home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Monday, January 30, 2006

TAK TAHAN LAGI

tak tahan lagi ingin bertemu
berjuta kata ingin ku ucap
slama kau pergi tak ada lagi
teman dalam sepiku
bulan mendekap wajah yang muram
serpihan rindu ingin ku sapu
sepi ku hilang saat kau hadir
menepis semua gundah
bisakah engkau menundukan wajah
coba berfikir dari sisi aku
pernahkah engkau merasakan rindu
sampai mengigil seperti ku kini
jarak membentang tak urungkan niat
menanti kekasih setianya aku

151436 | posted by saorangorang at 14:26 | 1 comments

Thursday, January 26, 2006

Blessing in disguise

House without women equivalent to messy and disorder. At least that’s what I felt.

With bibik have to be send home because of her sickness and Mem out of the country, I have to juggle between things to keep the house in order. Thanks to my 1 year "husband-ry" course cum MBA (Master Bela Anak).

Most of the time is spend in ensuring the children school's needs. From their schools cloths in the morning, rights up to homework and tuition classes in the evening. And then there were the school bags that need to be ready for tomorrow's lesson.

My children, most of the time they were the obedient lot. But sometimes they need a lot of persuasion.

And it seems there were no time left for house cleaning and to put the house back in order. Maybe I have to schedule that for weekend.

One of the things that worry me is what to prepare for food. What to prepare for the children lunchbox? What’s for lunch? And how about dinner?

Thank goodness, my mother just live next door. She agrees to look after her grandchildren while I'm at work. Since Along and Angah did not have overlap time in the house, an adult have to be there for Tina.

Since mum has to be at my house in the morning till around 2:00 pm (that is when Along comes back from school), mum cooks at my house. She then brings back some meals to her house for dinner. Now I can rest assure that the children will have lunch with their grandmother or persuade to have lunch by her.

During normal days, I rarely have the opportunity to have my mother's homecook meal despite the fact that she just live nextdoor. So during this turbulent time, how good to have my mother's homecook meal again.

151364 | posted by saorangorang at 0:57 | 0 comments

Tuesday, January 24, 2006

tak payah cuit lah.

mereka yg sembahyang jemaah secara masbuk selalu mencuit bahu orang yg mahu mereka imami.

tapi perlu kah begitu ?

**********************************************
Tajuk: Makmum Terlewat

Soalan:

Saya adalah makmum masbuk ( makmun yg terlewat)sedang saya meneruskan rakaat yg tertinggal, tiba2 ada makmun lain yg lagi lewat datang dan mencuit bahu saya sbg isyarat saya sebagai iman kepadanya. Soalannya,apa yg perlu saya buat,sedangkan masa itu saya meneruskan rakaat yg tertinggal sbg makmun td,apakah perlu saya berniat pula sgb Iman dan bagaimanakah caranya?
Terima kasih.

Jawapan:

Menjadikan seseorang yg menghabiskan baki sembahyangnya yg asalnya adalah makmum masbuk adalah sah tetapi janganlah dicuit akan orang yg mahu dibuat imam itu kerana tidak ada perintah cuit dalam masalah ini.
Dan yg dijadikan imam pula sunat ia berniat sebagai imam supaya mendapat pahala berjamaah.

**********************************************

kalau dah berdiri sebelah kanan orang yg nak di imami tu, tak payah la nak cuit2 lagi. dah tau laa yg awak tu nak jadi makmum !

~

151342 | posted by saorangorang at 14:22 | 0 comments

penyesuaian berlaku bila rentak biasa di ganggu.

anak2 yg dulu tahu duduk2 dan melepak sahaja sudah pandai basuh kain baju. boleh diharap untuk membuang sampah. juga boleh basuh pinggan.

aku yg jarang ke dapur, musti kerap kesana. mengemas rumah yg disemakkan oleh si kenit. pastikan anak2 buat kerja sekolah. pastikan beg sekolah disediakan setiap malam. pastikan baju anak2 disediakan untuk dipakai esuk hari.

kalau dulu ada orang yg menguruskan semua tu, bila dah takda semuanya kena diuruskan sendiri.

dan dgn sedikit penerangan, anak2 paham situasi yg menggangu kebiasaan hidup mereka. dan mereka nampaknya sedia melakukan penyesuaian.

151341 | posted by saorangorang at 13:08 | 0 comments

Monday, January 23, 2006

kalau dah tahu penyakit, mengapa tidak mengambil ubat ? apa guna diulang2 cerita sakit. ulang2kanlah cara mengubat.

Kita masih terlena
dibuai mimpi indah
merasa ini tanah kita
tinggalan moyang tanah pusaka

Kita masih bermimpi
berkahwin dgn bidadari
duduk di syurga duniawi
tanpa ragu dan bimbang dihati

Kita masih khayal
tertipu dengan janji
yg kita punya suara
ditanah pusaka bonda

Kita masih berangan
kekuatan bangsa tunggak pertahanan
untuk kekal hak dibumi tercinta
takkan melayu hilang didunia

Kita masih terlupa
semua yg ada pinjaman semata
hanya agama benteng utama
berjaya dunia dan selama2nya

151293 | posted by saorangorang at 0:21 | 0 comments

Friday, January 20, 2006

To Moral police. Achtung !

We don't need no education
We dont need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! Teachers! Leave them kids alone!
All in all it's just another brick in the wall.
All in all you're just another brick in the wall.


Biarkan.
Jgn kacau2.
Kalau diorang nak terlingkup ker... biarkan biarkan
Kalau diorang nak mabuk ker....biarkan biarkan
Kalau diorang nak beromen ker....biarkan biarkan
Kalau diorang nak peluk2 ker.... biarkan biarkan
Kalau diorang nak main ker...biarkan biarkan...
Susah sangat kita join laa sekaki... ok kan ?...ok kan ?

