk lagi bab2 larangan bagi orang2 berhadas besar dan sebagainya. Jika di surau tu, "kalau datang bulan pun buleh duduk dengar ceramah' ! Hal ni, kena tanya lah orang bijak pandai agama.

Tapi kalau tanya aku, semuanya aku anggap masjid ! titik.

113934 | posted by saorangorang at 10:15 | 2 comments

Monday, July 19, 2004

Fikirkan...

dari sebuah makalah di atas meja...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pernahkah anda terfikir apa yg sedang anda fikirkan ?

Ia sebenarnya adalah perkara paling penting yg anda boleh lakukan. Sekiranya anda banyak memikirkan perkara2 yg negatif; kebimbangan dan ketakutan, kegagalan, ketidakadilan, konflik, kekecewaan, kesedihan...pemikiran yg negatif ini akan membentuk dan menjadi fikiran dalaman anda yg akhirnya keseluruhan hidup anda.

Tetapi sekiranya anda banyak memikirkan perkara2 yg positif; impian yg ingin anda capai, kemungkinan2 yg bakal diperolehi, projek luar biasa yg ingin anda ceburi, dan penyelesaian kepada masalah2 yg anda hadapi...ianya akan mewujudkan lebih banyak peluang yg positif dalam hidup anda.

Abraham Lincoln merumuskan bahawa, "Kebanyakan manusia akan merasa gembira apabila mindanya gembira." Oleh itu, fikirkan apa yg sepatutnya anda fikirkan dari masa kesemasa...Berfikirlah secara positif.

113623 | posted by saorangorang at 9:03 | 0 comments

Sunday, July 18, 2004

hitam putih kehidupan...


Waktu mula2 sampai, jam 11:30 mlm, bila tenguk ke bawah jambatan, nampak angsa hitam 2 ekor. Pagi lepas sarapan, sebelum check-out, pergi la balik ke tempat angsa2, nak snap gambar.

Punya la terkejut, bila jenguk kat bawah tenguk angsa putih pulak yang ada kat situ. Mulalah berpandang2an dgn kawan. haaa...haaa...haaaa dia kata.



Tapi bila turun ke bawah, rupa2nya ada 2 couple angsa. Satu putih dan satu hitam.

tenguk sini

113583 | posted by saorangorang at 17:49 | 3 comments

Wednesday, July 14, 2004

hujan

bersama setiap titisan hujan
gembira pak tani di laman
yang lama menanti tamatnya kegersangan

bersama setiap titisan hujan
duka peniaga kecilan
dagangan air tiada kunjungan

bersama setiap titisan hujan
dibawa pergi semua kotoran
mencuci kota dari debu2 jalanan

bersama setiap titisan hujan
adakah bisa kita fikirkan
kita tak bisa menahan

sebab semuanya urusan Tuhan.

113107 | posted by saorangorang at 13:56 | 0 comments

Tuesday, July 13, 2004

Apa ada pada nama ?

Biasanya bila sesaorang mendapat anugerah pingat kebesaran maka di depan nama beliau akan diletakkan gelaran untuk pingat tersebut. Contohnya, Tun, Tan Sri, Datuk, Dato' Seri etc.

Ada juga yang meletak kan gelaran sebab telah mendapat pengiktirafan dari segi kepakaran mereka seperti Dr, Ir, Drs etc

Ada juga yang meletak gelaran Hj bagi yang telah ke Mekah menunaikan fardhu haji.

Tetapi pelik pula, bila kita lihat nama sesaorang di sebut, gelaran untuk bapanya juga disebut.

Nak beritahu orang kah, yang dia tu anak Tun, Tan Sri, Dato' ? Atau supaya orang tahu dia anak Doktor atau jurutera ?? Atau yang dia ni anak seorang Haji ???

Jadi wahai tukang buat minit, tukang catit berita, tukang tulis skrip majlis2 rasmi, tukang pengaturcara majlis2 rasmi serta pakar2 protokol, letak lah gelaran nama2 orang2 yang diraikan atau orang2 yang diberitakan mengikut yang sepatutnya. Tak kan hilang bisa ular yang menyusur akar !

112975 | posted by saorangorang at 14:05 | 1 comments

Monday, July 12, 2004

my new companion.



Ole-ole dari Dhaka. Aku masih memikirkan kenapa sejak aku letak dia dalam kereta tu, kereta aku dah jadi ala-ala kereta2 kat Dhaka sana, kiri kanan ada kesan di sagat ! Emmmm...kenapa agaknya ekkk ????

112857 | posted by saorangorang at 12:44 | 3 comments

Friday, July 9, 2004

ulang lagi dan lagi dan lagi hingga tiada lagi....

Satu. Selasa. Semasa balik dari pejabat, turun ke Federal Highway. Himpit ke kanan seperti biasa. Ada la sebuah kereta ni, yg lalu kat emergency lane dari PJ, masih nak jalan lurus lagi, sedangkan kat simpang tu, jalan dah berkahwin. Dok himpit menghimpit tu, tak sedar, rupanya org tu, tak ke kanan2 lagi, ujung2, terasa kereta seperti di sagat ! Berhentilah kejap untuk menjenguk. Sah lah, kereta tu dah sagat kereta aku dan meninggalkan tanda kenangan kat situ. Kereta tu pun, dah berhenti, tapi jauh di belakang. Entah kenapa rasa malas betul nak panjang2 cerita. Aku berlalu saja dari situ.

