home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Sunday, June 26, 2005

Saffron. Rempah termahal di dunia.

Image hosted by Photobucket.com

Bila mengetahui aku ke Dhaka, antara pesanan seorang kawan ialah supaya beli Saffron. Menurutnya di Dhaka dan kawasan2 didunia sebelah sini, ianya boleh didapati dgn murah. Dan tentu kemudiannya kelebihan2 saffron diceritakan kepada aku terutama yg berkaitan dgn org lelaki bagi meransang lagi deria beli aku.
Image hosted by Photobucket.com

Di pasar Gulshan 1 atau Gulshan 2, Saffron dijual dgn harga dari 60 Taka hinggalah ke 90 Taka bagi 1* gram bergantung kepada kualiti. Kalau ditukar ke RM lebihkurang 4 hingga 6 ringgit. (* silap tenguk beb, gua ingat 100 gram).

Image hosted by Photobucket.com

Saffron sebenarnya ialah stigma sejenis bunga (Crocus Sativus Linneaus) yg hanya ada 3 stigma pada setiap bunga. Stigma ini perlu di tuai hati2 dgn tangan dan lebih merumitkan, tuaian hanya boleh dibuat di pagi hari sebelum bunga layu kerana sinaran panas matahari. Ini lah yg menyebabkan ianya terkenal sebagai rempah termahal didunia.

Nama saffron berasal dari perkataan Arab zafaran yg bermakna kuning.

Image hosted by Photobucket.com

Memang banyak kegunaan saffron ni sebenarnya. Telah digunakan beribu2 tahun dahulu lagi bukan sahaja sebagai perasa dalam makanan/minuman, malah dibuat ubat dan sebagai pewarna.

Banyak makanan di merata dunia yg menggunakan saffron sebagai bahannya. Antaranya ialah Biryani yg terkenal di dunia sebelah sini.

Sajian makanan yg biasa menggunakan saffron termasuk lah :
Spanish Paella
French Bouillabaisse
Italian Risotto Milanese
English Saffron Cakes
Indian Biryani

Paling mudah utk menikmati Saffron ialah dengan teh. Ambil 2 3 helai dan masukkan kedalam teh O panas. Tentu ada Ommpphhh.....

Resepi :
http://www.safinter.com/recipes.htm

144021 | posted by saorangorang at 20:46 | 1 comments

Anda Musykil ? Dr Menjawap.

(Harian Metro 19 Jun 2005)

SOALAN
Jual diri kerana terdesak

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bertambah musykil ?

144016 | posted by saorangorang at 11:14 | 3 comments

Friday, June 24, 2005

Amalan manusia cantik.

Sempena hari Jumaat kita di galak membersihkan tuboh badan.

Disertakan petikan yg diperolehi dari mailbox pagi ini mengenai manusia cantik.

10 Fitrah manusia cantik

1. Merapikan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah,
bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita (dan juga lelaki) diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

tambahan

11. Mengunting bulu hidung.

143940 | posted by saorangorang at 14:52 | 0 comments

Wednesday, June 22, 2005

Kantin Melati

Hamd ajak ke Kantin Melati awal hari ni. Alasan biasa, takut lauk habis. Dia yg mmg anti makan diluar, nampak sgt terkesan dgn menu disitu walaupun baru kali kedua kesana.

Fz yg diajak sama nampak tidak berminat lansung. Saja aku jolok2 dia supaya bawa famili kesana, cuba ubah selera dari makan dirumah.

Kami tiba seawal 12:10 di kantin dan jadi orang ke tiga mengambil makanan.

Famili Fz yg tiba mengejutkan kami. Rupanya ada janji dgn isteri Hamd. Bila di ceritakan ttg ajakan kami yg tidak dilayan oleh Fz, isterinya mula buka cerita ttg Fz yg tak suka bershopping atau kemajlis2 keramaian. Kalau kerumah saudaramara atau kawan2 pun, akan segera beredar utk balik bila sessi bergossip dimulakan. Kami kata, baguslah kalau begitu.

"Eh....eh....nak lah dengar jugak sikit2"

Isteri Hamd dan isteri Hj Om tiba tak lama kemudian. Di ikuti dgn 'org2 kedutaan' Pak Lah Brunei, Fs dan Hm. Bila Dato dan Datin Brunei tiba, aku pun cuit Hamd ajak berangkat balik.

Dgn berbasa basi, kami kata " Jalan dulu ya" . Disambut oleh isteri Hj Om, "Nak berlari pun tak per"

Menu hari ini :

1. Nasi Putih
2. Ayam Panggang
3. Tauhu goreng kicap
4. Ikan bilis goreng bercili
5. Urap
6. Udap2an dan sambal
7. Pekedel jagung
8. Karupuk
9. Soto Bandung
10. Kue Pukis
11. Tembikai

Freeflow of skyjuice.

di serikan dengan

i. berkuntum2 senyuman
ii. peluang mengeratkan silatur rahmi dgn org2 Nusantara dan juga para diplomat!

