home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Thursday, April 28, 2005

Sisi Gelap.

Kes KPU di seberang menarik perhatian aku. Mungkin sebab ianya ada elemen auditor yg terlibat yg pastinya sedikit sebanyak akan jadi bekal aku dalam tugasan seharian.

Auditor atau organisasi kawalan samada dalaman atau luaran (internal or external) memang semacam punya kuasa untuk memberikan gambaran sesuatu organisasi yg di periksa samada OK atau KO. Samada bersekongkol dgn menyorokkan keadaaan sebenar atau menceritakan apa yg sebenarnya berlaku.

Semuanya bergantung kepada integriti dan prinsip yg dipegang. Tetapi kerana sang auditor juga manusia, tentu tidak lepas dari godaan duniawi. Disini lah sisi gelap yg ada pada karyawan dalam bidang ini.Mungkin ramai yg dengar kes2 jatuhnya syarikat seperti Enron dan WorldCom dan keterlibatan sang auditor yg mengetahui masaalah tetapi menyorokkan maklumat.

Banyak yg nak di ulas. Nanti kita sambung lagi. Tapi buat permulaan, inilah prinsip pertama sang auditor yg menyebabkan merekalah orang yg terakhir mahu dijumpai oleh semua orang dalam mana2 organisasi:

"In God We Trust, All Others We Audit"

Oiii....lari2...auditor datang !

140954 | posted by saorangorang at 10:07 | 0 comments

Tuesday, April 26, 2005

MBA Refresher Course

Ini antara intro untuk kursus diatas :

"An MBA refresher course is the perfect opportunity to keep you in the loop, maintain your success and give you "the edge" over your competitors."

Cumanya mungkin aku takde competitors !

Teringat aku semasa menjaring jersi sheffield saturday lebih setahun lalu. Masa tu, mmg full time MBA, dan part time football. hehehe. Setahun lebih beb. Kesana sini dengan si kenit dan household chores.

Untung jugak hanya seminggu lebih sikit (*) kursus kali ni. Tapi dah biasalah, cuma kena dapatkan rythm nya, lepas tu OK lah. (mem: no need to worry one ! ) Just enjoy yourself amongst the Parisians and the Dutch!

Sambil tu, dapat juga merehatkan fikiran dari projek yg sangat mendambakan ketahanan fizikal dan mental. Iya lah, kalau kerja dah tak tahu weekend ke weekday, mmg kena banyak bersabar dan perlu 'fit'. Jadi setelah 'system up and running', inilah masa merehatkan diri dan minda. problem2 yg datang kenalah depa tu handle seperti operation problem biasa. Nanti aku tenguklah keberkesanan dan proses depa handle semua tu. Tunggu lah pulak post-migration review dari aku nanti.

Berbalik pada refresher course ni, risau jugak masa apply cuti dari boss hari tu, tapi semuanya berjalan lancar. Sebelum tu, dia dah set appointment dengan vendor utk BCP (tugasan aku seterusnya disana) pada 24 April. Aku punya laa risau, sebab masa tu, aku terpaksa berada disini utk refresher seperti janjiku dengan mem. ( mem: Janji tetap janji, gua bukan janji rock aje beb). Tapi next email aku dapat, vendor tu kata tak dapat buat pada tarikh itu dan ditunda ke 30 April. Wah...tak payah laa aku buat muka seposen dgn boss to skip the meeting. alhamdulillah.

So here I'm again, go through all the challenges of being a parent. Hopefully to be a good one, if not great. (Thats the motto of my big boss here in KL, From Good to Great !).

Dgn permintaan 'barbly' (barbie la tu) dari sikenit utk birthday dia, si abg yg kena cekam kuku ( itulah orang kata jgn suka gigit kuku, kan kuku tu dah marah dan gigit engkau pulak), si kakak yg merayu utk handphone baru pengganti yg hilang di curi disekolah (apasal laa engkau tinggalkan handphone tu kat changing room ? ) dan seribu satu macam permintaan serta sibling conflicts yg timbul memberikan peluang pada aku untuk mengilap semula serba sikit parenting skills yg ada. Semuga aku menjadi 'a better parent and person' after this refresher Master Bela Anak course !

cheerio!

* mem: bukannya aku taksuka lebih lama atau mahu lari dari tanggungjawap, saja nak penyedap cerita ni ! janji.

140824 | posted by saorangorang at 9:26 | 1 comments

Tuesday, April 19, 2005

oh malaya.

