|
pojok seorang.orang
hidup bukan untuk mati tapi untuk beramal dan berbakti ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ kalau tidak di sini, disana
last modified May 7, 2007 at 20:05
Bacalah kisah insan mulia yg telah memecahkan segala bentuk ketuhanan di hati2 manusia dan memasuk kan hanya ketuhanan pada Allah (Subhanahu wa ta'ala) yg Esa.
The Sealed Nectar
Usaha yang telah terbukti berhasil mengujudkan masyarakat berkeperibadian tinggi yg di kenal di bumi dan dilangit, disegani dan ditakuti kawan dan lawan, sayangnya kini telah di lupakan.
Maka tercari2lah kita penyelesaian untuk semua masalah masyarakat masakini, sedangkan semuanya ada didepan mata.
Alangkah buta nya kita !
Pada suatu ketika dulu sesuatu pemberian di sebut cenderamata, kemudiannya di sebut pula cenderahati.
Mungkinkah kerana ingin digambarkan bahawa pemberian itu lebih ikhlas kerana ada kaitan dengan hati.
Segala yg berkaitan dengan hati selalunya lebih mendalam pengertiannya. Segala niat pun terletak di hati.
Jika baik hati, maka akan baiklah segala anggota tuboh badan. Hanya amalan2 baik sahaja yg akan terhasil.
Tetapi jika burok hati, maka keluarlah segala perbuatan2 dan amalan2 burok dari anggota tuboh badan sesaorang.
Dan jika sesaorang melihat sesuatu perkara dengan penilaian dan pertimbangan sewajarnya dan melampaui apa yg tersirat, maka disebutkan yg dia melihat dengan matahati.
Mcm dulu orang selalu cakap, Hati mau baik ber.
Untuk penghasilan kerja bermutu perlukan sesuatu yg lebih dari sekadar ilmu dan kepakaran.
Tanpa ada keghairahan yg timbul dari dalam diri, maka jadilah kerja yg sekadar memenuhi keperluan minima.
Keghairahan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan buleh hilang dengan pelbagai bentuk juga.
Kerana kita manusia dan mudah terkesan dengan suasana keliling maka perkara mudah juga boleh menjadi penyebab datang dan perginya keghairahan itu. Antaranya hubungan dengan orang2 terdekat. Biasanya semuanya jadi mudah dan mengembirakan bila tiada masalah dgn orang2 sekeliling kita. Walaubagaimana professional pun kita mengaku diri kita dalam kerjaya, sedikit sebanyak tentu terkesan juga jika perkara sebaliknya berlaku.
Dan kalaulah dengan senyuman sahaja pun buleh menceriakan hari kita dan memberi semangat untuk bekerja, apa agaknya yg akan terjadi jika mendapat lebih dari itu !
Jika sempat ceriakan lah hari orang lain hari ini.... Mungkin dunia akan jadi lebih aman dan selamat sejahtera untuk semua.
selamat... ~ " ~
Buntu untuk membuat sarapan menyaksikan setin baked beans yg telah sekian lama terperok di gerobok jadi pilihan. Baked beans anyone ?
"Beans, beans, Good for your heart. The more you eat, The more you fart. The more you fart, The better you feel. So eat your beans at every meal!"
Apa lagi ? Oh ya.. ada telur,buleh bikin telur setengah or suku masak. Air masak di tuang ke dalam mangkuk berisi telur dan tutup.
Apa lagi ? Oh ya... ada baki jagung yg belum di masak. Dah mula hitam kulit dan janggut2 jagung tu. Bila di kopek... ya rabbi.. cuma sebatang dari 4 batang yg tinggal tu...yg nampak macam jagung. Yg tiga lagi... seperti orang tua yg dah gugur hampir semua gigi, buleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja butir2 jagung nya. Takper... lain kali sorry la nak beli lagi kat kedai yg jual jagung tu. Rebus aje lah apa yg ada tu. Tikam sikit kunyit dan garam kedalam periuk.
Apalagi...macam tak cukup aje. Oh yaa... ada kentang tu... ambil dua biji dan basuh dan tikam sekali lah dengan jagung2 tadi.
