|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Merdeka ialah kebebasan dari penjajahan.
Penjajahan datang dalam berbagai bentuk. Perjuangan mendapat kemerdekaan selalunya tertumpu kepada kebebasan dari penjajahan kenegaraan. Negara akan merdeka bila negara bebas dari penjajah.
Bagaimana pula dengan penjajahan dari segi lain ? Minda misalnya. Adakah sebarang perjuangan untuk membebaskan minda dari penjajahan anasir2 asing ? Apakah yang telah dikorbankan untuk membebaskan minda dari terbelenggu dengan penjajahan ?
Cukupkah kita membebaskan negara tetapi minda masih di belenggu ?
Bagaimana dengan penjajahan ekonomi ? Perlukah kita terikat dengan sesebuah kuasa ekonomi ? Kapitalis atau imperialis ?
Bebaskan....Bebaskan....Bebaskan....
Mencari2 kebaikan pada kesalahan orang itu adalah AKHLAK
Mencari2 kecacatan pada kebaikan sendiri itu adalah IKHLAS.
utk menilai diri dan bersama himpunan orang2 yg di cintaiNya.
semuga MERDEKA dari tipuan dan mainan dunia.
~ selamat MERDEKA !
Aku dipaksa tulis ttg Melaka cepat2, sebab mem tak sabar nak baca cerita tempat dia dilahirkan. Rupanya famili mem dari melaka. memang ramai betul orang melaka ni pergi tinggal di S'pore tu.
Melaka
Kereta lembu Dari Melaka Di tarik pula oleh Lembu perkasa
Hah... kereta lembu Rodanya dua Jalannya tak laju Sejam sebatu . . . Merasa jugak bebudak naik kereta lembu masa Raya Haji baru2 ni. Saje nak bagi diaorang dan orang2 S'pore yg datang sama masa tu merasa naik.
Dulu masa kecik2, ayah ada bawa berjalan2 ke Melaka. Seronok masa tu, selalu pergi makan angin kesana sini. Pergi tenguk tinggalan sejarah. Masa tu, tak tau apa laa...melainkan seronok berjalan.
Kota A famosa atau 'The famous' dlm bahasa portugisnya, patutnyer menyedarkan kita, betapa kerajaan dulu di kalahkan kerajaan asing, dan bermulalah era penjajahan di tanah melayu. Selepas Portugis, datang pulak Belanda 'yg di beri tanah' dan kemudiannya British.
Kalau dikaji2 balik, memang orang melayu dah takde tempat kat Melaka ni. Bukit bagi kat china, tanjung bagi kat kling ! Aku ni bukannya, tapi kesian kat mem aku tu. Dia tu nama aje lahir kat Paya Rumput, Rembia (Dekat Alor Gajah tau, bukan yg di Masjid Tanah), tapi bila tanya ttg Melaka, se habok pun dia tak tau. Kesian....kesian...tu laa... Sampai kan aku tanya kisah Hang Tuah pun dia tak tau. Tapi kalo fikir2, betul ker Hang Tuah tu orang melayu ? Ada satu artikel aku baca ttg benda ni kat internet. Suku melayu mana yg ada nama depan nya 'Hang' ? Cuma suku sakat Hang Li Po aje yg depannya ada 'Hang' ! Hang Tu Wah kot namanya tu...mungkin Tuan Puteri punya keturunan. Cuba tenguk ekkk.... Hang Jee Fatt, Hang Lee Kiew, Hang Lee Kir. Mungkin Hang Kasturi aje..anak melayu asli ! Tapi satu hari tu anak aku tanya soalan. "Ayah, ayah tau tak yg Hang Tuah sebenarnya lebih dari lima orang sekawan ? Aku pun tanya balik " ya ker ?, Siapa nama kawan yg lain tu ? " Dia pun cakap "Hang Tanya, Hang Bodoh laaa...." chessss....Walau apa2 pun, rasanya Puteri Gunong Ledang kena tenguk juga.
Dulu orang melaka ni pelik juga, siap mandi safar kat tepi pantai. Tu belum cerita ttg pergi minta macam2 kat makam di Pulau Besar lagi tu...Tapi tak semua orang Melaka macam tu...dan amalan2 tu dah tak dengar lagi dah.
Satu hal yg tak boleh hilang ialah cakap2 yg pedas. Ada orang kata diorang macam tu sebab suka makan yg pedas2 macam asam pedas. Sebab tu bila bercakap tu semuanya menyakitkan telinga. Kalau orang yg tak tau tu, mesti pelik dengar. Ada ke bila jumpa, siap maki hamun dulu, baru la cakap benda2 lain. 'Celaka kau, hidup lagi kau, lahabau punya orang' memang biasalah tu.
Selain asam pedas, Melaka pun terkenal dgn ikan bakarnya. Dan kalau tak beli belacan, cencalok dan gula melaka, macam tak sah lah datang sini.
Memang Melaka banyak sejarah. Selain sejarah kesultanan melaka dan peringgi si benggali putih tu, disinilah jugalah di istiharkan yg negara akan merdeka oleh Tengku, dan antara sepanduk yg dibawa oleh 50,000 orang yg menunggu tertulis " Dibawah runtuhan Kota Melaka kita dirikan negara baru".
Merdeka... MerdEKA...MERDEKA !
Kosong pejabat hari ni, buleh di kira sebelah tangan yg datang. Kalau di ikutkan hati, mau melayan budak2 kat rumah tu, tapi kerja kat pejabat ni, bukannya kerja rutin. Kerja yg mengikut tugasan. Lepas habis satu, sudah ada yg lain menunggu. Semuanya punya date-line yg perlu di ikuti. Tapi semalam dah melayan 3 orang si kenit tu ke Petrosains. Itu pun cuma hantar dan ambil saja. Ada makcik2 BeeBestari tolong uruskan. Ok ler...terisi jugak masa cuti diorang tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak sempurna rasanya kalau tak bercerita ttg negeri di Bawah Bayu. Semasa di Kuching, aku selalu berhubung dgn rakan setugas di Sabah. Kadang2 tu sebab pinjam magnetic tape, printing paper dan macam2 lagi lah. Operasi lebih kurang sama, sebab tu buleh pinjam-meminjam antara kami. Ramai la kenalan di sana. Bila sekali-sekala ada meeting di HQ, barulah bertemu muka.
