home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Sunday, September 25, 2005

siapa yg kuasa ?

dimana kekuatan tentera ?
dimana kekuatan senjata ?
dimana kekayaan harta benda ?

Image hosted by Photobucket.com

disisiNya segala kekuatan senjata di dunia
tidak lebih dari sarang labah2

disisiNya segala kekayaan dunia
tidak bernilai lebih dari sebelah kepak nyamuk

jika bernilai lebih dari itu, nescaya tidak diberi seteguk air kepada orang tidak beriman !

147832 | posted by saorangorang at 11:12 | 1 comments

Thursday, September 22, 2005

dah tenguk ker ?

"dah tenguk dekat tempat pasport ?"

"tak jumpa ker lagi pasport awak ? kan awak dah ambik dulu ?"

"emmm...tak de lah "

...

"dah tenguk tempat pasport ?"

"isshhhh....tenguk laa sendiri !"

......

"dah tenguk tempat simpan pasport ?"

"i give you the pleasure to look for yourself !'

................................

"dah tenguk betul2 ker belum ?????"

147715 | posted by saorangorang at 21:47 | 2 comments

Sunday, September 18, 2005

Laksa dan Mee Kari di Bkt Dukung.

Apalah maknanya Laksa yg tiada kemasaman nya dan Mee kari yg tiada kepedasan nya ?

Disulami pula penyanyi tak di undang yg bagai kemaruk nak memperdengarkan suara yg tiada tempo dan kurang lemak masin. Mungkin dia kempunan tak dapat masuk rancangan2 realiti TV.

Mujur juga ada lagu misteri nih...

Misteri Cinta

Sohaimi Mior Hassan

Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada disisi

Bagaimana harusku
Huraikan dengan kata
Misteri Cinta
Kerna tuhan saja yang tahu jawapannya.....

Andainya aku mampu
Gambarkan pada mu
Andainya aku mampu
Bercerita....

Akan kulukis sebuah lukisan
Dan ku tulis novel cinta
Kau dan aku

Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta sucimu

147478 | posted by saorangorang at 7:53 | 1 comments

Thursday, September 15, 2005

di dini hari (Selasa 02:15 am)

ketukan dipintu mengejutkan aku dari lena di ulit mimpi.
dalam mamai antara tidur dan jaga aku mengangkat kepala.
"siapa tu ? "

"abang lelah"...sahut uda di balik pintu.

"ya.." jawap ku sambil bingkas bangun menuju ke pintu.

di biliknya, angah sedang berhempas pulas menarik nafas sambil batuk2 yg berkahak keras bunyinya.

"pergilah ludah kahak tu...dan hembuskan hidung tu sekali" kerah ku utk mengurangkan beban yg ditanggung nya.

setelah kembali dari bilik air, dia seperti itu juga yg kelihatan sangat seksa utk bernafas.

aku usap kepalanya, sambil tertanya2 didalam hati, apa yg patut aku lakukan lagi ?

si uda hanya memerhati. abang yg selalu jadi teman bergaduh dan bergurau sedang dalam kesakitan.

aku ambil segelas air lalu membacakan Ummul Kitab sambil duduk di sebelah si abang.

"nah minum...habiskan" aku hulurkan gelas dgn harapan semuga reda lelah yg ditanggung nya.

setelah baring semula, mata tak boleh lelap. aku kuis mem di sebelah, "teruk angah tu, tapi nak hantar kemana ? klinik mmg dah tutup nih.."

mem pula bangun dan kebilik si abang. aku ke bilik air.

"jom lah bang, hantar dia ke hospital" gesa mem.

"ok.. kita ke hospital kajang la "

pagi yg buta dan hening diredah utk menuju ke hospital kajang.

shuttle seperti melayang2 di lebuhraya grand saga meluncur laju tanpa persaingan yg nyata. ya laa...siapa pulak nak berlumba di pagi2 buta ni.

lima minit kemudian tibalah di bahagian kecemasan hospital kajang.

setelah mendaftar di kaunter masuk, angah disuroh masuk ke tempat rawatan asma.

terdapat beberapa kerusi rawatan menanti di bilik. angah di minta duduk sementara pembantu perubatan menyiapkan nebulizer utk rawatan.

irama dari radio era memecahkan kesunyian suasana dini hari. mengantuk yg tak dapat ditahan2 lagi terus dilayan walaupun sambil duduk dikerusi plastik.

alangkah enaknya jika dapat menumpang katil hospital. kuatir disilap tafsir sebagai pesakit kecemasan membantutkan keinginan berbaring disitu.

setelah terlelap terjaga beberapa kali dikerusi, selesailah rawatan angah bila dia keluar dari bilik doktor dgn bekalan ubat di tangan mem.

nikmat sungguh meredah grand saga dgn full blast dipagi hari tanpa kerisauan nombor kereta di 'candid camera' kan.

nikmat sungguh2 bila dapat sambung tidur walaupun sebentar sementara menanti suboh.

dan terlalu nikmat bila melihat angah dapat bernafas seperti sedia kala. alhamdulillah...

147339 | posted by saorangorang at 11:42 | 0 comments

Wednesday, September 7, 2005

Bahasa berbunga2 .

Ada orang suka berbunga2 bahasanya. Ada juga yg mahu terus kepada maksud yang ingin disampaikan.

Kalau ya, katakan ya, kalau tidak katakan tidak.
Yes or No.
Kosong atau Satu.

Kata mereka tak payahlah nak berpusing2 cakap, bertamsil2 dan berbunga2.

Jika ditanya " Jadi ke pergi seminar esuk ? "

Tak payah lah jawap begini "Tak nampak jalan laa"

Nanti akan dijawap " So...jadi pergi ke tidak ? "

Kenalah jawap lagi "Tak nampak jalan tu, tak pergi laa jawapannya "

Bagaimana yaa...kalau semuanya berkomunikasi tanpa berbunga2 bahasa atau berbasa basi lagi ?

Bahasa memang memainkan peranan penting dalam perhubungan sesama manusia. Bahasa berbunga2 rasanya menceriakan lagi hubungan. Boleh mengurangkan tekanan dan ketegangan saraf dalam menghadapi masalah2 dunia.

Tapi, mungkin kesibukan sehari2an menjadikan kita sudah tidak ada masa untuk berbahasa2 sesama kita.

So...my dear, straight to the point !

146914 | posted by saorangorang at 8:29 | 0 comments