|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Pasar Geylang Serai di tutup mulai semalam untuk pembangunan semula kawasan berkenaan. Bangunan baru di tapak asal dijangka siap pada 2008. Penjaja Pasar Geylang Serai akan beroperasi di tapak sementara dekat Stesen MRT Paya Lebar.
Sesiapa yg ke Kota Singa terutama bulan Ramadhan tentu pernah merasa kemeriahan disitu. Kemeriahan terasa terutama di malam sebelum Hari Raya dimana peniaga akan melelong barangan jualan dgn harga murah.
Dari kunjungan pertama di tahun 1989 dulu bila di bawa mem menjelajah Temasik, memang terasa disitulah tumpuan orang2 melayu. Banyak makanan melayu disitu. Segala macam keperluan orang melayu boleh didapati disitu dan Komplex Joo Chiat yg berdekatan.
Sempat juga ke Tanjung Katong Complex yg berdekatan.
Tetapi walaupun dicari2, tapi tidak pula ketemu air biru dimana2 seperti bait2 lagu Di Tanjung Katong.
Dan bukan bait Geylang si Paku Geylang yg terbayang semasa di kawasan ini, tetapi bait2 Tanjung Katong yg lebih terkesan.
Di Tanjung Katong airnya biru Di situ lah tempat mencuci mata Duduk sekampung lagikan rindu Kononlah pula nun jauh di mata.
Kalau tidak kelapa puan Tidak puan kelapa bali Harap2 pada puan Kalau tak puan siapa lagi !
Kiri jalan kanan pun jalan Ditengah pohon melati Kirim jangan pesan pun jangan Kalau lah rindu datang sendiri
Putik pauh delima batu Gengam didalam tangan Puan jauh berbatu2 Hilang di mata dihati jangan
Marah kepada penghina Nabi ?
Siapa yg lebih menghina Nabi ?
Yg membuat kartun imiginasi penuh sindiran
atau
Yg tidak mengamalkan sunnah yg ditinggalkan oleh Nabi ?
Siapa yg lebih bersalah ?
Para kartunis yg tidak tahu hal2 agama
atau
Para muslimin yg mengaku islam dan tahu hukum hakam agama ?
Adakah kemarahan kepada orang yg tidak tahu agama itu menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi ?
Bagaimana pula dalam masa yg sama kita meninggalkan sunnah yg ditinggalkan Nabi ?
Bagaimana pula dgn kita yg meninggalkan suruhan dan ajaran yg di bawa oleh Nabi ?
Tidakkah kita juga memperlekehkan sunnah2 Nabi ?
TIdakkah kita juga umpama menghina Nabi ?
Siapa yg lebih menghina ? Orang yg mengetahui atau yg tidak mengetahui Nabi ?
Kalau keinginan kita menunjukkan rasa marah kepada orang yg menghina Nabi, sebenarnya mengambarkan masih ada rasa cinta kita kepada Nabi, mengapa tidak kita salurkan kemarahan itu dgn kembali sedar betapa kita telah tersasar dari jalan yg ditunjukkan Nabi.
Kita salurkan kemarahan itu kepada munajat berburu rahmat memohon keampunan ke atas kelalaian kita selama ini membawa keseluruhan perintah agama kedalam kehidupan kita.
Salurkan lah kemarahan itu kepada keazaman utk kembali mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Salurkan keberanian dan kesungguhan itu utk menepis dugaan dalam mengamalkan sunnah.
Dan tunjukkan kepada dunia bahawa ini lah ajaran Nabi yg perlu di amalkan oleh seluruh manusia untuk keselamatan dunia akhirat. Pada bila2 masa dari zaman Nabi sehinggalah hari kiamat !
...jika kita tidak berkeinginan utk ikut sunnah Nabi dan asyik melanggar perintah nabi dan agama, malulah pada diri sendiri, kita sendiri la yg menghina Nabi sebenarnya !
~ selamat...
Agak menghairankan bila melihat salah seorang client yg akan dijumpa hari ini mempunyai nama yg bermula dgn 'Tuan'.
Tandatanya terjawap bila beliau sendiri mengesahkan yg dia keturunan melayu yg nama bapanya juga bermula dgn 'Tuan'.
Berikut maklumat melayu sri lanka dari Tuan Rishan Ahamaden.
----------------x-----------------------------x-------------- Orang Melayu yg ada di Sri Lanka datang pada zaman perang.
Mereka telah bermastautin disini dan menjadi rakyat Sri Lanka.
Ada beberapa kawasan yg menjadi tempat perkampungan orang melayu di sini.
DI Slave Island ada Malay Military Mosque. Disitu juga ada Malay Lane dan Java Lane yg asalnya didiami oleh 100% orang melayu. Sekarang hanya tinggal beberapa kerat sahaja keturunan2 melayu di situ.
Di Jawatha terdapat kawasan perkuburan yg dipenuhi dgn kubur2 org2 melayu.
Di Colpety juga ramai keturunan Melayu.
Disini juga ada kelab melayu yg dulunya selalu membincangkan betapa gahnya org2 melayu disini. Ada satu ketika, semua ahli satu pasukan bomba di sini terdiri dari org melayu.
