|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Kuala Lumpur bertukar tangan dari jajahan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Sesiapa yang mengikuti perkembangan peristiwa bersejarah itu, tentu perasan yg Sultan Selangor menitiskan airmata semasa menandatangani perjanjian penyerahan tersebut kepada Sultan Kedah yg menjadi Yg Dipertuan Agung semasa itu.
Jadi..apa yang berubah sejak itu ?
Pada pandangan seorang budak sekolah di Sentul semasa itu, berikut ialah perubahan2 nya.
Liga bola sekolah. Kejohanan antara daerah sering di adakan di Sek. Keb. Sentul ketika itu. Memang meriah bila ada perlawanan. Selalu full-house. Tapi kami sering di kalahkah oleh pasukan2 dari daerah seperti Kuala Selangor dan Sabak Bernam yg pemain2 nya seperti bapak orang. Sejak KL berada di WP, kami tiada lagi perlu bertemu dengan pasukan2 dari daerah2 itu.
Hari cuti am . Pelajar2 di Sentul yg memang ramai ke Batu Caves semasa Thaipusam terpaksa ponteng sekolah, kerana hari itu adalah hari bersekolah di Kuala Lumpur. Dey tambi !
Oh ya, tiada lagi lagu negeri Selangor berkumandang semasa perhimpunan sekolah. Bagus juga tu, sebab walaupun lagunya sedap dinyanyikan, tapi para 1 dan akhir lagu ni, rasanya tak sesuai lansung !
Duli Yang Maha Mulia Selamat di atas takhta Allah lanjutkan usia Tuanku Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku Bahagia selama-lamanya Aman dan sentosa Duli Yang Maha Mulia
Nota : Tahun ini pelajar2 dari Sentul ke Batu Caves tidak perlu ponteng sekolah.
Adakah salah menghasilkan kulit buku yang baik, walaupun isi buku entah apa2 ?
Adakah salah berbuat baik walau pun masih berperangai burok ?
Adakah salah beramal ibadat walaupun masih bergelumang maksiat ?
Tipu daya sebenarnya itu.
Kebingungan apakah yang melanda, wahai hati ?
Menunggu memang meletihkan. Apalagi bila berurusan dengan orang yang tidak pandai memenuhi janji. Jenuh !
Penantian (Harmoni)
Berapa lama mesti ku nanti Sinar cahaya matamu Gemerlap bagai bintang Menghiasi malam Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu Lontaran suara dari bibirmu Memecah hening taman Taman syurgawi Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu seksa Yang tidak tertanggung Oleh tubuhku yang kering dan layu Kepastian suatu penawar Dalam suka dan duka Yang meniti hidupku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Another waiting game
Musim sejuk semakin beransur2 pergi. Matahari pagi yg mula membahang menghilangkan kesejukan sehari2. Hari kehari, keakraban dgn keadaan sekeliling semakin terasa. Walau pun sebenarnya bukan rasa akrab dengan segala kerenah orang tempatan dan seluk beluk tipu daya pekerja asing yg juga mencari kehidupan di sini tetapi rasa biasa dengan rutin seharian kehidupan.
Pagi sekitar 7:30 mula bersiap. Turun ke bawah dan menahan 'limousin' utk ke pejabat. Dsini, kalau tidak mahu kena ketuk dgn pemandu teksi, lebih baik di tanya dulu harganya. Tidak payah la guna meter, memang melambung tinggi. Paling biasa 10 riyal. Kalau jauh sikit 15 riyal. Kalau tahu tempat lebih baik lagi. Bertanyalah kepada orang lama2 berapa harga yg patut dibayar. Kalau malas bertanya, siapkan aje lah duitnya. Kalau sudah sampai tempat tuju, mmg susah sikit nak tawar-menawar ni. Memang keras kepala betul diaorang, kecuali yg benar2 baik. Kalau jumpa yg baik itu, ambik ajelah rakam jawal nye. Bila perlu buleh di panggil.
"Makraj kamsah, Dammam Road, kam riyal ?"
"Asyerin ! "
"Kamstash ?"
"Mafi musykila"
Berbasa basi dgn teksi-walla yg kebanyakan nya dari Pakistan.
"Kaha sehe Pakistan ?"
