home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Friday, March 31, 2006

Biol !

Lauk kepala ikan tongkol berharga RM45.

Lauk itu boleh dijadikan hidangan nasi dagang untuk 20 orang.

Jadi nya lauk untuk sepinggan nasi dagang ialah RM 2.25.

Tambah dgn nasi dan sayur2 maka mungkin jadi harga sepinggan nasi dagang RM 3.

Siapa yg biol ni ?

Pegawai Swasta yg duduk di Putrajaya atau Makcik yg jual nasi dagang ?

152890 | posted by saorangorang at 8:16 | 0 comments

Friday, March 24, 2006

Pesanan Luqman :

Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

152713 | posted by saorangorang at 13:38 | 0 comments

Tuesday, March 21, 2006

In God we trust, in others we audit.

send by a comrade.

He is most SUSPICIOUS person
He has NO FAITH in man.

The law of gravity for him
Is a MYTH upheld by crooks.
Until Sir Issac Newton
Can prove it from his Books.

He questions his SUPERIORS
And quarrels with his MATES,
He DOUBTS about his parentage,
As he could not check the dates.

He doesn't even TRUST himself
And always suspects theft,
In absent-minded moments
His right hand cheats his left.

But when it comes to AUDITING
He is impossible to beat,
His own last audit signature
He dubs a COUNTERFEIT

It is thought in certain circles
That when he is COLD and STILL,
His spirit will return to earth
To find FAULT with his WILL.

152624 | posted by saorangorang at 17:28 | 0 comments

Tuesday, March 14, 2006

Sentul sudah putih ?

Sentul records big drop in crime

Walaupun lama tinggal di Sentul, tidaklah pernah aku merasa kawasan itu tidak selamat dan berbahaya. Tetapi bagi orang luar, Sentul sering dicap sebagai kawasan gelap (Black Area). Mungkin ada kaitan dgn sebilangan penduduk yg tinggal di kuarter KTM dan bekerja di Workshop KTM dan menjadi pelanggan Toddyshop yg gelap2 belaka...? Entah la...tapi ada la juga bila sebut aje dari Sentul, orang pandang atas bawah. Tapi rasanya, hanya samseng mengenal samseng !

Memanglah tak dinafikan yg segala macam keberanian dan kesamsengan boleh dijumpa disini. Ada yg tanam ganja di belakang rumah. Mat2 burger adalah tempat fav mat fit cari supply. Gaduh2 perkara biasa laa..Atan pernah tahan bas SriJaya, sebab langgar budak. Dia bawa kayu nak bedal driver bas tu.

Pergaulan bebas perkara biasa. Dengan terdirinya kawasan2 perumahan spt Datu Senu dan Bandar Baru Sentul, maka bertambahlah kegiatan2 sosial para remaja. Rumah bujang menjadi tempat port. Yg lelaki melawat rumah perempuan. Yg perempuan pun ada yg port rumah lelaki.

D8 & D9 sering berlegar2 dikawasan2 perumahan.

Selepas tamat belajar, aku lepak dgn member jual burger. Sambil tu partner dgn dia utk berniaga air di siang hari. Satu mlm tu, lepas berkemas2 bahan2 berniaga, aku lepak di gerai tu dgn kawan2 lain. Partner aku entah kemana. Tiba2 aku lihat budak2 bertempiaran lari, dan ada dua tiga orang sedang kejar mereka. Aku yg jahil dgn situasi sebegitu hanya duduk diam saja. Tiba2...dua tiga orang datang kegerai dan minta IC dan tanya berbagai2 soalan spt kenapa aku disitu, tinggal dimana dan sebagainya. Aku yg tak pernah kena macam tu, hanya mampu bertanya2 dalam hati, apa pulak ni...apa hal ni. Rupanya mereka ialah matbond yg tengah buat operasi sapu bersih. Habis diangkutnya budak2 yg lari bertempiaran tu, termasuklah aku yg masih terpinga2 dan tertanya2 kenapa aku dibawa ke balai.