Dua. Rabu. Balik solat Isya' dari surau dengan dua hero. Bila dah nak dekat sampai rumah, tiba2 menjerit dua2 hero tu. "Ayah2, kenapa langgar ni..!" Haaaa ? Rupanya aku dah terbabas dan melanggar pasu bunga jiran, selang 5 rumah dari rumah aku. Sah, terlelap ni...dan akibatnya, Oh tidakkkkkk ! Dua2 tayar sebelah kiri, pecah ! Emmm.... habis keluar ahli rumah jiran tu, utk melihat apa yg terjadi. Aku pulak terlepak ajela tenguk tayar...EMMmmmm.... Esuknya, jumpa jiran tu, dan minta maaf dan offer nak ganti pasu yg pecah. Dia tak de apa2 masalah sebab katanya dia pun pernah terlelap masa memandu sampai langgar tiang lampu ! Dia beria2 tak mahu diganti,sebab masih banyak stok pasu.

Tiga. Jumaat.Semasa nak ambil semula kereta selepas ganti tayar semalam, aku tenguk satu tayar lama tu dah kempis. Suroh la org kedai tu tenguk. Tak jumpa pulak kat mana bocor ke apa... Pagi ni, tenguk tayar tu, kempis semula. Aku panggil aje AAM, ( bila lagi nak guna kemudahan sebagai ahli ? ), nak tukar sendiri pun tak buleh sebab tools tak ada, emmm... pergi la semula kedai tu, suroh check lagi. Punya lama depa check, sampai tertidur2 aku kat kedai tu, sampai Brasil score gol, rupanya tak jumpa2 juga sebab musabab angin buleh keluar dari tayar tu... Akhir kata, diorang taruk minyak kat tayar tu dan ketat kan mana yg patut tu, dan isi angin. Lepas tu pesan supaya datang semula, bila balik kerja nanti...

Itu lah ceritanya... berbagai2 dugaan menimpa...emmm untuk menguji kesabaran rasanya atau peringatan tu, supaya ingat dan tak lupa dan leka dengan arus dunia serta keindahan dan perhiasan yg terlalu menggoda.......aaarrrghhhhhh.... memang terlalu lalai rasanya aku....

semuga gugur ler dosa2 aku yg menimbun ni...

cuma selalu aku minta

" OH TUHAN, JANGAN LAH KAU UJI AKU DENGAN UJIAN YANG TAK DAPAT AKU HADAPI" amiiiiinnnnnnnn..

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
Abul -Abbas Al Masri

112605 | posted by saorangorang at 12:07 | 0 comments

Monday, July 5, 2004

re-union & boroi



Setelah sekian lama tak berjumpa, kawan2 ajak ke perjumpaan semula di Bagan Lalang. Ini kali kedua di adakan. Aku tak hadir perjumpaan yang pertama di Fraser Hill, sebab berada di luar daerah. Kalau perjumpaan pertama dulu yang hadir cuma lulusan sekolah sains komputer, kali ini kehadiran dibuka juga kepada lulusan sekolah lain tetapi batch tahun yang sama.

Tak jemu2 bercerita dan berjam2 duduk bersama. Semasa sampai selepas ambil kunci bilik, selepas BBQ di Hotel kemudian sambung pulak ke restoran tepi laut. Esuknya selepas telematch di padang, sambung pulak ke lobby hotel. Tak habis2 bercerita. Sampai komplain la si mem, kata dia di sisihkan. emmm... dah bertahun2 tak jumpa nak buat camana. Kasi can la beb....

Ada yang tak jumpa sejak keluar dari U dulu. Banyak rasanya yang hendak diceritakan dan didengar. Apa yang berlaku selepas keluar, apa yang berlaku sekarang, dan tentu sekali cerita2 masa dulu pun diulang2 juga. Kisah suka duka masa dikampus. Sekali sekala berderai gelak ketawa. Seronok betul jumpa member2 lama ni...

Baru semalam rasanya, masuk Matrikulasi, masuk tahun satu, masuk asrama etc. Tau2, masing2 dah beranak pinak, walaupun ada juga kawan yg tak berzuriat hingga sekarang. Cepat masa berlalu......Rambut pun dah mula putih...emm... tu pun tak sodar2 diri lagi....

Ramai yg dah jadi businessman, ada company sendiri dan jadi entrepreneur ! Sekurang2nya semuanya ada kemajuan dalam kehidupan... sampai berderet la MPV kat parking lot tu...dan bercakap tentang kemajuan ni, aku telah cadangkan kat depa supaya pada perjumpaan yang akan datang diadakan piala untuk kawan2 yang paling maju ke depan... piala perut paling maju ke depan... perut terboroi....hahahah.... tak kesaorangan rupanya aku selama ini.......

112181 | posted by saorangorang at 13:01 | 5 comments

Friday, July 2, 2004

alang rentak seribu

jadilah kau seorang alang
alang yang punya banyak rentak

semuanya jadi perbualan engkau
semuanya jadi bahan sindiran
semuanya bisa buat engkau bercakap

biar apa pun orang kata
engkau lah tempat mereka mengadu
engkaulah tempat meminta nasihat
engkaulah juara mereka2

juara yang tertindas
juara yang tersepit
juara bagi mereka2 yang tak di dengar suaranya
engkaulah jurubicara bagi pihak mereka.

111962 | posted by saorangorang at 14:41 | 0 comments