"Penshawar."
"ooo....pushtu-walla ?"
"Aiwa !, Anta maklum urdhu ? Urdhu jantehe ?"
"Aiwa ! tora-tora "
Adakalanya sepanjang perjalanan penuh dengan diskusi. Selalunya berkisar kepada komen mengenai masyarakat setempat, bagaimana undang2 disini yg spt hanya terpakai untuk orang luar, tentang perangai org2 muda yg sudah hilang adab tertib bermasyarakat serta memandu kereta seperti di litar lumba dan bagaimana orang2 luar walaupun islam di pandang seperti rakyat kelas dua sedangkan mat saleh disanjung tinggi dan dipuja2. Itu belum cerita ttg bahana nafsu serakah manusia yg tidak mengenal tempat dan sempadan serta bangsa.
Begitulah hakikatnya, selagi manusia bernama manusia, selagi itulah perjuangan menundukkan nasfu dan mengalahkan syaitan tidak buleh ditinggalkan walaupun tinggal di negara Pelayan Dua Tanah Suci sekali pun. Kerana manusia punya nafsu dan kerana syaitan tidak pernah berhenti memujuk rayu nafsu manusia sehinggalah sangkakala di tiupkan.
Allah Karim.
(bob seger)
On a long and lonesome highway east of omaha You can listen to the engines moaning out as one note song You think about the woman or the girl you knew the night before
But your thoughts will soon be wandering the way they always do When youre riding sixteen hours and theres nothing much to do And you dont feel much like riding, you just wish the trip was through
Here I am - on the road again There I am - up on the stage Here I go - playing star again There I go - turn the page
So you walk into this restaurant strung out from the road And you feel the eyes upon you, as youre shaking off the cold You pretend it doesnt bother you, but you just want to explode
Yeah, most times you cant hear em talk, other times you can All the same old clichs, is it woman? is it man? And you always seem outnumbered, you dont dare make a stand Make your stand
Here I am - on the road again There I am - up on the stage Here I go - playing star again There I go - turn the page
Oo-ooh, out there in the spotlight, youre a million miles away Every ounce of energy you try to give away As the sweat pours out your body like the music that you play, yeah
Later in the evening, you lie awake in bed With the echoes of the amplifiers ringing in your head You smoke the days last cigarette, remembering what she said What she said
He-ey
Yeah And here I am - on the road again There I am - up on a stage Here I go - playing star again There I go - turn the page There I go - turn that page There I go, yeah, yeah There I go, yeah, yeah There I go, yeah There I go, yeah There I go, oo-oo-ooh There I go And Im gone
untuk sedetik dua itu manusia hilang akal
untuk seminit dua itu manusia hilang pertimbangan
untuk seketika itu manusia sanggup apa saja
untuk seminit dua itu manusia sesal bila usai
Bagi pencinta2 Mee Kolok yg jauh dari Bumi Kenyalang tentu mencari2 kaedah mengolah Mee ini.
Bahan2 Mee Gulong/Kering/Sanggul Daging Tulang Rempah ratus Lada sulah Cili api Bawang putih Bawang merah minyak garam
Sup Rebus daging bersama tulang dan rempah ratus. Setelah daging empuk, hiris nipis2.
Cili Blend cili api dan bawang putih Campurkan dgn kicap dan sedikit gula.
atau
Hiris cili merah Rendam dalam kicap cair
Mee Goreng bawang dgn minyak. Keluarkan bawang goreng. Mee di celur dgn air panas dan toskan airnya. Setelah itu, gaulkan mee dgn minyak bekas menggoreng bawang. Campur sedikit garam (dan aji no moto jika mau) dan lada sulah Setelah gaul, letakkan dalam mangkok.
Tabur daging yg dihiris nipis dan bawang goreng. Tuangkan sup kedalam mangkok dan tambahkan cili secukup rasa.
Dunia berputar sebentar diatas sebentar dibawah
begitu juga manusia sentiasa berubah
sebentar sakit sebentar sihat sebentar senang sebentar susah sebentar gumbira sebentar sedih sebentar kaya sebentar miskin
sebentar malaikat sebentar syaitannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !
Dunia berputar begitu juga manusia berputar-putar
putar alam !
|