home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Tuesday, August 30, 2005

Untuk Kita Renungkan.

lagu tema iklan petronas

[layan]

[layan versi keroncong]

ABDUL GAFAR ABDULLAH

Kita mesti telanjang dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tegaklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat

Anugerah dan bencana adalah kehendakNya
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya

Anak menjerit-jerit, asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman, hanya satu isyarat
Bahwa kita mesti banyak berbenah

Memang, bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan, masih banyak tangan
Yang tega berbuat nista... oh
Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang telah kita perbuat
Kemanakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari, hanya tunduk sujud padaNya

Kita mesti berjuang memerangi diri
Bercermin dan banyaklah bercermin
Tuhan ada di sini di dalam jiwa ini
Berusahalah agar Dia tersenyum... oh
Berubahlah agar Dia tersenyum

146584 | posted by saorangorang at 9:38 | 5 comments

Monday, August 29, 2005

Makan kenduri.

Haa....nak buat apa datang rumah aku ni ?

Kalau boleh nak ajak pakcik ke masjid. Boleh sembahyang jemaah sama2.

Ehhh...engkorang ingat aku tak sembahyang ker ?Aku pun sembahyang 5 waktu juga kat rumah ni.

ehh...oohh...ya ker ! Nak tanya sikit la pakcik.

Haa...apa dia ?

Pakcik makan nasi tak hari2 ?

Ya laa..mesti la makan nasi.

Haa....tapi kalau orang ajak pergi makan kenduri ke rumah dia, pakcik marah tak ?

Ehh....Nak buat apa marah pulak ?

Haa...itu la pakcik, walaupun pakcik makan nasi hari2, takkan pakcik nak marah orang kalau dia ajak pergi makan kenduri rumah dia, betul tak ?

Ha aaaa...betul !

Jadi walaupun pakcik dah sembahyang hari2 kat rumah, pakcik tak boleh laa marah orang ajak pakcik ke masjid utk sembahyang jemaah, sebab Allah suka kita ke masjid sebab tu disediakan banyak ganjaran pahalanya berbanding dgn kita sembahyang dirumoh sendiri.

Betul juga tu...

146515 | posted by saorangorang at 7:56 | 0 comments

Friday, August 26, 2005

Dari mimbar jumaat.

1. sitting talk. sebelum jumaat : jerebu.

Manusia melayu dah lama di landa jerebu iman.

Kepercayaan lama boleh mengugat keimanan.

- tangan gatal di katakan nak dapat duit
- tangan gatal dikatakan nak sepak orang
- rama2 masuk kerumah dikatakan orang nak datang rumah
- mata bergerak2 dikatakan nak berlaku sesuatu
- nombor 4 tak dimahu orang, sebab dikatakan nombor mati
- nombor 8 direbut2 sebab ada onggg....
- nombor 666 dikatakan berkaitan dgn syaitan

Hatta yg berkaitan agama juga boleh silap pegangan

- gantung ayat seribu dinar dikatakan akan mendapat rezeki dari sumber tak disangka2, padahal pengertian ayat itu ialah " siapa yg bertakwa yg akan dapat rezeki dari sumber yg tak disangka2" bukannya pada siapa yg gantung ayat tersebut.

- bagaimana pula yg mengantung atau percaya kepada nombor 786 ?

Dimadrasah tahfiz juga ada kepercayaan siapa yg lalu bawah ampaian akan hilang hafalan. Padahal asal usul larangan itu ialah sebab ramainya perempuan yg berkemban menyidai kain di ampaian, jadi bila lelaki lalu disitu, tentu ternampak perempuan2 berkemban, yg mmg akan menyebabkan hilang hafalan2.

email- peringatan akhir zaman.

Berbagai2 perkara dikatakan didalam email ini, kematian raja fadh, gerhana bulan/matahari di bulan ramadhan, suara di langit, peperangan besar, pengistiharaan imam mahdi dan kedatangan dajjal.

Yg pasti boleh di amalkan ialah doa fitnah dajjal yg disertakan di akhir email tersebut. Baca selepas tahiyat akhir sebelum salam setiap kali solat.

DOA FITNAH DAJJAL:
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasullullah SAW telah mengajar doa berikut kepada para Sahabat dengan begitu teliti sebagaimana menyampaikan ayat-ayat daripada Al-Quran.