Sabah
Bila balik bekerja di HQ, baru aku ada peluang ke Sabah. Tugasan pun di tempat kawan2 lama tu. Walaupun kerja nilai-menilai kerja2 durang, tapi sebab dah kenal durang tu, senanglah sikit kerja2 aku.
Kalu datang ka sini, musti mau bawa balik udang. Udang basah atau kering. Ikan kering pun banyak yg bagus2.
Hampir 2 minggu di Kota Kinabalu baru2 ni, membawa aku ke Tamu di Kota Belud, tanah tinggi Kundasang serta jambatan Tamparuli.

Hajat hati ke G. Kinabalu masih belum padam. Baru sampai ke Kinabalu Park HQ saja. Tapi masih musykil, sempat tak nak suboh kat atas tu ?
Jangan lupa minum teh madras dan air kicai kalau kau urang sampai KK.
Aku mula jejak kaki ke JB semasa melawat bakal mem di S'pore. Naik keretapi malam dari KL dan dia tunggu di JB sebab masa tu ada juga kawan2 dia yg lain sedang lepak di rumah rehat di JB. Kemudiannya dia beli rumah di Tmn Perling untuk memudahkan berulang alik ke tempat kerja di Bukit Timbalan. Di rumah itulah aku melangkah ke alam rumah tangga. Tapi aku tak lama di JB kerana perlu balik ke Kuching utk kerja.
Johor
orang johor sila nyanyi ramai2...
Tajuk Johor Tanjung Puteri Selat Tebrau airnya biru Di Pantai Lido tepian mandi Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri Taman hiburan indah berseri Pemandangan menawan hati Jalan tambak hubungan negeri
( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala Tempat nelayan mengail gelama Istana Hinggap di Kuala Danga Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit Singgah Stulang membeli kopi Pusara Si Bongkok di lereng bukit Di tepi pantai Tanjung Puteri
Di Johor, aku selalu kerja di JB saje. Pernah juga sekali dua kerja di Batu Pahat. Semacam ada tarikan bila di JB, mungkin sebab dekat dgn S'pore, tempat ipar duai bermukim. Bila lalu tepi pantai dan tenguk rumah stail cottage atas bukit, rasa macam kat UK pulak.
Sesekali teringat kat mee rebus di Kotaraya atau pun di Stulang Laut, otak2 gelang patah di pantai Lido dan juga nasi briani gam. Aku nak sangat rasa air katira tapi diorang kata cuma ada masa bulan puasa aje. Kenapa ekk ???
Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pulak tempat bermain...
Singapura
ehhh....ini bukan negeri dalam Malaysia kan ? tapi di sebabkan faktor sejarah dan faktor kronism, aku masukkan juga kat sini ...heheheh
Aku mula ke S'pore bila melawat rumah keluarga mem. Apa yg menariknya tak taulah. Tapi sebab dah berkeluarga orang situ, kenalah mengadptasikan diri kepada persekitaran. Keluarga mem duduk satu tempat dgn rumah bapa si siifu M.Nasir. Bapa sifu tu, jadi imam kat masjid situ.
Aku selalu cakap kat mem, orang2 S'pore ni daring2 belaka. Cara berpakaian, menonjolkan diri serta lain2 lagilah. Kat sini mereka seperti sangat berani untuk mengespressikan diri. Aku rasa orang2 di JB tu pun dah kena tempias diorang ni. Aku tak kisah la kalau benda2 baik yg di ikut. Tapi daring benda burok2 tu, baik tinggalkan aje lah...
Biasalah di bandar2 besar ni, pengaruh hitam dan putih ni sentiasa berlumba2 mencari pengikut masing2. Walaupun kita dengar cerita2 kedaringan anak2 muda kat sini, tapi ramai juga yg masih kekal dgn nilai2 agama dan kebudayaan timur. Aku tabik sungguh pihak pengurusan masjid2 di S'pore ni. Sudahlah perbelanjaan pembinaan semuanya hasil derma orang ramai, penyelenggaraan dan pengurusan semuanya dibuat dgn semangat gotong royong. Sentiasa ada orang yg ingin menyumbang jasa bakti dan harta benda utk kegunaan orang ramai. Setiap masjid disertakan dengan kompleks pengajian untuk pelajar dan orang dewasa. Dan sambutan orang ramai bukan main hebat. Program2 yg dibuat aku tenguk sangat praktikal dan mengikut keadaan semasa. Anak2 muda di berikan didikan oleh asatizah2nya, bukan saja melalui kelas agama, tapi juga kelas2 komputer.
Sekali tu, sebelum sembahyang raya, dibuat pengumuman tentang itu ini dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Bangla ! Aku rasa kalau ramai orang Mynmar kat situ, akan dibuat pengumuman dalam bahasa Myanmar juga.
Masa mula2 ke sini dulu, selalu lepak kat depan Merlion depan padang. Ada jugak ke Pulau Blakang Mati, kebetulan Ramli Sarip tengah buat show. Rock brader rockkk...
Kalau dulu2 ke S'pore ni, musti bawa balik lychee, kain tuala, t-shirt dan macam2 kat woodlands tu, tapi sekarang dah terbalik kot. Orang S'pore pulak yg berbelanja di Johor. Orang berniaga di JB musti senyum memanjang, tapi org JB ler pulak bengang sebab harga barang2 semakin naik.
Dulu nak masuk kereta kena ambik permit disc kat immegresen S'pore. Kira lah berapa hari nak masuk dan bayar. Hari Sabtu dan minggu percuma. Ada sekali tu semasa aku berulang2 alik S'pore - JB kerana kerja kat JB, kononnya nak jimat, aku ambik permit hingga Ahad dgn harapan bila keluar pagi isnin tu ok ler. Tak pasal2 hari tu, polis trafik diorang tunggu kat checkpoint tu. Sangkut ler jawapnyer. Kena bayar saman kat situ juga. Sekarang ni dah pakai sistem kad. Kena top-up sebelum keluar.
