home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Tuesday, November 29, 2005

Hidup ini indah ?

Bergantung kepada bagaimana kita membuatkan nya indah.

Jika kita boleh membuatnya indah, kenapa tidak ? Kenapa perlu menunggu faktor sekeliling datang membawa kita kepada alam keindahan ? Hanya yg bertuah sahaja dapat merasa begitu.

Yg selalunya kitalah yg perlu berusaha untuk menjadikan kehidupan kita indah dan bahgia. Tiada orang lain yg akan kisah.

Mulakan.

Hulurkan kemesraan.

Sampaikan kerinduan.

Banyak yg diberi, sebanyak itulah yg akan diterima. Ini hukum alam.

Kebencian yg ditanam, duka nestapa lah yg akan dirasa semua.

Kasihsayang yg disemai, indahlah dunia.

Pilihan di tangan kita.

150596 | posted by saorangorang at 15:32 | 0 comments

Monday, November 28, 2005

Galle Face Green

Petang Sabtu 26 Nov 2005.

Oleh kerana di pesan untuk membawa handphone kemana2 dan ramainya orang di Galle Face Green seafront, sessi jogging petang itu diganti dengan briskwalking and snapping session. rujuk fotopages.

Dari sistem siar raya terdengar alunan irama mendayu lagu lama dan kalau di malaya, lagu ini dinyanyikan oleh R. Azmi, Terkenang semasa dulu.

Dengan keadaan sendirian disini dan segala2 yg pernah dialami...syahdu...sungguh syahdu...

Terkenang semasa dulu
Hati ku terasa pilu
mungkin kah dapat bertemu
pada mu wahai kasih ku
.
.
.
.

~ later.

150561 | posted by saorangorang at 13:21 | 0 comments

Saturday, November 26, 2005

Untuk gambar2 lawatan sambil bekerja sila ke : saorangorang.fotopages.com

150512 | posted by saorangorang at 16:09 | 0 comments

Friday, November 25, 2005

Mari belajar tentang hakikat hidup.

Walaupun sukar menerima hakikat perpisahan tapi itu yg pasti dan pasti akan terjadi. Semuanya akan merasa, malah ada juga yg mengatakan pertemuan adalah permulaan untuk perpisahan.

Bagaimana sayang dan kasih pada sesaorang pun, suatu hari kita akan berpisah juga. Jika tidak berpisah kerana tugas kerja atau apa2 urusan dunia, akan berpisah juga kerana dipanggil Yang Kuasa.

Apalah lagi nak dikatakan tentang baju seluar dan keperluan2 seharian yg hilang ditelan proses bagasi yg lansung tidak boleh diharapkan ? Walaupun penuh nostalgia dan terikat dengan benda2 itu, inilah pelajaran kehidupan yg perlu dipelajari lagi dan lagi. Tiada suatu apa pun didunia ini yg kekal ! Kita sendiri pun tak kekal apatah lagi benda2 yg tak bernyawa.

Mungkin juga perlu belajar utk 'travel light' untuk masa2 mendatang. Tak payah lah nak dibawa semua yg ada dirumah tu.

Pesanan kepala kantor :

"Clothing is cheap in Colombo, so maybe good excuse to change the wardrobe."

Semalam ke House of Fashion. Mencari pakaian tambahan dan keperluan yg lain. Bagai cheap sale meriahnya dengan pengunjung. Rupanya disitu dijual barangan 'reject' dan juga barangan chiplak dgn harga yg murah.

Stokin Puma, track bottom Nike, dan t-shirt jadi habuan. Bersama dgn kasut sukan yg dibeli di kedai Bata di seberang jalan, cukuplah rasanya keperluan utk menunaikan azam utk sessi2 mengempis dan memecahkan lemak2 berlebihan di badan.

Dan deru angin dari lautan hindi yg membawa ombak2 memecah pantai Colombo memainkan alunan irama yg mengasyikkan untuk bersenamrobik dan ber jogging.

Mari belajar bahasa Sinhalese.

Ayubowan : Welcome / Hello / Good day

Kahamade : Apa khabar ?

