home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Thursday, July 27, 2006

An army of sheep led by a lion would defeat an army of lions led by a sheep.

Semasa naik teksi ke pejabat pagi tadi.

Teksiwalla : Muslim la kowaies, Allah la help. Muslim no iman, Allah la help.

Aku : Aiwa !

Teksiwalla : Kullu2 muslim no sunnah, no follow Allah. Allah no help, Lebanon, Palestine. Kullu muslim follow non-muslim, Allah no help. Kullu2 maksiat, Allah punish. aceh, palestine, lebanon...kullu2

Aku : Aiwa !

Semasa berada di rumah Ust, utk kelas Arab Jumaat lepas.

Oranglama : Diorang kat KL sibuk demonstrasi, bantah pencerobohan. Engkau tenguk diorang kat sini. Kat kawasan ni. Alaa buka aje Tv diorang. Gelek tak habis2, nyanyi tak habis2. Cemana nak menang perang cam ni ?

Aku : Aiwa !

kullu = semua
aiwa = yes
koweis = good

155195 | posted by saorangorang at 17:56 | 0 comments

Wednesday, July 26, 2006

Lain padang lain belalang.

Disini tiada apa yg dinamakan 'urgency'.

Awak nak service awak tunggu.

Kalau tidak ditanya2, digesa2, kerja yg buleh siap 2, 3 hari buleh mengambil masa sehingga berminggu2.

Setelah dapat permit tinggal di sini, maka barulah proses untuk membuka akaun bank, memohon lesen memandu serta urusan beli kereta dapat dibuat.

Baik. Perkara pertama kena buka akaun bank. Senang urusan gaji dan sebagainya dapat di buat.

155146 | posted by saorangorang at 5:23 | 0 comments

Wednesday, July 19, 2006

Six honest serving-men !

“I keep six honest serving-men
(They taught me all I knew);
Their names are
What and Why and When
and How and Where and Who”
— Rudyard Kipling, from “Elephant’s Child” in Just So Stories.

I found this in one of the document while doing some preliminary research for my current assignment.

Curiosities get me to search for the whole text and this is what I found. The extract was very much related to my job scope but basically should be of use to all in order to ensure internal control is in place in their respective workplace.

I Keep six honest serving-men:
(They taught me all I knew)
Their names are What and Where and When
And How and Why and Who.
I send them over land and sea,
I send them east and west;
But after they have worked for me,
I give them all a rest.

I let them rest from nine till five.
For I am busy then,
As well as breakfast, lunch, and tea,
For they are hungry men:
But different folk have different views:
I know a person small--
She keeps ten million serving-men,
Who get no rest at all!
She sends 'em abroad on her own affairs,
From the second she opens her eyes--
One million Hows, two million Wheres,
And seven million Whys!

155031 | posted by saorangorang at 18:06 | 0 comments

Sunday, July 16, 2006

Kita belajar....

Sedang makan selepas pengajian bahasa arab, seorang bercerita ttg dia selalu Jumaat di Masjid "Potong Kepala". Tapi katanya, sejak 2 tahun disini, tak pernah dia jumpa hukuman dijalankan.

Ustaz sangkal dan kata hukuman bukan dijalankan hari Jumaat sahaja. Hari2 lain pun ada. Beliau sendiri selalu lihat semasa mengajar dikawasan penjara disitu. Kalau nak tahu ada hukuman nak dijalankan, lihat kalau2 askar/polis datang ramai di kawasan itu, nescaya adalah hukuman akan dijalankan selepas Zohor. Maka yg tahu tu, mula lah telefon kawan2 lain untuk tenguk sama. Tapi ada yg kata, buleh pengsan, kalau tak tahan tenguk hukuman tu.

Ust cerita pernah sekali, 3 orang dihukum satu hari. Ada sekali, seorang perempuan dihukum. Ramai orang rasa kesihan, termasuk lah Ustaz. tertanya2 kenapa dia dihukum bunuh. Sudah memang menjadi aturannya, setelah hukuman di jalankan, barulah kesalahan org dihukum itu dibacakan. Jadi tak sabarlah semua nak tahu kesalahan perempuan itu. Rupanya, perempuan itu adalah isteri kedua dan kesalahan beliau ialah kerana mengikat anak tiri dan membakar nya di dapur. Bila dengar begitu, semua geleng kepala, ehhh….tak buleh lah kahwin dengan org arab, macam ni.

Kami yg mendengar bertanya lah itu ini ttg hukuman pancung tu. Adakah tukang pancung ditutup mata ? Orang mana yg ramai di hukum ? Tempatan ke orang luar ? Kata Ust, hukuman di buat dgn cepat, tukang pancung kalau tutup muka, mana nak nampak tempat pancung ? Yg ramai, org luar yg menyeludup dadah.