Kdang2 tension jugak nak masuk S'pore ni. Macam nak masuk penjara pulak. Dgn segala2 peraturan2nya, itu tak boleh, ini tak buleh. Bawa kereta pandai pulak ikut tanda hadlaju, bila bawa kat M'sia, macam masuk gelanggan F1. Aku ingat lagi bila di suroh beri sampel air kencing masa masuk naik bas ikut Woodlands. Mentang2 aku macam kutu masa tu ! Terus diorang pegang. Lepas tu, aku nak tutup pintu tandas, diorang tak bagi pulak tu. Kena la beri sampel di tempat yg terbuka. isssshhhhh.... ikutkan hati, malas la aku nak masuk lagi... Tapi kalau naik kereta ni, dgn deretan askar kat tempat duduk belakang diorang tak banyak tanya laa...
Walaupun sudah terpisah sebagai negara, tapi masih ramai yg bersatu sebagai satu keluarga macam aku ni...
Masa di kampus, aku pernah cakap dgn saorang minah sarawak, aku akan ke Sarawak satu hari nanti. Dia ambik endah tak endah aje masa tu. Semasa jadi pegawai sangkut di EPU, JPM aku ikut sama acara lumba lari beberapa kilometer anjuran JPM. Di akhir majlis tu aku dapat hadiah dari Dr Mahathir. Dah lupa la pulak, sebab apa aku dapat hadiah tu, sebab menang lari atau pun cabutan bertuah. Tapi hadiahnye ialah Tiket Feri Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Dalam kepala aku, wah, nak tercapai dah cita2 aku ni. Dalam pada itu, aku ditawarkan kerja tetap dgn syarikat aku bekerja sekarang. Dan perkara pertama yg aku tanya semasa melapor diri ialah : Ada jawatan kosong di Sabah/ Sarawak tak ?
Akhirnye sampai lah aku ke Kuching, walaupun bukan melalui feri, tapi naik belon !
Sarawak
Sik tauk kenak kamek minta di hantar ka Bumi Kenyalang tok. Ramei jua sidak nanya, tapi kamek senyum ajak. Nang sebenarnya sik ada apa2 sebab tertentu, kecuali mahu nanggah negeri orang dan cari pengalaman hidup.
Mula2 kamek diam di Tabuan Jaya. Maseh bujang bah. Bila sidak2 dr HQ datang, selalu juak diam di rumah kamek. Ujung2 kamek panggil rumah tu, Tabuan Inn. Sia la kamek polish my cooking skills. Hehehe…udah jauh dari emak, siapa lagi nak masak ? Mun makan di kedei, lama2 lejuk juak. Tapi masak main tikam2 ajak bah. Asal sedap di mulut. Selalu juak telepon emak tanya resepi.
Culture Shock juak kamek masa mula2 di Kuching. Mula bercampor dgn berbagai suku kaum. Nanggah sidak nama Mariam, makan di kedai yg tak pasti halal nya dan nanggah sidak nama John di suro. Rupanya sidak Mariam, orang Melanau Kristian. Dan John Adam orang Islam. Bahasa lagi lah ….. Ada sekali di pejabat, sidak operator, nya madah ngan kamek, “ Sik mau kelakar lagek ngan kitak !” Kamek benggung jua, mun sik mau buat jokes,udahlah, apa mau bising2. Rupa2nya, nya sik mau bercakap lagi ngn kamek.
Time tuk tengah demam ball. Team Ngap Sayot sedang bermaharajalela. Sampei AWANG MAHYAN terjun dari jambatan Satok sebab menang ! Kamek pun terkesan juak, sanggup pergi stadium tenguk ball.
Orang2 Kuching memang friendly. Tapi mun kitaorang lawa, jangan harap la nak berbaik dgn sidaknya. Orang semenanjung di tunggah sebagai orang Malaya. Sik ada hal, asal jgn di tunggah orang utan sudah la. Kalau tambi tu, maksudnya, orang India. Ada Masjid Tambi dan rojak tambi di Kuching.
Dulok marek sidak berjual di depan masjid jamek. Selalu juak kamek ke sia. Nanggah barang2 dari hutan or kraftangan. Macam2 ada, semuanya exotic2 belaka, tapi kamek beli yg biasa2 aje la. Kinektuk udah pindah ka Satok.
Kamek ada jua jumpa kawan sekampus. Nya ajak ka rumahnya di tepi sungai Sarawak. Pernah sekali husband nya ajak kamek naik perahu menyusur Sungai Sarawak. Cuba bayangkan naik perahu dari Jambatan Satok ke Kg Santubung, menyusuri Sg Sarawak kemudian Sg. Santubung, tapi bukan kayuh lah, pakei injin bot. Tak dapat digambarkan pengalaman tu. Sunburn aje yg jadi buktinyer.
Bila udah berbini dan ada motor, selalu juak kamek ke Santubong dan Damai beach. Ada jua singgah di Kg Buntal. Masa ya Kg Budaya Sarawak baru ajak di buka.
Selain Kuching, kamek sempat juak ka Sibu, Miri, Simanggang dan paling jauh ke Kapit. Mula2 sampei dulok, boss ajak pergi kenduri ke Kg. Buso, Bau, ada org Malaya kahwin di sinun. Tapi kenak sik ada kamek nanggah orang tutup hidung di sinun ? sik ada bau apa2 pun ??
Kalau sampei Sarawak tuk, jgnlah cari ayam, memang orang sia sik makan ayam, nya orang makan manok, cuba rasa manok panggang di jambatan satok. Jangan pula lupa cuba Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Mun di bulan puasa ada jual manok pansuh, bubor pedas dan macam2 lagi delicacies. Jangan lepas peluang makan rojak tambi di Batu Lintang.
Apa lagi nak kamek madah ttg Sarawak tuk ? Sik pandei habis kelak. Lejuk kitaorang baca.....Kinektuk, Kuching udah banyak berubah, jeraya ajak udah banyak.
Lamak betul kamek sik turun sia. Bila la boss nak berik kamek balit ka Sarawak tuk. Bolehlah menghilangkan rindu dendam pada mee kolok, rojak tambi dan apa2 indah la…(Mem, jgn risau, kamek sik ada gerek di sinun ! )
Cuba fahamkan makna bahasa Sarawak di http://rahsia.20m.com/sarawak.htm
Pahang
Abang sulong kawan kahwin dgn orang Sg. Lembing. Masih kawan ingat, rombongan kahwin dari Sentul ke Sg. Lembing melalui jalan lama ke Kuantan. Berlengkang lengkuk jalan naik bukit turun bukit bagaikan Sanggul Mak Limah ! Macam jalan lama ke Balik Pulau melalui Teluk Kumbar dan mana2 jalan bukit. Siap la dgn beg plastik bagi menahan isi perut yg nak keluar.
