|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Sentul kembali di persada media perdana.
~ satu ~
jika berhasil kisah BOTAK difilemkan, gah lah orang Sentul. 'backyard' masuk panggung oooooo... tak kisah lah 'for whatever reason' sekali pun.
dan kalau kisah dia bersekolah pun masuk dalam filem tu, bekas2 pelajar MBS Sentul tentu teruja juga ! walau pun tidak dapat di sahkan kebenaran nya, mengikut sumber 'Ah Long' si penjual sayur semasa di stinggarden dulu, Botak Chin adalah ex-student di situ. siapa yg pernah bersekolah dan kenal MBS Sentul era 70 an tentu tidak dapat menafikan kemungkinan itu.
~ dua ~
sesiapa yg dah lama tak melawat Sentul terutama di Bandar Baru Sentul dan Datu Senu akan nampak perubahan. kawasan antara Bandar Baru dan Datu Senu sudah terang. rumah panjang dan lain2 sudah dirobohkan.
Bandar Baru Sentul dan Datu Senu adalah antara kawasan yg dibangunkan di atas tanah lombong bekas stinggarden.
tetapi bekas rumah emak nampaknye masih tidak terusik walau sudah ditinggalkan lebih 2 dekad. masih ada lagi peneroka2 bandar yg gigih mempertahankan hak, perjuangan masih diteruskan walau pun sudah beberapa kali keluar masuk penjara dan mahkamah. kebanyakan penerima tawaran pemindahan yg dahulu di tempatkan di Flat di Dato Senu. sesiapa yg melihat kemudahan dan persekitaran flat tersebut tentu akan kata lebih baik duduk dirumah setinggan. tawaran pemindahan yg lebih baik mungkin akan menyelesaikan pertikaian yg telah berpanjangan berdekad2 lamanya.
Rindu datang lagi bila kesepian sendiri
Memalingkan dari yg lain mematahkan tingkah liaran terbantut nasfu serakahan
terimbau jalan2 kenangan terbayang cerita2 kita segala patah bicara mu segala lenguk langkah mu
hilang semua galau hati bila rindu menyelami tiada lain yg dipinta tiada mau bicara
hanya bayangmu menjelma tiada lain tiada perlu yg lain !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ mungkin ini bicara hati masa mula bertemu anggap saja dinyanyikan dua dekad lalu !
Kasidah Cinta Dhani Manaf
kujatuh cinta kepadamu saat pertama bertemu salahkah bilaku terlalu mencintai dirimu yg tak mungkin mencintai aku
(oh Tuhan tolong ) aku langsung jatuh cinta kepadamu cinta pada pandangan pertama cinta yg bisa mengubah jalan hidupku jadi lebih berarti
oh mungkin hanya keajaiban Tuhan yg bisa jadikan hamba-Nya yg cantik menjadi milikku
aku bukanlah laki2 yg mudah jatuh hatinya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ aduhhhhhhh aku jatuh cinta kepada mu !
lagi dan lagi dan lagi dan lagi.....
hingga tiada lagi.....
..
isu yg sensitif bagi orang perempuan tapi selalu menjadi bahan jenaka dan bualan orang lelaki. perkara yg dibenarkan oleh agama, tetapi sangat di benci oleh orang perempuan.
siapa yg suka berkongsi ! itu hujah yg diberi orang perempuan. bila dibangkitkan perkara ini, pertanyaan yg sering ditanya 'apa kurangnya saya ?'
mulalah terasa dikhianati dan tidak lagi dicintai.
mana pergi kasih sayang semasa bercinta dulu ? mana pergi janji sehidup semati ?
yg berpatah arang sanggup minta di lepaskan, hilang sudah keinginan bersama.
tetapi lelaki tetap mempertahankan hak sebagai lelaki.
boleh pasang hingga empat buka cawangan merata tempat
peduli apa perasaan orang yg menjadi teman setilam sebantal. peduli apa perasaan orang yg susah payah bersama bertahun2 lamanya.
alahai .....ikut perasaan sangat orang perempuan ni. dah memang lelaki sifatnya dikongsikan, kongsi aje lah.
kemana pergi agaknya kasih sayang yg mula2 ?
kenapa agaknya mahu bercinta lagi setelah berkahwin ? bukan cinta ? oooo..kalau bukan cinta, kahwin kerana nafsu ker ?
mahu membantu ? nak membantu kaum perempuan yg masih membujang ker atau membantu si awang kenit sendiri yg sentiasa mengaruk2 tak tentu arah tak pernah cukup ?
yg buat orang sakit hati, nikah sembunyi2. tak gentleman lansung ! lepas tu, cakap semua putar alam nak sembunyikan dari anak isteri. tak ke keciwa bila isteri dapat tahu ? keciwa di tipu hidup2 lebih parah rasanya dari di madukan. orang lain lebih tahu dulu dari keluarga sendiri. tak patut lansung. kalau betul2 LELAKI, cakap aje lah terus terang.
dan paling malang, selepas teruskan hasrat dgn segala macam alasan, lupa pula pada tanggungjawap pada keluarga pertama ! bengung apa ? memang mangkuk hayun betul. nampak macam orang beragama, kupiah tak lepas dari kepala serta berjubah dan berserban, tapi perangai menyebabkan orang pandang buruk. itu ker yg nak dijadikan pedoman buat orang lain ? buat malu kaum aje !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota :
Nabi s.a.w hanya berkahwin lain setelah Khadijah r.ha wafat.
Ali r.a hanya berkahwin lain setelah Fatimah r.ha wafat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s ini bukan cerita anti atau menolak ketentuan yg di tetapkan agama. segala apa ketetapan agama adalah kebaikan untuk semua umat, walaupun hati dan perasaan kita tidak menyukainya. Hanya Allah yg tahu apa yg baik untuk manusia ! manusia sahaja yg tak pernah mahu mengkaji dgn cahaya ilahi. cuma selalu bercakap ikut sedap hati !
musim sejuk sudah tiba !
kelmarin hujan turun waktu petang. kita yg tak pernah nampak hujan di sini sejak 4 bulan lalu sampai keluar office nak rasa air hujan.
dan semalam, hujan seperti yg biasa melanda Kuala Lumpur, lebat sungguh. sejak dari mlm nya dah bunyi guruh berdentam dentum serta kilat sabung menyabung.
dan suhu telah turun mendadak... semlm 15 darjah berbanding dulu2 sampai mencecah 40 darjah. masa ni lah baru teringat, terlupa nak pack baju sejuk, sweater ker, long-john ker masa balik tempoh hari.
banyak yg terlupa sebenarnya...bila nak pakai baru teringat. macam bekas makanan utk bawa bekal ke office tu. mmg dah beriya2 nak bawa balik utk di gunakan disini. tapi itu pun terlupa.... orang balik sekali sekala. tentu sibuk tak terkira.
|