Handai : Khabar baik / OK
Hari Handai : Very good

Istuti : Terima kasih.

150479 | posted by saorangorang at 11:42 | 0 comments

Wednesday, November 23, 2005

Ayubowan

Ahad - 20 Nov 2005.

Perjalanan di pagi hari selepas sarapan bersama famili membawa aku ke tempat asing ini.

Letih menunggu bagasi yg tak kunjung keluar dari perut pesawat. Akhirnya aku akur dgn takdir yg membuatkan aku kesini sehelai sepinggang.

Selesai melapur kepada pengawal bagasi dan diberi 4,500 rupees, penyambut tetamu yg setia menunggu berjam2 membawa ke Hotel.
Singgah sebentar di kedai mencari persalinan utk sehari dua dengan harapan beg akan menyusul tiba.

Segala keresahan dan kemonyokan sehari2 tidak dapat menimbulkan keinginan untuk makan. Dan hari itu di habiskan dgn melihat2 diluar jendela melihat kejauhan Lautan Hindi.

Dan resah gelisah hati bagai dirai dengan hujan sehari2.

Image hosted by Photobucket.com

150412 | posted by saorangorang at 14:16 | 1 comments

Tuesday, November 15, 2005

Lu gila ka apek !

Apek : Lu mau pughi mana ?

Tong.San : Tak mau laa

Apek : Haiyaaaa...semua olang mau pughi jugak....apa pasat lu tak mau ?

Tong.San : Saya talak senang maaa

Apek : Nanti wa bawa lu laa.....lu cakap mau pughi mana ?
Sana melayu tempat ada, sini chinan tempat ada...lu cakap loooo...lu mau pughi mana ? Talak kena bayar punya...saya mau tolong sama lu jugak.

Tong.San : Apa pasal lu apek ? Lu gila ka apa... mana ada orang cakap ini macam ?

Apek : Suka hati lu laaa...gua mau bawa pughi pun talak mau. haiyaaa.

150179 | posted by saorangorang at 17:35 | 0 comments

Monday, November 14, 2005

tinggalkan aku sendiri
dengan rasa berbunga di hati
dibuai keindahan cinta mencintai

walaupun ku akui
semuanya sekejap cuma
dan hanya bagai bermimpi

biarkan aku sendiri
menikmati keindahan
walaupun sekelumit masa2 yg berbaki

peluklah daku
dalam hidupmu
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terhempas kuterjaga dari lingkar mimpi
Pada titik sepi
Suaramu terngiang menembus khayalku
Yang juga tentangmu

Dan ku akui tanpa kemunafikan
kucinta kau
Bahwasanya keakuanku bersumpah
Kucinta kau

Bayangmu menghantui setiap gerakku
Dan kemauanku
Dahagaku akanmu matikan emosi
Juga ambisiku

150135 | posted by saorangorang at 12:31 | 0 comments

Friday, November 11, 2005

Targhib dari seorang pesakit

Hj Fir semasa balik dari bercuti raya telah bercerita ttg lawatannya ke hospital kerana menzarahi kawan lama yg sakit.

Ahmad asalnya dimasukkan ke hospital kerana kedua2 buah pinggang yg telah tidak berfungsi. Kemudiannya didapati valve jantung juga tidak berfungsi.

Semasa Hj Fir melawat, terdapat seorang kawan lain yg juga datang menziarahi. Ahmad baru saja menjalani pembedahan utk menggantikan valve buatan dan juga menyelesaikan masalah saluran darah tersumbat.

Ahmad membuka baju untuk menunjukkan segala tiub2 yg masuk kebadannya bagi membantu beliau utk sihat. Disamping itu sempat memberi tazkirah pada kawan2nya yg datang melawat:

Semuanya hak Allah
"Sebenarnya, hampa tau tak ? Baru sekarang aku paham, yg semua yang kita ada ni, memang bukan hak kita. Walaupun selalu ustaz2 dok habaq lagu tu. Tapi bila dah jadi macam ni, baru aku paham sikit. Semua yg kita ada ni, bukannya hak kita. Semuanya hak Allah yg boleh diambil bila2 masa saja. Harta, rumah, malah anak bini sekali pun boleh diambil bila2 masa saja.