Sg Lembing yg kawan ingat ialah pekan tinggalan colonial. Masa tu, lombong bijehnya masih beroperasi. Kebanyakan orang kat sana pun kerja kat situ lah. Nak sampai rumah kakak ipar kawan tu kena lalu jambatan gantung merentangi sungai. Punyalah panjang jambatan tu, lepas tu berayun2 pulak. Sungai kalau surut, sampai boleh main bola kat tebing nya. Adalah juga kawan main dua tiga round dgn budak2 kat situ.
Seingat kawan jamban orang kampung diletak disungai dengan semacam pelampung di bawahnya. Jadi bila air pasang atau surut, jamban pun bergerak ler mengikut paras air.
Sumber air dtg dr bukit. Sejuk giler bila mandi pepagi. Sempatler juga abang kawan bawa kami bebudak semua naik bukit tenguk sumber mata air dgn paip2 buloh menjalar kerumah2 orang kampung. Lepas tu siap mandi kat air terjun. Paham2 ler bila bebudak jumpa air. Sekarang lombong pun dah tutup, keluarga kakak ipar pun dah tak duduk situ lagi.Semua berhijrah ke Kuantan, duduk di bukit2. Banyak betul bukit kat Kuantan ni, Bukit Sekilau, Bukit Setongkol, Bukit kuantan dan berbagai2 bukit lagi.
Teluk Cempedak memangla menjadi tempat wajib kalau ke Kuantan ni. Kalau tak mandi pung gi lepak2 saje kat pantai. Kalau tak kena mase, bahaya jugok kat situ. Bila angin kuat, gelombang beso.
Ada jugok kakak ipar kawan masak ikan patin kuah tempoyak. Emmm..sedap giler beb. Tips dari kakak ipar: Kalau nak sedap masak ikan patin, guna tempoyak baru dan ikan musti lah segar. Kawan suka jugok makan timun china, apalagi bila tengah2 panas. Nak cari keropok gonde, gi aje kat stesen bas tepi sungai kuantan. Kalau nak gi makan malam2, banyak restoran makanan laut kat Tanjung Lumpur. Atau buleh jugok cube Mee Kari Planet di jalan Teluk Sisek.
Satu yg kawan belum cube ialah Mee Chalong. Ni, saing kawan kata cume ade di Beserah aje. Ada dua kedai , satu di tepi jalan menghala ke Kemaman dan satu lagi di tepi pantai Beserah. Nak kata lebih2 pun tak buleh sebab kawan pun belum rasa, tapi saing tu puji meninggi ler mee tu. Memang patut pun, dah dia memang asal Beserah. Ni ada kawan letakkan gambar peta mencari Mee Chalong yg saing tu lukiskan secara impromptu !

Tak buleh baca ? Gi aje ke Beserah dan tanya orang kat sane...insyaAllah jumpe ler.. heheheh
Terengganu
Aku mula ke Terengganu bila akak aku kahwin dgn orang Kemaman. Selalu ler aku gi makang ikang dalam pinggang kat sana. Ada juga ker kuala dok tenguk orang gentei kepok lekor.
Bila kerja luar di Kuala Terengganu, selalu jugok makang nasi dagang masa sarapan di hotel. Sata pun sedap. Kepok lekor tu, jangan kabor le, kalau tak beli rasa tak sah pergi Ganu. Kalau nak beli kepok lekor ker kepok keping ker, cuba cari hak dari Losong.
Jangan lupe ker kedai gelas besar, musti puas hati minum air buah2an.
Dapat snorkeling di pulau2 tentu best. Apalagi kalo dapat pergi candat sotong, cuma takut mabuk laut aje lah. Kalau tak mau rioh rendah orang ramai cuba gi ke pantai Penarik. Walaupun tak sempat singgah masa lalu di situ, tapi memang best giler dengan pemandangan dan suasana yg aman damai.
... ....aku dilahirkan Di sebuah negeri yang diberi nama NEGERI SEMBILAN
Selepas itu aku dibesarkan Di NEGERI KELANTAN ...... ...
selepas di PD, ayah telah bertugas di Pengkalan Chepa. tak ingat apa pun masa tu. cuma antara ingat tak ingat ialah masa naik keretapi dari Kelantan balik ke KL, sebab ayah kena tukar ke Sg Besi lepas tu.
Kelantan
Kawe tibo diKota Bharu masa masih belajar di Minden lagi. Masa tu cuti semester, tak tau apa giler kepala masa tu, gi ambik teksi di Butterworth terus ke Kota Bharu melalui Grik. Sampai2 terus telepon saing satu Uni, dia gi bawok ke panta Bachok makan2 di sana. Sempat jugok ke PCB dan jumpa kawan2 lain masa tu.
Masa kerja luar stesen, barulah ke sempadan pulok, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Sedak2 masakan orang2 Kelate ni , laksam, nasi kerabu, nasi berlauk etc. Dan kebanyakannya manis2 belaka...makanannya dan termasuklah... orang2 nyer sekali.  Walaupun ada jugok yg gedebe2 tapi kebanyakkannya semua baik2 belaka.
tak habih lagi nooo..... Masa kembara pii Langkawi dulu tu , aku naik bot dr Kuala Perlis, masa tuu takdak lagi bot dr Kuala Kedah ke sana. Itulah pertama kali aku sampai ke Perlis.
Perlis
Masa belajaq di Sg. Petani, ada sekali team bola pii lawan dgn Sains Perlis. Aku tukang pegang bola aja...
Tapi laa ni kerap jugak pii Perlis ni, sebab ada kak ipaq aku di Kaki Bukit. Dekat betui dgn Padang Besaq. Bagi yg selalu pii Padang Besaq tu, cobalah pulak pii Wang Klian. Tapi hampa pii la hari Ahad, takpayah pakai pasport. Pii awai pagi, kalu lewat, susah nak parking dah.
Nanti hampa singgah la kat atas bukit waktu balik dari Wang Klian tu. Cantik pemandangan Perlis dari atas kayangan.
Hampa kalu nak makan jgn risau laa, banyak betui restoran kat Kangar. Baru ni aku pii Pokok Tui, baguih masakan dan harga pun berpatutan laa...
