|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Ada yang kata air ni “Air Ketiak Arab”. Ada kaa ?
Ramai yg mencari2 resepi air ni. Mungkin buleh dicuba yang ini.
RESEPI AIR KATIRA
Bahan-bahan nya
1. Susu cair
2. Gula
3. Ais krim soda
4. Pewarna hijau
5. Sagu 3 warna
6. Cendol, cincau
7. Kacang tanah
8. Asam boi
9. Getah anggur (rendam dulu)
10. Kurma
12. Air secukup rasa.
Cara:
Gula dibuat sirap warna hijau (masak air + gula pasir, masukkan warna hijau & essence vanilla atau daun pandan).
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
Selamat berbuka !
Bermula ramadhan, tumbuh khemah2 disamping masjid2.
Ust sudah lama mengajak Hj untuk iftar di Uni King Saud. Iftar di sediakan oleh Tok Arab sepanjang bulan puasa. Ada tiga khemah disediakan. Tiap satu untuk orang yg berkongsi bahasa yakni melayu, urdhu dan arab.
Hanya hari ketiga puasa baru dapat kesana.
Di sana ada meja2 di luar khemah, menyediakan makanan ringan seperti samosa dan tamar. Ambil satu bungkus dan terus ke khemah. Di dalam khemah telah sedia saprah panjang. Dan di situ juga disediakan air kotak, tamar, air mineral dan juga susu. Itulah juadah berbuka bila azan di laungkan.
Selepas solat maghrib di masjid yg terletak di seberang jalan, semua kembali ke khemah.
Di setiap khemah, kuliah2 agama diberi mengikut bahasa masing2. Di khemah melayu, Ust Faiz memberi kuliah ttg puasa. Yg ramai hadir ialah orang Indonesia. Orang Malaysia hanya beberapa kerat sahaja. Sedang semuanya duduk mendengar, pak Arab tuan rumah sibuk membahagi2kan air, epal, susu dan nasi kabsah bungkus lepas satu, satu.
Kemudian ada pula bungkusan2 yg diletakkan didepan Ust. Ust memaklumkan kepada semua yg bungkusan2 itu adalah hadiah untuk sesiapa yg dapat menjawap soalan2 Ust setelah habis kuliah. Jadi semua kena tumpu perhatian pada kuliah yg diberi. Ceria semua hadirin !
Majlis jadi meriah dan hidup dgn semangat hadirin utk mendapat hadiah. Berebut2 yg hadir nak menjawap soalan2 Ust.
Nasi Arab - Kabsah disediakan juga disitu. Dgn 2 dulang nasi, maka berhimpit2 lah lebih kurang 30 orang untuk makan. Tapi akhirnya, nasi yg sebanyak itu pun tak habis di makan dan masih bersisa di dulang. Memang nafsu untuk makan dibulan puasa ini menjadi2 tetapi bila berbuka tak banyak mana pun yg dapat di makan.
Dan paginya, kabsah yg dipanaskan di dalam oven menjadi juadah bersahur.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
ِ
Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'baan:
Wahai manusia ! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatulqadar) yang terlebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai amalan fardu dan berdiri pada malamnya (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana2 amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan2 yang lain dan sesiapa yang menunaikan fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan2 lain.
Ia adala bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang2 yang beriman. Sesiapa yang memberi sesaorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa2nya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat2 r.a lalu berkata " Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang berpuasa untuk berbuka" Maka Rasulullah s.a.w bersabda " Allah s.w.t memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.
Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba2nya (pekerja2nya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah s.w.t (zikir Lailahaillallah) dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana2 orang yang berpuasa maka Allah s.w.t akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat) dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ And Allah knows best !
Masanya menjelang tiba bagi para kekasih untuk mengalihkan hati kepada Yang Maha Pengasih, takut pada Nya disamping mengharap kan ganjaran dan kejayaan sebenar (Syurga).
Peringatan utk diri sendiri.
Kita perlu bersyukur, kerana di jadikan sebagai manusia.
Jika jadi lembu, hari2 makan rumput, tiada pikirkan makanan lain. Tapi manusia dpt berpikir, apa menu untuk makanan sehari2. Jika semalam makan nasi beriani, hari ini nak makan nasi ayam. Esuk nak makan nasi goreng pulak.
Apatah lagi dah sampai bulan puasa, hari2 menu berbuka perlu di tukar.
Dan kita perlu lebih bersyukur, jika kita seorang islam. Ber iman kepada Allah dan menyakini Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuroh Allah.
Dunia yg sementara hanya penuh dengan tipu daya. Hanya yg beriman dan taat mengikut perintah agama yg akan berjaya mengelak dari tipu daya.
Jia banyak amal baik yg di buat hatta membuat masjid sekali pun tapi tiada iman didada, semuanya hanyalah sia2, tidak bererti apa2.
Dan segala amalan perlu di asaskan dengan ilmu yg sahih dan ikhlas.
Danah compound. 15 Sept 2006
"The one whom I fear most for this Ummah is a man who is an Aalim (learned person) with his tongue, but a Jaahil (ignoramus) in his heart."