Selepas 10 minit telur di pecahkan. Ler... macam masih asli tak terkena air panas pun. Taruk lada sulah dan garam dan sedikit kicap masin
Tuang baked beans dalam mangkuk. Angkat kentang rebus dan potong dua. Percik sedikit lada sulah dan garam serta kicap masin... ehh...sama pulak rencah kedalam telur tadi ekk.
Oh ya... kopi pun dah siap.
Sarapan yg sedikit tu pun tak habis dimakan. Semua nya bagai di jolok2 ke tekak dengan bantuan kopi O.
Dan sekarang setelah tercongok di office sendirian tanpa kawan untuk di ajak pergi ghada, nyosal pulak den tak habis kan sarapan tadi.
Kisah semalam : 19 Feb 2007.
Seorang tukang gunting baru pulang dari bercuti dan membawa isterinya bersama.
Keluar dari lapangan terbang beliau mengambil teksi. Di lapangan terbang di sini hanya pemandu teksi orang tempatan/berbahasa arab sahaja di benarkan mengambil penumpang.
Di dalam perjalanan, pemandu berhenti di stesen minyak. Semasa mengisi minyak, pemandu berkata kepada si tukang gunting, "Kamu baru tiba tentu tiada wang riyal. Ambil lah duit ini dan pergi lah beli kan susu dan makanan untuk isteri kamu" sambil menghulurkan beberapa riyal.
Si tukang gunting pun mengambil duit dan pergi ke kedai di stesen untuk membeli spt dicadangkan oleh pemandu teksi. Isterinya ditinggalkan didalam teksi.
Bila sahaja dia masuk ke kedai, si pemandu teksi tiba2 meletakkan corong minyak, menutup tempat minyak dan masuk ke dalam teksi serta memandu pergi bersama isteri si tukang gunting.
Sehingga kisah ini ditulis, si tukang gunting masih berusaha mencari isteri beliau dengan bantuan kenalan2 pemandu teksi.
Ini secebis kisah antara ribuan kisah kebajingan penduduk tempatan yg rata2 diperkatakan oleh pekerja asing disini.
Saudi mafi kuwes ! Kullu harami !
Awas jika ke sini. Seperti selalu di pesan orang : Jika naik teksi, lelaki naik dulu, perempuan kemudian. Bila turun teksi, biar org perempuan turun dulu.
masih hanyut di buai masa
tanpa ada rasa semangat melawan
banyak kah masa lagi yg tinggal ?
kalau buleh di singkap rahsia langit
tentu bebas bersukaria
dan masih sempat.
... Kapan lagi kita akan bertemu ?
Meski hanya sekilas kau tersenyum
Kapan lagi kita nyanyi bersama ?
Tatapanmu membasuh luka.
Mengelamun di samping sepi bertemankan sunyi
dinding bisu hanya menambahkan kaku beku
mengapa tiada dia ketika masa begini sungguh aku rindu
The Broker.
end of Chapter 11.
Marco masih terpikir2 apa akan terjadi selanjut nya di Bologna. Memikirkan apa yg dibuat oleh Critz hingga dia dibunuh oleh pihak2 yg mungkin juga sedang mencari Backman. Pelbagai teori cuba di kaitkan.
Tapi jika masih ada yg dibunuh, maka perlu sgt dia belajar segala verbs dan adjectives yg bertaburan di atas katil nya. Kemahiran berbahasa bermakna kelansungan hidup. Perlu segera belajar Italiano. Luigi dan Ermanno tak lama lagi akan menghilangkan diri, dan akan tinggallah Marco yg perlu jaga diri sendiri. Biar orang kenal dia sebagai Marco, dan bukan nya Backman lagi.
Tanpa disedari, terdapat puak Rofidhoh di dalam syarikat. Bagi yg telah sedar kehadiran mereka, kebimbangan mula timbul. Apatah lagi bila mereka ini memegang antara jawatan2 penting syarikat.
