|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
A mild sore throat associated with cold or flu symptoms can be made more comfortable with the following remedies:
# Increase your liquid intake. # Warm tea with honey is a favorite home remedy. # Use a steamer or humidifier in your bedroom. # Gargle with warm salt water several times daily: ¼ tsp. salt to ½ cup water.
Chairman syarikat yg merupakan seorang yg ternama di sini telah meninggal dunia pagi semalam.
Boss mengajak aku kerumah beliau untuk memberi penghormatan terakhir.
Disitu kelihatan kawalan rapi diadakan kerana kabarnya akan di ziarahi juga oleh Madam Khaleda Zia.
Pasukan polis dan juga R.A.B serta dengan anjing pengesan bom berkeliaran di sekeliling kawasan untuk memastikan tiada pihak yg mengambil kesempatan untuk mencederakan sesiapa.
Mungkin menjadi kelaziman bagi tempat2 yg akan dilawati oleh ahli2 siasah untuk dikawal sebegitu rupa, apatah lagi yg akan melawat itu ketua negara. Memang kejadian pasang-memasang bom untuk orang yg tak sehaluan kerap terjadi dinegara ini.
Tetapi bagi kita yg pertama mengalami suasana begitu, agak merimaskan jugak. Setiap pihak yg mahu masuk ke kawasan rumah mesti melalui alat pengesan seperti di lapangan terbang.
Jenazah tiba dgn van dan terus dibawa kedalam rumah. Kami yg menunggu kemudiannya masuk mengekori TYT ambasador malaya kedalam rumah.
Keranda yg dibawa dari Bangkok agak payah dibuka kerana di skrew dan di seal. Bergema kalimah2 syahadah serta selawat dilaungkan semasa proses membuka keranda yg kemudiannya bertukar kepada luahan sedih saudara mara bila terlihat muka jenazah.
Tetamu kemudiannya dijemput melihat jenazah secara bergilir2. Melihat sahaja wajah jenazah, tiada apa yg dapat dikatakan melainkan membaca kalimah2 tuhan utk sedekah pada beliau yg telah pergi dahulu. Disamping itu timbul pula di fikiran ttg giliran sendiri. Bila, dimana dan bagaimana ? Bila tiba masa, presiden atau peminta sedekah tetap akan pergi tanpa dapat ditahan sesiapa.
Teringat jawapan King bila aku tanya semasa satu musim raya: Bila nak balik kampung ?
Bila nombor naik, balik laaa.
Rupanya yg dia maksudkan ialah balik kampung yg abadi dan takkan kembali lagi. Aku cuma mampu senyum dengan ingatan kawan2 ttg kehidupan yg sebenarnya disana nanti. Itu lah kampung sebenar yg akan kita semua tuju. Disana lah patut kita melaburkan semua modal2 yg ada di dunia sementara ini.
Ini lah realiti kehidupan. Setiap bermula akan berakhir. Yg muda akan tua dan yg hidup akan mati.
Lepas ziarah, kami ke Kedutaan Indon untuk lunch. Memang setiap Rabu, diadakan buffet di situ.
Duduk semeja dengan Duta B Darussalam dan tokey minyak rupchanda sempat menimbulkan jenaka yg talian telefon syarikat tak buleh digunakan kerana berkabung kematian pengerusi. Boss cepat2 menjawap, operasi syarikat akan terus berjalan seperti biasa, walau siapa pun yg pergi meninggalkan kita.
Ya, begitu lah lumrah nya. Yg pergi akan pergi, tapi yg hidup perlu meneruskan kehidupan.
So, my dear : Perjuangan mesti diteruskan !
sistem pertahanan kaput hari ini. ENT diserang anasir luar
kaki tangan mula terkesan semuanya merasa letih lesu
sistem suara mula berubah bagaikan bass pecah sebelah
bantuan diminta segera dari pharma muga dapat melawan serangan sebelum tersebar ke merata ceruk negeri
di kejauhan ini tiada sentuhan listrik yg dapat menimbulkan semangat juang semerah padi walau cuma untuk melawan virus2 atau bacteria!
Syahdu bila bersendirian ditengah malam sepi...
Malam / Bila rinduku bertambah dalam / Kau datang lagi dengan kenangan / Oh! betapa dinginnya malam ini
Kasih / Bila malamku bertambah kelam / Seribu kisah melintas mata / Dan malam ini sungguh mencengkam
Bila malam / Tiap kali ku pandang semalam / Resahku sering menjadi dendam / Hatimu ku rasakan dingin
Dan malam / Adalah masa yang membawa kesan / Pada diriku yang kesepian / Kini ku tenggelam / Di bawah alunan ombak malam / Oh! malam
Bila malam / Tiap kali ku pandang semalam / Resahku sering menjadi dendam / Hatimu ku rasakan dingin
Dan malam / Jika dikau dapat bicara / Katakanlah pada hamba / Mengapa dia pergi membawa hati ini / Oh! mengapa / Oh! Malam.