Namun orang melayu di sini kian hilang identiti. Orang2 tua sahaja yg masih boleh berbahasa melayu sri lanka. Yang muda2 berbahasa inggeris atau singahalese walaupun dengan keluarga dirumah.
Mereka juga telah bersosial dn mengikut arus perkembangan semasa yg tidak asing dgn pergaulan sosial dan sebagainya. Ramai yg sudah tidak boleh mengaji dan tidak sembahyang.
Mengikut kata pakcik Tuan Rishan Ahamaden sendiri, 10 tahun lagi, orang melayu sri lanka akan pupus.
----------------x-----------------------------x--------------
Menu sarapan di Galadari sudah rutin. Ada menu Barat, menu tempatan dan menu India.

menu biasa.
 kirabathi imbol (milk rice with coconut) dgn kuah lemak kuning seakan kuah lodeh dan juga hirisan daging goreng.
Musim panas di Colombo sekarang ini.
Juga panas dgn Cricket Under 19 World Cup. Galadari penuh dgn pemain2 dari seluruh dunia.
Makin panas di Geneva hujung bulan ini dgn perbincangan Gerila Harimau dgn kerajaan. Mengikut mereka perbincangan ini akan menentukan perang atau damai.
Nampak kelabu kerana Tuan Presiden awal2 sudah beritahu, tiada negara berasingan utk Harimau. Tetapi Harimau tetap dgn keputusan ingin negara sendiri.
Tadi kedengaran di radio Harimau menempelak amaran Presiden itu sebagai kebudak2an.
Love is like a precious jewel.
You do not realize what you have till it begins to shine.
After you see the glow, you can never live without it.
11:30 am : Touch down at Bandaranaike International Airport.
12:15 pm : Lunch at Dine-mor. Rice and Curry - beef.
12:45 pm : Umbrella Show. Galle face Seafront.
12:50 pm : Check in Galadari Hotel.
Sesiapa yg pernah ke Colombo tentu pernah berjumpa dengan pameran payung hujung minggu.
Mengikut pemerhati semasa Mr Fizzo, kedudukan payung bergantung kepada tahap hubungan pasangan di bawah payung. Tahap keintiman pasangan boleh diperhatikan melalui kedudukan payung2.
Lebih rendah kedudukan payung bermakna lebih intim serta mendalamlah hubungan pasangan tersebut.

Ain't no sunshine when she's gone It's not warm when she's away Ain't no sunshine when she's gone and she's always gone too long Anytime she goes away
Ain't no sunshine when she's gone Ain't no sunshine when she's gone Only darkness everyday Ain't no sunshine when she's gone and this house just ain't no home anytime she goes away
Kebebasan menyuarakan sesuatu perlu diikuti dgn tanggungjawap.
Apatah lagi jika media yg digunakan ialah 'mass media' seperti surat kabar harian yg merata pembacanya. Kesan dari tulisan perlu difikirkan banyak kali sebelum ianya disebarluas. Walaupun menaikkan jumlah circulation adalah menjadi agenda penting sesuatu syarikat akhbar, tetapi apalah gunanya jika mereka juga menjadi agen masalah sosial masyarakat.
Pedoman sudah diberi 1400 tahun dahulu.
Jika mahu kebaikan melata, sebarkan lah banyak2 berita ttg kebaikan. Jika keburokan yg disebarkan, maka akan bertambahlah keburokan merata2.
Oleh itu kita mahu mengucapkan syabas kepada sebuar akhbar tabloid yg menyebarkan berita bahawa sebuah laman web lucah buatan malaysia yg telah lama berkubur boleh dicapai semula sekarang.
Syabas kerana menaikkan 'hit' website tersebut.
Syabas kerana telah sentiasa memberi promosi percuma kepada website2 yg sewaktu dengannya.
Sweet dreams are made of this Who am I to disagree? I travel the world And the seven seas Everybody's looking for something.
Some of them want to use you Some of them want to get used by you Some of them want to abuse you Some of them want to be abused.
------------------------------------------------
dari dulu hingga bila2....
memang ada orang mencari peluang menggunakan orang lain. tapi ada juga orang yg rela dipergunakan.
i relaaa uuuu....
Orang berani mempermainkan sesaorang kerana yakin yg dipermainkan itu lemah, tidak berani melawan ataupun tiada kuasa untuk melawan. Si pemain merasa boleh mempermainkan orang kerana orang yg dipermainkan itu dirasa lemah dan tidak dapat perbuat apa2.
Cuba kita lihat perbandingan antara harimau dan patung harimau.
Siapa yg berani mempermainkan harimau ?
Mungkin hanya harimau sarkas sahaja yg boleh dipermainkan. Itu pun oleh para ahli sarkas. Cuba disuruh penonton untuk mengarah2 atau bermain dgn harimau2 sarkas. Tentu semua akan mengelak dari dipanggil ketengah gelanggang. Kalau harimau di zoo atau yg berada di hutan tu, jangankan terlepas, hanya mendengar ngaumannya sahaja pun, semua akan lari menyelamatkan diri.