Hampa tau tak apa benda hak hampa sebenaq nya ? Hak hampa ialah apa amai2 yg hampa buat tu macam sembahyang, posa, zakat, sedekah dan lain2 tu itu lah hak hampa yg dok pi hantaq ke akhirat. Kat sana nanti itu lah hak hampa.

Balasan melawat orang sakit
Hampa semua datang melawat aku ni, aku bukan dapat apa pun. Hampa bawa makanan pun bukan aku dapat makan. Tapi hampa melawat aku ni, hampa lah yg untung, sebab dapat pahala, dan semuanya disimpan jadi hak hampa kat akhirat nanti."

Sebelum Hj Fir dan kawannya nak berangkat balik sempat lagi Ahmad sambung :

Maut tiba pada semua
"Hampa jangan ingat aku kat hospital ni aku akan mati dulu. Tak tentu lagi. Tau2 hampa yg mati dulu dari aku"

150043 | posted by saorangorang at 8:39 | 1 comments

Wednesday, November 9, 2005

Pesanan untuk bakal pengantin

Adik Yatt,

Alhamdulillah, syukur tak terkira abang mendengar yg engkau akan mendirikan rumahtangga dan bakal bergelar isteri tidak lama lagi.

Disini abang nak berpesan, itu pun kalau mahu digunapakai.

Berusahalah untuk menjadi isteri solehah.

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.

Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: "Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah."


Ingat memperingati dalam mentaati Allah
Jangan lupa perintah Tuhan dan suruhan Nabi. Ingat memperingati sesama suami isteri dalam menuruti perintah Allah dan sunnah Nab| s@w. Bantulah suami dalam menegakkan agama.

Awaslah dengan rahsia rumahtangga.
Jangan sesekali dibocorkan kepada sesiapa pun hingga akhir hayat terutama rahsia dibilik tidur.

Rahsia Bilik Tidur
Inilah rahsia utama seperti yang diketahui setiap pasangan suami isteri. Rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disorok dan hanya menjadi rahsia antara mereka berdua sampai bila-bila. Adalah haram dan berdosa hukumnya kalau salah seorang dari mereka menghebah-hebahkan aktiviti seks mereka kepada orang lain.
Dizaman komunikasi serba canggih semuanya sangat mudah untuk diceritakan kepada sesiapa pun hatta kepada orang asing yg tak pernah dijumpa, hanya kenal di ruang maya. Dan alangkah mudahnya rahsia begitu disebarkan keseluruh dunia !

Jaga hati dan maruah suami serta tidak khianat.
Jagalah hati suami kerana sekali terluka sukar untuk disembuhkan.
Jangan sesekali merendah2kan maruah suami samada didepannya apalagi dibelakangnya. Jangan sesekali melebihkan lelaki lain dalam apa2 urusan pun. Suami lah yg patut disanjung dan dipuja setiap masa. Jangan menduakan suami walaupun dalam hati atau imiginasi.
Janganlah melakukan perkara yg akan merendahkan maruah suami dimata masyarakat.

Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan. Firman Allah SWT, maksudnya: "Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

Ulama di dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa "wanita yang memelihara kehormatan diri semasa ketiadaan suaminya" (di rumah) itu maksudnya:

a. Isteri tidak berlaku curang terhadap suami.
b. Tidak mencari hiburan di luar rumah.
c. Tidak menduakan suami.
d. Memelihara rahsia rumah tangga suami jangan sampai diketahui orang.
e. Memelihara harta benda suami jangan sampai hilang.

Disebutkan di dalam kitab, Umamah binti al-Haris telah berpesan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan; antaranya: "Jangan membuat maksiat kepadanya (suamimu), jangan menyebarkan rahsianya, kerana jika engkau melakukan kesalahan atau menyusahkan hatinya dan menyebarkan rahsianya, engkau tidak akan aman kerana telah khianat kepadanya. Kegembiraan yang harus kau terima pula akan menjadi mendung."