Kebimbangan kakitangan lain nampaknya mula terjawap bila bahagian legal memaklumkan kepada Shaikh. Pihak legal punya sebab utk membawa perkara itu kepada Shaikh kerana menurut mereka terdapat 'unwritten law' yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada syarikat jika keujudan golongan itu di dalam syarikat diketahui oleh kerajaan.
Paling memeranjatkan bila Shaikh sendiri tidak sedar akan keujudan golongan itu didalam syarikat.
dan peperangan pun bermula...
Ingredients: Kepala kambing 2 large onions, chopped 3 cloves garlic, crushed 2 green chilies, sliced 1 heaped teaspoon grated lengkuas or fresh ginger 2 teaspoons black peppercorns 3 teaspoons coriander seeds 9 cups of water 1 tablespoon of oil 4 Black cardamoms, lightly crushed 5cm stick of cinnamon 2-3 cloves 2.5cm fresh ginger, grated 3 tablespoon mild curry powder or paste 2 heaped tablespoon white poppy seeds half cup coconut milk salt pepper dry fried onions spring onion, chopped fresh coriander leaves
Method: 1. Process mutton head and put into large saucepan with onion, garlic, chili, lengkuas or ginger, peppercorns and coriander. Cover with water and bring to a boil. Turn heat down and allow to simmer for 3 hours. Skim off froth as it rises.
2. Strain stock, reserving liquid and meat. When cool , scrape meat from bones and flake into smaller pieces.
3. Heat oil in saucepan and fry cardamom, cinnamon, cloves and ginger for one minute, then add curry paste or powder and fry for 4 minutes. Pour in lightly ground poppy seeds, coconut milk and add reserved stock. Stir well and season with salt and pepper.
4. Add meat and bring to boil for 20 minutes... garnish with fried onions, spring onion and coriander leaves.
Riyadh Prayer Times:
Prayer Timings (February / 2007)
Day Date Fajr Sunrise Dhuhr Asr Maghrib Isha
Thu 1 5:13 6:35 12:07 3:16 5:39 7:09 Fri 2 5:13 6:35 12:07 3:17 5:39 7:09 Sat 3 5:12 6:34 12:08 3:17 5:40 7:10 Sun 4 5:12 6:34 12:08 3:17 5:40 7:10 Mon 5 5:12 6:33 12:08 3:18 5:41 7:11 Tue 6 5:11 6:33 12:08 3:19 5:42 7:12 Wed 7 5:11 6:32 12:08 3:19 5:43 7:13 Thu 8 5:10 6:32 12:08 3:20 5:43 7:13 Fri 9 5:10 6:31 12:08 3:20 5:44 7:14 Sat 10 5:09 6:30 12:08 3:21 5:45 7:15 Sun 11 5:09 6:30 12:08 3:21 5:45 7:15 Mon 12 5:08 6:29 12:08 3:22 5:46 7:16 Tue 13 5:08 6:29 12:08 3:22 5:47 7:17 Wed 14 5:07 6:28 12:08 3:22 5:47 7:17 Thu 15 5:07 6:27 12:08 3:23 5:48 7:18 Fri 16 5:06 6:26 12:08 3:23 5:49 7:19 Sat 17 5:05 6:26 12:08 3:24 5:49 7:19 Sun 18 5:05 6:25 12:08 3:24 5:50 7:20 Mon 19 5:04 6:24 12:08 3:24 5:50 7:20 Tue 20 5:03 6:23 12:08 3:25 5:51 7:21 Wed 21 5:02 6:23 12:07 3:25 5:52 7:22 Thu 22 5:02 6:22 12:07 3:25 5:52 7:22 Fri 23 5:01 6:21 12:07 3:25 5:53 7:23 Sat 24 5:00 6:20 12:07 3:26 5:53 7:23 Sun 25 4:59 6:19 12:07 3:26 5:54 7:24 Mon 26 4:59 6:19 12:07 3:26 5:54 7:24 Tue 27 4:58 6:18 12:07 3:26 5:55 7:25 Wed 28 4:57 6:17 12:06 3:27 5:55 7:25
Memang susah untuk memuaskan hati semua orang pada setiap masa.
