|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Mari berdaftar dengan kelab malaya.
Antara keistimewaannya ialah seperti berikut:
- 30% discount on rickshaw rides - any route of your choice.
- 30% discount on F&B at Blossom, Paradise and Asia Pasific - just mention you from malaya - sure got one.
- 30% discount on jacket and suit at Mr. Kalam's, KL Sweden tailor shop - just say there will be more people from malaya will come to his shop if he give you discount.
- Every week Golf tournament at Army Field - organised by Jin or Zali Rupchanda
- (Almost)Every night lepakking session till wee hours at Blossom or Paradise or Asia Pasific, sponsored by Munir Bhai
ragu mu menjadikan ku kelu ragu mu memaku aku ke pintu ragu mu menyebabkan aku membisu ragu mu mengirim aku ke ruang muram dan kelam
cukup hanya dgn ragu mu bikin aku terus membatu !
dengan nama tuhan seru sekelian alam
wahai anakku ku tujukan serapah ini padamu semuga meresap ketulang belulangmu semuga meresap ke aliran darahmu semuga mengiringi setiap detik jantungmu semuga mengiringi setiap langkah kakimu semuga masuk menusuk hingga ke hatimu semuga membentuk tingkah lakumu
wahai anakku kubisikan di telingamu dengarlah kata bicara orang tua yg sentiasa inginkan dikau berjaya menjadi manusia berguna berbakti pada tuhan dan manusia
wahai anakku ke hembuskan serapah ini padamu semuga berubahlah tingkah laku seperti secantiknya wajah ayumu dan sehebat kata bicaramu
wahai anakku kuseru nama mu dengarlah dengan hati dengarlah dengan perasaan dengarlah dengan rasa
wahai anakku esuk tiada lagi keras kepala esuk tiada lagi baran membara esuk tiada lagi melawan bicara esuk tiada lagi memberi helah esuk tiada lagi menutup onar esuk tiada lagi banyak rahsia
wahai anakku esuk kamu akan sentiasa ceria esuk kamu akan mengikut kata esuk kamu akan sopan bicara esuk kamu akan jujur seikhlasnya esuk kamu akan lembut hati dan rasa esuk kamu akan tabah menghadapi dunia
wahai anakku esuk kamu akan buang segala mazmumah esuk kamu akan peluk mahmudah
wahai anakku ku tujukan padamu inilah jampi serapah ku esuk kamu akan jadi anak solehah.
puuuuuuhhhhhhhh.......
marilah bersyahdu sikit...di sini
Malam sunyi terdengar Sayup sayup lagu yang merdu Menghias malam yang sedang hening Melukiskan cinta hidupku
Dengan tidak kusangka Airmata menitis membasah Tersentuh dalam hatiku ini Terharu pada kisah itu
Hari demi hari kutempuhi Mengharap belas kasihanmu Walau dikau selalu tak perduli Ku mengharapkan cintamu
Dengarlah rintihan malam Semuga dikau selalu bersamaku Pada hamba yang kini berduka Dari cubaan dugaan dunia
(othman hamzah)
aku masih sendiri memikirkan kehidupan ku yg berlalu begitu saja tanpa apa2 perubahan pada tahap peningkatan keilmuan atau kemajuan diri, yang menyebabkan aku begitu kagum dengan diri yg tetap begini tanpa rasa sedar untuk merubah keadaan kepada tahap yg lebih baik serta bermenafaat dunia akhirat.
dimana2 sama sahaja yg bukannya menjadi alasan untuk tidak dapat merubah sikap2 yg burok kelaku macam kelkatu keluar malam atau cencaru makan petang tapi tak minum pagi kalau tak kena teh tarik rasa tak sedap hati yang panas akan menjadi sejuk macam air batu kalau campur sirap ros memang lah sedap apa lagi kalau ketika panas terik sepanjang hari yg tidak berawan walaupun tak terpilu sungguh aku tak faham lagu tu buat semacam rasa kurang selesa apatah lagi aku duduk sendirian sahaja sekarang ini tanpa teman sekatil.
