home
login::signup
we::blog

pojok seorang.orang

hidup bukan untuk mati 
tapi untuk beramal dan berbakti 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
kalau tidak di sini, disana

last modified May 7, 2007 at 20:05


Saturday, March 31, 2007

Sambutan memperingati sahaja ?

Hari ini hari bekerja, seperti hari2 bekerja yg lain.

Jadi jawapan kepada pertanyaan selanjutnya ialah, disini tiada apa2 perayaan atau acara untuk memperingati hari Maulidurasul.

Bagi yg telah biasa dengan keadaan pemerintah dan budaya arab semasa, tentu lah tidak menjadi kehairanan. Bagi yg tidak biasa, tentu merasa hairan dan musykil. Bagaimanakah tanah bumi anbia dan negara tumpuan umat islam tiada sambutan terhadap hari keputraan Nabi Muhammad (S.A.W) ? Sedangkan di kebanyakan negara islam terdapat berbagai acara sambutan, malah diistiharkan juga sebagai cuti umum.

Apa nak dihairankan ? Sebenarnya banyak yg telah berlaku sejak kewafatan baginda 1427 tahun lalu. Imam2 mahzab ahlul sunnah waljamaah - sunni, syiah, ajaran2 menyimpang, ajaran2 tariqat - kesufian, anti-hadis, islam liberal dan segala macam cabang2 dan ranting2.

Mulialah para mujaddid - reformer, celaka lah pembawa ajaran sesat.

Tapi di antara kedua nya, banyak yg samar2.

Betulkah ? Salahkah ?

Taksub kadang2 membutakan. Buta kepada yg lain.

Hanya kepada AlQuran dan Assunnah sahaja patut kita berpegang dan tempat rujukan.

Jadi perlukah kita memperingati hari keputraan junjungan ?

Jika ia bermakna untuk menilai kembali setakat mana kita sudah mengikuti sunnah2 dan ajaran Nabi (s.a.w) serta berazam untuk beramal dengannya. Atau paling sedikit timbul yakin dengan benar2 yakin hanya cara hidup yg di bawa oleh Nabi (s.a.w) sahaja yang boleh beri kita kejayaan dunia dan akhirat, maka alangkah baik sambutan begitu.

Tetapi jika setakat berarak untuk dapat baju, nasi bungkus dan air kotak atau berzanji hingga nak putus urat kemudian dapat makan kenduri tanpa ada sekelumit pun rasa nk beramal dgn sunnah dalam kehidupan kita atau merasa amalan2 sunnah hanya lah untuk zaman dahulu dan tidak lagi terpakai untuk zaman moderen ini atau merasa ajaran2 Nabi hanya untuk tok2 lebai dan tok2 imam serta org2 miskin, maka memanglah takde faedahnya. Sayang seribu kali sayang, acara2 yg gah hanya tinggal acara, entah apa tujuannya.

Senarai semak.

Bangun pagi ikut sunnah ? Baca doa bangun tidur ?
Kebilik air ikut sunnah ? Langkah kaki kiri atau kanan ? Ada baca doa ?
Makan ikut sunnah ? Berjemaah ? Makan semasa lapar berhenti masa kenyang ?
Naik kenderaan ikut sunnah ? Baca doa kenderaan ?
Adab perjalanan ikut sunnah ? Bagi salam/jawap salam ?
Bermasyarakat ikut sunnah ? Hormat yg tua, kasih yg muda ?
Bermuamalat ikut sunnah ?
Adab, akhlak ikut sunnah ?
Berkeluarga ikut sunnah ?