Kalau bergegar bumi pun.
Kalau datang tsunami pun
Kalau ditimpa dunung pun ...paling teruk mati
Biarkan...biarkan....

hahahahah.....

151254 | posted by saorangorang at 16:05 | 0 comments

To snoopeng and skodeng squad. Achtung !

awas kamu.

jgn cuba nak skodeng
biarkan apa yg aku buat, aku punya suka laaa
tubuh badan aku sendiri, aku punya suka laaa
aku nak berpeluk ke...bercium ker nak beromen kee, lantak aku laaa
jgn cuba nak mengintip2

awas kamu

jgn cuba jaga tepi kain aku
ini diri aku, aku punya suka laaa
engkau jaga hal engkau, aku jaga hal aku

awas kamu

jgn masuk campur hal aku
macamana aku nak berpakaian, aku punya suka laaa
apa aku nak makan nak minum, aku punya suka laaa
aku nak tunggang langgang ker, aku punya suka laaa

awas kamu

jangan cuba nak snoopeng
dengan siapa aku nak berkawan, apa engkau ambil peduli ?
jangan cuba nak korek2
apa aku buat semua hal aku sendiri,engkau jangan masuk campur
kalau aku rasa perlu, nanti aku bagitau, kalau rasa tak perlu, engkau jgn nak sibuk ambil tahu.

tak payah laaa nak sibuk2
nak nasihat dan bertazkirah
ini negara aku yg bebas merdeka
aku bebas buat apa saja aku suka

hahaha...

151252 | posted by saorangorang at 15:15 | 0 comments

Me and the curry.

Pagi ni singgah di kedai sebelah bangunan UDA Jln Pantai Baharu untuk sarapan. Disinilah salah satu tempat yg sedap masakannya.


Map of This Spot


Antara menu pagi ialah Nasi Lemak, Roti Canai, Roti Jala serta berbagai jenis mee seperti Mee Kari, Mee Rebus dan Mee Sup. Siapa yg suka masakan utara, tentu suka masakan disini.

Mee Kari yg menjadi sarapan pagi ni memang sedap sungguh. Karinya terasa sangat, dengan bahan2 sampingan spt kerang, fish cake, fish ball dan lain-lain. Taugeh nya yg garing. Cili merah potong. wohhh....dangan sedikit sambal diatasnya. Sedap beb...

Memang heavy-metal betul mee kari ni untuk sarapan pagi kalau difikirkan. Tapi kerana tak dapat makan mee lewat malam semalam, pagi pun pagi la...berat pun berat laa...

Mari-mari....No worry! No hurry! Eat curry with mee!

151241 | posted by saorangorang at 8:30 | 0 comments

Thursday, January 19, 2006

Sungai mengalir lesu

Angin pagi menyelinap ke tangan dan kaki hingga terasa tembus hingga ke tulang temulang. Indah dan segar suasana pagi hari. Sungguh indah jika berpagi2 begini. Singgah sebentar di gerai di tebing Sungai Kelang.

Air di Sungai Kelang mengalir dgn perlahan. Tanpa ada keresahan untuk berkejar2 kehilir. Bukan sepertinya penghuni hutan batu yang saban pagi berlumba2 ke destinasi. Tapi sayang kejernihannya yg dulu telah hilang. Hilang bersama kerakusan rakyat hutan batu mengejar kemajuan materialistik tanpa menghiraukan alam. Segala kotoran dibuang di sungai. Segala bahan buangan dibuang di sungai. Apa peduli pada sungai asalkan rumah aku bersih. Apa peduli pada sungai asal kilang dapat beroperasi. Apa peduli pada sungai asal dapat hidup dan cari makan.

Indah sungguh dulu bila bermandi manda di Sungai Gombak sambil mengejar anak2 ikan bersama kawan2. Bila agaknya dapat kembali ke keadaan itu. Tentu masa itu, melihat air sungai mengalir akan menjadi sumber ketenangan kepada warga hutan batu .

Apa dah jadi dengan kempen CINTAILAH SUNGAI KITA ?

151217 | posted by saorangorang at 13:12 | 3 comments

Wednesday, January 18, 2006

Ingat memperingati

Manusia ini pelupa.

Kata yg berulang2 mungkin dapat mengukuhkan ingatan
Latihtubi berulang2 mungkin dapat mengukuhkan pemahaman

Orang yg mengingatkan kita kepada sesuatu perkara patut kita hargai, apatah lagi bila kita sering terlupa.

Kita tak marah bila orang ingatkan kita untuk;

bayar bil
pergi makan kenduri
bayar saman
perbaharui lesen

Tapi kenapa nak marah bila orang ingatkan kita untuk;

sembahyang jemaah
baca Quran
zikir pagi petang
ziarah menziarahi
banyakkan masa di masjid
siap bekal untuk mati

Nak tunggu malaikat datang ingatkan kita dah sampai masa nak tinggalkan dunia ?

151172 | posted by saorangorang at 8:44 | 0 comments

Saturday, January 14, 2006

Orang Melaka sungguh suka bergurau.
Kalau orang lain mendengar, bunyinya bagaikan orang yg mahu bergaduh.
Tidak kira tempat. Walaupun di tanah kubur.

Mungkin gurau senda begitu dapat meredakan kesayuan orang yg kematian ahli keluarga dan melarikan perhatian mereka sebentar dari kisah sedih ditinggalkan yang tersayang.

Lahabau engkau.

151116 | posted by saorangorang at 23:16 | 0 comments

Thursday, January 12, 2006

Basic Needs

ihsan INTERNET
Image hosted by Photobucket.com

151080 | posted by saorangorang at 9:41 | 0 comments