apa lagi disini yang hiruk pikuk dengan hon2 kenderaan segala jenis di jalanraya yg sentiasa penuh dengan manusia yg kehulu kehilir seperti terlalu sibuk dengan kehidupan yg tak tahu nak berhenti dari bergerak kesana sini umpama dia sahaja yg banyak kerja untuk diselesaikan tanpa alasan yg munasabah untuk terus begitu tanpa rasa jemu atau lesu dan dengan muka selamba walau dimarah di herdik atau di ketuk cota si polis yg kadang2 bengung untuk menjaga trafik bagai menunjuk lagak dia yg berkuasa di jalanraya.
hanya pandai bicara tanpa rasa bersalah atau pun membuat orang rasa curiga apa lah gunanya tidak akan membawa kemana2 hanya pedih dihati yg tersentuh dengan tingkah laku pelik yg tak perlu diteruskan walau berbagai alasan diberi untuk membenarkan diri untuk masih begitu leka dengan hasutan nafsu serakah berahi wanita tanpa baju atau celana dalam gua penuh gelap dan misteri nusantara yg masih belum terurai kusutnya benang dengan jarum dalam lipatan juga duri dalam daging yg tidak akan berhenti2 menikam diri hingga berdarah nanah penuh kudis buta seperti si babi yg dibutakan oleh pak Hassan dalam memanjakan anaknya si Saz-zli !
Kalau nak jumpa orang malaya disini, pergilah ke Blossom atau Paradise atau Asia Pasifik. Dan masa yg sesuai ialah selepas jam 9 mlm.
Bagi yg bujang asli atau bujang temp, disinilah selalunya tempat melepak sambil bersosial. Bujang 3 pun join sekali sekala.
Biasanya selepas 2, 3 orang tiba, kumpulan menjadi lebih besar kerana yg lain2 akan join bila dapat tahu aktiviti lepak diadakan.
Walaupun mungkin nampak hanya menghabiskan masa terluang dgn berbual kosong sambil membelasah satu sama lain, ada juga kalanya perjumpaan itu menjadi tempat perbincangan ttg kebajikan orang2 malaya yg ada disini. Ini kerana antara ahli tetap adalah juga runner utk kelab malaya disini.
Antara topik rutin ialah ulasan permainan golf atau EPL. Semua suka duka permainan akan diceritakan untuk di ketawakan bersama.
Biasanya teh tarik jadi minuman rasmi. Dan bagi yg belum makan malam, nasi goreng udang pinggan besar makan ramai2.
Walaupun ramai org malaya, tetapi ada juga ahli lepak seorang org tempatan. Nampak gayanya dia macam takda kawan2 Bangla, sebab hampir setiap malam melepak dgn orang2 malaya.
Adakalanya juga, selepas itu akan pindah pulak ke Moven Pick. Makan air krim di tengah malam. Tetapi jgn lah terkejut pulak bila tenguk tempat tu masih penuh dgn pelanggan. Dan runner kelab malaya memaklumkan disitulah akan kita lihat banyak bunga kembang malam ! Macam tak percaya. Tapi setelah beberapa minit di situ, memang lah terbukti kata2 dia tu. Dan yg datang disitu pun, bukan calang2 orang, kebanyakan nya yg kayaraya, terpelajar dan juga para expatriate.
Dan as usual berbagai ulasan selari di beri terhadap keindahan alam didepan mata, kuching arab lah, barbie doll, plump peach dan berbagai nama untuk menggambar bentuk muka serta tubuh. Well... man will be man !
Semalam lari sikit dari kebiasaan, kerana pergi ke Civic Inn. Di apartment sebelah nya tinggal 2 org melayu. Sorang bujang asli dan sorang bujang 3. Kerana si Jin nak bincang ttg hal office dia kat situ, jadi yg lain pun join ler melepak di situ.
Banyak juga topik perbincangan, dari golf ke bola ke episod belasah membelasah hinggalah kepada kebisingan orang2 yg sedang buat kerja pembinaan di waktu malam.