Sayang,

Liriknya mungkin tidak kena, cuma ada bait2nya yg mengambarkan emosi aku semasa ini membuatkan aku mahu melagukannya.

Jumpa nanti di pintu kereta !

Aku pulang dari rantau
Bertahun-tahun di negeri orang
Oh, Malaya

Oh, dimana kawan dulu,
Kawan dulu yang sama berjuang
Oh, Malaya

Kekasih hatipun telah pula hilang
Hilang tiada pesan aduhai nasib

Apakah daya cita hampa
Jiwaku merana mana dinda

Inilah kisahku semalam di Malaysia
Diri rasa sunyi aduhai nasib

Apakah daya aku hanya
Seorang pengembara yang hina

140596 | posted by saorangorang at 21:38 | 0 comments

Kerana dendam.

Seorang wanita dari daerah Sherpur telah dihukum penjara seumur hidup bersama suami keduanya atas tuduhan 'membunuh dan menyembunyikan mayat' anaknya yg berumur lapan tahun (hasil dari perkahwinan pertamanya ) lapan tahun lalu.

Pada satu pagi di bulan Mac yg lalu, anak yg di 'bunuh' itu telah muncul di bandar Sherpur. Dia yg telah berumur 18 tahun mencari ibunya dan telah menjumpainya di penjara.

Beliau kemudian membuat pengaduan dan seterusnya membuat laporan polis mengatakan bapanya 'menghilangkan' dia dan ibunya tidak bersalah.

Si bapa sebenarnya telah menyembunyikan anak di daerah lain dan menuduh bekas isteri telah membunuh anak itu. Semuanya kerana dendam kepada isteri yg telah memohon cerai disebabkan tidak tahan dengan deraan dari suami.

Setelah berjumpa majisteret dan hakim, akhirnya kes ini mendapat perhatian Bangladesh Legal Aid Services Trust (Blast), yg mengusahakan si ibu dan suami di bebaskan dengan ikat jamin sementara rayuan kes di dengar oleh Mahkamah Tinggi.

140594 | posted by saorangorang at 21:21 | 1 comments

Sunday, April 17, 2005

Kusyu'

Di sebuah masjid di Bagan.

Pak Imam yg sedang mengimami solat isya' duduk untuk tahiyat akhir, sedangkan bilangan rakaat masih tiga.

Terdengar sahutan "Allahu Akbar" di belakang.

Pak Imam (dalam hati) : "Ohh...tersilap rupanya"

Terus Pak Imam bangun untuk sambung rakaat ke empat.

Bila selesai solat, Pak Imam pun bertanya, "Siapa yg teguq tadi ? "

Pak Kassim menyahut : " Saya yg teguq tadi "

Pak Imam : "Baguih juga ada yg kusyu' ya."

Pak Kassim : "Eh..saya sebenarnya tak kusyu' jugak tadi..hehehe "

Pak Imam : "Aik, kalau hang tak kusyu', macamana hang boleh teguq aku tak cukup rakaat ? "

Pak Kassim : " Saya sebenarnya dalam sembahyang tadi, tengah dok pikir pasal kedai saya. Saya ada empat kedai. Jadi dalam rakaat pertama, saya kira2 tentang kedai no satu. Dalam rakaat ke dua, kira2 kedai no dua dan rakaat ke tiga kira kedai no tiga la. Bila rakaat ke tiga Pak Imam dah nak tahiyat akhir, saya pun ingatlah yg saya belum kira kedai no empat lagi, sebab tu laa saya signal kat Pak Imam suroh sambung satu lagi...hehehe"

Pak Imam : " Alaaaaaaaa Kassim......! "

140494 | posted by saorangorang at 22:55 | 1 comments

Saturday, April 16, 2005

Chai Garam !

Teh Panas !

Minuman kegemaran ramai ini dikatakan berasal dari china.

Teori ini berasaskan pada asal nama "TEA" itu. Pada kebanyakan bahasa dunia, namanya hanya berkisar pada dua nama dari CHINA. Dalam dialek mandarin ianya di kenali sebagai CHA manakala orang XiaMen di daerah Fujian memanggilnya sebagai "TAY".

Di sekitar kurun ke 5, CHA telah melepasi sempadan China. Dalam bahasa Parsi namanya masih CHA, bahasa Arab dan russia sebagai Chai, bahasa turkey sebagai CHAY dan di Sri Lanka, Pakistan, India dan Bangladesh sebagai CHAI/CHA.