Di balai, semua disuruh mencangkung dalam barisan. Setelah semua diambil keterangan dan diperiksa samada nama ada didalam rekod jenayah polis barulah kami dibenarkan pulang. Kira2 jam 2 pagi kami2 yg tiada apa rekod jenayah dibenarkan pulang berjalan kaki dari Balai Polis Sentul utk balik ke rumah masing2. Pukul 2 pagi ! Mangkuk hayun betul. Dah la tak pasal2 tebal muka kena angkut dgn van didepan khalayak ramai, disuruh balik sendiri jalan kaki pulak di pagi buta. Dah lu orang angkut, lu orang antar la balik. Bahlul ! Mangkuk Hayun ! Mengong punya matbond !

Bila aku ceritakan pada seorang kawan di Wangsa Maju, dia pun cerita pernah kena cekup juga begitu. Dan ada sekali dia melihat van/trak matbond yg angkut dia kebalai, mengalami kemalangan dan masuk longkang. Dia ketawakan dan kata "Padan muka lu orang".

Pemutihan Sentul dijangka akan terjadi, kerana penduduk2 gelap telah disingkirkan dengan pengambilalihan kuarters2 KTM oleh YTL untuk dibangunkan dgn kondominium dan apartment mewah.

nota : cerita ini bukanlah menandakan ketidakcekapan dan ketidakperihatinan para2 matbond, hanyalah luahan ketidaksenangan aku pada para2 matbond yg kaki rasuah, cari makan dgn menjadi bouncer pada para tunasusila dan kawasan2 belakang mati. mengutip wang perlindungan dari kedai2 gunting serta premis yg punya pekerja2 asing dgn janji premis2 mereka tidak akan dilakukan operasi sapu bersih. takde kena mengena pun dengan kejadian yg menimpa aku ? ye betul.

tapi ramai lagi kawan2 matbond aku yg bersih dan dapat menolak segala ujian2 rasuah wang dan wanita. ada yg tersingkir dari pasukan dan ada yg cemerlang dalam kerjaya. syabas !

152452 | posted by saorangorang at 12:03 | 0 comments

Monday, March 13, 2006

Mungkin juga.

Mahu kemana dia ? Makcik berkereta besar datang dari sisi kiri yg hendak menyempit ke kanan membunyikan HON tanda tidak mahu memberi laluan kepada kereta dilaluan utama.

Mahu kemana dia ? Sedangkan di depan kereta semua beratur kerana kesesakan. Membunyikan HON tanda seolah2 marah kereta yang datang dari laluan utama masuk ke laluan kiri. Mungkin dia tidak di ajar supaya memberi laluan kepada kenderaan yg datang dari kanan. Mungkin dia tidak ke sekolah memandu.

Image hosting by Photobucket

Namun beca di atas dashboard mengingatkan bahwa ditempat asalnya perkara ini biasa saja. Kalau disana tiada yg terasa bila di HON sebanyak mana pun. Mengingatkan itu bisa ketawa atau senyum sendiri dari menyimpan maki hamun yg mau dilontarkan kepada makcik yg fikir dia seorang sahaja yg mau segera tiba di pejabat.

152428 | posted by saorangorang at 11:52 | 1 comments

Saturday, March 11, 2006

Extended Family

6:10 pm

Batubara : Garry, kereta ada problem la. Sportrim pecah.

Garry : Haa ? Ehh...U bawa sini la, nanti kita tenguk.

Di bengkel.

Garry : Wah, ini tak boleh pakai lagi ni. Macamana boleh jadi ini macam ? U langgar apa ?

Batubara : Kena besi laa...jatuh dari lori depan.

Garry : Ohhh...ya ka ? Sekejap aahh. <Buat panggilan>. Haa... I punya adik ada satu set, secondhand punya. Mari kita pergi bengkel sana tenguk.

Dlm kereta.

Garry : Mana kena ha, where ?

Batubara : Itu SILK highway... Mem bawa kereta laa.

Garry : Wah.. nasib baik takda kena cermin haa? Kalau tidak boleh kena orang ooo.... Kena cermin tembus oooo. Kalo sportrim pun boleh pecah... Kalo kena cermin... tak tau laa.. ooo

Batubara : Ya laaa....