Si Jin menyampuk, "yg ada mem tu, bising2 ni tak jadi hal, sebab ada 'comforter', tapi bagi yg bujang tu, tension beb, heheheh "
Aku pun tension ni beb ! Rasa nak terbang balik ...
belasah : marah/kutuk bujang asli : bujang trang tang tang bujang temp : bujang tak bawa mem bujang 3 : ada 3 kosong lagi
dengarkanlah Nyanyian Rindu yg sedang berombak2 di kalbu !
Coba engkau katakan padaku / Apa yang seharusnya aku lakukan Bila larut tiba / Wajahmu terbayang / Kerinduan ini semakin dalam
Gemuruh ombak di pantai Kuta / Sejuk lembut angin di Bukit Kintamani Gadis-gadis kecil / Menjajakan cincin / Tak mampu mengusir kau yang manis
Bila saja / Kau ada di sampingku / Sama-sama harungi danau biru Bila malam / Mata enggan terpejam / Berbincang tentang bulan merah ooooo... dududu....dududu..dududu ...dududu dududu....dududu..dududu ...dududu
Coba engkau dengar lagu ini / Aku yang tertidur / Dan tengah bermimpi Langit-langit kamar / Jadi penuh gambar / Wajahmu yang bening, sejuk, segar
Kapan lagi kita akan bertemu / Meski hanya sekilas kau tersenyum Kapan lagi kita nyanyi bersama / Tatapanmu membasuh luka.
ooooo... dududu....dududu..dududu ...dududu dududu....dududu..dududu ...dududu
(pak Ebiet G. Ade )
malam ini ada yg berduka dan lara hatinya kerana tiada tempat bermanja atau utk berkongsi cerita apatah lagi mengadu bicara
bila terkenang masa dahulu bonda disisi disanjung selalu beliau lah tempat untuk mengadu semua masalah yg datang menggangu
kini bonda telah pergi tinggal lah kini sendirian diri menghadapi dunia serba menguji
walaupun ayah masih disisi tidak kan sama bonda yg pergi semuga aman di sisi ILAHI.
Semalam tuan rumah ajak bersama untuk makan malam meraikan pegawai tentera yg telah tamat kursus di sini.
Restoran yg dipilih ialah Thai House. Sebenarnya disini banyak restoran2 makanan Siam dan China. Sebaris dengan restoran ini saja terdapat 3 lagi restoran Thai/China. Dan antara restoran yg terkenal ialah Lemon Grass dan Ninfa's. Mungkin disebabkan kerana ramainya pekerja2 asing dari Asia Timur, seperti China, Taiwan dan Korea maka restoran2 ini dapat menampung keperluan pemakanan para expatriate2 ini. Itu belum lagi dengan kunjungan orang2 tempatan yg inginkan kelainan dari Deshi, Tikka, Kari dan masala mereka.
Sebelum ini aku telah merasa masakan Thai di 2 restoran. Rasanya tidak lah seperti yg kita rasakan dimana2 kedai tomyam di Malaya. Tapi lepaslah juga rindu dendam dgn tomyam !
Di Thai House, tukang masaknya memang asli orang Thai. Kawan yg sudah hampir menjadi pemastutin tetap disini mengenalkannya kepada kami bila tukang masak merangkap owner restoran lalu di depan meja. Sawadee khah ! Ya. Seorang wanita thai !
Makanan yg disediakan sudah tentu authentic Thai food. Dan tomyam nyer...fuuhh...memang mirip dengan tomyam di kampung. Tomyam yg aku pernah aku rasa sebelum ini, macam ada rasa santan. Tapi yang ini lain. Puas rasanya makan disini dengan menu kangkung goreng, ayam dan daging serta sotong goreng tepung.
Besuk makan apa pulak ya ?
Hari ini hari kedua hartal berlansung buat kali ini.
Di sini, hartal merupakan menifastasi ketidakpuasan hati terhadap sesuatu. Selalunya terhadap kerajaan, dan di anjurkan oleh parti politik.