Muga kita bertemu dimimpi2 indahhhhhh ! arghhhhhhhhh !
Jika anda ingin memandu di bandar2 di benua india, pastikan ada perkara berikut:
Good Horn Good Brake and Good Luck !
Ahhh, gelisah semakin meresah. Ada petanda kawan karibnya akan datang berkunjung !
Bukan dia tidak suka kawan baiknya kunjung tiba. Bukan. Memang sesiapa pun tidak dapat menolak kedatangan rakan karib. Sudah di takdirkan dia begitu. Begitu juga orang2 lain yg serumpun bambu buluh china dengannya.
Bukan dia mahu melawan takdir atau tidak bersyukur. Adakalanya memang dia menantikan kedatangan kawan yg setia itu. Apatah lagi selepas mengharungi malam2 dengan gembira ria penuh gelora asmara hingga menitik peluh jantan betina. Sungguh dinantikan kunjungan kawan karibnya ketika itu. Memang gumbira tidak terkata dia bersama kekasih hati bila kawannya itu tiba. Dan ucapan syukur tidak lupa mereka luahkan.
Tapi, patutkah semasa dia yg sudah lama menanti2 saat keindahan bersama kekasih hati yg sekian lama meninggalkan rumah kerana tugas seberang laut yg sekaligus meninggalkan dia dalam kesepian malam penuh syahdu, dia diganggu oleh kawannya itu ? Tak patut...Memang tak patut mengikut kata hati dia yg punya nafsu seperti manusia lain. Dia bukannya malaikat !
Tidak adakah hari lain yg boleh kawan karibnya datang berkunjung ?
Risau. Hati semakin kacau.
Kabar terbaru dari kekasih tercinta, mungkin ada peluang kembali seketika kerana urusan imigrasi antara negara dalam sedikit masa lagi.
Apa ikhtiar nak di usahakan ? Apa helah untuk di beri ?
Jika diikutkan kata nafsu, mahu saja dia menghalau pergi kawan yg tak makan saman itu. Datang tak dijemput pergi tak disuroh.
Nampaknya angan2 berbulan madu di awan biru tinggal hanya angan2 jika benar kawan yg tak bertimbangrasa hadir juga.
Baru nak berkasih sayang menghilang rindu dendam berahi dengan buah hati, kawan pula datang. Kacau daun betul ler. Tentulah kawan tu akan jadi penghalang dia bersedap2an berdua.
Oooo...cik kawan, sampai hati kau, tak boleh tangguh ka ?
[cerita dan skrip asal oleh Sumbat]
Satu hari tu aku pi meting dgn orang2 kerajaan dan operator2 telekomunikasi. Ada sorang pakcik ni, tenguk muka nampak bodo aje. Bila dia tanya soklan, mmg sah bangangnya.
Dia dok kat hujung. Nampak serius aje dengaq.
Orang2 kementerian dok cerita la hal untuk melegalisedkan menara2 telekomunikasi yg banyak atas bangunan2 dikawasan utara tu. Depa panggil operasi tu sebagai pemutihan menara2.
Panjang lebaq laa meeting tu, dari pagi hingga ke petang.
Kemudian tiba la sesi soal-jawap.
Pakcik ni dengan gahnya telah angkat tangan untuk bertanya kan soalan.
"Tansri, kami punya menara laa ni, ada color putih dgn merah. Jadi kami kena cari budget la dulu utk kasi cat putih semua tu. "
Habis semua dalam mesyuarat pakat gelak. Dengan Tansri pengerusi majlis pun sampai tutup mulut untuk tahan ketawa.
Kemudian ada sorang tu angkat tangan dan cakap pada pakcik tu
"Tuan haji, sebenarnya pemutihan tu......"
Haru haru. Malunya aku masa tu. Dah la aku wakil company yg sama. Muka dah nampak bodo, bila tanya soklan lagi la menunjukkan bangangnya tu. Punya lama mesyuarat, tak tau la apa yg dia paham.
Bila masa utk makan, aku tenguk dia terus mencicit lari balik.
Presiden yg dipilih (walaupun baru sehari menjejak kaki ke sini) telah terlalu lama main nyorok2 dengan yg lain2. Runner yg penat mencari2 si presiden habis usaha menggunakan semua yg rapat dan ada pengaruh utk menjejaki beliau. Sekejap ada, sekejap tak ada.