Satu saja aku musykil kat sini, apasai laa lama betuiii depa nak pernaik taraf jalan Kangar - Padang Besaq ? ...awat lagu tu haaa ??
masa aku balik dari Langkawi dgn kawan2 tu, kami singgah di Tanjung. sebabnya, ration dah habis dan poket dah kering. sorang kawan tu ada kakak belajar kat minden, jadi kami ke sana dengan harapan dapat sikit bekalan dr dia. aku pulak bawa diorang ke cawangan syarikat ayah aku bekerja. sebut aje nama ayah depa semua kenai laa... so dpt la lepak di asrama syarikat. esuknya masuk kampus minden jumpa kakak kawan tu minta supply sikit.
Pulau Pinang
Selepas setahun di Sg. Petani, aku dok pula di Tanjung, sambung belajaq di Minden. Habis ler satu pulau aku jelajah dgn cup-chai 7 series yg diwariskan abg sulong aku. Pi mai pi mai ke Balik Pulau tu kira biasa laa... ada sepupu ayah kat sana. kalau pii sana, aku nanti pii pantai pasir panjang. best masa tu, pantai cantik, tak dak orang pun. lepas tu, selalu pii gertak sanggul, teluk kumbaq melepak kat tepi pantai sorang2. kalu peringgi, teluk bahang dan tanjung bunga tu, ramai sangat orang. tak tahan laa... kalu nak merendek dgn marka buleh laa...tak main la benda2 lagu tu..
Tahun akhir aku dpt roomate yg jenis tak tidoq malam punya. Meronda aja laa...habih George Town punya jalan kami ronda. Lepas tu lepak kat gurney drive, makan nasi goreng udang. Udang nala2 punya besaq...best...
Di Bagan pun aku selalu pii juga. Kat Bukit Mertajam ada sepupu dok sana. Selalu laa aku pii ke Tanah Liat tu, kadang2 naik bas, tapi ada jugak naik 7 series tu. Jauh juga laa cup-chai tu bawa aku, sampai ka Kulim. Pun ada sepupu lagi.. issshhhhh...ramai nya sedara mara nooo....
Punya lama aku kat Tanjung tu, tapi Bukit Bendera pun aku tak pernah pii masa tu...
semasa aku menunggu keputusan SPM, 2 org kawan (anak bond) telah mengajak membuat satu kembara secara hitch-hike. perjalanan yg tak tentu hala tujuan tu, membawa kami ke Langkawi. duit yg ada dalam saku cuma RM 10 masa tu. tempat2 yg dilalui iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang rupanya akan memainkan peranan penting dlm hidup aku.
Kedah
Aku bukan nak habaq tentang kembara aku tu, tapi kisah aku dok di Kedah.
Tempat aku mola dok ialah di Sg. Petani. Dapat peluang belajaq di sana. Masa tu, bukan macam laa nii. Kalau hampa pii Sg. Petani laa ni....amboiii buleh sesat oooo.... Banyak kenangan kat sana. Itu lah mola2 aku keluaq dari rumah dan tinggai jauh dari koluarga. Aku rajin juga pii jumpa kawan2 yg kenai masa di KL yg dah pindah ke Sg. Petani tu. Aku ada juga pii Kuala Kedah ikut roomate balik rumah dia dan rumah 2 pupu di Alor Merah. Kalau hampa pii Kuala Kedah tu, jgn lupa cuba laksa belut. Sedapppp..... Macam2 cerita kat asrama ni, ada yg seronok ada juga yg lecehh nya...satu perkara yg aku tak buleh lupa ialah masa tak da ayaq, kami ramai2 piii mandi kat telaga tepi estate getah. emmm... hari sabtu pun best sebab dapat pii pekan minum ais kacang kat stesen bas.
Masa kat sekolah tu, sempat juga laa cikgu cikgi bawa pii kerabat Gunung Jerai... ini lagi satu yg tak boleh aku lupa... sebab mlm tu mimpi 'accident', esuk nya kena mandi wajib dlm kesejukan pagi di atas gunung.... menggigil hang kata, tak boleh nak habaq laa..aku senyap aja, masa depa2 dok bising luar bilik ayaq tu sebab aku lambat keluaq.
Rasa sat sangat laa dok setahun kat sana...
~ sambungan
Perak
Inilah negeri kampung ayah emak. Di Kg. Bharu, Sg, Wangi, Setiawan, Daerah Manjung. Di kawasan ini lah ramai sedare mare. Samada belah emak atau ayah. Seronok masa kecik2 dulu, bila sesekali balik kampung. Boleh mandi ayor laut, naik sampan, bot pergi memancing atau bersiar2 di hilior sungai.
Selalu juga ke Lumut. Tak macam sekarang ni, masa tu meriah juger ler. Dulu buleh bawa kereta sampai ke tepi pantai, sekarang ini idak ler lagi. Hari tu teman singgah, diorang udah buat tempat orang berjalan kaki sajer. Koreter kena tinggei tempat lain. Leceh ler..
Ada sepupu tu kahwin dgn orang Pangkor, jadi ada juger ler pergi ke Pangkor. Dulu suami dia ada bot menangkap ikan, siap dengan jeti nyer sekali.. Abg teman yg sulong sempat ler gi ikut dema tu menangkap ikan ke laut dalam. Tiba time teman, dia udah juai bot tu. Sekarang buka chalet ler pulak. Dengor ceritanyer hebat ler juger businessnyer tu, tapi tak sempat2 teman nak pergi bercuti kesaner. Ateh asyik ke penuh aje memanjang, apa cerita nyer.
Sekarang ni di Kg Bharu tu dah semakin bertukor wajah. Banyak betoi chalet dema buat. Sampaikan sebelah rumah opah teman pun dema buat chalet.Habeh pokok2 kelapa, mangga dsbnyer dema tebang. Nak di buat kem utk PKN katenyer. Kalau dulu tu, bila balik dari kampong penuhler bot koreter ayah dgn kelapa dan mangga. Bukan orang lain pun, adik beradik juger ler. Tapi adik beradik, adik beradik juger, tanah2 yg di ambik, bior ler berbayor yop oiii, nanti tak berkat hasilnyer tu…malas ler teman nak campor hei2 macam tu….
Tapi namernyer aje kampong, tak poronah ler pulak teman beraya di saner tu.
Sempena bulan patriotik ni, teringin pula nak cerita pasal negeri2 di Malaysia tanah airku.