Aduhai, nak belajar doa2 dan adab2 tu macam yang diajar untuk budak2 kat tadika saja. Orang2 korporat dan pegawai2 tinggi mana sesuai dengan semua tu. Orang2 besar pikir perancangan strategik bagaimana untuk memajukan umat supaya setanding dengan orang lain. Barulah orang lain pandang kita sebagai umat yang gah. Kita kena ikut cara orang barat. Kena amalkan prinsip2 macam mana mereka telah maju. Kena buat persidangan besar2, panggil semua cendiakawan2 dan bentangkan kertas2 kerja. Dan buat peristiharaan dgn slogan yg hebat2 dan hebahkan di surat2 kabar dan media perdana. Tak main lah benda2 kecik macm baca doa masuk tandas, doa makan, doa tidur ker... kita orang sibuk, mana ada sempat nak buat semua tu ?

Aduhai, apa tujuan ?

158868 | posted by saorangorang at 17:55 | 0 comments

Thursday, March 29, 2007

Slavery trade revisit

Ahad lepas British mengingati 200 tahun penghapusan perdagangan hamba di Empayar British. Berbagai acara di buat untuk menunjukkan kekesalan keatas apa yg telah berlaku selama beberapa dekad.

Acara yg sama telah di adakan di Kota Elmina di Ghana dimana ucapan perdana menteri Britain juga diperdengarkan. Kota Elmina yg menyimpan sejarah perdagangan hamba abdi dari 1500an hingga 1800an dengan 10 juta warga Afrika dijual menjadi hamba, menjadi bukti kepada pengunjung tentang kejelikan penghambaan.

Bagi yg pernah ke sana tentu dpt merasakan perasaan sesaorang yg hilang kemerdekaan bila menyusuri bilik demi bilik tempat kurongan. Bilik2 gelap menyimpan segala keperitan penghuni. Didalam kegelapan mereka melakar di dinding2. Dan bila kita berjalan ke terowong dari bilik2 kurongan maka akan tiba di sebuah pintu yg tercatat diatasnya 'Door of No Return' Betapakah ketakutan para tawanan bila pintu itu dibuka dan mereka dibawa menuju ke kapal yg akan membawa mereka ke seberang laut, dan pastinya tak akan kembali kepada keluarga dan tempat asal mereka.

Antara ucapan Blair,

In a statement marking the anniversary of the British act abolishing the slave trade, the PM said it was among history's most "shameful enterprises".

He added the same dedication that led to abolition was needed to tackle the "many forms" of modern day slavery.

158830 | posted by saorangorang at 4:41 | 2 comments

Wednesday, March 28, 2007

Sistem hamba dalam islam ?

Persoalan yg selalu bermain di fikiran (para lelaki terutama nya) mengenai kebenaran untuk bersama dengan hamba perempuan seperti disabdakan di ayat 50 surah Al Ahzab:

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Adakah ayat tersebut bermaksud perhambaan ini di iktiraf oleh agama ? Kerana kita yakin yg Quran itu perkataan Allah, sudah tentu perlu juga yakin ayat tersebut akan terpakai hingga hari kiamat.

Perhambaan dalam islam.
Al Ahkam

Assalammualaikum Wmt Wkt,

Ahli panel al-ahkam yang dihormati, adakah hukum hamba perempuan yang ditawan di dalam peperangan fi sabilillah boleh disetubuhi yang dijelaskan di dalam ayat 50 surah al-ahzab bersifat kekal buat selama-lamanya?

alJawab:

Hukum perihal boleh menyetubuhi perempuan hamba memang kekal selama-lamanya dlm AQ. Begitu juga hukum menikahi wanita2 Kitabiah (yahudi-nasara), kekal dalam AQ.

Cuma pelaksanaannya bergantung kepada zaman. Jika manusia kembali mengamalkan dasar perhambaan, menyerang dan memperkosa wanita kita, maka kita sudah ada perundangan yg siap sedia untuk membalas kezaliman mereka. Jika manusia sejagat mengharamkannya, maka Islam pun menghentikannya. Hukum perhambaan itu bersifat 'situational' (kesemasaan).

