home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Friday, January 28, 2005

there were times, dear...(you have to be selfish)

time for some self motivation or self healing or self ...self... self... self...

***********************************************
Henry Ford :

When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.

***********************************************

so...my dear self,

WHY WORRY ?

Baby I see this world has made you sad
Some people can be bad
The things they do, the things they say
But baby I’ll wipe away those bitter tears
I’ll chase away those restless fears
That turn your blue skies into grey

Why worry, there should be laughter after the pain
There should be sunshine after rain
These things have always been the same
So why worry now

Baby when I get down I turn to you
And you make sense of what I do
I know it isn’t hard to say
But baby just when this world seems mean and cold
Our love comes shining red and gold
And all the rest is by the way

Why worry, there should be laughter after pain
There should be sunshine after rain
These things have always been the same
So why worry now !

(dire straits)

135837 | posted by saorangorang at 10:12 | 0 comments

Thursday, January 20, 2005

Selamat berkorban !

walaupun para haji telah selesai wuquf semalam dan selesai solat raya pagi tadi.

masih aku tak paham kenapa tak boleh diselaraskan hari raya korban ni, yg dirayakan sehari selepas wuquf !
sedangkan orang hanya wuquf di arafah sahaja dan tidak di mana2.

mungkin ada sesiapa yg boleh bagi penjelasan pada aku yg jahil muraqab ttg hal ini ?

kenapa ya ?

Walaupun begitu, selamat berkorban masa untuk menarik lembu atau memegang lembu semasa di sembelih atau melapah memisahkan daging dan kulit atau menghiris dan membungkus dalam beg plastik serta membahagi2kan kepada yg sepatutnya.
Semuanya perlukan masa dan tenaga.

Jangan lupa juga untuk menghadirkan diri untuk tugas masak memasak dan menghidang untuk jamuan makan.

Kalau itu pun tak boleh, selamat makan kenduri daging korban saje lah.

Kalau itu pun tak buleh, tak dapek laiiiee la den nolong wa-ang nih !

135129 | posted by saorangorang at 16:00 | 2 comments

kecoh bin serabot

tak kusangka, cempedak menjadi nangka !

urusan yg aku sangka mudah rupanya menjadi begitu serabut.

lawatan singkat kepejabat itu untuk mendapatkan surat sokongan menguruskan visa, menemukan aku dgn nota di memo-pad kawan se'taman perumahan'.

kecoh betul agaknya bahagian HR kalaupun tidak seluruh syarikat tu. nota yg tertulis di situ berbunyi :

lesson learn from <nama-aku>'s case !

1. bla bla bla ( aku dah tak ingat )

2. get head of delegation approval !

since aku meng'skodeng' nota kawan tu, aku tak la melihat dengan jelas apa yg tertulis atau pun bertanya lanjut dengan dia. nanti di tuduh menceroboh pulak.

semalam semasa aku call kawan tu untuk mencari pengurus yg menguruskan perjalanan aku kali ini, aku dah tanya dia , apa sebenarnya yg berlaku dengan case aku tu ? dia hanya ketawa tanpa beritahu apa yg terjadi.

kecoh betul !

135083 | posted by saorangorang at 11:39 | 2 comments

Tuesday, January 18, 2005

menangislah kita di sini

menangislah kita di sini
melihat anak2 kehilangan ayah dan ibu
melihat mereka hilang rumah tangga

menangislah kita di sini
walau seagama tapi tak sanggup memberi apa2
semuanya menunggu untuk di taja
sedangkan si batil sanggup merentas lurah dan desa
untuk membawa mangsa kejalan sesat dan binasa

menangislah kita disini
menanti lagi petanda kemurkaannya
kepada kita yg masih tidur lena

134896 | posted by saorangorang at 17:26 | 0 comments

dot dot dot

...

Air mata yang berderai/Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang/Siapa yang meneduhkan

...

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu/Hanya kesepian
Yang kian mencengkam/Jiwaku
Malam-malam dingin membeku/Hari-hari kian kelabu
Dalam doa kudus/Ku sebut nama mu
Cinta ku/Oh sayang
Damailah/Kau di sana/Di sisi Tuhan yang Esa
...

menangis
suatu yg mudah ?

di kala terlalu gembira buleh mengalir airmata
di kala terlalu berduka buleh mengalir airmata

dihimpit pilu dan syahdu akan berairlah mata
ditoreh dan ditiris hati dan perasaan akan bergenanglah airmata

melihat orang kehilangan segala2nya akan sebak dada dan mengalirlah air mata
melihat anak2 hilang ibubapa akan mengalirlah air mata
melihat anak2 susah payah untuk kesekolah walaupun keluarga tidak berkemampuan menyediakan keperluan pun akan membasahkan kelopak mata

menangis, menangis, menangislah ...

tak tau lah kalau hati dah keras. bagai batu. keras membisu. yg tak bisa terkesan dan tersentuh dengan apa yg terjadi di sekeliling.

cuba bayangkan pulak

bila kita ditinggalkan sendiri
ketika semua orang telah pergi
menyambung kehidupan sehari2

ditinggalkan sendiri di tempat semadi
tanpa baju hebat fesyen terkini
tanpa kereta mewah berkuasa tinggi
tanpa keluarga yg disayangi tak berbelahbagi

betapa pilu hati
betapa syahdu rasa diri
betapa kesunyian nya kita sendiri

ooohhhhhhhhhhhh

menangis lah
menangis lah
menangis lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tiada lagi tempat mengadu
tiada lagi tempat bermanja
tiada lagi teman bertengkar
tiada lagi teman berbicara

bertemankan ulat dan cacing
bertemankan tanah dan batu
berselimutkan kain empat helai

menangislah di sini
kerana di sana tiada untungnya lagi
walau menangis berbaldi2

menangislah disini
mengenang salah laku diri
yg masih tak mengenang budi
harta dan keluarga yg diberi
dirasakan kepunyaan kekal abadi

menangislah disini
malu pada diri sendiri
dan malu pada Ilahi

134850 | posted by saorangorang at 11:59 | 0 comments

Wednesday, January 12, 2005

Penantian

(Zubir Ali)