Umar Ibn Khattaab
Five Ways To Lose Your Customer
1. Don't Listen.
2. Listen but don't hear.
3. Ignore Complaints or Suggestions.
4. Never Offer a Resolution to the Problem.
5. Deny Any Errors.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Five Stupid Ways to Lose a Customer
1. Ignore them.
2. Make excuses.
3. Don’t let them “into” your business
4. Read them the rules - "my way or the highway"
5. Make it hard for them to give you their money
Orang yang tidak punya maklumat akan menjadikan orang yang lebih alim (berilmu/mengetahui) sebagai sandaran.
Maka itulah adanya pegangan mahzab sebagai sandaran orang awam yang tidak berilmu. Bersandar kepada ilmu para fuqaha dan alim.
Tetapi jika sesaorang yang punya ilmu dan mengetahui sumber Quran dan sunnah Nabi, maka beliau sebenarnya buleh beramal dengan ilmu yang ada dan tidak perlu bersandar pada sesiapa.
Tetapi di dalam suasana masyarakat yang sudah dididik dari kecil dan 'taksub' untuk meng'agungkan' ajaran ulama tertentu, tentulah sukar untuk menerima ajaran yang berlainan dengan amalan masyarakat setempat. Apalagi, jika dikatakan yang terdapat kesilapan pada ajaran ulama2 tersebut, maka tentu ada yang tak percaya dan tidak mahu menerima hujah2 berkenaan. Sedikit sangat yang ingin benar2 mencari maklumat selanjutnya untuk mengetahui perkara sebenar. Pada umumnya, semua seolah2 menganggap, jika seseorang yang telah di iktiraf sebagai seorang ulama besar dan telah menulis kitab2 muktabar, tentulah tiada cacat celanya kitab2 tersebut. Para ulama itu tidak mungkin tersilap dan setiap patah perkataan didalam kitab perlu di ikuti !
Sayang sekali, perkembangan teknologi maklumat yang membolehkan maklumat diperolehi dihujung jari, masih tidak dapat mengubah cara pemikiran masyarakat. Sedangkan ajaran agama itu sendiri sangat menitikberatkan usaha mencari ilmu. Dan kebenaran hanya akan terserlah dengan cahaya ilmu.
Ini semua kerana amalan2 yg sudah sebati dalam masyarakat sangat sukar di ubah walau sudah jelas kesilapannya sekali pun. Old habits die hard !
Sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan memang sukar untuk diubah. Berjanjilah bagaimana pun, bersaksikan bulan, bintang atau matahari. Tetapi yg sudah biasa memang begitulah..
Janganlah mengharap manusia mudah untuk meninggalkan kebiasaan nya.
Seperti dikatakan orang, kalau ada yang kata gunung berubah kita masih buleh percaya, tetapi jika dikatakan seseorang berubah janganlah cepat percaya.
Kadang2 bila dipikirkan, kata2 ini sangat sinis dan seperti sangat menghukum. Seolah2 tiada harapan bagi sesorang itu untuk berubah. Tiada harapan mengubah perangai2 buruk kepada sifat2 baik.
Pak Ebiet pernah membawa isu seorang yg telah selesai di hukum undang2 tetapi masih tetap di hukum oleh masyarakat.
Kalian Dengarkan Keluhanku (Dari Seseorang Yang Kembali Dari Pengasingan)
versi asli versi lebih ranggi - gemalan
Dari pintu ke pintu kucoba tawarkan nama demi terhenti tangis anakku dan keluh ibunya Tetapi nampaknya semua mata memandangku curiga seperti hendak telanjangi dan kulit jiwaku
Apakah buku diri ini selalu hitam pekat? Apakah dalam sejarah orang mesti jadi pahlawan? Sedang Tuhan di atas sana tak pernah menghukum dengan sinar mataNya yang lebih tajam dari matahari
Ke manakah sirnanya nurani embun pagi yang biasanya ramah kini membakar hati? Apakah bila terlanjur salah akan tetap dianggap salah? Tak ada waktu lagi benahi diri Tak ada tempat lagi untuk kembali
Kembali dari keterasingan ke bumi beradab ternyata lebih menyakitkan dari derita panjang Tuhan, bimbinglah batin ini agar tak gelap mata dan sampaikanlah rasa inginku kembali bersatu
Ke manakah sirnanya nurani embun pagi yang biasanya ramah kini membakar hati? Apakah bila terlanjur salah akan tetap dianggap salah? Tak ada waktu lagi benahi diri Tak ada tempat lagi untuk kembali
Cuma mungkin Pak Ebiet membicarakan pesalah yang telah insaf kerna kesilapan lalu dan ingin membina hidup baru. Tetapi masyarakat masih tidak mahu percaya bahawa sesaorang yang pernah di hukum bisa menjadi ahli masyarakat yang baik.
Bagaimana pula dengan sesaorang yang masih dengan kebiasaannya ? Walaupun telah berjanji dengan berbagai2 janji untuk berubah ? Mungkin ini yang dikatakan yang kebiasaan telah jadi perangai sesaorang. Sesuatu yang telah menjadi amalan dibawah sedar sukar di ubah.
Cuma orang di sekeliling mereka perlu menimbang samada untuk mempercayai janji2 dan pengakuan mereka atau masih merasa sangsi atas segala kata2. Dan kesabaran yang tinggi juga perlu untuk tidak merasa dikecewakan dgn janji2 palsu.
Dan barang perlu di ingat lagi dan lagi, sesuatu yang sudah sebati itu memang sukar dilepaskan. Old habits die hard !.
|