TAY lebih lambat tersebar, tetapi telah tersebar lebih luas dari CHA. Di hujung Dinasti Ming, pedagang British yg membina pengkalan dagang di Xiamen terjumpa dengan teh China. Apa yg orang Xiamen panggil TAY di eja oleh British sebagai TEA. Nama ini kemudiannya di terima umum oleh kalangan English-speaking world. THE dalam french dan TEE dalam German juga berasal dari TAY.

Berikut ialah nama yg digunakan di dalam bahasa2 dunia yg lain.

Russian/Vietnamese/Bulgaria/Greek/Arabic: CHAI

Ukranian: CHAY

Persian/Korean: CHA

Swedish/Icelandic/Spanish/Italian: TE

Dutch: THEE

Finnish/German : TEE

French : THE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teh Tarik

Berikut ialah cara menyediakan teh tarik ala yours truly !

Serbuk teh biasa ( BOH/LIPTON/BHARAT sukahati lu orang laaa )
Teh Wangi
Susu pekat/cair/asli
Gula
Garam

Masak air dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan serbuk teh biasa bersama sedikit sebuk teh wangi. Biarkan mendidih lagi beberapa minit. Untuk teh tarik/susu, lebih banyak teh lebih baik.

Setelah mendidih, masukkan susu pekat/cair/asli mengikut citarasa masing2. Masukkan gula jika masih belum terasa manis.
Masukkan secubit garam.

Tarik secukup tenaga.

Wallaaaa ! Teh Tarik anyone ?

sumber rujukan :

1. Chinese-Tea.net
2. Tea and Chai

140473 | posted by saorangorang at 18:12 | 1 comments

Friday, April 15, 2005

belajar

Disini mungkin tiada yg dapat di banggakan, hingga ada yg malu jika dikaitkan dgn tempat ini. Tentu lebih gah kalau ke benua eropah atau amerika yg menjanjikan cerita yg lebih meriah dengan sahabat taulan.

Tapi dimana2 sama sahaja. Ada yg boleh di ambil buat tauladan dan ada yg patut di jadikan sempadan.

Disini kita akan belajar sabar, melihat mereka tanpa rasa marah atau dendam walau di herdik berpuloh kali. Esuk datang dengan muka ceria seolah tiada kisah semalam.

Disini kita akan belajar taat, melihat mereka yg patuh setia
dengan arahan tuan 'sir'.

Disini kita akan belajar memuliakan yg lain, melihat mereka bersungguh melayan, bergolok bergadai memuliakan tetamu. Cuba ke rumah mereka lebih2 lagi di pendalaman. Kita dilayan bagaikan raja dan majlis makan bagaikan kenduri.

Tapi awas dengan lancar bicara, perlu di teliti agar tak termakan dusta.

140435 | posted by saorangorang at 18:46 | 2 comments

Wednesday, April 13, 2005

Pahela Baishakh

Esuk tahun baru Bangladesh.

Bagi penduduk Savar, mungkin tiada perayaan yg akan disambut, melainkan kesedihan dengan kehilangan saudara mara dan sahabat handai.

Savar, yg terkenal bagi orang2 Malaya sebagai salah satu tempat utk tee-off, menjadi sebutan kerana trajedi kilang pakaian runtuh.

Kilang 9 tingkat yg dikatakan di bina diatas tanah yg ditambak, runtuh pada Isnin lalu.

Pasukan penyelamat yg terdesak cuba memotong concrete slabs dengan peralatan asas seperti tukul, pahat dan pemotong yg sangat manual. Tanpa peralatan seperti tower kren dan perkakasan penyelamat heavy-duty mereka berkejar dengan masa.

Concrete slabs 5 - 10 tan yg buleh di alih dgn sekali angkat oleh tower cranes terpaksa dipecah2 kan sebelum di alihkan.

Jika sesiapa yg melihat pekerja memecahkan rumah disini tentu dapat membayangkan masa yg akan di ambil untuk mengalihkan sisa2 concrete tersebut. Disini boleh dikatakan semuanya masih dibuat dengan tenaga buroh dan secara manual. Dari memecah rumah, hinggalah ke penurapan semula jalan. Mungkin kos tenaga buroh yg masih murah dan kos peralatan berat yg tinggi menyebabkan segala nya masih manual dan lambat.