Harga satu kepala : 200 BDT.

Ayuh, jika bapak2 dan ibu2 berada di Dhaka, jgn lupa mampir di Kantin Melati setiap hari Rabu untuk makan tengahari.

Jumpa di sana !

143835 | posted by saorangorang at 15:47 | 2 comments

Monday, June 20, 2005

Belly problem.

ATO : Sorry sir, I'm late sir. I got belly problem.

Me : Haaa ? What ?

ATO : I go lunch hotel sir. But my belly problem.

Me : Where do you take your lunch ?

ATO : (Restaurant) Danshiri sir. I cannot eat hotel food. My belly problem.

Me : Oooo, stomach problem laaa tu.

ATO : Yes sir, stomach problem. But I want to going home.
To eat dinner at home.
Tomorrow after breakfast I come sir.
Amer, he can call me. He come evening.

Me : Haa ? Amer (AHO) call you ?
What time he coming back ?

ATO : He no giving time. But he can call you, he come evening.

Me : Oooooo

ATO = Amer the Transport Officer aka driver
AHO = Amer the guest House Officer aka guesthouse caretaker.

143731 | posted by saorangorang at 21:37 | 2 comments

Sumbangsih

dendangan M. Bakri
Lagu dan Lirik oleh Zainal Abas

Oh! Sumbangsih jiwa ke jiwa
Nada kasih lagu bahgia
Nan ku rindu masa ke masa
Tapi kecewa dilanda derita

Oh! Rembulan tempat mengadu
Kami insan dahaga rindu
Ingin bersatu hidup bersama
Mengenang cita murni mulia

Kini semua hancur dan musnah
Niat bercantum badan berpisah
Kembang mawar ku beri padamu
Lambang kita pasti bersatu

Oh! Sumbangsih hati ke hati
Nada rindu rukun sejati
Kami insan rindu percantuman
Kami rindukan keadilan.

di petik dari www.hamlau.com

143723 | posted by saorangorang at 20:43 | 0 comments

Sunday, June 19, 2005

Ribut

Bila ribut melanda, terkedu aku seketika.
Duduk mengkaji asal-usulnya serta akibat yg dibawa.

Bila ribut melanda, aku putus kata.
Hilang berahi untuk bicara apalagi untuk berkongsi cerita.

Bila ribut melanda, terasa diri masih ber carcamerba
Lupakanlah sahaja isu sesama manusia

Bila ribut melanda, mungkin bawa petanda
Tiba masa untuk mendiamkan diri serta keluar dari ghaflah.

Tiada yg meminta tiada yg memaksa.
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar.

sekian sahaja.

143661 | posted by saorangorang at 21:37 | 0 comments

Thursday, June 16, 2005

Hati

Hati umpama besi.

Boleh kotor dan berkarat.

Tapi hati bukan besi kerana boleh bersinar dan bercahaya kembali.

Marilah mencuci hati dgn firman2 NYA dan sabdaan2 kekasihNYA.

Jom ke Kakrail !

143620 | posted by saorangorang at 20:15 | 1 comments

Tuesday, June 14, 2005

Sentul dalam Sentul.

Property developer YTL Land and Development Bhd is opening up new opportunities for home-buyers to own a home in the city with the revived Sentul Raya mixed-use development in Kuala Lumpur. Now renamed simply as “Sentul”, the planned 7,000 units of residential dwellings will comprise mainly high-rise housing types on 119ha of prime freehold land.

Sebagai seorang 'Mat Sentul' perkembangan kawasan ini memang sentiasa aku ikuti.

Kawasan kuarters keretapi yg diambil untuk dibangunkan, baru mula berubah wajah.

Kalau dulunya Sentul dikenali sebagai kawasan sarang penyamun, kini semakin berubah wajah dengan kehadiran KLPac dan apartment kos mewah.

Semakin meriah Sentul dan semakin terpinggir rakyat marhaen.

143539 | posted by saorangorang at 21:53 | 0 comments

Sunday, June 12, 2005

Menangani anak2

Si buah-hati-pengarang-jantung-intan-payung-gunung-meletup buat hal lagi.

Tak terkata kecewanya ayahbonda.

Namun kecewa bukan bererti putus asa. Banyak yg perlu diusahakan muga dia dewasa dgn adap dan akhlak sebagai insan mulia.

Bukankah kita yg mencorak warna ?

Petua Mendidik Anak
Islamic Parenting

143403 | posted by saorangorang at 14:41 | 1 comments

Friday, June 10, 2005

putus

putus kata2
bikin jiwa meronta2

bisu
beku
tepuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

143370 | posted by saorangorang at 22:21 | 1 comments