home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Friday, April 21, 2006

Dedaun masa

Masih tertipu kah hati ?
Dengan dunia yg penuh sandiwara ?

Penuh tipu daya
Penuh helah manusia
Penuh janji manis bak gula

Bagai wayang opera
Mengajak ketawa dan sedih pilu
Sekadar melupakan beban dibahu

Datang dan pergi
bersama dedaun masa

Bila tersedar
sendirian di lahat

Ohhh... alangkah ruginya
kemana masa ?

153326 | posted by saorangorang at 11:55 | 0 comments

Thursday, April 13, 2006

Singapura terkejut ? Menghabeh kan boreh ajo...

Projek jambatan di batalkan.

Singapura terkejut ?

Singa terkejut ?

Singa ? Pooorahhhhhh

--------------------------------------------------------

Kerajaan akan membayar pampasan kepada kontraktor, Gerbang Perdana Sdn. Bhd. sebanyak kira-kira RM100 juta.

Siapa yg tak buat kajian ketersauran ni ?

Dah mula kerja baru nampak masaalah ?

Menghabeh kan boreh ajo. Patut lah rumah aku asyik takdo boreh !

153152 | posted by saorangorang at 8:31 | 1 comments

Tuesday, April 11, 2006

Kasihani lah aku

tiada apa perlu di tangisi
bila telah sampai masanya pergi

oh... tak berkesempatan kesana-sini
oh... tak berkesempatan berbuat itu ini
oh... tak berkesempatan merasa itu ini

oh... tak berkesempatan berderma
oh... tak berkesempatan berbakti
oh... tak berkesempatan memohon ampun maaf
oh... tak berkesempatan peluk cium

oh.......

oh...

oh..

oh.

oh tuhan ...

153114 | posted by saorangorang at 23:12 | 0 comments

Friday, April 7, 2006

Ruang sendiri

Sebagai orang tua, kita merasa perlu membentuk anak2 mengikut acuan yg kita rasa baik untuk mereka.

Dan kita juga ingin memberikan masa untuk bersama dengan mereka sebanyak mungkin.

Tetapi anak2 juga perlu diberi ruang untuk mereka bersendirian dan tidak hanya berkepit sahaja bersama orang tua.

Teman sekerja yg selalu bercerita tentang keluarga dan anak nya, memberitahu, yang anaknya yg seorang itu sudah pandai menghabiskan masa bersendirian. Dan selalu berkata padanya, ‘ Mom, pergilah masuk bilik, tak payah nak duduk dengan saya’.

Dan ianya berlaku didepan mata semalam, bila Along meluahkan perasaan setelah berlaku sedikit sessi yg menyakitkan mata dan memedihkan telinga. Dan antara kata2nya, ” I need my own space, jangan lah terlalu mengongkong saya ! ”

153071 | posted by saorangorang at 11:29 | 0 comments

Monday, April 3, 2006

Ayoyooooo. sakit kapla

Berapa kali gua sudah bilang sama lu orang.

itu amoi kaaa, ahsoo kaa... nyonya kaa, aci kaaa...serupa saja....

lu orang mau pakai itu seluar kalo...kasi tenguk cermin dulu laa

keluar rumah punya time...kasi tenguk itu cermin dalam dulu laaa

tenguk cermin punya dalam, mahu tenguk lu orang punya belakang laaa

tak mau kalo ...itu baju kasi panjang sikit laaa

kasi tutup laa...lu orang punya belakang...

tarak kalo, nanti lu orang ingat sudah pakai seluar...tapi orang tenguk serupa tarak pakai jugak !

itu kembung2 juga nampak...

itu longkang2 juga ada nampak

ayooo yoooo.... nanti itu hansap tenguk lu orang punya belakang...itu kapla nanti sakit oooo....

152963 | posted by saorangorang at 17:37 | 0 comments