Image hosted by Photobucket.com

Ya Allah, aku memohon perlindungan dariMu daripada azabnya jahannam, siksa kubur, cubaan di kala mati dan fitnah dajjal.
H.R. Muslim

Untuk menghadapi segala fitnah akhir zaman kekuatan iman diperlukan. Inilah yg perlu diusahakan oleh setiap orang islam. Yakin dgn Allah dan amal dgn cara Nabi.

Di zaman Nabi sendiri seorang sahabat telah bercerita yg dia telah pergi ketukang tilik dan tilikan yg dibuat memang telah terjadi. Nabi telah mengatakan silap/salah. Walaupun tilikannya betul terjadi, tapi ianya tetap salah.

Akhir kata jangan biarkan iman kita di selebungi jerebu dunia dan jerebu akhirat.

2. Kutbah Jumaat

Sekarang dunia telah maju dgn teknologi dan kemajuan sains.

Semua maklumat dihujung jari. Dgn petikan click di satu button, maklumat dari satu dunia boleh didapati.

Tapi kemajuan juga membuka laluan kepada keburukan nafsu manusia. Segala jenis keburukan boleh terbentang didepan mata. hanya dengan satu petikan.

Maka tergodalah nafsu muda remaja utk mencuba hubungan intim sesama usia.
Begitu juga yg tua - dunia kata pergi, kubor kata mari juga ada yg teringin membuat benda keji jijik dan jelik.

Hanya iman sahajalah pendinding semua bala bencana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Key-word hari ini ialah usaha keatas iman.

Dgn imanlah segala fitnah akan dapat kita hadapi.

Dengan segala keterbukaan didepan mata, yg betul dan salah hanya ditutupi dengan helaian yg nipis.

Jadi bila tak tahu bertanya lah kepada yg alim dan arif, kalau tidak sesat jalan nanti. sesat didunia boleh berundur, tapi kalau sesat pegangan dan mati dengannya, alangkah ruginya.

Menerima sahaja apa yg dikatakan orang pun tidak boleh, menolak semuanya juga tidak boleh. semuanya perlu disemak dgn quran, sunnah, ijma' ulama dan kias.

Berilah masa kepada agama. solat berjemaah. majlis ilmu. quran. ziarah-menziarahi.

Iman perlu dibenteng agar tidak lari meninggalkan kita tenggelam dilautan nafsu serakah dgn diuliti bisikan2 syaitan laknat durjana.

MERDEKA kan diri dari belenggu syaitan dan nafsu !

p/s lope.....berburu kita dihujung minggu...

146430 | posted by saorangorang at 15:03 | 0 comments

Thursday, August 25, 2005

Tarikan kepada ajaran AP.

Mengapa orang ramai tertarik kepada Ajaran Pelik ?

Mengikut kata yg arif beliau ada kelebihan yg sangat di gemari orang ramai terutamanya orang melayu.

1) Pandai membuat ramuan utk memulihkan tenaga batin

2) Pandai membuat ramuan utk mengubat penagih dadah

3) Pandai membuat ramuan utk suara lunak merdu

146376 | posted by saorangorang at 9:43 | 0 comments

Tuesday, August 23, 2005

tolong bagitau...

dah lama dah nak cakap ni. dah lama dah.....

hari ni singgah sebentar di gerai sebelah bangunan UDA untuk sarapan.

jenguk punya jenguk, order satu roti canai dan teh tarik cawan kecik saiz kopitiam. kena pergi sendiri ke tempat abg tu buat air dan tunjuk cawan putih tu. bukannya apa, dah beberapa kali minum kat sini, kalau cakap teh tarik kecik, diaorang masih bagi teh gelas kecik. sedangkan yg di inginkan ialah teh tarik cawan kopitiam. tak paham2 lagi diorang ni. patutnya 'service'lah pelanggan yg boleh dikategorikan "pelanggan setia" seorang ni. macam yg diwar-warkan oleh kepala kantor tempat tugasan semalam. kalau tak "service" pelanggan2 terutama orang2 perintah tu, nanti dikatakan tak pandai mengurus konsesi yg diberi. jadi bila tarikh tamat konsesi menjelang tiba, adalah alasan untuk diberi kepada pihak lain. makanan basi pun menjadi isu dalam sidang pemerintah. semuanya ada udang disebalik sambal tumis tu. (sedap sambal udang semalam tu, mem !)
Image hosted by Photobucket.com

nyaman sungguh teh tarik yg sedang2 aje manisnya dgn kandungan yg cukup2 untuk menghilangkan kegianan kepada teh tarik di pagi hari. kalau sebanyak gelas mug tu macam tak boleh pergi dah. ini pun dah rasa terlebih gula ni. nanti semut berkerumun kat tandas, sebab kencing yang sangat manis pula.