Walaupun kita amat membenci perbuatan itu, tapi ALlah tahu bahawa manusia mungkin akan mengulangi sejarah, kembali menjajah, kembali menjadi barbaric. Jika ini benar2 terjadi, Islam sudah ada hukumnya.

Buat masa ini hukum itu dormant (beku) dalam AQ. Jika manusia kembali menghalalkan perhambaan, maka Islam sudah ada hukum pidananya.

Kenapa anda hairan dengan hukum ini?

sedangkan di Barat ada pelbagai hukum yg jijik dan meloyakan...
mereka meluluskan perkahwinan Gay dan lesbian, mereka meluluskan hukum pidana INCEST, mereka menghapuskan hukum Zina, mereka membuka kelab bogel dan pantai berbogel. Mereka membenarkan perdagangan seks secara terbuka, meluluskan pusat2 pelacuran. Kenapa mereka tidak bising dan sibuk dengan perundangan kita yg Maha Adil hatta kepada hamba sahaya.

158827 | posted by saorangorang at 23:54 | 0 comments

Master of the Universe.

Sistem perhambaan pada dasarnya telah tiada lagi.

Tetapi sifat ketuanan sukar dibuang dari hati dan benak fikiran orang yg punya kuasa.

Dan sistem kafil yg di gunakan di sini hanya menyuburkan lagi sikap ini dikalangan orang2 tempatan.

Sistem yg membolehkan para kafil memegang paspot pekerja menyebabkan pekerja terikat dan tertakluk kepada para kafil.
Dan para kafil berleluasa mempergunakan pekerja2 terutama buroh2 kasar, pembantu rumah dan pemandu2.

Penganiaan yg telah menjadi pengetahuan umum nampak nya masih tidak kesudahan. Ada kedutaan yg menerima aduan setiap hari mengenai penganiaan. Di pukul, dihina malah di rogol dan sebagainya.

Nampaknya tiada bezanya perhambaan dengan sistem kafil.

kafil = sponsor

158813 | posted by saorangorang at 11:07 | 0 comments

Friday, March 9, 2007

gratis

tempat yg kecil
dan padat

cuma nya ada yg gratis

sambungan ke internet

setelah menunggu2 seketika waktu

abu dhabi
9 mac 07
12:52 pagi.

158569 | posted by saorangorang at 3:57 | 0 comments

Thursday, March 8, 2007

mistik

obscure ~ enigma ~ mysterious ~

################################

perkara mistik selalu menjadi perhatian di alam melayu. lihat sahaja jualan bahan bercetak yg membawa cerita2 sedemikian. kisah melihat alam ghaib, cerita berjumpa orang bunian, mendapat pemberian dari alam halus, batu hikmat dari pokok serai, keris sakti, besi kuning dan buluh perindu sentiasa laris dilanggani peminat nusantara.

jika rajin berhenti lah sebentar di tempat jualan tukang ubat jalanan. pasti berbagai barangan azimat di atur di atas kain pemidang selain barangan jualan. pelbagai cerita ajaib akan jadi bahan tarikan dan terkadang2 ada juga pertunjukan menakjubkan hadirin untuk mengesahkan apa yg diceritakan. ada kala bahan2 azimat akan jadi hadiah untuk pembeli bahan sebenar yg dijual. setelah dibuai cerita2 ajaib, ramai yg membeli kerana ingin mendapat hadiah bahan azimat bukannya kerana perlu kepada bahan jualan entah apa2 sebenarnya.

diantara alam ghaib dan nyata ada tabir. hanya orang tertentu sahaja yg diberi peluang untuk menyingkap tabir melihat makhluk tuhan selain manusia di alam nyata ini. ada yg guna peluang itu untuk bantu orng lain spt 'ghost buster' yg buleh bantu orang yg dirasuk. ada pula yg guna kebolehan berinteraksi dgn makhluk halus untuk menarik orang menjadi pengikut mereka, malah ada yg berani kaitkan dgn ugama.

158555 | posted by saorangorang at 11:37 | 0 comments