Pada bahasanya bermaksud 'stoppage', 'strike' atau mogok. Selalunya akan diikuti dengan perarakan tunjukperasaan. Sejak akhir2 ini, hartal kerap di istiharkan oleh parti pembangkang, apabila seorang bekas menteri telah terbunuh kerana di bom. Apatah lagi dengan waktu2 yg sudah hampir pilihanraya sekarang ini.
Pada hari2 hartal, semua kedai akan di tutup dan pengangkutan awam juga terhenti. Sesiapa pun tidak mahu mengambil risiko untuk dicederakan atau dirosakkan harta benda pada hari itu. Tetapi rickshaw akan bermaharajalela, seolah2 jalanraya mereka yg punya.
Bagi setengah2 orang, hartal bermaksud cuti ! Hinggakan ada yg ambil kesempatan untuk balik kampung sebelum hartal bermula. Begitu jugalah dengan 'transport officer' aku. Inilah masa dia cuti dari mengangkut aku kesana sini. Terpaksalah cari kawan2 yg bernasib baik kerana driver mereka tetap setia menjalankan tugas atau yg nekad utk memandu sendiri. Atau macam semalam, aku cuba naik rickshaw. Thrill ler jugak.
Di pejabat ni dulu, setiap kali hartal, kena ganti pada hari Sabtu yg berikutnya. Oleh kerana kekerapan hartal telah meningkat, maka telah dikeluarkan arahan bahawa pejabat akan dibuka seperti biasa pada hari hartal tetapi dengan beberapa peringatan untuk mengelakkan perkara burok berlaku. Antaranya ialah supaya berpakaian casual !
Ramai yg menentang hartal, terutama golongan terpelajar serta para peniaga. Ini kerana ianya lansung tidak memberi kesan kepada kerajaan seperti yg di maksudkan, tetapi menyusahkan kehidupan rakyat. Paling menyedihkan bila selalunya berlaku kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda setiap kali hartal di adakan.
Hartal yg sepatutnya hanya mogok yg menghentikan semua aktiviti semasa, bagi membantah dasar2 kerajaan selalu bertukar kepada huruhara dan keganasan. Ia terjadi bila perarakan2 yg dibuat di tentang oleh pihak satu lagi, serta di halangi pula oleh pihak berkuasa. Bila kemarahan di api2kan, maka semua di depan mata akan di musnahkan. Apa sahaja boleh menjadi punca kemarahan mereka yg berarak dan menunjuk perasaan.
Semua ini tidak membawa apa2 kesan nyata seperti yg diharap2kan. Kerajaan tidak akan dibubarkan, hanya dengan diadakan hartal. Malah semua pihak setuju bahawa ianya cuma akan menggangu usaha utk memajukan negara yg telah lama ketinggalan ini. Ini bukan lah gagasan pembangkang sahaja kerana pihak yg menjadi kerajaan sedia ada juga telah mengadakan perkara yg sama semasa mereka menjadi pembangkang.
Bagi yg berpeluang tinggal di sini tentunya akan lebih menghargai keamanan di tanah air tercinta.
p/s: Tak payah risau sebab kawasan aku antara kawasan selamat di Dhaka ini.
~ selamat.
Bila kecoh di padang, penonton pun tentu nak join sama. Bisinglah penonton2 di luar padang.
Tiba2, entah dari mana timbulnya, ada la sorang mamat ni, Jokers juga, berlari dari luar padang dan terus meluru ke tempat kekecohan di tengah padang. Sambil berlari dia terus buat flying kick kepada pemain pasukan lawan yg terlibat dalam kekecohan itu. Tercampak budak tu. Semua penonton meluru kedalam padang termasuk la Pak Guard yg sebelum ini hanya mengawasi dari jauh.
Pengadil telah membatalkan perlawanan serta menamatkan cabaran The Flying Coffins. Harapan The Flying Coffins untuk mendapat piala telah terbang bersama flying kick mamat yg seperti telah masuk hantu itu.