Berapa lama mesti kunanti / Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang / Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu / Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman / Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa / Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu

Kepastian suatu penawar / Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

--------------------------------<>-------------------------------
sesiapa yg menanti tentu merasa masa bagai bergerak cukup perlahan !
sehari bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sebulan dan sebulan bagaikan setahun.
tak tentu hala dibuatnya. buat ini tak kena, buat itu pun tak kena.
semuanya serba tak kena.

mengapakah disiksa dan digangu gugat jiwa dan perasaan ini
kalau ya katakan ya
kalau tidak katakan tidak
mengapa di tinggalkan tanpa kabar berita
bagai gantung tak bertali

arghhhhhhhhh
kalaulah dapat ku buka tabir langit
mengintai apakah rahsia ketentuan kehidupan
tidak lah haru biru kepala memikirkan

tapi

bukan kah semuanya ketentuan ILAHI
di situlah patutnya menjadi tempat mengadu
dan bertanya kabar yg bagai tak kunjung tiba
dan disitulah sepatutnya berserah
dan PASRAH dengan apa jua keputusannya

--------------------------------<>------------------------------------
KepadaMu Aku Pasrah
(Ebiet G. Ade)

KepadaMu aku pasrahkan / Seluruh jiwa dan ragaku
Hidup dan mati ada di tanganMu / Bahagia, sedih ada di jariMu

Cukup lama aku mencari / Menembus pekat dan menerjang kelam
Menyusuri langkah yang makin jauh / Adalah firmanMu pemandu jalanku

Batu gunung tetap tegap tegar / Meski angin geram menerpa / Batu karang tak hendak terhempas / Meski ombak menerjang terjang

Rindu keteguhan imanku / Hamparan langit biru / Kering airmata hapuslah duka / Adalah firmanMu pemandu jalanku

KepadaMu aku memohon / Nyalakan semangat bangkitkan nyali / Robohkan tantangan ombak lautan / Rahasia hidup mesti terpecahkan.

134316 | posted by saorangorang at 15:19 | 2 comments

Monday, January 10, 2005

20|05 ....ZO|OS

Ada nampak bayangan ? cuba tenguk di cermin !

2 jika diterbalikkan seakan2 no 5.

Jadi 20 akan menghasilkan bayangan 05 ! apa maksudnya ? Adakah apa2 makna yg tersirat dalam tahun ini ?

Cubalah fikir2kan.
--------------------------------<0>------------------------------
Dah macam bunyi pak nujum2 pulak ceritanya ni. dah macam cerita2 'underground' yg banyak aku dengar. Ada yg cerita, tapi macam tak nak cerita. Suroh kita pikir sendiri lah dan macam2 lagi. bagi soalan yg macam2 dan suroh kita jawap ! Bengung di buatnya.

Sebenarnya takde apa2 rahsia yg aku tahu tentang tahun 2005 ni.

---------------------------------<1>------------------------------

Cerita2 'underground' yg aku dengar sejak dulu lagi kebanyakannya mengenai 'the chosen one', yg akan memimpin manusia dan membawa keamanan keseluruh dunia. Dan sedikit sebanyak ada kaitan ttg peristiwa akhir zaman. Ada juga yg berkaitan dgn keturunan raja jawa.

Cerita ttg raja jawa yg di bawa oleh orang yg nampak begitu yakin bahawa beliau akan menjadi pemimpin umat. Kawan yg bersunggoh2 nak bagi aku paham(?) siap bagitahu aku bila artikel mengenainya keluar di The Star pada 7 Januari 2005 muka 61. Beliau ini dikatakan keturunan Bani Hashim melalui Wali Songo.

Memang banyak cerita2 akhir zaman ni. Semacam 'prophecies'. Tetapi janganlah terima buta2, periksa dulu sumber2nya. Mana yg tak sahih tu, tolak tepi laa.

Pada aku yg jahil ini, bukanlah kehebatan cerita2 itu yg hendak diheboh2kan. Tetapi apakah persediaan kita untuk menghadapi situasi2 itu ? Apa pun yg akan berlaku, pikirkanlah apa yg akan terjadi pada kita ?

Contoh nya jika Dajjal datang di zaman kita ini, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi fitnah yg dibawa oleh Dajjal ?

-----------------------------<2>----------------------------------

memang dunia ni pun bayangan sebenarnya. bukannya sesuatu yg nyata kekal. seperti sifatnya bayang-bayang. bila hilang cahaya, dia pun hilang juga.

dunia ialah bayangan akhirat.

kesenangan di dunia ialah hanyalah bayangan kesenangan di akhirat. kesenangan di akhirat ialah kesenangan yg real dan berpuloh ribu juta kali ganda kesenangan nya.

kesusahan di dunia ini juga hanyalah bayangan kesusahan di akhirat yg berpuloh ribu juta kali ganda kesusahan nya.

pilihan di tangan sendiri, mahu yg nyata/hakiki atau cuma bayang2 ?

seorang pemburu 'sharp-shooter' masuk ke hutan untuk memburu. tetapi bila setiap binatang yg di jumpanya, dia hanya menembak bayang2 binatang itu sahaja, agak2nya apakah yg akan di bawa bila keluar dari hutan ?

kalu asyik tembak bayang2, keluar hutan dgn tangan kosong lah. tak bawa apa2 !

134059 | posted by saorangorang at 15:25 | 1 comments