Didik anak cara Islam
Jika sudah berzuriat kelak, didiklah anak2 dengan penuh kasih sayang agar menjadi pejuang islam dan pecinta agama.

Bersyukur
Bersyukur dengan apa yg suami sediakan, jangan meminta yg tak mampu diberikannya. Cuba bayangkan berapa ramai lagi wanita yg tak berpeluang untuk berkahwin !

Bertimbangrasa
Hidup suami isteri perlu banyak timbangrasa kerana kita bukannya sempurna. Masing2 ada kelemahan. Terimalah dia seadanya. Kalau akhlak kita tidak semulia Khadijah, bagaimana mungkin kita mengharap suami semulia Nab| s@w. Selagi tidak membawa kepada kemaksiatan/kemudaratan wajib patuh kepada suami.

Sentiasa mengembirakan suami
Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami. Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami. Jangan meninggikan suara dgn suami.

Banyak lagi yg mahu dipesan tapi tak larat nanti Yatt nak membacanya. Ingatlah, suami isteri sepatutnya berbahgia bersama bukan didunia yg sementara ini sahaja, tapi juga bahgia bersama di akhirat didalam syurga.

Ringkasnya, Taat Allah, Taat Rasul dan Taat Suami.
Ohh ya, satu lagi, bila berhadapan dengan masalah banyakkan bersabar dan bersolat seperti yg difirmankan :

"Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al- Baqarah:45)

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah:153)

Maafkan abang kerana tidak dapat menghadiri majlis yg bersejarah dalam hidupmu. Disebabkan kesibukan dalam urusan kerja yg bagai tak habis2 dan sebab2 teknikal yg lain.

Hanya doa saja yg abang dapat berikan untuk majlis itu nanti : Semuga Yatt suami isteri diberkati Allah dan dimurahkan rezeki dan dikurniakan dengan zuriat2 yg bakal berbakti pada agama dan bangsa. Semuga kekal hingga akhir hayat dan berbahgia dunia dan akhirat bersama.

Abang.

149974 | posted by saorangorang at 8:19 | 1 comments

Tuesday, November 8, 2005

Dunia ni bulat dan benci tapi kasih.

Sekejap kita di atas, esuk lusa kita dibawah.

Bila senang jangan lupa pada yg susah. Bila ada yg meminta2 berikan sahaja apa yg termampu. Jangan memandang hina orang begitu. Kerana tiada jaminan yg kita akan sentiasa senang sepanjang masa.

Jangan ingat langit selalu cherah ! Bila datang tsunami, Rita, Katrina, gempa bumi, semuanya jadi sama. Hilang banglo atau semi-d hatta Taj Mahal sekalipun bisa menyembah tanah. Tiada lagi atap genting atau atap rembia. Semuanya jadi fakir miskin papa kedana, mengharap belas orang lain untuk mendapat sesuap nasi sehari2.

Ingatlah selalu bahawa tiada orang yg boleh hidup bersendirian di dunia ni. Lambat laun akan memerlukan orang lain juga.

Begitu juga bila mengata/mengutuk orang, biarlah berpada2, kelak kena batang hidung sendiri. Nanti jadi seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yg lebih. Segala macam alasan tidak akan dapat menampung kemaluan dan kehinaan yg di alami ketika itu. Sebabnya mudah. Tiada yg lepas dari di uji di dunia ini. Kita disuroh bersabar dgn kerenah orang sekeliling kita, kerana kita sendiri tiada jaminan Maksum dari segala kejahatan.

Jika ada orang melukakan hati juga kita diminta bersabar dan memaafkan. Memang hati ingin benci kepadanya, tapi alangkah besar ujian tuhan jika orang itu ialah orang yg perlu kita hormati dan sayangi. Apalah layaknya seorang anak utk membuka mulut menimbulkan isu ketidakadilan yg dilakukan oleh seorang ayah. Hanya padaNYA sahaja lah tempat untuk mengadu kesedihan dan kepiluan hati.

149951 | posted by saorangorang at 13:15 | 0 comments