Negeri Sembilan.
Kena mula dgn negeri beradat dulu sobabnyo di sini lah den di lahir kan iaitu di Port Dickson. Tak do banyak pengalaman di sano sobonar eeyy. Cumo di lahirkan di hospital tentera disitu. Ayah kojo mat terap (ikut istilah sofeanny) masa tu. Ayah melatih tentera Brunai hingga namo den pun ada mirip2 namo orang brunai. Kalau ekau tanyo pun pasal Port Disckson, tak tau den nak cito. Tapi macam ado kaitan lah, setiap kali den poei PD, mesti raso nostalgia sikit. Tak tau la pulak kenapo cam tu.
Selalu bilo jumpo org nogori ni, den mengaku ajolah yg den org PD. Hehehe… tapi bilo org tanyo lobih2 den sonyum ajo lah….
Dengar orang cerito masak lomak cili api ajo dah melelehkan air liur den... emmmm sodap !
Walau apa2 pun den totap berbanggo sebagai pemegang no KP xxxxxx-05-xxxx !
sementara mencari 'ilham' melanjutkan tugas pejabat, pemikiran menerawang ke sana sini. banyak isu tenggelam timbul. tiada yg jelas untuk di 'pertontonkan' disini. bila di cerminkan dengan diri sendiri, susah nak di ceritakan, kerana memang pasti keburukan diri sendiri menenggelamkan isu-isu lain.
makanya tidak patutkah di war-warkan kebaikan dan amalan2 baik ? tunjuk lagak kah kalau cerita macam bagus aje ? tidak buleh ke cerita kebaikan jika tiada amalan tersebut dalam diri kita ?
mengikut orang bijak pandai, kita kena selalu2 ceritakan kebaikan yg kita berhasrat untuk mengamalkannya. muga2 di beri petunjuk dan dimudahkan kita beramal.
kalau kita nak tunggu diri kita sudah beramal baik baru nak cakap ttg mengajak kearah kebaikan, alamatnya sampai mati lah kita berdiam diri. ~ titik.
kepada yg masih meragui dan semakin hilang kepercayaan,
(sambil berteleku dan menghulur tangan)
percaya lahhh percaya laahhhhhh perCAYALAHHHHHHHHH PERCAYAALLLAAAHAHHHHHHHH !
sukar untuk di jelaskan perkara yg tersembunyi. ambil kapak belah dada bukanlah sesuatu yg praktik ! ya lah, kalau dah mati nak buat apa cerita lagi. buka cerita lain la pulak.
hayati lah lagu ini. dari lubuk hati paling dalam ...
Nyanyian Cinta Satu Ketika pak ebiet g ade
[dengar]
Jangan coba bicara / Mari kita renungkan / Di dalam sepi ku kau diam
Terkubur di batas langit / Tersapu debu jalanan / Semua duka kita tinggal
Dengar aku yang bernyanyi / Pasti bagi kamu / Ikrarkan kita tak lagi bertengkar Pegang erat tanganku / Dan jangan lepaskan / Ikatkan benang kasih sayang
Nampaknya mendung segera lewat / Matahari bersinar / Semuanya telah dirancang / Untuk menyambut kita
Tersenyumlah mari tersenyum / Hari ini milik kita
Jangan paksa menangis / Mari kita fikirkan / Sejarah usang kita buang
Senandungkan satu lagu / Agar semua kembang mekar / Harumkan jiwa cinta kita.
~ selamat...
 view from Menara KL.
surah yasin.
Hadrat ‘Ata ibn-e-Abi Rabah, (Radhi Allaho anho) says that Rasulullah (Sallallaho alaihe wasallam) is reported to have said, “Whoever reads ‘surah Yasin’ in the beginning of the day, all his needs for that day are fulfilled.”

kuchai goreng dan kuah masam.

birthday al-farouk hari ni. semalam lagi dah meraikan di fast food since emak nya takde hari ni. hari ni dia nak kek juga. bila mak chik jual kek tu tanya nak lilin tak ? setelah beberapa ketika dia kata "tak payah la, kita ni bukan orang inggeris kan ayah'. emm....potong kek tu bukan ikut inggeris ker ???

apa2 pun, semuga panjang umur, murah rezeki, dan jadi anak soleh.
pagi yg muram. meluncur laju di highways, byways, and expressways. tak payah hantar emak ke sentul hari ni, ustaz cuti. jam 7:20 dah sampai pejabat. masa naik ke federal highway, aku nampak pemandangan yg indah, wah, ni boleh capture dgn camera ni. gambar bulan putih disebalik pencakar2 langit. siap tercari2 camera. bila dah hampir, barulah aku sedar, rupanya belon gergasi di depan RTM. emm...chesss...potong steam betul laa...

sampai di lif nampak pulak belon tersangkut di rak surat kabar free - the sun -. tergerak pulak hati nak ambik belon tu. minta izin pak guard di depan lif. dia kata "ambiklah" setelah teragak2 seketika. rupanya lebihan keramaian utk pasukan bola syarikat yg bertanding semalam. berbasi2, aku tanya lagi, "menang ke ?". "kalah !" emmm.... ok lah.. sekarang aku ada jawapan utk pertanyaan orang yg melihat belon kat tempat aku tu.
aku bawa belon kerana merayakan kekalahan pasukan bola syarikat...ya hooooo....
pagi tadi masa ke pejabat, nampak kelibat abg aku. terus aku berhenti kat depan. aku rasa dah lebih 3 bulan dah tak jumpa dia. baru teringat2 nak jumpa, tuhan dah jumpa kan...
memang abg aku ni tempat kerjanya dekat dgn pejabat aku. tapi jarang aku nampak dia. dia kat pejabat tu pun hanya waktu pagi, lepas tu, ikut jadual la, kemana dia bertugas.
aku risau sebab dia dah lama tak kerumah emak, ataupun berhubung dgn ayah. sejak ayah pencen, susah nak berhubung dgn dia ni. dulu ayah kerja sama syarikat dgn dia. ayah pun yg bawa dia masuk ke syarikat tu.
abg aku ni selalu di dalam alam dia sendiri. kadang2 aku cuba juga selami tapi tak sampai2 ke dasarnya. kadang2 rasa bersalah sebab macam tak hiraukan dia. tau ajelah duduk KL ni. duduk dekat pun susah nak berjumpa. emak yg duduk sebelah rumah pun kadang2 jumpa 2 3 kali aje seminggu. inikan pulak dia yg duduk dihujung KL sana. tapi itu bukan alasan sebenarnya.
selalu dia akan kerumah emak bila duit tak ada. dulu selalu juga bawa isteri dan anaknya naik motor cup-chai dia tu. ok lah juga, sekurang2 tau la dia OK.
jumpa pagi tadi, gembira betul aku. nampak sangat abg aku tak makan ubat. badan dia susut. aku tanya kabar dan sempat berbual dgn kawan setugas dia. OK la tu. dan as usual abg aku dok kata la..nanti gaji dia nak bayar hutang la ...apa laa.... aku buat2 takdengar aje..dan hulur aje apa yg ada dalam wallet aku.
