home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Wednesday, October 25, 2006

'Eid Mubarak

selesai sudah Ramadhan Kareem.

tiba pula Syawal, hari fitrah. hari manusia kembali kepada fitrah.

Day 6:45 am
kononnya nak bersolat 'Eid Fitr di masjid terdekat. tapi tak berhasil. undangan ke rumah datuk berat untuk di tunaikan, kerana tugas yg menanti di pejabat. sebab tu lah kononnya nak bersama orang tempatan bersembahyang raya.tapi kalau dah lambat turun, mana nak sempat bersolat. diorang solat jam 6 - 6:30 rupanya. awal betul !
setelah berpusing2 mencari masjid, akhirnya balik semula ke rumah dan call kawan2 yg nak ke rumah datuk.

8:15 am
sampai ke kediaman datuk ambasador. eluk2 duduk aje, datuk bangun dan announce utk solat raya dimulakan dgn di imamkan oleh ust hassan. datuk sendiri jadi khatib nyer. antara peringatan yg diberi :=

menyambut aidilfitri ialah menyambut hari kembali kepada fitrah !

menangis dan ketawa.
semasa bayi di lahirkan, dia akan menangis, sementara kaum keluarga yg menunggu kelahiran, ketawa dan gembira menyambut kelahiran bayi.

setelah sampai masa, setiap orang akan kembali kepada Allah - mati. maka di ketika semua kaum keluarga menangisi pemergian kita, kita perlu usahakan kita gembira dan tersenyum pada waktu itu.

semasa di lahirkan bayi menangis, kerana akan menghadapi dunia baru yg banyak dugaan dan pancaroba. sementara orang lain gembira kerana menyambut ahli keluarga baru.

semasa mati, kita berharap dapat gembira dan suka sementara orang lain menangisi pemergian kita. orang mati hanya akan gembira bila ada persiapan utk menghadapi alam barzakh - alam kubur dan alam akhirat, kerana di saat kematian akan ditunjukkan dimanakah tempat akhirnya. jika cukup bekalan dgn iman dan amal, maka balasan baiklah yg menunggu. dan usaha untuk iman dan amal, hanyalah semasa kehidupan di dunia ini.

11:00 am
sampai di pejabat. staf IT telah mula menjalankan kerja2 penaiktarafan sistem seperti yang dirancang.

11:00 pm
masih di pejabat. nampak gaya, kerja2 berterusan hingga pagi esuk. sekejap2 tidur dibangku dan sofa.

4:00 am
ramai yg nak puasa esuknya. ada juga yg ingat nak balik makan sahur. tapi nampak gaya tak sempat. dr tidak memberi gambaran untuk berhenti kerja lagi.

teringat kat tamar di pantry. panggil ahmad2 yg nak puasa tu, bersahur dgn kurma dan jus oren.

6:00 am
baring di sebelah cubicle. sempatlah 2 jam lelap, sebelum di panggil utk meeting.

10:30 am
akhirnya, dr & the team balik, sementara backup dan 'end of day processing' di jalankan dgn janji akan kembalik ke pejabat jam 6:30 pm.

157018 | posted by saorangorang at 5:35 | 0 comments

Thursday, October 5, 2006

تىدك دىسغت 2 كلى

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين"

Maksudnya: "Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama."

156984 | posted by saorangorang at 3:45 | 0 comments

Wednesday, October 4, 2006

Kuliah dalam khemah - 10 Ramadhan 1427






sedang menunggu waktu iftar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malaikat tiada nafsu, sentiasa taat kepada Allah s.w.t
Binatang punya nafsu, tetapi tiada akal.
Manusia mulia sebab ada akal dan nafsu.

Dan walaupun membuat kacau bilau kerosakan di dunia, tetapi di pilih Allah utk jadi khalifah di dunia ini. Semua malaikat di perintah sujud pada Nabi Adam. Bila ditanya malaikat, mengapa manusia yg akan membuat kacau bilau dipilih untuk jadi khalifah di dunia ini, maka diberitahu, Allah maha mengetahui apa yg malaikat tak tahu.

Kerana punya akal, manusia diberi pilihan samada untuk memilih yg baik atau yg burok. Allah tidak jadikan neraka utk menyeksa manusia. Tetapi sebagai peringatan kepada manusia yg tidak mahu mengikut jalan yg benar.

Amalan yg ikhlas di terima Allah. Ikhlas datang dari hati. Hati terdiri dari beberapa jenis yakni:=

Hati yg salim - qalbun salim
Hati yg sakit - qalbun maridh
Hati yg mati - qalbun mayyit

Antara sifat hati yg salim ialah:=

Tiada syirik pd Allah
Tiada bidaah2
Kurang shahwat
Kurang ghaflah
?

Photobucket - Video and Image Hosting

156963 | posted by saorangorang at 4:40 | 0 comments

Tuesday, October 3, 2006

Kuliah dalam khemah

11 Ramadhan 1427.
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas bahwa Rasulullah ketika ditanya tentang dosa-dosa besar, beliau menjawab:
"Yaitu: syirik kepada Allah, putus asa dari rahmat Allah, dan merasa aman dari murka Allah.