Garry : Saya ada baca itu kes, barang jatuh lori, kena orang, injured loooo..... ehh...your wife very nice person aaa.. Friendly, Nice,... I like to talk to her... my wife also like to talk to her....talk...talk...talk.

Batubara : ya kaa ? emmm...

Garry : Ada orang kan, datang saya punya bengkel, marah2 dia punya wife. Wife dia sudah langgar. In public dia scold the wife. Saya dengar diam saja.. Tak bagus laa like that. Give her some respect also laa ooo ....

Batubara : Ya laa... tak bagus buat macam tu. Nanti drop her water face laa....Kalau nak marah di rumah saja. Dalam bilik. Lagi pun, kalau benda sudah jadi, apa mau bising lagi.

Garry : Ya laaa... siapa mahu kena accident, bukan kaa ?

Batubara : Betul...siapa yg mau accident. Semua orang tak mau kena accident. Buat apa nak marah lagi....

Garry : Saya ingat aaa.. itu macam bukan orang matured punya cara laaa....kalau kita sudah matured, musti mau control oo....

Batubara : Ya...mau control emotion. Jangan cepat marah.

Garry : Tarak guna marah2. Cakap sama dia, next time becareful, cukup laaa...

Bengkel adik Garry.

Jimmy : Wah..boss...lama tarak jumpa. Saya sudah mau taruk ini sportrim sama itu CRV saya laa.. Cantik..sudah kasi layer lagi..senang mau cuci.

Batubara : OK.

7:10 pm. Balik kerumah. Waja dgn rim baru. Aku dgn hutang baru.

152400 | posted by saorangorang at 6:49 | 0 comments

Thursday, March 9, 2006

Komplot

Komplot sorok ialah perbuatan menyorokkan barang2 perdagangan dgn tujuan untuk menjualnya, bila harga barangan tersebut telah melambung naik. Inilah perbuatan tidak beretika yg dibuat oleh peniaga2 untuk mengaut untung.

Tiada apa2 ttg kempen kerajaan yg dibuat pada awal 70an dulu ini. Cuma catatan impromptu !

Kempen ini tiada kaitan dgn kenaikan harga minyak sekarang.

Seperti juga tiadanya kaitan harga minyak dgn kenaikan harga barang2 keperluan seharian. Dan tiada kaitan harga minyak dgn kenaikan harga makanan di kedai2. Semuanya tiada kaitan.

Mana boleh ada kaitan. Minyak untuk pakai kereta, bas, lori, van, motosikal. Mana ada minyak petrol guna untuk masak makanan2. Mana ada minyak pakai untuk buat barang2 di kilang2.

Betul jugak ekk... Semua barang2 keperluan dan bahan2 mentah kegunaan kedai makan dan restoran boleh dihantar dgn kereta lembu.

Mungkin perniagaan kereta lembu yg telah kian lupus dinegara ini akan dimajukan semula. Mungkin juga.

Perhatikan kata2 bapak menteri.

My-Samy-viee : Naik la kereta lembu kalo tidak mahu membayar tol !

Mungkin ini ada kaitan dgn konspirasi melariskan penjualan motosikal.

Wah... ini macam kalo, aku mahu report sama itu Feel-Good-Channel la atau itu Karam-angkat-tangan jugak kasi siasat la ini teori konspirasi.

Minyak dinaikkan adalah kerana untuk :

1. Melariskan penjualan motorsikal

2. Memajukan industri kereta lembu

152371 | posted by saorangorang at 13:12 | 0 comments

Wednesday, March 8, 2006

Konspirasi

Kenaikan harga minyak mungkin salah satu konspirasi untuk melariskan penjualan motorsikal di negara ini.

Lihat sahaja kedai2 motor, penuh dgn pelanggan dan ada yg menyambung masa perkhidmatan hingga lewat malam.

Dan memang kenaikan yg melampau dan tidak berperikemanusiaan ini menyebabkan aku juga tidak ketinggalan untuk melariskan kedai motorsikal dgn sebuah cub-chai.