Paraskevidekatriaphobia: Fear of Friday the 13th.
The sixth day of the week and the number 13 both have foreboding reputations said to date from ancient times; their inevitable conjunction from one to three times a year portends more misfortune than some credulous minds can bear. Folklorists say it's probably the most widespread superstition in the United States — some people won't go to work on Friday the 13th; some won't eat in restaurants; many wouldn't think of setting a wedding on the date.
How many Americans at the turn of the millennium still suffer from this condition? According to Dr. Donald Dossey, a psychotherapist specializing in the treatment of phobias and coiner of the term "paraskevidekatriaphobia," the figure may be as high as 21 million. If he's right, eight percent of Americans are still in the grips of an old superstition.
ramainya orang uncle sam ni, pengidap penyakit ni...mengarut semua ni.
takde apa2 pulak terjadi pagi ni. cuma adalah sorang nyonya kat office ni nyaris kena lempang dek aku. ada pulak nak marah2 kakak kerani tu, sebab lambat print report dia. kalau print tak betul, puncanya dari dia sendiri, sebab taip salah. nak membetulkan nya bukan senang pulak tu. yg aku bengang tu taknak langsung cakap baik2. aku tau la engkau tu account manager, tapi hormat orang sikit lah...akai mau pakai la...nanti aku hantar balik naik tongkang baru tau...
kat pejabat ni dah tak nampak serinya lagi. kalau dulu riuh rendah, bila sesekali semua ada di pejabat. sekarang, bila semua ada pun, rasa macam di langgar geroda. senyap sunyi. di pejabat lama dulu ada juga meja pingpong. dan semua golongan bersama beradu tenaga kat meja tu. tak kira hang saper...sekurang2nya, kurang lah rasa kasta2 tu. boss pun selalu makan minum bersama anak2 buah.
tapi sekarang ni, memang jauh berbeza, macam langit dgn bumi. nampak macam ada berpuak2 pulak. pihak atasan dan pihak bawahan. tak nampak tegur sapa dan ramah mesra. kalau ada pun nampak sangat superficial nya. seperti dibuat2 saja.
hantamlah labu...masing2 dah besau panjang. takkan itu pun nak di ajau. buatlah apa pun, teambuilding lah..motivation camp la..apa2 laa...tapi kalau masing2 ingat dia terror sgt sampai tak nak campur org...lantak engkau lah...malas aku nak layan.
sekian. ngomel petang !
menjaring matahari
apakah tujuan kita di muka bumi ? dizaman teknologi maklumat ini sepatutnya semua sudah mendapat maklumat. dengan mudah nya komunikasi, semuanya di hujung jari. klik sana sini.
tapi tak semua maklumat menjadi pedoman kerana banyak yg masuk kiri keluar kanan . angka dan huruf tidak diproses, cuma menjadi data tak bermakna. jika di hujung dunia atau hutan belantara maupun pulau terpencil bolehlah ada maafnya. tapi kalau di bandar2 dan negara ter'maju', bagaimana pulak ceritanya. tidak sampai kah maklumat yg hak ?
rupanya kita selalu terlupa. asas semuanya ada di hati. semuanya punca di hati. baik hati, baiklah segala. hati umpama kolam yg punya sungai mengalir kepadanya. jernih air yg datang, maka jernih lah kolam. jika keladak yg masuk, maka keladak lah kolam. saluran hati ada empat, pendengaran, penglihatan, percakapan dan pemikiran. jadi pilihlah apa, yg mau bertahta di hati tetapi awas, itulah yg akan keluar melalui tuboh badan iaitu amalan nya. jika mau ketaatan kepada Allah, maka hati musti penuh dengan kebesaran NYA. Cakap, dengar, lihat dan fikir kebesaran Allah.....
Allah u Akhbar !
~ bersambung..
untuk yg masih meragui dan tergugat2 jiwanya, tak pandai nak aku bicarakan semuanya. cukup mungkin dengan puisi pak ebiet ini untuk mencerahkan segala yg kelabu...itu pun kalau ada. dengar di sini
Dalam kesempatan yang lama ku tunggu Cuaca cerah memancar sinar rembulan Membantu ku membunuh kegalauan jiwa Bunga tulip mekar subur di dada
Dalam percintaan yang hangat menggebu Marilah kita saling melebur diri Simpanlah cintaku sedalam-dalamnya Cintamu pun lekat di jantung hati
Buang jauh-jauh onak dan duri Mari kita lintasi semua bumi Pejamkan matamu hirup kenyamanan Cinta telah terpatri selamanya
Bersama kita dengar nyanyian bunga Mimpi-mimpi yang usang kita kubur Menggenggam hari ini seerat mungkin Perjalanan kita masih sangat panjang.
~ selamat ...
cerita dulu2...
Seorang nabi sedang dalam perjalanan untuk munajat kepada tuhan. dalam perjalanan baginda bertemu dengan seorang yang kaya raya. Orang itu mengadu kepada baginda, "Wahai Nabi Allah, berdoa lah supaya di kurangkan nikmat yg aku terima ini. Sudah terlalu banyak nikmat yg Tuhan berikan."
Kemudian baginda berjumpa pula dengan seorang miskin, dengan hanya sehelai kain menutup badan. Orang ini juga meminta kepada baginda " Wahai Nabi Allah, mintalah kepada Tuhan supaya berikan nikmat kepada aku. Hidup miskin dan susah mencari rezeki"
Nabi pun menyampaikan permintaan kedua2 orang ini. Baginda dimaklumkan, orang kaya di suroh berhenti dari bersyukur, dan orang yg miskin diminta bersyukur.