Masuk pula hukuman rejam. Ustz cerita kisah 3 orang perempuan yg dihukum rejam pada satu hari. Seorang org Indonesia, seorg Turki (kalau tak silap) dan seorang lagi org tempatan. Sebelum dihukum, hakim bertanya kepada pesalah. Benarkah dia bersalah berzina dan akan direjam ? Ust jadi tukang terjemah dan tanya perempuan itu. Walaupun semasa di mahkamah, 3 kali ditanya, beliau mengaku berzina, tetapi hari itu beliau tidak mengaku sambil menangis dan kata tak mau direjam, beliau mahu mati di Indonesia. Beliau kata bukan berzina tapi sebenarnya di rogol.
Bila hakim dengar begitu, maka hukuman ditangguhkan.

Bila ditanya pula kepada perempuan Turki, kawan Ust jadi penterjemah. Beliau pula kata, bukan berzina, sebab "keris tak masuk sarung", hanya sedikit shj. Hukuman beliau pun ditangguhkan juga.

Hukuman perempuan tempatan pun ditangguhkan juga, tapi sebab nya Ust dah tak ingat.

Ust pun beritahu yg hukuman2 hudud yg dijalankan bukannya mudah, mcm hukuman rejam utk penzina. Kecuali cukup saksi dan ditangkap atau pengakuan dari yg bersalah aje baru hukuman dijalankan.

Sahut pula seorang kawan, "Ibu bapa yg suruh anak yg berzina kahwin tu subahatlah sebab nak tutup kesalahan".
Ust kata "Tidak". Setiap org kena tanggung dosa sendiri. Dan di dalam islam, kita dianjurkan menutup kesalahan. Spt kisah dizaman Nabi. Betapa Nabi tak mahu menghukum, tapi kerana taubat dan insaf dari pesalah yg tak mahu dihukum di akhirat, sanggup hadapi hukuman di dunia. Siapa yg begitu, nescaya segala dosa nya di ampunkan spt sahabiah itu. Siapa yg kena percik darah beliau pun hapus dosa.

Kalau tidak bertaubat lah atas segala kesalahan.

Dan hukuman hudud hanya buleh dijalankan oleh pemerintah, bukannya orang awam. Bukan buleh kita jumpa org berzina, lepas tu pakat rejam ramai2.

Sahut seorang lain, "Kalau begitu cantik undang2 islam, kenapa susah nak dijalankan oleh negara2 islam ?"

Ust kata jika pemerintah tidak jalankan hukum hudud maka kesalahan atas mereka. Mereka buleh tergolong dalm 3 golongan samada kafir, zalim atau fasik. Ust ingatkan itu perlu huraian panjang lebar lagi tu, bukan main hentam aje menghukum pemerintah begitu begini.

Walaupun entah berapa kali Ustaz ingatkan hari dah lewat, esuk nak kerja, perbincangan bertambah2 hingga ke bab sembahyang, wudhu.

Akhirnya mengingatkan pentingnya amalan solah, Ustz kata nanti kita bincang semasa pengajian di pusat dakwah hari selasa, kalau tidak nescaya tidur rumah Ustaz semuanya malam tu.

154980 | posted by saorangorang at 22:15 | 1 comments

Saturday, July 15, 2006

Di mana ?

Aina = di mana

Aina Robert ?

Robert fi Kuala Lumbur.

Aina Kuala Lumbur?

Kuala Lumbur fi Malaysia.

Musykil ?

Maafi musykil !

154964 | posted by saorangorang at 17:20 | 2 comments

Wednesday, July 12, 2006

ahlan wa sahlan

tabiat manusia di pengaruhi oleh suasana dan kawalan dalaman.

jika lemah kawalan dalaman suasana akan mempengaruhi.

jika kuat kawalan dalaman suasana tidak akan memberi kesan kepadanya. malah jika lebih kekuatan dalaman, dia pula yg akan mempengaruhi suasana.

orang yg lemah kawalan dalaman, lebih baik sentiasa berada di suasana yg membawanya kepada kebaikan, suasana iman amal.

di sini suasana kebaikan masih merata2. azan di laungkan di tempat2 awam spt shopping complex dan semua kegiatan akan berhenti, kedai2 di tutup dan semua akan ke tempat sembahyang.

dgn kehadiran mutawwa, sesiapa pun tidak mahu berada di tempat yg salah yg hanya akan mengakibatkan di bawa utk bermalam di penjara. bawa dulu, tanya kemudian.

154873 | posted by saorangorang at 17:38 | 0 comments