tapi kedamaian pagi digerai dicemari si pelayan pembawa roti canai. ada ker dia letak pinggan kuah di atas roti canai. ya...walau pun mmg menjadi kebiasaan gerai2 roti canai membuat amalan sedemikian, tapi memang menjadi kepantangan datuk nenek lah bila melihat benda tu. kenapalah dia nak letak pinggan kuah atas roti ? kenapa ? bersih ker tapak pinggan kuah tu ? roti panas2 yg baru dimasak di cemari oleh pinggan kuah. tak boleh ker sebelah tangan bawa pinggan roti dan sebelah lagi bawa pinggan kuah ? ni yg aku tak paham.

ni aku nak bagitau pada sesiapa yg baca pojok pagi ni, tolong bagitau sesiapa yg ada gerai roti canai tu hentikan lah amalan yg tidak sihat dan kurang kebersihan ini. JANGAN LETAK PINGGAN KUAH DI ATAS ROTI CANAI !

tolong bagitau kawan2 dan sampaikan kepada pengusaha gerai2 roti canai dan kedai2 mamak. suroh diorang bagitau kawan2 diorang, suroh kawan2 diorang bagitau kawan2 diorang, suroh kawan2 diorang bagitau kawan2 kawan2 kawan2 diorang.....

146295 | posted by saorangorang at 9:23 | 0 comments

Thursday, August 18, 2005

Lolong ..... utk seorang tikus di perantauan.

[layan]

ABDUL GAFAR ABDULLAH

Jembatan batu di sebelahku diam / Pancuran bambu kecil memercikkan air
Menghempas di atas batu hitam / Merintih menikam sepi pagi

Pucuk-pucuk cemara / Bergoyang-goyang / Diterpa angin dingin bukit ini
Seperti mengisyaratkan doa / Rahasia alam diam di sekitarnya

Di sini pun aku mencari Engkau / Setiap kali ku panggili namaMu
Namun selalu saja / Hanya gema suaraku / Yang terdengar rindu

Gadis manis duduk di sebelahku / Menyematkan kembang di saku bajuku
Dan bercerita tentang sepasang burung / Yang bercumbu di atas dahan

Tetapi sepi tetap bergayut di dada
Selalu ku teriakkan kata "Di mana?"
Tetapi rindu tetap bergayut di dada
Selalu ku teriakkan kata "Di mana?"

Ketika pulang aku turun ke kali / Dan berkaca di atas air
kulihat wajahku letih dan tua / Tapi aku berusaha tertawa

Anggap hidup hanya sandiwara / Yang kan berakhir segera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hidup ini kadang2 cepat berlari
hingga tak sempat mengungkap kata2
dan bagai tiada masa merenung diri
lemas dalam larian tikus.

146130 | posted by saorangorang at 18:05 | 1 comments

Wednesday, August 17, 2005

dialog kereta baru

king : ehh...engkau dah booking tak ?

aku : booking apa ?

king : booking kereta baru...emm-eye-see nak buat kereta tau...
sebab diorang tak dapat AP...

aku : haaa ? wahhh.....kereta apa tu ?

king : diorang nak buat kereta hybrid engkau tau... hybrid antara proton dgn perodua

aku : ya ker...wah..canggih gitu..apa nama dia.

king : hybrid Myvi dgn Savvy tau....diorang namakan My-Samy-vyy

aku : chesssss....