Pemberita daily star mengakhiri berita kerja2 menyelamat hari ni seperti berikut :

Part of the collapsed building still stands intact and a few workers watch the rescue operation. As garment workers from the neighbouring EPZ troop past the accident site after the end of their shifts, they quietly look on in muted awe and apprehension.

Inside the factory building, cartons stamped with the importer's name -- B&C -- ready for shipment lie stacked. A girl and a boy in red jerseys smile back from backboards to be inserted inside every packet of apparel.

Only a few hundred yards away in the field, coffins are waiting.

140343 | posted by saorangorang at 14:13 | 0 comments

Sunday, April 10, 2005

sepet 3 suku.

- cerita berdasarkan kisah benar. diolah untuk menyedapkan cerita.

suatu pagi di kota singa.

seorang muda menahan teksi. di lihatnya seorang apek yg agak berumur membawa teksi.

berbekalkan pelat yg akan digunakan utk berlawan cakap dengan apek, dia pun menaiki teksi.
(ingat, baca dengan pelat yg berkenaan !)

driver teksi : lu mau pughi mana ?

anak muda : haa ? emmm...mana2 pughi pun buleh la.

driver teksi : haiyaaa.....lu cakap butut2 laaa.
lu mau pughi mana ?

anak muda : haiyaa apek, gua tak kisah la pek.
mana2 pughi pun buleh laaa...sama saja.

driver teksi : haiyaaa.....mana buleh sama. lu cakap butut2 laaaaaaa, mau pughi manaaaa ?

anak muda : gua betul punya cakap. gua tak kisah laa apek. mana2 pughi pun buleh laaa....

driver teksi : haiyaaaaaa

untuk meringkaskan cerita yg memang pendek, anak muda itu diminta keluar teksi oleh si apek dan tidak dapat pergi ke mana2 pun dengan teksi itu.

140139 | posted by saorangorang at 2:12 | 1 comments

Saturday, April 9, 2005

lamunan

biji2 tasbih masih di situ
bisu membeku
tanpa ada jari
juga lidah yg senada
membisikkan alunan
zikir tasbihat

betapa leka aku.

140108 | posted by saorangorang at 6:15 | 0 comments

Friday, April 8, 2005

iri

kita yg berjuang untuk hidup dengan berbekal keringat jantan mungkin iri dgn pak karto di kantor2 indah bersama AC yg sentiasa terpasang membawa angin sejuk bak air batu.

kita yg terlupa dengan susah payah mungkin iri dengan pak tani yg saban petang berehat ditepi kali mengail ikan untuk dibuat kari dan makan bersama nasi berulam jantung pisang bercicah sambal belacan.

kita yg saling iri hati dengan sesiapa sahaja sebenarnya lupa dengan murahnya Pemberi yg masih memberi sesuap nasi dan setenguk air.

kita yg masih menyimpan dendam kesumat dengan sesiapa sahaja yg lebih taraf mungkin tidak terasa untungnya menjadi seorang manusia.

maka jadilah kita yg masih iri dengan burung yg terbang tinggi di awan dan ikan yg riang berenang di lautan atau unggas di rimba yg luas lepas bebas tanpa ada sekatan sempadan buatan manusia yg rakus kuasa.

140079 | posted by saorangorang at 7:50 | 1 comments

mangkuk hayun !

itu sajalah yg dapat aku ucapkan kepada kamu yg besar kepala mengalahkan menara kl.

mangkuk hayun !

sekian sahaja untuk malam ini.

kejap lagi merepek lagi.

140070 | posted by saorangorang at 1:20 | 0 comments

Wednesday, April 6, 2005

hello sayang

hello hello sayang
bulu ketiak panjang

nak cabut sakit
nak buang sayang

taruk tenguk wayang

140003 | posted by saorangorang at 11:54 | 1 comments

Monday, April 4, 2005

di tepi jendela itu

aku yg semalam
bersama ribut dan langit kelam
bergelora perasaan dengan rindu dendam

aku yg runsing
melihat hujan dibumi asing
ketahanan diri semakin meruncing

aku yg pilu
walau hati tidak setuju
keluarga terpaksa di tinggal selalu

aku yg sering terlupa
bumi mana tak ditimpa panas
bumi mana tak ditimpa hujan

Gerimis Senja
Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin

Tanya pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara

Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini

139857 | posted by saorangorang at 17:56 | 0 comments