Tapi Along boring tenguk cub-chai tu, sebab old-style katanya.

152355 | posted by saorangorang at 13:55 | 0 comments

Tuesday, March 7, 2006

Korban anak atau kambing ?

Mutiara2 pengetuk hati dari Brunei Masturat Jamat di Legenda Emas.

Asar Sitting Talk.

Kewarasan ialah bila dapat membezakan antara keperluan dan tujuan hidup.

Seorang lelaki mempunyai anak dan kambing2.

Kambing dibela sebagai keperluan hidup. Sudah tentu tujuan seorang ayah ialah membesarkan anak dengan cukup segala makan pakai dan tempat tinggal.

Maka, adalah tindakan yg waras bila anak sakit, maka si ayah korbankan kambing dgn menjualnya, untuk mendapatkan ubat untuk si anak.

Dan adalah sangat tidak waras bila kambing sakit, si ayah menjual anak untuk mendapatkan wang bagi mengubati kambing !

Sekarang cuba fikirkan tujuan utama kehidupan kita. Apa sebenarnya tujuan asli kita dihantar kedunia ini. Dari mana kita ? Kemana tujuan kita selepas dunia ini ? Dan atas urusan apa kita disini ?

Dan fikirkan apakah keperluan kita hidup di dunia ini ?

Dan tukarkan lah

anak = tujuan asli kita disini

dan

kambing = keperluan2 kehidupan

Dan sendiri semak lah, mana yg kita dah korbankan untuk apa ?

Korban anak atau korban kambing ?

Sendiri jawap lah......

152336 | posted by saorangorang at 8:47 | 0 comments

Monday, March 6, 2006

Unnamed Feeling.

Been here before couldn't say I liked it
Do I start writing all this down?
Just let me plug you into my world
Can't you help me be uncrazy?

Name this for me, heat the cold air
Take the chill off of my life
And if I could I'd turn my eyes
To look inside to see what's comin'

.....

...

..

Then the unnamed feeling
It comes alive
Then the unnamed feeling
Takes me away
....
..
.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

destinasi pasti ialah keredhaan ilahi.

Sementara menunggu bas sekolah datang, sempat bercerita dgn Uda dan Acik.

Ayah : Kita buat apa2 kat dunia ni adalah kerana nak mendapat keredhaan Allah. Belajar ke, tolong orang ker, hormat orang tua ker, dengan cakap ayah emak ker.... semuanya patut untuk dapat keredhaan Allah. Bukannya nak dapat balasan apa2 !

Uda : Keredhaan Allah tu apa ?

Ayah : Keredhaan Allah tu, macam kesukaan Allah lah. Jika Allah suka, maksudnya, Allah redha lah.

Seperti cerita seorang raja bagi hadiah pada rakyat. Satu hari dia panggil orang ramai. Dia kata, " Hari ni beta nak bagi hadiah pada semua orang. Siapa yg pegang barang2 dalam istana ni, maka barang2 tu akan jadi kepunyaan dia."

Maka orang ramai pun pegang la barang2 berharga dalam istana tu.

Tapi ada seorang ni dia tak pegang apa2 pun.

Raja pun tanya, kenapa tak pegang apa2 ? Taknak apa2 ker ?

Dia kata ada yg dia nak. Tapi dia tanya raja, betul ker dia buleh pegang apa2 pun? Raja kata, ya, dia buleh pegang apa2 pun dan apa yg dipegang akan jadi milik dia.

Orang ni pun pegang kepala raja. Raja terkejut dan tanya dia, mengapa pegang kepala raja ? Dia pun kata, bila dia pegang kepala raja, maka raja jadi milik dia. Dan apa sahaja milik raja akan jadi milik dia.

Haa.... macam tu laa juga bila kita dapat keredhaan Allah. Semua yg ada di dunia ni adalah milik Allah. Jika Allah suka pada kita, maka tentu apa kita nak didunia akan dimudahkan. Tentu kita tak kan hidup susah di dunia ni.

152327 | posted by saorangorang at 15:43 | 0 comments