Players Lan Hadyai : sekarang menjadi tenaga pengajar di Minden setelah mendapat PHD di UK. (Macam tak percaya aje !) Kapai : di kabarkan kerja dengan syarikat insuran. Mamat flying kick : telah berjaya terbang dalam arena perniagaan. Tokey besar beb. Taufik Cantona : Pengurus di syarikat IT Geng2 Jokers dan kutu2 seangkatan di Minden: Mana la lu orang semua sekarang ni ? Muga berjaya dalam hidup dimana jua berada !
Location : USM Minden Date : circa early 80's
Di suatu hari yg indah, mamat2 Jokers telah menubuhkan pasukan hoki untuk bertanding di Pesta Hoki USM yg tersohor ke seentero pelusuk negeri itu.
Kapai, Lan hadyai, taufik cantona dan patpong adalah antara tonggak pasukan serta ramai lagi la kutu2 berahak yg seangkatan sampai lupa lak aku nama diorang tu. Termasuklah geng2 yg main bola petang2 dgn gol kecik di padang Minden.
Semua telah setuju untuk menamakan pasukan ini The Flying Coffins dan melantik Kapai sebagai kapten pasukan. Oleh kerana semuanya ahli sukan berwibawa dan terlatih maka tidaklah banyak latihan di buat untuk menghadapi kejohanan itu.
Bila tiba hari kejohanan, semua kutu2 pun turun padang untuk memberi sokongan moral dan sorakan kepada kawan2 yang bermain.
Pada perlawanan pertama menentang pasukan lawan, ketika sedang rancak permainan di jalankan, tiba2 berlaku lah kekecohan di padang. Biasalah adat main, mesti ada terlanggar sana sini.
< to be continue >
Disini tiada cuti Awal Muharam seperti di Malaya, tetapi 10 Muharam nanti merupakan cuti umum.
selamat berhijrah kepada kebaikan dan peningkatan !
kau, aku dia, mereka adalah kita
yang berhak memiliki pilihan sendiri
asalkan tidak lari dari kewarasan
sebagai seorang-orang (kopratasa)
Disini kita bebas berbicara semua yg terbuku didada. Tiada lembaga penapis atau editor yg akan menapis atau mengubahelok setiap yg di cerita.
Hanya komen dari pembaca yg mungkin terkesan dengan patah bicara dan lengguk bahasa. Kerana sudah wadahnya begitu, kalau suka teruskan baca dan ambil apa yg berfaedah, jika tidak, tak payahlah mencaci cela dan menghukum sesuka rasa.
Mungkin komen yg diberi dikira sebagai usaha nasihat-menasihati daripada kawan kepada kawan atau saudara seagama, yg memang menjadi kewajipan, tetapi kena melihat persekitaran medan dan cuaca semasa.
Berhikmah dan berbaik sangka bisa mengubah hati2. Tetapi burok perasangka serta label-melabel tidak akan membawa kita kemana2.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ somethin from "seperti logam"+"a"
No more! the crap rolls out your mouth again haven't changed, your brain is still gelatin little whispers circle around your head why don't you worry about yourself instead
who are you? where ya been? where ya from? gossip is burning on the tip of your tongue you lie so much you believe yourself judge not lest ye be judged yourself
holier than thou you are holier than thou you are
you know not
before you judge me take a look at you can't you find something better to do point the finger, slow to understand arrogance and ignorance go hand in hand
it's not who you are it's who you know others lives are the basis of your own burn your bridges build them back with wealth judge not lest ye be judged yourself
holier than thou you are holier than thou you are
you know not
pesan aku pada diri jangan lupa amal bakti hidup tidak selama di bumi tiba hari akan pergi
indah nian istana bunian semuanya cuma bagai hayalan jgn lupa pada Quran pedoman hidup sepanjang zaman
hati keras bagai batu akan lembut umpama baldu bila diulang baca selalu fahami perintah Tuhan yg satu
Date : 5 Feb 2005. Place: International School, Bashundara, Dhaka.
Satu perlawanan persahabatan bolasepak antara Malaysia dan England telah di adakan di padang sekolah antarabangsa disini petang 5 Feb 2005.