146042 | posted by saorangorang at 8:29 | 0 comments

Tuesday, August 16, 2005

monolog seorang pemandu

.
.
.
oiiiii apek, lu mau masuk simpang bagi signal laaa
ingat ini lu punya jalan kaaa...
suka hati mau pughi mana2 lu suka
haiyaaaa
.
..
isshhhh....
makcik niiiiiiiiiii
nak bawa slow, pakai laa lane kiri....
nak makan angin ker...
issshhhhhhh.
.
.
.
.
.
yennandey minachiiiii
apaaraaaaa
lu tak mau pergi kerja, duduk rumah laaaa
apa pasal kacau orang mau pergi kerja
orang mau cepat masuk office laaaa
chet....
.
.
..
alamak...
apa laaa datuk ni buat pagi2 nih....
kacau aje laaa
opppssss
sorry datuk....cucu tumpang lalu....
.
.
.
.
ooiiiiiii
mangkuk hayun
kalau tak mahu bagi signal, buang aje laa lampu signal tu....
hantu !
.
.
.

145998 | posted by saorangorang at 11:09 | 1 comments

Thursday, August 11, 2005

Tiada bing lagi...

siang itu surya berapi sinarnya
tiba-tiba redup langit gelap
hati yang bahagia tersentak seketika
malapetaka seakan menyelinap

menggelegar aku terima
kekasih berpulang 'tuk selamanya
hancur luluh rasa jiwa dan raga
tak percaya tapi nyata

kubersimpuh di sisi jasad membeku
doa tulus dan air mata
segala dosa kumohonkan ampunanNya
seakan terjawab dan kau terima

kapan lagi kita kan bercanda
kapan lagi bermanja ...
kapan lagi bernyanyi bersama lagi
kapan oh kapan lagi

tiada hari seindah dahulu lagi
tiada mungkin kembali
tiada nama seharum namamu lagi
tiada, tiada Bing lagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Entah kenapa setiap kali mendengar berita kematian, lagu BING ini seakan bermain2 di telinga.

Begitu yg terjadi bila masuk satu email ttg kematian seorang rakan sekerja. Walau tidak dikenal secara peribadi, tapi mungkin sahabat taulan rapat akan merasa kehilangan beliau.

Lagu ini di cipta oleh Titiek Puspa di dalam pesawat dlm masa setengah jam, bila mendengar berita kematian Bing Slamet seperti yg diceritakan beliau seperti berikut :

"Lagu Bing (tercipta tahun 1973), berkisah tentang kedekatan hati dan persahabatannya dengan Bing Slamet. Artis komedi dan penyanyi serba bisa yang sudah menjadi pujaan hatinya sejak lama tiba-tiba dikabarkan meninggal dunia. Berita kematian Bing sampai ke telinga Titiek seperti petir menggelegar di siang hari. Sayang Titiek tak bisa menghadiri pemakaman sahabat yang memikat hatinya sebab harus mengadakan pertunjukan ke Singkep, Riau.

Jadilah lagu Bing tercipta di dalam pesawat dalam waktu setengah jam namun sudah dengan mata basah penuh linangan air mata. Lagu itu didedikasikan Titiek kepada sahabat yang sudah diidolakannya saat memenangkan juara dua lomba menyanyi RRI Semarang, tahun 1954. Ceritanya, ketika berlangsung penyerahan hadiah, pembawa acara bertanya pada Titiek apa cita-citanya, dijawab sekenanya, ingin berkenalan dengan Bing Slamet. Bing adalah teman, sahabat, dan guru entertainer yang serba bisa bagi Titiek."

al-fatihah buat teman sekerja.

145809 | posted by saorangorang at 9:16 | 1 comments

Wednesday, August 3, 2005

Donnobad

Thursday, July 28, 2005 4:35 PM

Dear all,

It's time for me to depart.

Your assistance and cooperation during the course of my assignment here are very much appreciated, and I would like to take this opportunity to extend my heartfelt thanks to everybody concerned.

I also would like to apologise for any remarks, comments, or untoward behaviour that may have offended anybody. Please be assured that those were not intentional, and as the saying goes, “to err is human”.

For the past few months, I have learned a lot from working with everybody here, and this will certainly enrich my experience, both professionally and personally. And I will always cherish the memories of Bangladesh.

I hope to come to work here again, if there’s an opportunity. May we all meet again, Insya Allah.

Donnobad !

banglabhai.

145520 | posted by saorangorang at 8:34 | 0 comments