Tapi bagaimana pula dengan patung harimau ? Yang ni, bukan kata orang2 dewasa, budak2 pun berani nak mempermainkan nya. Semua berani nak menyepak dan menendang patung harimau.
Apa bezanya antara harimau2 itu ? Bezanya ialah harimau betul ada ruh/nyawa, sedangkan patung harimau tidak bernyawa/ruh.
Jadi, sebab orang2 berani mempermainkan kita dan agama kita ialah kerana kita semua tiada lagi ruh/nyawa agama. Agama hanya tinggal pada nama sahaja. Tinggal di masjid, dikubur, dimajlis akad nikah dan majlis tahlil.Selain dari itu agama sudah tiada tempat dalam kehidupan.
Jadi tidaklah menjadi kehairanan jika kita melihat semakin ramai yg berani mempermainkan kita atau agama kita. Jawapan nya ada pada orang2 yg beragama itu sendiri. Jika amalan agama sudah menjadi adat dan tiada ruhnya, maka tiadalah kehebatan kita dimata dunia.
Semuanya jadi seperti patung harimau, yg dipermainkan oleh hatta kanak2 sekalipun.
Jangkaan2 selalu membuahkan harapan.
Selalu menjangkakan 'worst-case scenario' menyediakan kita terhadap kemungkinan yg berlaku.
Dan bila berlaku diluar jangkaan, maka syukur bermain dilidah.
Bibik yg dijangka akan hanya tiba seminggu lagi telah ada dimuka pintu.
Akhirnya kuranglah beban untuk menguruskan kerja2 rumah yg amat mencuri masa yg banyak walaupun tidak sesukar mana untuk dikerjakan.
Sekarang masa2 yg dikembalikan menunggu untuk di gunakan.
Masa bagai ketulan ais, jika di letak di atas simen atau di letak di dalam gelas, pasti ia akan cair.
Bezanya, jika di letak di simen. Siapa pun tiada menafaat.
Tapi jika di letak di dalam gelas dan ditambah pula dengan sirap ros, tentu akan menghilangkan dahaga.
Semua orang diberi masa yg sama. Tetapi hanya yang bijaksana selalu dapat meluangkan masa untuk fikir, risau, bimbang dan berusaha untuk meningkatkan diri didalam keimanan serta dapat menggunakan masa sebaik mungkin walaupun dalam kesibukan seperti orang lain juga.
Yang bijaksini, hanya dapat memberi alasan tidak kecukupan masa untuk diberi untuk agama. Padahal semuanya bukan untuk sesiapa malah untuk kesenangan sendiri dimasa depan.
Mungkin selepas mati,barulah ada masa lapang untuk agama.
Agaknya kerehatan di dalam kubor, keselamatan di padang masyar, kesenangan melintas titian sirat dan peluang masuk ke syurga boleh kita beli dengan harta2 yg kita timbuni didunia ini ?
Itupun kalau ada harta yg ditimbunkan, dapatlah di baham oleh orang2 yg ditinggalkan. . Kalau yg sibuk jugak tapi papa kedana, alangkah malangnya……
*************************************************
Jika perbuatan mencetak bahan bacaan boleh di jejak kepada syarikat, pengeluar hingga kepada penulis, tetapi untuk bahan yang di siarkan di alam internet ini bagaimana agaknya ?
Dengan kemudahan menjadi si anonymous, memanglah sukar walaupun tidak mustahil untuk mencari punca2 bahan siaran di internet ini.
Jika semuanya beremosi bila membaca bahan bacaan bercetak yg menyinggung perasaan, bagaimana dgn bahan2 di internet ?
Pada siapa hendak kita suarakan kemarahan kita ? Bendera siapa hendak kita bakar ? Bangunan mana hendak kita serbu ? Pada siapa hendak kita melakukan tunjuk perasaan ?
Dalam kita kutuk dan caci pencetak bahan2 tersebut, secara diam2 kita membuka carian goggle dan mencari bahan2 tersebut di internet.
Dalam diam2 kita sebarkan kepada kawan2 internet. Dalam diam2 kita juga jadi penyebar bahan2 tersebut.
Tapi awas, nanti rumah kita diserbu. Kereta kita dibakar dan kedai kita tidak ada pelanggan.
***************************************************
Disuatu malam jumaat yg indah.
+ : Assalamu'alaikum.
$ : Walaikumsalam
+ : Bang, kami datang dari surau. buleh bagi masa sikit. Ini ada kawan saya nak cakap.
$ : Ni..ni..datang tentang apa ni ?
+ : Kami datang dari surau. Nak cakap pasal agama sikit.
$ : Ni..ni... Saya dah biasa dah dengar benda ni di kampung. Tak payah laa ya... Saya dah biasa dah....tak payah..tak payah..nak cakap2 ni.....
+: Oh yaa..ker...terima kasih ya.
Bersorak gumbiralah syaitan laknat durjana. Berjaya menutup pintu rahmat dari sampai kepada tuan rumah. Berjaya memutuskan silatuhrahmi antara manusia2. Berjaya melupakan manusia bahawa ingat memperingati itu menafaat untuk orang mukmin.
HAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
|