Pasukan Malaysia yg memakai jersey merah telah di iringi oleh sekian ramai kaum keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai merangkap tukang sorak dan jurulatih tak bertauliah. Pasukan England memakai jersey kelabu menurunkan pemain2 berbadan sasa dan 2 kali ganda ketinggian dari purata pemain Malaysia.
Pasukan Malaysia telah mendahului perlawanan dengan gol pertama perlawanan melalui jaringan striker adik Faris. Bagaimanapun selanjutnya pasukan Malaysia telah bermurah hati kepada pasukan England dengan memberi laluan mudah untuk mendapatkan jaringan bertalu2.
Bila ditanya kemudiannya, striker harapan Malaysia ‘Mudguard’ yg kelihatan telah keluar padang lebih awal, memaklumkan yg beliau tidak dapat bergerak bebas kerana di kawal oleh 10 orang pemain England.
Pasukan England kelihatan mempunyai ramai pemain simpanan yg telah kerap ditukar2 ganti yg membolehkan mereka mengekalkan prestasi kecergasan pemain2. Manakala pasukan Malaysia didapati tidak cukup pemain2 untuk ditukarganti (walaupun ada ramai jurulatih tak bertauliah merangkap jurukutuk lelaki) hinggakan terpaksa menggunakan pemain2 bawah 12 tahun dan juga seorang pemain remaja wanita. Inilah salah satu kelemahan pasukan Malaysia kerana memandangkan darjah kepancitan yg tinggi dikalangan pemain2.
Di hujung perlawanan, pasukan Malaysia telah memasukkan juga jurulatih merangkap jurukutuk2 dan juga pemain2 yg baru tiba, tetapi tiada apa2 perubahan ketara yg dapat dilihat.
Diwaktu wisel penamat, Malaysia tunduk kepada England dengan keputusan jaringan 12 – 1. Syabas ! Walaupun kalah di padang, tapi menang sorak.
Pengurus pasukan Malaysia telah memaklumkan terdapat satu lagi perlawanan akan diadakan bulan depan iaitu dengan pasukan Hotel Sonargaon.
Semuga pengurus dan jurulatih pasukan akan mengambil iktibar dengan perlawanan yg telah berlalu ini untuk mencapai kejayaan yg lebih cemerlang untuk perlawanan akan datang.
Sekian sahaja. Malaysia Boleh !
Kembali lagi kesini.
Musim sejuk masih terasa. Mac nanti barulah bertukar cuaca mengikut kata orang tempatan.
Rumah tumpangan dah penuh, terpaksalah duduk di Hotel. Masih ada kawan yg bersama keluarganya disitu. Itu lebih baik rasanya dari terpinga2 depan keluarga kawan tu di rumah tumpangan.
Tentu yg lecehnya sebab tak boleh nak masak memasak disitu. Makanan kat sini kalau hari2 terasa juga jemunya. Itu tak termasuk lagi dengan masalah pencernaan yang terganggu. Kalau itu terjadi, semua makanan yang dibau akan memualkan perut. Alangkah lazat jika dapat makanan melayu !
Si Jean menggesa supaya lepak saja di rumah seorang pegawai kedutaan yg bujang. Sekurang2 dia tu memang terkenal ringan tulang untuk masak memasak. Si Jean sekeluarga pun pernah dijemput untuk jamuan makan di rumahnya itu.
Tenguklah nanti. Selepas seminggu dua, atau setelah benar2 dapat persetujuan dari tuan punya rumah, mungkin akan kesana juga. Yang lecehnya pula, nanti akan terganggu lah aktiviti2 harian kawan tu. Itu lah pantang datuk nenek. Kalau boleh tak payah lah nak menyusahkan orang. Sudahlah jarang sangat menolong orang, janganlah pula nak menyusahkan.
Jadi, untuk buat masa ini, bersaoranganlah sahaja di bilik hotel. Yg bagusnya, tidaklah ada persaingan untuk memilih saluran tv yg berpuloh2 tu dan bebas memilih fesyen untuk dipakai (didalam bilik) samada bersarong macam penarik beca disini , berbakini atau pun seluar katok sahaja.
~ selamat ...
|