Perkara yg nak diselesaikan ialah tentang pengeluaran duit dari bank. Salah satu tanda tangan yg diperlukan ialah tandatangan presiden. Menjadi syarat di sini, jika expatriate, perlu sertakan work-permit untuk proses keluar masuk duit melalui chek.
Timbul tanda tanya pada semua, kenapa susah sangat beliau ini untuk memberikan work permit seperti yg diminta ? Adakah beliau tidak punya work-permit ? Wah ini sudah kes berat ni. Presiden Kelab Malaya tidak punya work-permit ? Kes berat haru biru ni.
Kalau niat jadi presiden sebab senang nak dapat contract dan buat bisness, baik hentikan saja. Kalau asyik menghilangkan diri, apa guna jawatan di sandang ?
Ada pula kabar2 angin bertiup kencang umpama taufan puting beliung yg beliau juga mempermainkan rakan kongsi orang tempatan. Amat memalukan orang2 malaya disini. Tak taulah pulak jika beliau itu tidak terasa apa2. Mungkin tidak ada kemaluan kot ?
Dalam bincang panjang menjelang dinihari, Munir menempelak Zal Rupchanda :
Bhai, Not all Bangla bad and not all malaya good !
mari kita nyanyi
oh bangau oh bangau mengapa engkau kurus ?
macamana aku tak kurus ikan tak mau timbul ikan tak mau timbul
oh ikan oh ikan mengapa tak mau timbul
macamana aku nak timbul air sudah keruh air sudah keruh
oh air oh air mengapa engkau keruh
macamana aku tak keruh lumpur masuk kolam
oh lumpur oh lumpur mengapa engkau masuk kolam
macamana aku tak masuk bukit kena tarah bukit kena tarah
oh bukit oh bukit mengapa engkau kena tarah
macamana aku tak di tarah tokey nak buat rumah tokey nak buat rumah
oh tokey oh tokey kenapa nak buat rumah
macamana aku tak buat duit dah banyak habis duit dah banyak habis
oh duit oh duit kenapa engkau habis
macamana aku tak habis sebab takde berkat sebab takde berkat
oh berkat oh berkat kenapa engkau tak ada
macamana aku nak ada kerja tarak betul kerja tarak betul
isshhh.... sampai bila nak habis daaaaaaa !
arggghhhh seribu kali payah membesarkan anak tanpa ayah
kehulu kehilir menjadi supir membawa anak belajar sifir
penuh harapan muga anak lihat ke depan untuk bina kehidupan
nantikan ku akan ku uraikan keserabutan mu dan juga segala letih lelah mu
(Dorothy Law Nolte)
If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.
Kebelakangan ini, perut selalu terasa senak, sebu dan kembung. Perut pun macam membulat seperti belun.
Mungkinkah bahana teh ?
Disini memang terkenal dengan masyarakat "chai" atau "char" nya.
Penjual teh bergerak ada di mana2. Dengan temos besar dikelilingi dgn biskut2 kering, mereka bergerak kemana2. Memudahkan pekerja terutama yg tidak buleh bergerak dgn mudah, seperti para pengawal keselamatan yg ada disetiap rumah/apartment disini.
Di pejabat, di sediakan char-wala yg akan menyediakan teh 2 kali sehari. Sekali waktu pagi dan sekali lagi di waktu petang.
Kemudian, dengan teh tarik lagi di Blossom atau mana2 tempat melepak malam2 hari.
Mungkin kah teh telah menyebabkan banyak nyer angin di dalam perut yg menyebabkan kesenakan dan rasa begitu penuh sekali?
Yang pastinya, memang penuh dengan angin! Sebab bila saja angin dapat dikeluarkan, sungguh lega rasanya. 
Bila di rumah Ok lah, angin buleh dilepaskan bila2 masa ( itupun kalo takde tuan rumah ). Kalau tidak cuma di dalam bilik saja atau di sungai. Tetapi di pejabat ni ada susah sikit laa.
Cerita pasal angin ni, teringatlah aku kepada soal jawap dengan emak suatu masa dulu.
------------------------<>------------------------- Emak, orang perempuan tak kentut ker ?
Eh...kentut laaa.
Habis, kenaper abg tak dengar pun orang perempuan kentut. Macamana diorang kentut ?
Orang perempuan kalau nak kentut, diorang akan pegang pongong dan buka sikit lubangnya, lepas tu kentut ler pelan2. Sebab tu la, tak dengar bunyinya.
oooooo... ya ker ?
Ya. Kalau tak percaya cubalah sendiri !
------------------------<>-------------------------
|