Bila di sampaikan kepada orang kaya, beliau berkata "Bagaimana boleh aku berhenti bersyukur, dengan sebegitu banyak nikmat2 yg Tuhan telah berikan ? Aku bersyukur dengan segala yg Tuhan berikan" Serta merta bertambah2 rezeki/nikmat datang kepada orang kaya.
Bila di sampaikan kepada orang miskin yg beliau perlu bersyukur, beliau berkata "Bagaimana aku hendak bersyukur ? Aku hidup dalam kepayahan serta kemiskinan sepanjang hidup." Serta merta datang angin yg kuat dan menerbangkan kain yg sehelai yg ada padanya.
soo...syukur ler dalam apa jua keadaan. sekurang2nya masih bernafas, melihat, mendengar dan boleh berfikir !
syukur bila dapat iman, muga dikekalkan syukur bila dapat amal, muga berterusan
~ selamat...
Kita ada pilihan semasa membuat sesuatu tindakan, tetapi kita tiada pilihan tindakbalas dari tindakan itu.
Jadi fikirlah dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan, sebab kita perlu hidup dengan tindakbalasnya.
Janganlah tertanya2 kenapa dan mengapa tindakbalas yg negatif di terima jika tindakan yg kita ambil menjurus ke arah itu !
you have the choice !
Loneliness is your only friend. A broken heart that just won't mend is the price you pay.
It's hard to take when love grows old. The days are long and the nights turn cold when it fades away.
You hope that she will change her mind, but the days drift on and on. You'll never know the reason why she's gone.
You see her face in every crowd. You hear her voice, but you're still proud, so you turn away.
You tell yourself that you'll be strong. But your heart tells you, this time you're wrong.
You hope that she will change her mind, but the days drift on and on. You'll never know the reason why she's gone.
Empty rooms, where we learn to live without love. Empty rooms, where we learn to live without love. Empty rooms, where we learn to live without love.
Empty rooms, where we learn to live without love. Empty rooms, where we learn to live without love. Empty rooms, where we learn to live without love. Empty rooms, where we learn to live without love.
All alone in an empty room. Lonliness is your only friend, hooh. Oh, she's gone and you're at the end.
mengapakah manusia berangan-angan ingin mencapai langit jika kaki dibumi ini itu bukan menandakan tiada sesiapa menunjuk jalan ke manakah nanti arah tujuan
masih bolehkah menafikan segala tindakan jika tiada sebarang alasan apa bisa dipampankan segala tingkah dirakamkan tersipu termalu sendiri merasa dimana muka disorokkan dihadapan melaut insan didataran hanya keampunan Tuhan perlu diharapkan !
Ingatan berulang sepanjang zaman melalui pesuruh utusan membawa pesanan Tuhan hamba sentiasa leka tidak ikut kata ikut nafsu syaitan bermaharajalela
baliklah kita ke pangkal jalan menjadi seorang insan...
Rabu lepas, semasa mesyuarat agung surau, pemilihan ajk baru dijalankan.
Sebelum itu, semasa bersama org2 'dapur' surau, selalulah terdengar diorang bercerita ttg org yang tak puas hati dgn ajk lama. Ada juga cerita ttg ajk hentam ajk. Sampai dlm mesyuarat ajk pun ada yg terang2 menghentam pengerusi. Sebabnya ialah pengerusi jarang ke surau.
Seperti biasa ajk akan meminta cadangan2 untuk dibincangkan dalam mesyuarat. Ada juga surat tak bernama yg terus terang mengutuk ajk2 lama. Dan seperti biasa ahli2 surau seakan dapat mengagak orang yg menulis surat tersebut.
Aku cuma harap mesyuarat tidak menjadi medan pertikaian sesama makmum. Dan siang2 dah beritahu mem, aku akan hadir mesyuarat ini. Alhamdulillah, nampak perjalanan mesyuarat bermula dgn baik, dan tiada kelibat org yg selalu tak puas hati tu. Dari keputusan yg dipaparkan, ramai ajk baru dilantik, termasuk pengerusi.
Kadang2 pelik rasanya. Surau/Masjid juga dijadikan medan merebut kuasa. Sepatutnya semua berkerjasama untuk memakmurkan rumah Allah. Fikir bagaimana lebih ramai akan datang dan dapat menafaatkan masa sebaik2nya disitu. Oleh kerana kerja2 ajk semuanya sukarela, musti lah ada timbang rasa dari semua jika berlaku sedikit sebanyak kekurangan di sana sini. Jika perlu ditegur, buatlah dengan cara yg baik dan berhemah serta penuh hikmah. Tenguk balik cara Nabi s.a.w. menegur orang. Serangan peribadi secara terang terangan dikhalayak ramai patut di elakkan.
Di sini aku perturunkan serba sikit ilmu bermesyuarat yg aku tahu :=
Tujuan mesyuarat ialah untuk satukan hati dan fikir. Selepas mesyuarat sepatutnya semua yg hadir bersatu hati bukannya berpecahbelah dan berpuak puak. Dan semuanya patut akur dengan keputusan yg dibuat didalam mesyuarat.
Jangan buat mesyuarat kecil sebelum dan selepas mesyuarat. Ini lebih kepada pakatan2 untuk dibuat semasa mesyuarat dan komen2 keatas keputusan mesyuarat.
Semasa memberi cadangan, utamakan kehendak agama serta kebaikan semua ahli. Kehendak sendiri perlu di letakkan di belakang. Berilah cadangan yg terbaik, tetapi jgn perasan yg ianya terbaik dikalangan ahli mesyuarat. Jangan menekankan cadangan supaya diterima oleh mesyuarat.
Jangan memotong cakap orang lain yg sedang memberi cadangan.
Jangan mengutuk cadangan orang lain.
Bermesyuarat lah untuk apa2 perkara pun apatah lagi yg melibatkan agama dan orang ramai kerana "Tidak menyesal orang yg bermesyuarat". Untuk 'best practices" mesyuarat, sila rujuk cara Nabi s.a.w. !
~ selamat ....
At last, my visit to the top of Menara Kuala Lumpur !


selain nya di sini
Menara telekomunikasi ke dua tertinggi di Malaysia dan ke 19 di dunia.

Lihat pemandangan sekitarnya di sini.

pisang dah tegak beb...
|