Abdurrazzaq meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

"Dosa-dosa besar yang paling besar ialah syirik kepada Allah, merasa aman dari siksa Allah, berputus harapan dari rahmat Allah dan berputus asa dari pertolongan Allah."

156955 | posted by saorangorang at 11:43 | 0 comments

Sunday, October 1, 2006

Peperiksaan, Ujian dan Penilaian.

[untuk penyejuk mataku : semuga berjaya dalam PMR 2006]

Apa bezanya yer ?

Ujian ? Penilaian ? Peperiksaan ?

Pada dasarnya semuanya menguji pemahaman mengenai sesuatu.

Penilaian Menengah Rendah yg bermula esuk juga adalah peperiksaan yg menguji dan menilai pemahaman pelajaran yg diberi sejak menengah 1 hingga menengah 3. Dan seterusnya peperiksaan2 yg akan dilalui oleh pelajar2 di Malaya spt SPM, SPM/Pre-U/Matrikulasi, Sarjana Muda dan seterusnya.

Tetapi peperiksaan juga mengingatkan kita kepada 2 perkara.

1. Dunia ini ujian.
Orang bijak pandai berkata dunia ini sendiri adalah ujian kepada manusia. Sedar tak sedar semua kita diuji.

Ada yg yg diuji dgn senang sementara yg lain diuji dgn susah.
Ada yg diuji dgn kekayaan manakala yg lain di uji dgn kemiskinan.
Ada yg diuji dgn pangkat kuasa sementara ramai yg lain diuji sebagai pengikut biasa.

Orang yg berjaya bukanlah yg kaya raya atau sentiasa senang hidupnya mahupun yg punya pangkat dan kuasa.
Orang yg gagal pula bukanlah yg miskin papa kedana atau hidup sentiasa dirundung mala petaka atau tiada apa2 kedudukan dikalangan manusia.

Orang yg berjaya ialah mereka yg walaupun apa keadaannya didunia ini, samada miskin atau kaya, senang atau susah dan berpangkat berkuasa atau hanya rakyat marhaen biasa sahaja, tetapi sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah swt dan sentiasa berada didalam tariqah Rasulullah s.a.w.

Segala keadaan yg berlaku kepada manusia, itulah ujian kehidupan yg perlu dilalui.

2. Ujian di dunia, keputusannya di akhirat.
Seperti mana kita menduduki peperiksaan2 disekolah atau Universiti, keputusannya hanya diketahui kemudian, begitu jugalah ujian Allah didunia ini. Keputusan kita berjaya atau gagal hanya akan kita ketahui di alam selepas alam dunia ini.

Dan ketika di dewan peperiksaan/ujian/penilaian, setiap calun diberi kertas soalan dan kertas jawapan. Setiap calun bebas untuk menulis apa sahaja di kertas jawapan. Samada dia menjawap seperti yg dikehendaki di kertas soalan atau dia tidak menjawap mengikut kehendak soalan atau dia hendak melukis gambar burung & gunung ganang atau dia mahu membiarkan kertas jawapan nya kosong sahaja, tiada siapa yg akan melarang.

Apabila masa yg diberi telah tamat, semua calun perlu berhenti menulis dan kertas jawapan diserahkan.

Apabila keputusan peperiksaan telah diperolehi, maka masing2 akan tahu kedudukan. Apakah agaknya keputusan yg akan diperolehi oleh orang yg menjawap mengikut kehendak soalan ? Apa pula keputusan yg akan diperolehi oleh orang yg menjawap tidak mengikut kehendak soala ? Apatah lagi keputusan yg bakal diperolehi oleh orang yg hanya melukis gambar2 pada kertas jawapan atau membiarkan lansung kertas jawapan kosong ?

Rasanya semua pasti mengetahui keputusan yg bakal diperolehi oleh calun2 peperiksaan yg menjawap seperti keadaan2 diatas.

Begitulah kita didunia ini. Semua orang diuji di dunia. Dan masing2 diberi masa yg tertentu. Tiada siapa dapat mengawal kita dari membuat apa sahaja keatas kehidupan kita. Orang lain hanya dapat mengajar, menasihati, ingat dan memperingati. Tiada siapa dapat mengawal pergerakan kita.

Tetapi bila telah tamat masa yg diberi, maka kita akan berangkat dari alam dunia ini.

Dan keputusan ujian akan diberi kepada kita.

Dan jika kita semua mahu berjaya dalam peperiksaan2 di alam persekolahan dan kehidupan di dunia ini, bagaimana dgn keputusan di akhirat ? Sudah tentu semuanya mahukan kejayaan !

Seperti seronoknya kita bila mendapat keputusan cemerlang peperiksaan anak2 atau diri sendiri, sudah tentu seribu sejuta kali seronok jika mendapat keputusan kejayaan hakiki di akhirat, yakni keampunan ilahi dan keredhaan Nya.

Itulah doa kita di Ramadhan ini. Memohon keredhaan Allah dan syurga serta memohon di jauhkan dari Neraka.

untuk penyejuk mataku:
All the best to you. Mulakan dgn بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Muga diterangkan hati dan dimudahkan menjawap !

156927 | posted by saorangorang at 23:59 | 0 comments