Tapi kalau sampai menghina kecerdasan berpikir orang lain, tentu lah rasa tak puas hati menimbulkan kemarahan pula.
Pelbagai persoalan mengenai salahlaku pemimpian dan urusan2 meragukan kerajaan dijawap seolah2 orang yg mendengar itu hanya tamat sekolah darjah 6. Menghina sungguh !
Kerakusan tak habis2 mengumpulkan kekayaan peribadi di setiap peringkat bagaikan tiada penghujung.
Datanglah sesiapa pun. Walau pelbagai janji di tabur.
Yang selalunya, dapat saja kuasa, mula cari jalan untuk menguasai punca2 kekayaan. Kontrak2 kerajaan bagai jadi hakmilik. Setiap kerja yg nak diberi perlu ada komisyen.
Setiap permit kelulusan utk apa saja, perlu ada habuan untuk si tukang lulus.
Kepoh lah dgn kempen menentang korupsi dgn Institut Intergriti Negara dan bermacam2 pemanis mulut lagi untuk menutup mulut orang dari berkata2.
Tapi... begitulah ...
Semua nya untuk orang lain. Bukan untuk saya. Segala akta dan undang2 untuk orang lain. Bukan untuk saya. Semua orang buleh di dakwa. Bukan saya.
Bila agaknya pemimpin yg benar2 berjiwa rakyat dan berkhidmat untuk rakyat akan kita temui ? Semuanya cakap tak serupa bikin. Macam ayam. Cakap berdegar2, taik atas gelegar !
Tapi jika di pikirkan kembali...
Mungkin kita yg masih tak betul dalam hidup ini. Bagaimana kah akan di anugerahkan dengan pemimpin yg lebih baik, jika kita sendiri masih harubiru ?
Ada saja yg masih tak puas hati.
Bagaimana kita tidak mahu ambil peduli ?
Ini tanah kita. Tempat tanah tumpah darah kita.
Kita kena peduli.
Harta negara di hakmilik-peribadi kan. Wang rakyat di belanja kan sewenang2nya. Suara aduan disenyapkan dengan segala macam ancaman. Segala peluang kekayaan hanya untuk segelintir orang.
Bolehkah dengan hanya punya prinsip dan wajah yg kelihatan baik buleh membawa negara ke arah kegemilangan. Sedang kan segala tindakan bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat ?
Mana buleh mereka buat macam ni ? Orang2 yg menjadi pemerintah tidak buleh sewenang2nya menggunakan kuasa. Rakyat pilih mereka supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dan negara. Bukannya untuk meraih kekayaan untuk diri sendiri, sedangkan rakyat hidup sengsara.
Apa mereka ingat bila ada kuasa buleh buat apa saja sesuka hati ?
Kita tak boleh berdiam diri. Kita kena berbuat sesuatu. Musti !
Apa ni hah ?
Suara2 dalam mimpi cuma.
kerana realiti nya;
Bangun pagi Pergi kerja Petang balik kerja Malam jumpa laki/bini, buat kerja lagi Cukup bulan dapat gaji Cukup tahun bayar cukai lagi.
Buatlah apa saja. Janji jgn kacau periuk nasi kita. Tol naik pun tak apa Minyak naik pun tak apa Harga barang naik pun tak apa Kan masih ada kerja.
Kan M'sia maju makmur Kan negara kita Cemerlang Gemilang Terbilang Temberang Tembelang Terbongkang Terkangkang... ...ang ...ang ...ang
iwan fals
Terhempas ku terjaga Dari lingkar mimpi Pada titik sepi
Suaramu terngiang Menembus khayalku Yang juga tentangmu
Dan ku akui tanpa kemunafikan Ku cinta kau Bahwasannya keakuanku bersumpah Ku cinta kau
Bayangmu menghantui Setiap gerakku Dan kemauanku
Dahagaku akanmu Matikan emosi Juga ambisiku
Dan ku akui tanpa kemunafikan Ku cinta kau Bahwasannya keakuanku bersumpah Ku cinta kau
|